ini bukan blog AirAsia
"graviti kuat buat kita rasa melekat dan tak rasa bumi ini berputar,
tapi graviti jugak tak kuat sebab burung burung masih boleh terbang tinggi.
Hebatnya ciptaan Tuhan."

Misteri Jalan Lama

Sebenarnya, kalau ikut sejarahnya, sebelum ada lebuhraya, jalan jalan lama ni asalnya jalan utama. Bila lebuhraya dah ada penggantinya nanti, lebuhraya tu pun akan jadi jalan lama.

Tapi itu cerita lain.

Jalan lama yang aku nak cerita ni tak kurang misterinya. Bezanya dengan cerita misteri jalan lama yang akan ditayangkan di pawagam berhampiran korang nanti (promo), jalan lama yang aku nak cerita ni aku lalu hari hari, siang, malam, awal pagi dan juga lewat malam, tapi jalan lama dalam cerita misteri jalan lama tu, aku pun tak tau di mana.

Mula:
Untuk ke pejabat, dari rumah aku kena lalu satu pekan koboi dalam zon bersih kaler hijau sebelum masuk laluan jalan lama tu. Lepas 3 lampu isyarat, cabaran jalan lama pun bermula.

Lalu hutan sikit, lalu kampung sikit, lalu kebun getah sikit, kona kiri, kona kanan. Siang siang memang layan bila naik motor. Bila malam naik motor rasa macam naik basikal.

Jalan lama yang aku lalu ni, walaupun tak skeri sangat tapi ada jugak beberapa kawasan yang sepupu aku si mamat kata 'keras'. Nak taknak aku kena lalu jugak sebab jalan lain pun keras juga.
Dan itu juga cerita lain.

Bila lalu jalan lama ni, memang banyak dugaannya.
Orang tua tua kata, kalau nak tau tempat itu ada celen atau tak, bila lalu kawasan tu, segala bulu akan berdiri macam kita berdiri masa nyanyi lagu negaraku masa perhimpunan sekolah.

Bezanya, kena berdiri masa perhimpunan pagi tu sebab memang takde kerusi dan kalau tak berdiri, cikgu disiplin akan hukum berdiri (sampai waktu rehat) jugak, tapi berdirinya bulu badan terutamanya di tengkuk pula bukan sebab ada cikgu disiplin.

Begini ceritanya:
Awal pagi tadi, kurang lebih jam 1.15 pagi waktu tempatan, aku pun memulakan perjalanan balik dari pejabat.
Oh, sebelum terlupa, petang semalamnya, aku dah tengok cerita al-hijab di pejabat.
Punya la marah aku tengok cerita tu sampai aku rasa nak turunkan dan slemdang tv kompeni tu.

Aku marah sebab...
Takpe, lain kali aku cerita.

Berbalik kepada permulaan perjalanan balik aku pukul 1 suku pagi tu, aku cuba hidupkan enjin motor tapi selepas beberapa cubaan, masih tak boleh.

'Ah, cilake, minyak ada, apa pulak masalahnya ni, taknak balik ke motor ni?'

Masuk kali keempat aku tendang, baru aku perasan, kunci tak pusing habis. Memang sampai esoknya la motor tu takkan mahu hidup.

Dengan Bismillah, bila enjin dah cukup panas, aku pun konfiden mulakan perjalanan. Masa ni memang la konfiden.

Lepas 3km ikut jalan besar, aku kena masuk susur kiri untuk masuk ke jalan lama.

Punya la gelap jalan tu. Kesian orang kampung tu.
Dan kesian jugak kat mat motor macam aku ni.

Waktu macam ni memang boleh kira dengan jari tangan kanan berapa bijik kenderaan yang lalu jalan tu.

Kemudian aku kena lalu satu kawasan yang cuma ada belukar kiri kanan jalan.
Eleh, belukar je kan? (ini bukan aku kata).

Masa tengah menurun bukit, pap! tiba tiba lampu motor aku padam.

'Ah! Bila pulak lampu ni pakai timer? Kenapa nak padam masa lalu kat sini?'

Dengan kelajuan sederhana, mata pandang ke jalan yang gelap sambil jaga belen badan supaya tak tergolek, aku godek godek suis lampu motor.
Jalan tetap jalan, berhenti mungkin lain kali.

Godek punya godek, lampu tu menyala.
Lega.

Bila tersuluh je jalan, hidung aku pulak sudah bagi satu warning.
Bau harum sejenis 'bunga' menusuk hidung. Serius punya kuat bau tu, macam kat belakang aku jer pokok tu. Isk!

'Ah! (lagi), bila lalu siang siang, aku tak pernah pun nampak pokok bunga tu di kawasan belukar ni, bila diorang tanam?'

Masa ni bulu roma aku memang ada 'up' sikit, tapi dengan stail selo selo dan stedi terpaksa, aku teruskan perjalanan.

Jauh lagi ni...

Lempeng

Hari yang indah selalunya dimulakan dengan sarapan yang baik tapi dapatkah sarapan yang baik menjadikan hari itu indah? Amboi, berbahasa indah pulak yer. Bercakap pasal sarapan atau makan pagi di sesetengah tempat; sebenarnya, sesiapa pun boleh makan lempeng! Dan pastinya sesiapa pun boleh memasak lempeng kerana Chef Gusto, dalam cerita ratatouille, pernah mengatakan 'sesiapa pun boleh memasak'. Nampak jugak tipunya cerita tu bila tiba tiba tikus lagi hebat memasak daripada manusia walaupun tikus tu tak pandai masak lempeng.

Lempeng cukup mudah untuk disediakan. Tak perlu kabinet dapur dan aksesori dapur yang hebat dan gah serta berjenama macam yang chef Jamie Oliver mahupun Chef Wan pakai. Oleh sebab mudahnya cara menyediakan lempeng yang solid, maka Chef Wan pun tak pernah ingin nak menunjukkan resipi lempeng walaupun dia dah bersiaran di tv semenjak rambut hitam sampai dah bertukar jadi putih. Resipi dan cara masak lempeng ni sebenarnya jauh lebih mudah berbanding cara nak ambik lesen tv di pejabat pos tahun 80an dulu.

Lempeng adalah kombinasi adunan tepung, air masak dan garam. Ya, itu saja!. Tak perlu brokoli. Tak perlu serbuk penaik. Tak perlu cokelet cip. Tak perlu kuali leper pun untuk memasaknya! Memang bullshit kalau ada sapa sapa kata tak reti nak masak lempeng sebab takde kuali leper. Gambaran mudahnya memasak lempeng ni, guna periuk nasi pun boleh masak lempeng!

Namun, sejak Sheila Rusly dah menambahkan mayonis dalam telur dadar untuk mendapatkan telur dadar yang gebu, maka mungkin akan ada makhluk tukang masak yang bertanya, 'Tambah mayonis dalam adunan lempeng boleh tak?'
Memang tak ada masalah cuma rasa originalnya akan lari. Dah tak ngam. Macam tampal lambang Mitsubishi pada proton Inspira. Jadi, setialah kepada resipi lempeng yang asli.

Terus cerita pasal nisbah tepung, air dan garam dalam adunan lempeng. Tak perlu nak jadi skema sangat. Nisbah nisbah ni cerita pembakaran dalam enjin kereta. Buat lempeng ni lebih kepada jati diri individu. Kalau korang konfiden dengan tiga cawan tepung gandum, silakan. Lepas tu belenkan la dengan air masak sampai tepung tu jadi cair. Nak uji kecairan ni bukannya perlu macam nak chi susu getah. Nak uji kecairan adunan lempeng ni lebih kepada 'trial and error'. Bak kata tips yang mak aku bagi kat aku dulu, "Kacau kacau kacau dengan sudu, angkat sudu tu. Kalau elok melelehnya tepung tu, kira jadi la tu."

Lempeng ni lambang ekspresi diri. Takde sempadan peraturan yang menghalang. Ikut suka. Cuma garam tu jangan lebih lebih sangat. Darah tinggi tu satu hal. Kalau dah jadi macam sup ayam yang si Sudin tumpahkan garam dalam cerita Bujang Lapok tu, sapa nak makan lempeng tu? Bagi ke rakun di zoo pun belum tentu dimakannya.

Eh lupa, tepung di sini merujuk kepada tepung gandum. Tepung ubi dan tepung sagu pun mungkin boleh cuba. Cuma kalau boleh, jangan sesekali guna tepung pelita. (maaf, tak kelakar)

Setakat yang aku perhati di kawasan urban yang aku tinggal ni, takde usahawan berani nak buka bisnes kedai makan untuk jual lempeng sahaja. Kedai jual nasi lemak sahaja dah banyak. Kedai jual kek sahaja pun banyak. Jangankan kedai, warung, stall, kat pasar malam pun takde yang berani jual lempeng ni. Takkan sebab terlampau mudah takde sapa ada idea nak komersilkan lempeng ni? Goreng ayam pun mudah je tapi masih berlambak lambak restoren jual ayam goreng kat dunia ni. Ramai orang pulak yang makan kat kedai ayam goreng tu! Kan?
Kenapa aku tak bukak kedai lempeng? Beb, aku ni kerja buat review je. Setidak tidaknya, aku buat keje aku dengan review pasal lempeng ni. Ada paham?

Lagi pasal lempeng. Ia boleh masuk pelbagai konsep. Kalau iklan kata Roti Gardenia tu enak dimakan begitu saja. Lempeng pun enak dimakan begitu saja. Lawan lempeng yang paling simple ialah gula pasir. Tak payah banyak banyak, sikit pun cukup. Janji terasa kemistri antara gula, tepung, garam dan minyak tu. Alah, minyak tu sikit je pun. Jangan la paranoid sangat.

Selain lempeng cicah gula, lempeng juga boleh dipadankan dengan kari. Tak kisah la kari ayam ke, kari lembu ke, kari kambing ke, kari semalam ke, kari mamak ke. Asal kari. Kalau ada stok rendang pun cara jugak. Jadi bila lempeng tu ditenyeh ke kari atau rendang dan dikunyah perlahan lahan, pasti terasa cetusan rasa yang boleh membawa ramai orang ke zaman kanak kanak (macam scene cerita ratatouille lagi). Maka sedar tak sedar, mungkin kita dah makan empat keping lempeng. Pasti kenyang membawa ke lewat tengahari yang mana kita tak perlu melalui saat mengantuk di pejabat kerana kekenyangan ketika makan tengahari. Jimat pun jimat.

Jadi, seeloknya, sebelum kedai kedai mamak menambahkan lempeng dalam menu mereka dan mengenakan harga RM1.80 untuk sekeping lempeng bersaiz kecil yang pastinya mengundang sumpah seranah kita di kemudian hari, maka eloklah resipi lempeng terbaik ini diabadikan dalam memori kita supaya kita tak perlu terliur dengan lempeng mamak itu nanti kerana kita juga tahu membuat lempeng yang enak dan lazat.

Semoga lempeng terus kekal dalam perbendaharaan budaya makanan kita. Amin.

Bila...

Bila datang bulan Ramadhan, berpuasa itu wajib.
Bila dah hukumnya wajib, wajib la buat.

Dulu masa sekolah, kutu kutu ingat puasa ni budaya setahun sekali.
Puasa pun sebab dibagitau yang bulan puasa kena puasa.
Puasa sebab pagi pagi mak tak buat sarapan.
Balik tengahari pun takde makan tengahari selain makanan untuk budak budak kecik sahaja.

Jadi puasa masa tu memang tahap ke laut la.
Tahan lapar je.
Sumpah seranah kawan kawan masih on.

Maka ramailah kutu kutu yang gagal penuh puasa sepanjang Ramadhan.
Tak tahan lapar katanya.

Aku pun tak ingat bila aku mula berpuasa.
Yang aku boleh ingat, zaman awal awal berpuasa, aktiviti seharian adalah...
Tidur sampai dekat nak waktu berbuka.

Memang takde kualiti punya puasa.
Tapi takpe, orang tua tua kata itu zaman belajar berpuasa. (alasan)

***

Bila sampai pulak satu masa nanti,
aku pulak kena latih anak anak aku berpuasa.
Nak latih tu satu hal, nak pastikan mereka maintain berpuasa tu satu hal lagi.

Buat masa ni, aku memang 'selalunya' kalah dengan rayuan anak ni.
Sayang, atau mungkin terlebih sayang.

Semoga sayang aku tak merosakkan mereka.

Jadi bila sampai masanya nanti,
aku buat aje la macam yang mak dengan abah ajar kami dulu...

Setakat kecik kecik puasa boleh kira diskaun lagi.
Tapi bila dah besar, kalau termalas sampai tak puasa, bila sampai waktu berbuka, sila main jauh jauh.
Jangan menyibuk!

***

Bila sampai masanya nanti,
harap aku berjaya didik anak aku berdisiplin masa berpuasa.

Dan tak jadi macam aku masa sekolah 'agak menengah' di asrama,
pasal air botol dengan meggi kari pun boleh gagal maintain puasa walaupun masa tu dah pukul 1 petang.
Sengal!

Anak anak tolong ingat yer, jangan sesekali tiru aksi itu.
Tuhan nampak.

Majlis Makan Malam Tahunan

Pertama kali dalam hidup aku sebagai pekerja, aku datang ke majlis makan malam tahunan syarikat. Ini majikan aku yang kelima.

Sebelum ni aku tak berapa nak ikut sangat majlis majlis macam tu sebab ada beberapa hal yang aku tak berapa berkenan, contohnya kurangnya kepekaan majikan dengan propaganda 'pekerja wanita sila berpakaian dengan kain yang paling singkat-hadiah untuk siapa paling seksi ditawarkan' dan 'siapa mabuk arak paling hardcore pasti dipandang hebat oleh bos yang juga kaki mabuk'.

Itulah jugak pertama kalinya aku menghadiri parti maskeret (kostum serta topeng) yang memerlukan aku menyewa pakaian beragam.

Mula mula aku nak la jugak merasa pakai baju Jack Sparrow the lanun, tapi berebut rebut pulak yang nak pakai stail tu. Fikir sikit sikit lepas tu, aku rasa nak cari baju The Mask (Jim Carrey), tapi macam tak menarik.

Sampai kat kedai sewa kostum tu, belek belek gambar, aku pilih baju stail kurun ke- 18.

Masa tengah cuba cuba tu la pembantu kedai tu bagitau kostum yang aku pilih tu cara Napoleon Bonaparte.
Belasah jer la. Janji ada.

---
Di majlis tu ada hadiah kostum paling best, cabutan bertuah dan persembahan terbaik.

Aku yakin menang dan daftar masuk ketiga tiga kategori.

Hujungnya, aku dapat la satu hadiah, daripada cabutan bertuah.
Itupun sebab semua orang dah digerenti dapat hadiah, yang membezakan cuma hadiahnya.

Antara hadiah paling best;iPad2, TV LCD 32 inci, blekberi.
Antara hadiah yang kawan kawan opis aku cakap tak berapa best;hamper, vaucer.

Aku dapat la sebiji beg laptop (walaupun aku takde laptop sendiri pun) yang diisi dengan sebijik speaker mini dan sebiji lagi beg kecik yang ada bekas air panas & sejuk. Speaker mini tu lah pengubat hati aku. Kah kah kah.

Masa aku jadi wakil untuk cabut hadiah bagi pihak kawan aku, aku sudah memenangkan dia sebijik kamera digital. Best kan?
Takde tuah?
Aku rasa tuah tu ingat aku ni jebat, tu yang taknak kat aku tu.
Kah kah kah.

Kategori kostum paling best dapat kat mamat yang pakai baju askar trojan yang ada balung merah tu. Masa buat penilaian, brader yang jadi panel penilai tu bagi harapan palsu kata aku boleh menang. Member aku bagitau, kat dia pun brader tu cakap ayat yang sama. Ayat manis.

Persembahan aku?

Barai.
Tak aku nafikan...memang barai...
kah kah kah.

Terlepas RM4000 hadiah utama.

---

Ada umur, tahun depan aku boleh cuba lagi. Tak kisah la apa hadiah utamanya pun.

Aku rasa aku mesti 'repeat' dan bagi yang super lagi best tahap kayangan punya.

---

*Nanti nati la aku tunjuk gambar gambar.
Keje banyak ni.
Kena hantar claim cepat sebab dah tak menang RM4000 tu. Kah kah kah.

Bau bini orang

Ada satu pagi, di pejabat, aku sibuk ke sana ke mari dengan kertas kerja.
Banyak sangat tugasan yang mesti aku siapkan.

Dalam kelam kabut itu, beberapa kali aku berselisih dengan bini-bini orang kat pejabat tu. Segala jenis cap minyak wangi tertusuk dek hidung.

Sebolehnya aku mengelak mencium bau bauan mereka itu.

Dalam hati aku menyumpah 'Celake!'.

Dalam kesibukan aku, telinga aku menangkap beberapa baris perbualan antara seorang mamat junior yang baru masuk kerja sebulan dengan salah seorang bini orang tu.
Perbualan yang memang menggelegakkan hati.

mamat:"You pakai perfume apa?"

bini orang:"Alah, jenama biasa biasa jer.Kenapa?"

mamat:"Oh, takde. I suka bau tu. Manis."

bini orang:"Hihihi. Yer ker? Mengadalah you ni. Hihihi"

(part gelak menggatal tu memang buat aku loya.)

bini orang:"Tapi husband i tak suka i pakai bau ni."

(dalam hati aku:"bangang pompuan ni, memang bangang.)

mamat:"eh, kenapa pulak? sedap apa bau ni!"

bini orang:"tu lah, i pun kata macam tu, tapi dia bukannya suka.ntah apa apa."

mamat:"heheh.takpe, lepas ni, bila u beli perfume lain, u tanya i. biar i jadi juri.hahaha."

bini orang:*malu malu*

Dalam hati aku menyumpah lagi, "celaka malaon 2 ekor ni. tak ingat dosa pahala ke?"

Dalam filem bayangan kat otak aku, aku terajang hidung mamat tu sampai deria bau dia rosak dan aku terajang mulut dia sampai dia tergigit lidah sampai putus. Bini orang tu pulak aku suruh berhenti kerja notis 24 jam.

Aku bukan menentang penggunaan minyak wangi tapi apa kejadah pompuan pompuan muslim ni nak pakai minyak wangi tumpah sebotol kat badan kalau kerja cuma duduk dalam bilik ada air cond? Bangsat apa? Pakai kat rumah untuk suami dah la.

Macam cerita aku kat atas, satu ayat pancing daripada mamat tu dah cukup untuk bini orang tu bukak hal dalaman dia dengan suami dia. Bangsat kan?
Kesian kat suami dia, bagi kepercayaan kat bini untuk pergi kerja, sampai pejabat, kalah dengan ayat jek mamat celake tu.

Kesudahannya, aku rasa nak bakar mesin fotostat opis tu.

Kurus

Setiap kali rakan rakan lama atau sesedara (yang lama tak berjumpa) bersua muka dengan aku, ada satu soalan wajib yang aku akan ditanyakan (dalam loghat Negeri Sembilan):

"Apo dek kughuih bona kau ni?"
(Kenapa kurus sangat ni?)

Itu hakikatnya. Aku memang kurus.

Kawan kawan yang bermulut lancang pula akan menyuarakan soalan seperti berikut:

"Kau ni ngisap dadah ke?"-celake.

Kebiasaannya, aku cuma senyum. Biarkanlah, mereka tidak mengetahui.

...

Baru baru ini, istilah obesiti jadi kegilaan negara.
Ramai yang membincangkan pasal obesiti ni.
Obesiti sana, obesiti sini.
Obesiti sebab ni, obesiti sebab tu.
Bla bla bla..obesiti..bla bla bla..jajan jajan..
Bla bla bla..nasi lemak kantin
Bla bla bla..kfc mcdonald takde pulak disebut.

dan bagi menjawab soalan mereka yang bertanya aku dulu pasal kekurusan aku ni..


"Bila last korang semak tahap obesiti korang?"

Senyum.

Sekian.

Kantoi

Satu malam masa kat asrama di Gentam, aku terasa nak cari geng nak hisap rokok dalam bilik asrama. Hisap dalam bilik ni feel dia laian berbanding hisap di tandas. Perasaan lebih maharaja. Lebih pailang. Lebih taiko dan lebih rasa 'brader'.

Dari kejauhan, dalam kegelapan malam tu, aku ternampak satu mamat di blok seberang. Aku yakin mamat tu memang geng hisap rokok. Keyakinan masa tu macam tahap yakin menang hadiah RM500,000 dalam Who Wants to Be a Millionnaire (masa tu Jangan Lupa Lirik belum ada).

Aku gamit mamat tu 3 kali dan aku siap siap pasang rokok dulu sementara tunggu mamat tu sampai.

...

...

...

...

Bila mamat tu sampai kat bilik aku, separuh mati aku padamkan rokok yang dah separuh tu.

...

...

...

Rupanya mamat tu seorang senior yang dihormati, seorang yang tiada dalam senarai perokok di sekolah, dan dia juga seorang...pengawas.

Celake.

ITU AJE SURIA FM-Ini lagu tekaan aku

Okeh, ini entri penutup aku untuk ITU AJE SURIA FM ni.
(eh, ini juga dedikasi untuk adik perempuan aku yang baru melangsungkan perkahwinan: "hah! kakchik, silalah sms ke suria fm tu.hehehe)

Lepas ni aku nak fokus cerita lain.
Lama sangat dah rasanya ni.
Tak, bukan sebab SURIA FM dah sound aku.hahaha.

Lagu ni, aku tak kata aku pasti betul.
Cuma ini lagu yang aku nak teka andai ada peluang.
Sebab ada 2-3 email yang bertanya. (tak ramai pun)
Jadi aku taknak menghampakan sesapa walaupun aku takde keutamaan nak berkongsi.

Dan aku jamin tak ramai orang berani nak kongsi lagu apa yang ada dalam memori masing masing sebelum dapat peluang meneka.
Aku tak kisah pun andainya, dengan secara ajaibnya lagu ini adalah lagu yang betul untuk peraduan itu aje suria fm ni.(berangan jugak aku ni)

Bila aku masuk facebook page suria fm, tiba tiba pulak diorang kata page yang dah ada 150,000 lebih peminat tu dah tak aktif dan logo pun dah guna latar warna oren (berbanding hitam sebelum ni).

Aku pun tak pasti apa yang terjadi.
Aku pun konfius sikit (tak penting) pasal ni.
Mungkin suria fm tukar konsep penjenamaan.

Tapi kalaupun tukar konsep, umumkan aje la kat page yang sedia ada tu, apa masalah?
Kenapa mesti nak bukak page baru?
Atau page suria fm yang lama tu dah kena 'hack'? (siapa tahu)
Sebab perubahan yang nampak cuma dari segi logo.
Dan gambar tu anytime boleh tukar.
Suria FM nak jawab? Silakan.
Tapi kalau suria fm taknak jawab pun takpe.
Cuma kesian kat penge-like yang ratus-ratus ribu profile kat page suria fm yang lama tu.
Macam aku.
Leceh tau!



Eh, melalut dah ni. Cerita asal pasal lagu yang aku teka untuk itu aje suria fm.

Jap jap..
Sekarang dah ada pembayang harian untuk itu aje ni.
Setakat yang dapat dikumpulkan:
1-Lelaki
2-90

Memang dah cukup khusus dah tu.
Rasanya ramai yang dah ada jawapan betul itu aje ni.
Cuma belum dapat peluang menembusi talian dan menjadi pengirim sms ke 5 dan 10 (ke?)

Bukan senang beb!
Kena modal dulu.
Modal nak terus berjaga lepas solat subuh (kepada mereka yg masuk kerja lewat atau kerja shift)
Modal nak telefon.
Modal nak sms.
Modal nak tekan 'send' banyak kali kat henfon.

Tu suma modal.
Dah macam berniaga pulak jadinya kepada yang nak meneka tu.

Ok, aku tau, meleret lagi entri ni.
Ala, dah ini entri akhir aku untuk suria fm ni, biarkan jer. Baca jer la sampai habis.Nanti kata rindu pulak.hahaha.

Jap jap..
Bia aku tengok klu tu sama tak dengan lagu yang aku nak teka ni.
Klu satu:
LELAKI->betul
Klu dua:
90->sama
Klu tiga:
nama album sama dengan nama penyanyi->sama (kot?.hahaha)

Jadi, pasti betul la?
Jangan JOSH sangat pun.
Rilek rilek.

Aku hold lama entri ni sebab aku nak tengok berapa ramai berani nak kongsi sebelum meneka.
Hasil kajiannya?
TIADA yang akan berkongsi sebelum mereka sendiri dapat peluang membuktikan yang lagu mereka itu salah.
Jadi, aku nak kata aku hebat?
Tidak tidak. Bukan ke situ nawaitunya.(mintak dijauhkan)

Aku kongsi ni untuk bagi idea kepada mereka yang dah kebuntuan.
Dan aku tak berapa gigih nak mencuba dah.(sebab aku tak mampu nak modalkan kredit.hahaha)

Jadi (jadi lagi, berapa banyak jadi la), inilah dia lagu yang membenak benak kat memori aku dan terngiang ngiang kat telinga aku.
Jangan pasti sangat tau.
INI LAGU YANG AKU NAK TEKA ANDAI DAPAT PELUANG & LAGU INI TAK SEMESTINYA BETUL.
Dan maaf kalau lagu ini dah pernah diteka tapi salah.
Aku tak perasan.

Klu satu:
LELAKI
====================>RAHIM MAAROF

Klu dua:
90
====================>ALBUM RAHIM MAAROF:SENSITIF '90 (1990)



(gambar rembat)

lagunya:

USANG (dan semboyan pun berbunyi.hahaha)




p/s:
aku dapat idea ini lagunya sebelum aku mula tulis entri pertama pasal itu aje ni lagi.
korang bebas nak kata aku nak claim bagus ke hapa.
aku cuma berkongsi.
niat aku menolong kerana ALLAH.
korang nak percaya, aku ok.
korang taknak percaya, pun aku ok.
kepada sapa2 yang teka lagu dan masih salah juga, anggap jer itu bukan rezeki untuk korang.
selamat meneka.

Cara cara menenangkan jiwa-Bahagian 2

Hidup ni ada kalanya macam dalam periuk tekanan.
Dan kita adalah beras berasnya.

Semua beras terendam dalam air.
Tiada yang terkecuali.
Lemas tak lemas itu cerita lain.

Ada yang cukup sukatan airnya.
Ada yang terlebih airnya,
Ada juga yang kurang airnya.

Habis tu, dah sukat air pakai ruas jari, mana nak tau molek tak molek sukatannya?
Hanya penukul mengenal pahat.

Sudah la terendam, api pulak hangat membakar dari bawah.
Terlompat lompat beras dalam periuk, siapa yang tahu?
Periuk bertutup rapat pulak.
Mana nak lari?
Jawa kata "no way out, man!"
Tahan, tahan dan tahan.

Beras beras yang di atas, kuranglah sikit hangatnya.
Yang di bawah? Tak ke bakal menjadi kerak?

Yang cukup airnya, cantik apinya, sampai masa jadilah nasi panas yang menyelerakan.

Yang terlebih airnya, walaupun cantik apinya, maka jadilah bubur nasi, yang masih juga sedap dinikmati dengan ikan bilis goreng dan telur asin.

Yang terkurang airnya waima dengan api yang solid sekalipun,
maka jelantahlah nasinya.
Terlebih dimakan maka meradanglah sistem pencernaan menendang keluar.

Itulah kita.
Umpama beras dalam periuk tekanan.

Untung untung jadi nasi yang best.
Tak berapa untung, jadi bubur.
Langsung tak untung, jadi nasi tak cukup masak.

Apa yang menekan kita kita ni?

Ada yang tertekan pasal bola.
Terlebih tertekan pulak bila pasukan kesayangan kena hanjing tak hengat punya.

Ada yang pasal politik pejabat.
Bila ada pulak makhluk yang berpendirian "i not in the team, others can go to hell".
Memang macam celaka.

Ada yang pasal rumahtangga.
Korang yang belum lalui akan tahulah nanti. Rilek, mudah saja mengatasi tekanan bahagian ini. Secara otomatik korang tau nanti. kah! kah! kah!

Jadi, apa cara cara menenangkan jiwa bila berdepan tekanan?

Lain padang lain belalangnya.
Lain orang lain caranya.

Ada yang terjerit jerit macam orang gila.
Ada yang menyumpah seranah orang lain macam dia sorang tau sebut 'fak!'.
Ada yang menghayun penumbuk ke pintu LRT.
Ada yang terus pergi beli loteri.
Ada yang layan minum air kencing sampai mabuk.
Ada yang bawak motor atau kereta laju laju sampai panjat tiang atau terjun gaung.

Itu cara nak melepaskan tekanan katanya.
Sungguh kepala hotak!

Ada lagi baik pegi semayang.
Mintak tenang tenang dengan Tuhan.

Dah semayang, baru boleh santai santai membaca.
Komik Raja Rimba ke, Motor Trader ke, Anjung seri ke.

Nak baca majalah Rokes pun cara jugak!

Bila hati dah tenang tenang, sambil baca baca, manalah tau datang ilham, dapatlah teka lagu yang betul untuk itu aje suria fm tu.
Tapi jangan lupa cari dulu klip lagu itu aje online.

Kasih.

Dah nak 34 tahun.
Bukan umur aku. Tapi susut nilai jangka hayat.

Andai peruntukan 70, 34 tu dah menghampiri separuh.
Itu kalau 70, kalau peruntukan sebenar lagi kurang?
Mungkin 34 tu dah sampai tahap 40peratus? atau 50peratus? atau 75peratus?

Lagi bagus aku tak tahu berapa peruntukan sebenar.
Yang aku patut tau, susut nilai tu proses automatik.
Suka ke tak, hari hari nilai tu susut.

Angka tu bertambah, tapi nilainya menyusut.

Dan ini bukan persoalan atau penceritaan ehwal Ekonomi.

...

Aku selalu terlupa yang aku lahir era 70an.
Pastinya bukan era Hitler.

Aku selalu terlupa yang aku berkehidupan kanak kanak era 80an.
Zaman ultraman hayata.

Aku juga terkadang lupa aku di era budak sekolah dan ambik SPM di era 90an.
Zaman Kurt Kobain.

Cuma aku selalu teringat yang aku melangkah ke alam persuamian di era milleneum.
Zaman apa aku tak ingat. Tak penting.

...

Amanah jadi suami ni bukan ringan. Bukan main main.
Tapi ketidakringanan amanah tu diseimbangkan oleh keindahan berumahtangga.

Alhamdulillah.
Ada isteri solehah. Patuh perintah dan indah budi bahasa.
Sejuk mata suami memandang.

Syukur kepada Allah.
Ada anak anak yang kecil kecilnya comel.
Makin membesar makin bijak.

Sampai tak terasa beratnya amanah tu.

Salah satu kuncinya?

Kasih.

Siapa kata perkahwinan itu menyusahkan?

Tidak.

Perkahwinan itu indah kerana kasih.
Dan makna kasih itu luas.

Angah, lastik, estet.

Petang itu ceria.
Burung burung yang baru nak naik sedang sibuk berlatih shuffle di sarang. Kelas asas belajar terbang tolak tepi dulu. Kejap lagi mama burung balik, gerenti ada makanan. Rajin tak rajin nak nganga mulut je.

Angah macam biasa, lepas bergayut di pokok jambu, stok jambu dah ada sebakul kecik. Boleh dicicah dengan serbuk asam boi yang abah beli bulan lepas. POrt kat atas tembok depan umah estet tu memang best untuk makan sorang sorang.

Dah duduk elok elok kasi selesa atas tembok, lastik letak kat depan bakul jambu. Nak buat standby tembak lembu ganas yang nak meragut bunga bunga kesayangan mak.

Dari jauh, nampak seorang ane (lelaki berbangsa India) tercangak cangak mencari arah. Jalan di Ulu Sawah division ni memang mengelirukan dan agak menggerunkan. Kalau tak betul gayanya memang boleh sesat.

Perlahan lahan ane tu memberhentikan motor depan rumah, berdepan dengan si angah yang syok melayan jambu bersalut serbuk asam di atas tembok sambil bertemankan lastik.

'adek, mau tanya, itu estet mana?'

Angah mengerutkan dahi, berfikir.

'tuu', dengan konfiden angah menjuih bibir menunjuk hala ke lastik.

Ane tu berpaling ke kawasan ladang di belakangnya, 'oh, sana estet la?ok, ok adek, trima kasey'

Si ane memusing motor menuju arah yang angah tunjuk guna bibir tu.

....

Dari jauh, nampak ane tu huru hara membawak motor tapi gaya konfiden hala ke jalan mati.

Suria Itu Aje memang bagi stress.

Hah! aku tanya lagi, dah ada yang menang?

Pasti belum sebab baru tadi aku cekidaut kat web suria fm, iklan itu aje tu masih terpapar.
Lama sungguh peraduan ni yer!
Memang bagi stres kepada semua 'die-hard fans' suria fm di luar sana.

Aku macam biasa, ada masa aku apdet senarai yang ada.
Biasanya takde masa.

Facebook page untuk lagu disalah teka itu aje yang aku mintak kawan aku buat tu pun macam takde sokongan jer. Memang la ada yang klik 'suka' tapi takde pulak yang nak nolong komen kat dinding page tu lagu lagu yang salah saban hari tu.
Segan kot?
Atau mereka pun turut sibuk berkarier macam aku.

Untuk entri ni, aku takde nak cerita banyak sangat pasal itu aje suria fm ni sebab rasanya, segala aspek berkenaan peraduan ni aku dah usik. Sama sama lah kita berusaha mencuba.
Itu untuk yang rajin.
Kepada yang tak rajin, sama sama lah jugak kita tunggu siapa pemenangnya.
Tapi...
ada satu sudut aku belum sentuh pasal peraduan itu aje ni.
Aku belum kongsi lagi lagu tekaan aku, kan?
Rilek...rilek..
Orang Jawa kata, Simpan yang terbaik untuk yang terakhir.

Dalam melayan stres mencari lagu betul itu aje suria fm ni, aku nak tunjuk korang satu barang.
Hahaha..macam perangkap je pulak.

Barang ni nama dia majalah. Kepada yang tak kenal majalah, ala yang macam majalah mangga tu.
Tapi ini jauh lebih grand daripada majalah mangga. Lapan puluh tiang jauh dia.
Majalah mangga online pun akan menyorok di sebalik iklan bila nampak majalah yang aku nak bagitau ni.

Majalah ni majalah indie, bahasa mudahnya, majalah bebas.
Takde unsur terlampau, takde unsur politik, takde unsur bidaah.
Majalah ni hasil mereka yang suka dan hebat dalam penulisan. Menulis bukan untuk cerita cerita berat tapi cerita cerita best yang konfem, boleh sedikit sebanyak, menenangkan dan mengurangkan stres.

Jadi, tak perlu bersusah payah mencari cara menenagkan jiwa, dan jauhi pula daripada cara cara release tension yang salah. Jangan hisap dadah. Jangan minum arak. Jangan main judi. lebih baik korang cekidaut majalah ni.

Jeng jeng jeng...inilah dia...yang ditunggu tunggu..yang dinanti nantikan kemunculannya..

Rokes (baca:rockers)

Cantik gambar dia.
Yer, aku tau .

Maka, inilah cara release tension terbaik, iaitu dengan membaca.
Daripada baca nasib kat ruang horoskop yang menyesatkan tu, lebih baik baca Rokes ni.

Sila jumpa abdul rokes untuk tempahan.
Mana la tau, sambil rilek rilek, santai santai baca Rokes ni, dapat pulak idea lagu betul itu aje suria fm tu, kan?

Cepat!, jangan sampai abdul rokes kata 'sori, no mo' nanti.

Majalah sensasi yang tiada gambar Lisa Surihani.

Hah! Aku promosi majalah Rokes ni bukan sekadar suka suka, tapi sebab semangat. Aku tengok, ramai sangat adik adik baru lepas spm yang berkepit dengan majalah mangga. Yang dah 18 tahun habis spm pun ada jugak yang membacanya. Kononnya majalah sensasi. Ada cerita terbaru artis katanya. Malu la bila tak boleh follow kawan kawan bercerita pasal gossip terbaru Lisa Surihani. Tak dapat jumpa pun, kurang kurangnya ada koleksi gambar sensasi Lisa Surihani pun cukup la.

Untuk adik adik sekalian, kurang kurangkan la menengok gambar gambar artis dalam majalah Mangga tu. Untuk yang tercari cari majalah yang lain daripada yang lain, cuba cuba cari majalah Rokes ni.




Cuba tengok, ada nama Lisa Surihani?
Takde.

Lisa Surihani baca ke majalah ni?
Mungkin, sapa tau.

Takde ikon rock Malaysia pun kat kaver tu?
Tunggu dan lihat. Amy Sej pun silap silap 'suka' majalah ni nanti.

Mana nak beli majalah Rokes ni?
Tempah kat abdul rokes di sini.

Eh, majalah ni belum keluar dah ada review?
Ini bukan review, ini beritahu. Jangan banyak cerita, beli, baca dan buat review sendiri. Ramai yang belum baca majalah ni pun dah rasa best bila tengok setting kaver tu. Feel, yang penting feel! (soalan ni memaksa aku banyak berperkataan Inggeris!)

Apa istimewanya majalah Rokes ni?
Majalah ni tak berorientasikan idealogi kapitalis. Kalau kapitalis, tu namanya majalah mangga. Majalah Rokes ni dibuat tanpa unsur rasuah, tanpa unsur kronisme, tanpa unsur hasad dengki. Majalah ini bebas. Bebas itu best!

Ada money-back-guarantee ke kalau beli majalah Rokes ni?
Bila korang dah beli dan baca majalah ni, korang akan lupa maksud money-back-guarantee sebab majalah ini best!

Ok, cukup dulu soalan soalan lazim untuk majalah ni. Andai ada lagi, boleh terus berhubung dengan abdul rokes untuk maklumat lanjut cara dapatkan majalah Rokes ni. Sila berbudi bahasa bila bertanya dengan abdul rokes sebab dia mengutamakan budi bahasa.

Kesimpulan, ini majalah sensasi yang memang pasti tiada gambar Lisa Surihani melainkan Lisa sendiri yang hantar gambar dia kat abdul rokes.
Mungkin tak lama lagi, siapa tau!

Jalan berturap yang berghairah lama

Ni entri pendek sebab aku agak sibuk menjenamakan semula page page fesbuk yang ada. Selain dari itu, aku tengah tipis kesabaran menunggu kelahiran majalah saluran orang kebanyakan yang bakal mengetopi carta majalah berbahasa Melayu terunggul, Rokes. Jangan main main, tanpa kronisme, tanpa rasuah, tanpa pengaruh Ketua Pengarah, majalah itu mampu juga menggegarkan arena majalah di Malaysia ni. Setakat majalah Mangga tu, bila bila masa je boleh kena tapau. Korang baik tempah cepat, jangan sampai malu sendiri sebab takde majalah Rokes tu nanti.

Entri ni sebenarnya aku cuma nak marah kepada pakar pakar pembinaan jalan di Malaysia.

Untuk makluman pihak tuan, jalan yang baru berturap itu amatlah aku hargai. Walaupun tiada pilihanraya yang bakal berlaku di kawasan ini, usaha pihak Tuan menurap dan meratakan komposisi jalan di sini amatlah aku hargai.

Namun, tanpa garisan putih suci di kiri kanan jalan serta di tengahnya, amatlah membahayakan para penunggang motor yang gemar pulang lewat malam dari mencari rezeki seperti aku.

Aku sedia maklum yang garisan garisan itu tidak dilukis sejurus siapnya proses penurapan bagi memberikan ruang untuk tar yang berkategori basah untuk kering. Fokus utamanya adalah ia sedang 'basah'. Aku faham itu.

Tapi kalau sampai enam bulan nak tunggu tar basah tu kering, takkan lama sangat 'ghairah'nya tar tu sampai tak kering kering daripada kebasahan?

Sapa nak jawab sekarang?

Provokasi Rokes

Aku memang suka mem-follow ayat ayat provokasi di pelbagai tempat.
Kalau ada di facebook, aku baca (walaupun aku takde profil facebook, aku masih boleh baca komen di dinding dinding mereka).
Kalau ada di blog blog, maka aku akan berlama lamaan di laman itu membaca satu persatu.

Terkebelakang ini, salah satu ayat provokasi yang buat aku rasa nak muntah darah membacanya berbunyi begini,

"Ui, banyaknya duit aku dalam akaun ni. Dah macam gaji doktor. Betul ke gaji aku macam doktor ni?"

Itu status update budak budak yang taknak sunat tapi kini bekerja sebagai macai di sebuah syarikat penerbangan merah.

Dan ini jawapan aku dari blog ini untuk makhluk ganjil tu.

"Oi bahalul, kalau pun gaji kau tu banyak, bukannya kau dapat tiap tiap bulan. Doktor doktor tu dah tentu dapat banyak macam tu tiap tiap bulan. Yang kau baru dapat sekali setahun nak komen kat dinding orang lain tu apahal? Nama kau tu tetap takde DR kat depan. Orang lain pandang kau tu tetap seorang macai, jadi tak payah la nak jadi sombong bodoh!"

Aku tak kisah kau nak dapat banyak mana, tapi tak payah nak berlagak.
Kalau tetiba kereta kau eksiden & kena habiskan duit tu buat repair amacam, cukup?
Kalau kau kena samun kat memana sampai habis semua duit tu amacam, cukup?

Jadi, cukup cakap syukur kepada Tuhan. Sudah!

Itu awalan cerita aku pasal provokasi ni.

Untuk cerita lain, kepada mat mat rock, sekarang aku nak provokasi sama korang.

Di satu sudut dunia, dengarnya dah ada satu majalah best.
Majalah ni dihasilkan oleh para rokes maka nama majalah ni Rokes.

Bukan main main punya majalah.

Majalah ni pasti meletup sebab:

-diorang buat majalah ni tak mintak bantuan / subsidi kerajaan.
-diorang tak rasuah mana mana pihak nak bagi majalah ni naik.
-bila korang baca ini majalah, dia ada feel 'hidup', tak macam bila korang baca majalah sekolah yang penuh cerita koperasi. Boleh mati jiwa dibuatnya.
-sikit hari lagi, bila majalah ni dah cukup top, Amy Sej, Awie Wink pun mesti beli ini majalah (aku tak tau camne, tapi mesti.)
-majalah ni tak payah tunggu ketua ketua pengarah atau menteri menteri bagi kata kata aluan tapi masih boleh laku giler.
-penulis penulis dan para editor majalah ni suma berkepakaran dalam bidang yang diorang tulis. (setakat review sejarah perkembangan rock Malaya tu celah gigi jer. Itu belum kira review rock kat arena antarabangsa.Jarvis Branson Cocker pun respek).

Dan kenapa pulak korang kena mesti beli majalah ni:

-budak budak rok tak main la pinjam pinjam baca ni,kena ada hakmilik sendiri, baru nampak true.Nanti senang nak ulur otograf untuk para otai Rokes tu sain.
-majalah ni memang mampu milik, tak kisahlah korang adalah rokes yang jadi posmen, pegawai bank, penggiat seni, CEO, artis, mahupun pelajar. Rok tetap rock!
-majalah ni ada 'nilai dalaman', macam perabot antik. Kalau korang tak minat perabot antik, aku tak peduli, yang penting majalah ni lagi bernilai daripada perabot antik.

Korang takkan dapat beli kat kedai sebab hanya abdul rokes (beserta rakan rakan) yang jual majalah ni, dan hanya abdul rokes (beserta rakan rakan) yang boleh jawab soalan korang.
Sila email dia kat: rokesmail@gmail.com.

Jadi, kalau korang rasa korang rockers yang true, rockers yang hebat, rockers yang sejati, maka rock korang hanya cukup sifat dengan majalah Rokes ni. Kalau tak, rok korang cacat dan tempang.

Kalau tak cukup provokasi rokes ni, nanti lain entri aku tambah.

Berniaga

Zaman ini zaman semua orang nak berniaga.
Segala bentuk benda, servis, maklumat nak diniagakan.
Yang jujur berniaga itu , ramai. Yang kurang jujur pula, lagi ramai.

Jual satu benda yang sama, harga lain-lain, kenapa?

Contoh adegan dalam cerita 'Seniman Bujang Lapok' cukup menggambarkan situasinya.
Ramlee, Ajis dan Sudin nak pergi cari kerja di Studio Jalan Ampas. Naik beca.
Ramlee dan Sudin dapat duduk di atas, Ajis cuma duduk di pelantar. Tapi Ajis tetap kena bayar kadar sama macam Ramlee dan Sudin. Alasan "pakcik penat kayuh" memang masuk dek akal. Kadar yang dikenakan mengikut jarak, bukan mengikut tempat duduk.

Tapi sekarang, syarikat burung besi berniaga ikut harga tempat duduk untuk ke destinasi yang sama, kemudahan yang sama.

Memang tiada yang sampai perlu duduk di pelantar.

Tapi alasan "pakcik penat kayuh" dah tak boleh dipakai.

--------
Yang tahu, faham lah.
Yang tak tahu, tanyalah kepada yang faham.

Selamat Pengantin Baru Don Karambit!

"Dengarnya, si Don tu nak nikah?"

"Bila?"

"Dah dekat tarikhnya katanya."

"Dengan orang mana?"

"Gadis Maghribi katanya."

"Jadi jugak?"

"Begitulah khabarnya."

"Lu tau dari mana?"

"Gua agak je, pasal kebelakangan ni, payah sangat nak ngajak pegi minum teh."

"Celaka!, gua ingat dia bagitau lu?"

"Hmmm..tak payah harap la dia nak bagitau kalau betul pun dia nak kawen."

"Kenapa pulak?"

"Yer la, ajak pegi minum pun sms gua dia tak balas. Inikan pulak dia nak inform kita bila dia nak kawen.Lupakan je la."

"Bila last lu sms dia?"

"Baru 3 minit lepas. Ni ha sms yang gua hantar."

"To:don karambit
Cc:(nama dirahsiakan),(nama dirahsiakan),siti nurhaliza,datuk nik aziz
Aku nak ajak kau minum pukul 10.40.Lokasi (salah satu bistro @ enstek).Kalau kau tak sampai, nanti aku bagitau kengkawan suruh delete kau. Kau fren la dengan eddie tan & bolingam.
"

"Macam haram jadah sms ni ada iklan google. Ada dia balas?"

"Haram takde."

"Mungkin betul si Don tu nak jadi pengantin baru"

"Takpe lah. Kita kirim doa jer la dari sini."

Selamat Pengantin Baru, Don Karambit.

Semoga berbahagia ke akhir hayat.


Kerja jahat di facebook

Ada yang marah dengan entri aku pasal facebook kat sini.

Dan walaupun ada yang kata Harian Metro tu tabloid dan cerita di dalamnya adalah cerita yang di 'hype' tak ingat punya,
tapi...

berita atau cerita ini ada asasnya...

myMetro | Isteri ikut kekasih

hah! mark zuckerberg, kau tak nak komen?!!

zuckerberg zuckerberg, hati kau keras.

Kondem

Dalam aku 'berjalan jalan merayau rayau' di perpustakaan encik Google (selepas ini dikenali sebagai encik G), aku terbaca entri berkenaan beberapa individu mempersoalkan kemahiran encik G memberikan senarai paling relevan untuk pencarian maklumat di internet. Mereka yang meng-kondem tu memiliki laman web yang nampaknya bagus dan mempunyai pengikut dalam bidang teknologi yang nampaknya ramai. Jadi bila tuan punya laman web itu memberikan tugasan kepada pelajar beliau untuk mencari maklumat berkenaan satu topik yang diberi, para pelajar beliau gagal mendapatkan rujukan terbaik daripada encik G. Maka beliau pun memberikan markah 'F' kepada para pelajar itu serta memarahi encik G. (ayat last tu aku tambah bagi dramatik bunyinya).

Tumpuan aku?

Pasal kondem lah, of kos!

Apa yang aku nampak, dalam dunia internet ni, ada 2 kategori utama pengguna. Yang mencari dan yang menyedia maklumat. Encik G sediakan platform. Internet bukan milik encik G seorang. Makhluk yang marah dalam kes di atas adalah seorang pencari maklumat(sebenarnya dia suruh pelajarnya mencari, siapa yang malas sekarang?). Beliau kondem encik G kerana tidak berbuat sesuatu kepada mereka yang menyalahgunakan khidmat sebagai penyedia maklumat yang mengambil kesempatan dengan menyediakan laman web yang tidak relevan atas niat mengambil keuntungan. Apa berbelit belit ayat aku ni?

Dalam ayat mudahnya, makhluk tu marah kepada mereka yang dipanggil 'web spammers' atau bahasa kejinya penyumbaleweng laman web. Maksudnya lagi, contoh bila seseorang mencari maklumat pasal 'cara buat kuih akok yang sedap', apa yang encik G senaraikan dalam carian termasuklah laman web yang cerita pasal 'sejarah kuih bingka pandan' (apa jadah!). Jika bernasib baik, encik G juga menyenaraikan laman web yang menjual menjual ebook 'senarai kuih kuih sedap yang akak buat' (ni lagi haram jadah!), yang mana kedua duanya tidak relevan langsung dengan carian asal.

Persoalan dan fokus kondem mereka, adakah encik G sudah kekurangan teknologi pintar untuk memberikan hasil carian yang paling relevan untuk si pencari maklumat? Di satu laman web lain yang mengutarakan isu sama, mereka mengesyaki encik G lebih memanjakan dan memuaskan nafsu serakah pencari 'klip ariel peterpan dan luna maya' kerana paparan maklumat untuk carian maklumat tersebut tidak pernah menghampakan.

Itulah isu isu panas yang kini sedang cuba ditangkis oleh encik G. Encik G sememangnya dalam dilema kerana dalam masa cuba memberikan perkhidmatan terbaik kepada pencari maklumat untuk kekal sebagai enjin carian nombor satu dunia, encik G juga perlu menjaga slip gaji pekerjanya dengan memastikan para pengiklan gergasi tidak berasa kecil hati.

Ini kerana para pengiklan di internet lebih menyukai penyedia maklumat yang mahu bersekongkol dengan mereka kerana para penyedia maklumat ini lebih bergerak aktif dalam menarik trafik ke laman mereka tanpa menggunakan ilmu hitam atau membuat perjanjian dengan syaitan seperti filem 'Khurafat'. Mana mana laman yang mengetuai menarik jumlah pengunjung yang ramai sememangnya berpotensi untuk menaikkan tahap jualan barangan yang dijual oleh pengiklan, waima laman web itu sebenarnya tidak menceritakan langsung tentang barangan yang dijual oleh pengiklan itu.

Sebagai contoh, andaikan di sebelah kanan blog terbang ini terdapat satu iklan rentang untuk produk kecantikan diri yang menjanjikan perubahan rupa daripada wajah seiras fasha sandha kepada wajah seiras nora danish dalam masa 2 minggu. Dan andaikan juga terdapat 2 juta (yer, 2 juta) jumlah pengunjung harian ke blog terbang ini, maka dengan menggunakan matematik asas, dengan hanya 3 peratus daripada 2 juta pengunjung (yang kebanyakannya awek awek) yang meng-order produk kecantikan hebat itu, maka objektif pengiklan itu menempel iklan di blog terbang sudah mencapai target jualan untuk 3 bulan. Perlu diingat, blog terbang ini hanya menempatkan ruang berukuran selebar ayam goreng drummet untuk iklan itu dan blog terbang tidak pula pernah walau dengan sepatah ayat pun mempromosikan produk kecantikan terhebat itu!

Dengan kata lain, berdasarkan dakwaan makhluk yang mengadu domba kepada encik G di atas tu, blog terbang adalah laman yang tidak berkualiti kerana awek awek yang mencari produk kecantikan hebat akan terpukau untuk menyinggah di blog terbang kerana blog terbang ini disenaraikan di kedudukan nombor satu untuk carian 'produk kecantikan wanita terkini'. Maka makhluk itu mahukan supaya encik G menyekat kemaraan blog terbang daripada menjadi penguasa untuk tajuk tajuk carian yang lain seperti:

'Kenapa AirAsia itu bukan monopoli walaupun cuma dia jer yang jadi syarikat penerbangan tambang murah di Malaysia ketika ini?'

atau

'blog yang lebih popular daripada web suria fm'

atau

'cara terbaik menguruskan badan tanpa menonton filem 2 alam'.

Alasannya kerana blog terbang tidak ada kena mengena dengan Airasia, blog terbang bukanlah lebih popular daripada web suria fm dan blog terbang bukan berkenaan cara menguruskan badan yang ada kaitan dengan filem 2 alam!.

Mungkin makhluk itu mahukan bila ada pencari maklumat membuat carian 'teknologi terkini telefon bimbit 2011', encik G memaparkan foto makhluk pemilik web teknologi itu memenuhi skrin sebagai satu satunya hasil carian yang ada.

Takde 'spirit of competition' langsung!

Cukup.

Itu Aje @ suria fm review

Aku dah banyak sangat tulis entri pasal Itu Aje @ Suria FM ni. Kalau ada buku atau blook atau ebook pasal lagu peraduan itu aje suria fm ni, aku boleh sumbangkan paling tidak separuh isi kandungan. Hahaha.

Hah! Apa cerita sekarang? Dah berapa puluh ribu hadiahnya?
Aku memang kurang sikit mengikutnya sekarang ni. Budak urban kata "dah slow sikit la bro".
Ada beberapa urusan utama yang aku kena lebih fokuskan. Contohnya, bekerja, bekerja dan bekerja. Cerita pasal kerja ni, hari ni ada member aku sengal salah tengok jadual agaknya, langsung tak muncul pada waktu yang sepatutnya. Telefon tak berjawab. SMS tak berbalas. Macam gampang! Kalau nak berenti pun bagitau la, sekurangnya mental aku dah sedia. Buat perangai macam ni memang nak mengundang penerajang namanya. Hiah!

Ok, cukup aku melepas geram, sambung cerita pasal itu aje suria fm review ni. Memandangkan aku rasa kesian kat korang korang yang mencari info kat mana nak mula pasal peraduan teka lagu itu aje suria fm ni, aku senaraikan entri entri yang aku buat berkaitan peraduan ni. Bukan apa, ada gak aku dapat email yang soalannya tak pernah terlintas dek akal aku jawapannya. Disebabkan aku tak pandai nak menjawab, maka aku harap, dalam salah satu entri yang ada ni, korang yang bertanya akan jumpa jawapannya. Andai takde jugak jawapannya, maka pandai pandai la nak hidup.

itu aje @ suria fm

Ini entri sulong aku pasal peraduan ni. Kandungannya takde la macam buku 'A brief history of time' Stephen Hawking tu tapi rasanya cukup bagi pendedahan kepada mereka yang nak tau info asas pasal ni. Dalam entri ni jugak aku bagitau yang aku ada rekodkan klip tu dan aku boleh bagi kat sesapa yang mintak. Aku hanya bagi kepada sesapa yang mematuhi langkah mudah yang aku tetapkan.

Lagu ini bukan instrumental

Sebenarnya entri ni terhasil sebelum aku tulis lebih lanjut pasal itu aje suria fm ni. Kira macam sub-entri la. Aku tulis entri ni pun sebab ada member yang mempercayai perkara mengarut yang aku ni banyak tau pasal muzik.

Kegilaan 'itu aje@suria fm'

Entri ni siap bila aku rasa best dapat berkongsi klip yang aku ada dan aku rasa tak best bila dengar tekaan tekaan kurang cerdik daripada pemanggil bertuah beberapa pagi. Memang aku kondem peneka peneka yang tak cerdik tu. Alasan aku mudah, satu lagu yang disalah teka akan menambahkan RM50 (ke?, tak ingat la) wang terkumpul. Maka kalau jumlah dah puluh puluh ribu, mesti lagu yang super super top tu dah pernah diteka oleh orang lain dan saaaaalah! Lagi satu, pembayang dah diberi, cuma nak dicari kat mana jer. Kepada yang marah marah kat facebook pasal kononnya takde pembayang diberi, nak aje aku starlight dahi mereka dan cakap, "hallo, lu tahu guna facebook, takkan lu tak tahu nak cari pembayang tu kat mana?" Dengan entri ni jugak aku berdoa aku tak perlu maki maki (dalam hati) mereka yang meneka tak ikut pembayang asas yang diberi iaitu "Nama artis ada huruf 'A'."

itu aje suriafm dah makin gila

Ini entri iklan dan juga entri untuk ucap selamat tahun baru untuk peraduan itu aje suriafm tu. Adalah aku hantam sikit sikit tapi masa tu mood tahun baru, lagi baik aku layan anak aku tengok ultraman seven, ultraman kosmos, ukltraman mebius dan semua keturunan ultraman daripada aku marah marah.

ini bukan jawapan betul itu aje @ suriafm

Aku rasa ini entri paling grand untuk itu aje ni sebab dalam entri ni aku menunjukkan kerajinan dan keprihatinan kepada mereka yang buat kajian secara akademik untuk menang peraduan ni. Aku tolong letak senarai lagu lagu yang pernah diteka untuk itu aje suria fm tu. Bukan kerja senang tapi aku rasa puas hati. Kepada mereka mereka yang rajin bantu membantu bagi kemaskini lagu yang disalah teka dalam komen entri tu (korang tau korang sapa), buat aku ada lagi semangat nak bagi senarai tu lagi panjang sampai Kuala Kedah. Aku bagitau jugak yang tawaran aku untuk klip tu akan terus terbuka selagi belum ada pemenang rasmi Itu Aje Suria FM. Aku jugak men-sound secara tak langsung mereka yang mintak klip melalui komen sebab malas membanyakkan membaca langkah yang aku bagitau dalam entri sulong aku tu. 'Until when when' la komen tu takkan muncul kat blog ni.

ITUAJE suria fm-dedikasi untuk madam

Seperti tajuknya, Ini entri dedikasi untuk madam aku yang mula mula bagitau aku pasal peraduan paling 'hype' di suria fm ni. Terima kasih untuk madam yang buka peluang untuk aku bantu orang lain sikit sikit. Andainya aku termenang pulak nanti, madam jugak yang bertuah, kan? Hahaha.

Cara teka lagu itu aje di suria fm dengan sms

Ini entri paling trengkas sebab guna skema ayat sms. Untuk mereka yang betul betul nak tau cara sms untuk itu aje, silalah jenguk jenguk web suria fm atau daftarlah di facebook dan tunjuklah muka korang di fan page suria fm tu. Jangan nak ribut ribut kat blog santai yang penuh kedamaian dan ketenangan ni yer.

suria fm itu aje-Bila mau abis daa?

Entri ni dikaitkan dengan penggunaan teknologi secara serius untuk memenangi sebuah peraduan teka lagu di radio suria. Di Jepun, robot berskala lalat pun dah direka menggunakan teknologi pintar. Malu kita kalau tak menggunakan teknologi untuk peraduan yang macam ni! Ada jugak aku jemput pakar pakar audio untuk menyumbang sepatah dua skil tapi nampaknya, mereka (mungkin) lebih gemar mengusahakan untuk kemenangan sendiri. Yer la, sapa yang tak nak menang duit sebanyak tu, yer tak? Itulah tarikan duit sebenarnya. Takpelah, mana yang aku boleh kongsi, contohnya info asas 'digital synchronizing' tu, aku bagitau la. Cuma, bila ada yang bertanya secara langsung, "apa lagu yang betul dalam fikiran lu?". Haha, itu soalan bonanza! Korang korang yang dah baca semua entri dan komen aku pasal lagu di suria fm ni, pasti pernah terbaca pembayang yang aku pulak bagi.

Itu Aje @ suria fm review

Dan entri ni, review tentang suria fm dan itu aje. Siapa yang akan menang, lagu apa sebenarnya untuk itu aje tu, masih samar samar. Ada yang kata dah tau lagunya cuma peluangnya belum terbuka. Yang nampak jelas, ramai dah dibuka peluang tapi disia siakan pulak dengan meneka lagu yang tak kena mengena dengan pembayang.."aku pasti...itu bukan lagu kumpulan EXIST!" Jadi, tunggu ajelah. Kepada yang konsisten mengkaji, mengapdet senarai lagu yang disalah teka, yang terus meng-sms dan me-redial setiap pagi, jangan putus asa. Lagu yang diteka dalam itu aje ni bukannya semudah yang disangka nak dapatkan jawapannya. Khairul Fahmi (KFCM) tu pun lama giler berlatih sungguh sungguh untuk dapat main dalam kesebelasan utama pasukan Kelantan dan skuad Harimau Malaya tau!. Tapi bila beliau dibagi peluang beraksi, beliau tunjuk kebolehan dengan bergaya, tau! (tapi aku tetap sokong pasukan Negeri Sembilan). Maksud aku, memang betul peraduan ni lebih kepada nasib baik untuk dapat jadi pemanggil bertuah, tapi bila dapat peluang jadi 'bertuah' tu, teka la dengan penuh gaya 'bertuah'. Andai kata tak betul pun lagu yang diteka tu, Nirvana kata 'Nevermind', asalkan kriteria peneka bergaya tu dipenuhi.

Tak tahulah. Kalau berlanjutan lagi sampai ratus ratus ribu pulak duit terkumpul untuk peraduan kat suria fm tu nanti, mungkin aku kena buat entri 'season finale' pulak lepas ni. Selagi belum ada yang menang, teka teka dan teruskanlah meneka... dengan bergaya.

Main lumba basikal.

Masa kecik kecik, aku, angah & alang suka main basikal.
Beskal BMX ada satu jer. Kongsi.
Mula mula aku naik, angah & alang tolak.
Lepas tu angah naik, alang tolak, aku tengok.
Lepas tu aku naik balik, alang tolak, angah tengok.
Alang tukang tolak jer pasal dia tak pandai naik beskal lagi.
Tapi dia nak main beskal jugak.

Tadi masa aku pergi Nilai, aku tersangkut dalam jem. Ramai betul polis trafik jaga jalan.
Tak pernah aku nampak polis trafik seramai tu kat satu satu tempat.
Macam polis trafik buat rombongan pulak.
Tak tau la sapa pulak yang jaga trafik kat KL tu.

Rupa rupanya ada acara lumba beskal le tour de Langkawi.

Aku tanya la Sir Google asal usul lumba beskal yang ni.
Adik Wiki bagitau:

"Desgrange had poached him from Giffard's paper.
[18] Lefèvre suggested a six-day race of the sort popular
on the track but all around France.
[18] Long-distance cycle races were a popular means
to sell more newspapers, but nothing of the length that
Lefèvre suggested had been attempted.
[19] If it succeeded, it would help L'Auto match its rival and
perhaps put it out of business.
[20] It could, as Desgrange said, "nail Giffard's beak shut."
[21][22] Desgrange and Lefèvre discussed it after lunch.
Desgrange was doubtful but the paper's financial director,
Victor Goddet, was enthusiastic.
He handed Desgrange the keys to the company safe and
said: "Take whatever you need."
[23] L'Auto announced the race on 19 January 1903.
"

Asalnya cuma nak bersaing jual suratkhabar di France,
sekarang boleh sampai sesakkan jalan di Bandar Baru Nilai?
Hebat lumba yang macam ni.

Kalau dari kecik aku tau pasal lumba beskal yang hebat macam gini,
mesti aku bersungguh sungguh bermain beskal.
Mungkin kegigihan adik aku si alang yang menjadi tukang tolak beskal masa tu akan tertulis dalam dalam lipatan sejarah aku,
seorang juara le tour de' France.

Transit

Orang kata, nak pergi Pakistan, kena naik kapal terbang. Baru cepat sampai.
Kalau naik kapal laut, lama sikit baru sampai. Kalau pun mampu bayar tambang naik kapal terbang, kena transit pulak. Kena berhenti kejap tumpang isi minyak kapal terbang kat negara lain, contohnya transit di Bangkok, negara Thai. Transit di negara Thai, biasanya bukan aje nak isi minyak, tapi juga nak ambik penumpang lain yang nak ke Pakistan. Mungkin orang Thai, mungkin orang Pakistan di negara Thai.

Yang penting bukan pasal Pakistan, bukan juga pasal negara Thai, bukan juga pasal kapal terbang mahupun kapal laut.

Yang penting pasal transit. Bila transit, kena lalu imigresen lagi. Passport kena periksa lagi. Kena cop lagi. Barang barang pun kena imbas lagi. Kalau lepas, alhamdulillah. Bila tak lepas, kena tahan ataupun kena hantar balik ke negara asal. Nak salahkan siapa?

Itu hal pasal tak lepas transit masa naik kapal terbang.

Hal pasal tak lepas transit kat alam kubur menunggu hari kiamat nak cerita macam mana?

butang 'delete'

Hari ni tak berapa rajin nak entri panjang panjang.

Lepas update info lagu itu aje suria fm yang dibagi dek puan seri anon kat komen, aku try guna butang 'delete' kat papan kekunci. Aku padam huruf 'z' kat tajuk blog tu kendian aku tekan 'save'.

Tak berapa rajin nak ngubah yang lain.

Saje nak nengok apa jadi.

Memarahi facebook dan pemiliknya!!

Woi mark zuckerberg!!!

Kau tau tak apa durjananya facebook yang kau mulakan ni?
Kau tau tak facebook kau tu lebih banyak jadi punca celaka dan durjana?!

Kau pernah fikir tak berapa ramai boleh jadi lahanat dan khianat dengan facebook kau tu?
Ke kau memang rancang nak melahanatkan seramai orang yang boleh dengan facebook kau tu?

Dulu aku dah tengok online la filem "the social network" tu, jadi aku dapat la gambaran kenapa kau buat facebook tu.
Pasal kau nak pedajal awek yang 'buang' kau dulu kan? Kau nak melahanat dia kan?
Kalau cerita tu tak betul pun, pegi la jahanam. Ramai yang pecaya apa.

Aku marah sangat pasal kau menipu dan ajar orang jadi penipu.
Bila orang kata nak tutup akaun facebook, apasal kau cuma bagi diorang 'deactivate' dan kau siap bagi pesanan dengan nada sayu 'we hope you come back soon' pulak?

Kenapa kau tak padam je semua rekod yang ada kat profil tu?
Ke kau nak jual semua maklumat tu nanti?
Alah, sekarang ni bukan sesapa tau pun kau jual ke tak maklumat pengguna tu, yer tak?
Sapa makhluk yang larat nak baca dan faham setiap butir kat privacy notice facebook kau tu, yer tak?

Kau tau tak ramai yang menyamar jadi Johhny Depp dan Justin Bieber guna facebook kau tu pasal nak mengayat awek awek dengan niat melakukan persetubuhan haram (macam gampang ayat ni)?

Kau tau tak facebook kau tu ada 'bapak ayam' buat tempat urusniaga?
Kau tau tak facebook tu tempat ramai orang berjudi dan belajar berjudi?
Kau tau tak facebook tu tempat ramai orang, sama ada tahap 'beginner' ataupun 'expert', berskandal dan menyundal, ?
Kau tau tak ada orang yang bercerai berai, kena pukul, kena rogol dan ada yang dah kena bunuh yang mula semuanya dari facebook kau tu?

Eh, kau tau ke tak ni?!!!

Kau jangan nak kata 'pegi la jahanam', aku sepak kau kang!

Kau tau tak dalam setahun dua lagi komputer ayah ayah akan dikuasai dek anak anak sebab ramai budak budak dah ada akaun facebook walaupun baru umur 2 tahun stengah!
Abis tu camne ayah ayah nak update blog nanti?!
Kau nak bagi ayah ayah tu laptop Toshiba Satellite Pro® L670 17.3" Widescreen sorang sebijik?
Kau nak bayar bil broadband ayah ayah tu seumur hidup?!

Tiu na seng!

Budak budak jangan baca entri ni.
Pegi baca entri kapalterbang terbabas tu lagi bagus.
Untung untung dapat belajar jadi pilot yang pandai buat 'drift'.

Eh, tak habis lagi marah aku ni.

Woi mark zuckerberg!!!

Kau memang suka kena marah ek?

Bila dah terbabas

1994

Sebijik kereta terbabas lepas membrek. Mengelak jalan yang tengah repair tu kata pemandunya, dan menghentam blakang motor abah aku.
Akibatnya, mak aku patah kaki dan menanggung sakitnya sampai sekarang.

1995

Walaupun tak terbabas tapi sebuah kancil merah dengan konfidennya menghentam motor yang aku bonceng dengan nasri dzulfikar.
Kami yang baru lingkup dalam permainan 'lucky ball' dalam perjalanan ke seksyen 24, Shah Alam untuk mencari tempat berbuka puasa di bulan Ramadhan.
Akibatnya, aku koma 24 jam & kawan kawan citer masa tu dah pakat pakat nak hadir ke majlis pengkebumian aku.

1996-1998

Beberapa insiden aku terbabas tidur sampai terlepas kelas masa belajar di ppp/itm shah alam.
Akibatnya, keputusan a-level menggagalkan aku terbangz ke luar negara. Alasan!

1999

Kereta toyota korolla dx edisi italy yang aku bawak mengalami masalah teknikal lalu terbabas masa ambik selekoh yang tak berapa tajam. Aku terlanggar satu makhluk. Aku memang nyaris nyaris nak kena belasah walhal bukan salah aku pun, jalan yang licin. Tahun ni jugak aku terbabas jatuh suka kat satu awek. Kesilapan paling besar yang aku buat.

2005 - 2008

Motor aku beberapa kali terbabas masa ditunggang dengan cara merbahaya dalam perjalanan ke tempat kerja. Masa tu aku keje dengan syarikat monopoli tambang merah.
Kapal terbang syarikat ni pun baru terbabas baru baru ni.
Walaupun jarak rumah dengan tempat kerja tak jauh, aku berhobi untuk bajet masa ngam ngam untuk sampai. Tapi bila tersasar beberapa minit, tu yang memerlukan kepakaran menunggang secara 'wajib disumpah pemandu lain' tu.

Itu antara peristiwa peristiwa terbabas yang ada dalam hidup aku setakat ni.

Terbabas ni banyak acara boleh berlaku.

Tak kenal jam, tak kenal minit, tak kenal saat, bila tuhan kata jadi, jadi ler.

Bila dah terbabas masa memandu atau menunggang kenderaan, kemungkinannya, cedera atau padam.

Bila dah terbabas masa kapalterbang naik atau turun pun, kemungkinannya, cedera atau padam.

Bila dah terbabas punch kad kat pejabat, kemungkinannya, kena sound dengan bos atau kena tindakan disiplin yang membawa kepada pemecatan.

Bila dah terbabas cakap, kalau tak mengundang pelempang atau penendang, itu dah kira cukup bersyukur.

______________
masa tulis entri ni (dalam keadaan tak berapa nak boleh bersabar), kat tangan aku dah rasa ada bebola api macam yang son-goku dragonball bleh buat tu. Abih cair keyboard.

-terbangz-

Bila Johhny Depp mintak nak jadi rakan facebook

Orang Malaysia memang ramai kaki (laman) sosial.
Buatlah apa jadah 'laman sosial' pun, pasti juta juta rakyat Malaysia jadi ahli.

Bukan apa, mana ada rakyat Malaysia pandai buat 'laman sosial' sendiri,
jadi bila bukan rakyat Malaysia tunjuk 'laman sosial' yang nampak 'macam canggih' ni,
maka berbondong bondong lah rakyat Malaysia menge-join nya.

Pasti!

Tak caya cuba perkenalkan lagi satu 'laman sosial' macam facebook.

Orang Malaysia patut bangga,
terdapat 9,874,860 pengguna Facebook di Malaysia sahaja.
ramai sungguh.
sumber:Socialbakers.com

Tapi, sebaiknya berhati hati dengan maklumat yang dipaparkan di facebook tu.

Dah ada kes,
ada yang dimalukan,
ada yang ditipu,
ada yang diugut,
ada yang kena pau duit,
ada yang terkorban maruah,
ada yang hilang pasangan,
ada yang hilang anak,
ada juga yang hilang nyawa.

Dan macam macam 'ada yang' lagi,
kerana facebook tu.

Untuk Orang Malaysia:jangan malas membaca.

Selalu selalu semak 'privacy setting' kat facebook tu.
Ubah mana patut.

Jangan ingat bila kita tak terima Johnny Depp jadi rakan bila dia mintak,
dia tak dapat tengok maklumat kita.

SALAH!!

Dia dapat tengok maklumat kita bila dia dapat jadi kawan dengan kawan kawan kita.

Jangan bangga bila ada Johnyy Depp mintak nak jadi kawan kita.

Sebab Johnny Depp haram takde akaun facebook.

Orang Malaysia, tak kira apa bangsa, ada pantang larang turun temurun yang diwarisi dari nenek moyang kita dahulu.
Maka, jagalah juga pantang larang bila ada akaun facebook:

-Jangan paparkan alamat email, nombor telefon, alamat rumah, (walaupun alamat rumah ketua kampung).

-tapis dan semak tapisan gambar yang nak dipapar dan dikongsikan.
(kalau tak nanti, jadi macam gambar Fasha Sandha berbikini di Bali, kan dah tersebar.kah kah kah).

-Baca & fahamkan tetapan keselamatan (security settings) di facebook tu.
Jangan malas.

-Bila dah habis mengapdet status yang macam bangang "Arini berbaju merah la", terutama di cyber kafe, jangan lupa log keluar (logout) melainkan nak akaun facebook tu dikekahkan.

-Kawal, kawal & kawal siapa yang boleh nampak maklumat peribadi.
Sekali lagi, jangan malas.

-Jangan sesekali kongsi kata laluan (password) dengan sesiapa pun.
Jangan jadi bangang nak bagi pakwe/makwe atau sesapa saja password tu. Biar sendiri lupa daripada bagi password kat orang lain.

-'Block' kan pengguna yang menghantar kandungan yang tidak sesuai.
Diorang takkan tau pun kalau korang block dia sebab kat beribu juta orang lain lagi dia hantar maklumat tu.

-Fikir banyak kali sebelum klik mana mana pautan (links) yang dberi.
Facebook awal awal dah bagitau yang diorang takkan sesekali boleh dipertanggungjawabkan atas masalah yang dihadapi dengan penyedia pihak ketiga.
Dengan maksud lain, facebook kata, "pegi la jahanam, kau yang klik, apasal kau nak salahkan aku plak!"

-Gunakan password yang ampuh dan selalu selalu tukar password tu.

-Hati hati dengan kuiz kuiz yang nampak sempoi sempoi je tapi mintak nak akses profil tu.
Bila dah dapat akses, korang bukan tau apa dia nak buat dengan maklumat korang.

Sebenarnya facebook tu takde lah best sangat pun, cuma ramai kata facebook tu best bila:

-dapat 'ramai' kawan baru kununnya dari obersee.
Cuba hantar message kat facebook guna bahasa Melayu kat diorang, tengok diorang balas tak? Kalau diorang balas dengan satu "?" pun dah cukup bagus. Kalau diorang haram tak balas, itu bukan kawan. Itu maknanya aku nampak kau, kau nampak aku. Siapa kau aku pedulik hapa!

-dapat jumpa kawan sekolah yang dah lama 'lost contact'.
Ok la, alasan ni boleh gak guna sebab yang bagi alasan ni biasanya awek awek . Bila dah jumpa yang memang kawan kawan sekolah lama, kemudian apa? Takde apa kan? Jadi, apa kejadah? Ada beza ke jumpa balik atau tak jumpa balik?

Aku anti facebook ke?

Tak jugak. Dulu aku pun ada profil facebook tapi sekarang, untuk profil peribadi, aku dah lama keluar parti facebook ni. Aku ada facebook page untuk blog ni jer. Tu pun tak apdet sebab tak berapa rajin.

Alasan utamanya, makin hari aku rasa facebook tu makin membosankan.

Alasan alasan lain:
-Aku benci pengguna pengguna yang aku kategorikan bangsat bila komen kat dinding orang lain dengan pertanyaan /komen yang menunjukkan dia tu bangang.
Contoh, ada sorang kawan atas kawan atas kawan aku, status profilnya tertulis jelas "Married to (nama pasangan)" tapi aku pernah terbaca komen seorang bangsat ni bertanya macam ni,"Hai (nama), kau dah kawin ke belum, kalau belum, jom!". Aku terbayang kalau aku pasangan kepada yang ditanya, kepala yang bertanya tu memang dah kena hayun pedang samurai.

-Aktiviti berFacebook terlampau banyak 'memakan masa'.
Ada yang terover, asyik dengan 'update status' kat facebook sampai lupa tanggungjawab lain yang lagi utama.
Kalau tak apdet status sendiri, sibuk pulak baca status apdet kengkawan lain. Kalau kengkawan 10 orang ok la, kalau 500 orang? kalau 1000 orang? Tu tak kira gatal gi baca status kawan atas kawan atas kawan punya status lagi.

-Facebook ni 'perangkap' kepada yang leka, lubuk emas untuk 'penipu'.
Ni khas untuk yang berpasang pasangan. Berapa banyak kes awek, tunang, bini 'bertukar tangan' sebab kes 'terlebih' komunikasi kat facebook! Memang ada berlaku, tak ramai yang kongsi, malu kata mereka, tapi cerita 'hal dalam kelambu' kat facebook tak malu pulak!.
Berapa ramai yang kena tipu kununnya boipren/gerlpren nak datang dari luar negara tapi 'ditahan' imigresen dan hanya boleh dilepaskan bila sejumlah duit dibayar. Banyak.

Bila dah bebas facebook ni rasa macam bebas dari merokok pulak.

Takde la di'sibukkan' dek facebook.

Yang memang buat duit daripada facebook tu, baguslah, korang memang pandai ambik peluang. Tapi jangan la promosikan skim skim haram yang bukan bukan tu. Nak duit banyak pun, biarla berkat. Kalau korang yakinkan 50 orang dengan skim tipu tu & 50 orang tu kemudiannya seranah kau sampai kiamat, apa citer? Tahan ke?

Kepada adik adik hingusan yang tengah giler giler nak tambahkan jumlah rakan facebook tu, berhati hatilah bila Johnny Depp atau Ultraman Mebius mahupun Justin Bieber nak mintak jadi rakan korang. Suruh diorang tunjuk salinan passport dulu, baru terima.
Kah! kah! kah!

suria fm itu aje-Bila mau abis daa?

Kalau ikut senarai lagu yang disalah teka, aku memang dah 'hilang laluan' dengan suria fm itu aje ni.
Untung ada kenalan kenalan blog yang suka membantu bagi senarai lagu untuk aku kemaskinikan.

terima kasih untuk kalian.

Tapi...
Bila mau abis daa ini peraduan?

Eh, tak seronok la nanti bila peraduan ni abis. Kan?
Nanti nak teka apa pulak lagi?
Apa ertinya pagi nan indah tanpa itu aje suria fm?
kan ?! kan? kan?!

Dolu dolu ada teka bola & teka sepak takraw dalam suratkaba utusan malaysia, layan gak aktiviti tu sambil bersarapan lempeng cecah sambal tumis di pagi hari.
Secangkir kopi pekat menjadi pelengkap menu sarapan tradisi.

Tapi sekarang dah takde dah peraduan camtu.

Sebab sekarang dah ada t-e-k-n-o-l-o-g-i.

Setakat kaburkan gambar bola dari gambar asal tu, 15 minit jer dah bleh tau kat mana kedudukan asal bola tu.
Konfem tetiap minggu ada pemenang yang berjaya meneka dengan tepat dan jitu.

Dolu dolu main agak agak jer kat mana duduknya bola tu. Zabidi Sharif pun belum tentu bleh bagi jawapan tepat walaupun gambar kat peraduan tu gambar dia tengah melibas bola takraw tu.

Sekarang lain, sekarang dah ada teknologi.

Bukan setakat benda yang ada boleh dihilangkan.
Benda yang tak ada pun boleh diadakan.

Jadii, tontuan, sedarasedarii yang saayer hormaati sekalian, dalam memaacu perjalaanan 'anda memenangi peraduan ituajesuria fm inii, makagunakanlah.. teknologi. Kerrana, pada zaman inii!, kemajuuan teknolorgi telah membuktikan bahaawa, perkara perkara yang dahulunya, kita rasakan mus-tahil, kini, sudah mampu kitalakukan.

(kenapa ayat ayat di atas tu bunyi umpama ucapan di perasmian majlis bersama rakyat?)

Sesiapa yang dah terima klip yang aku rakam tu, dalam email aku dah bagitau, klip tu aku 'serlahkan' guna teknologi, maka dengan kemahiran teknologi jugaklah rasanya kalian dapat cari 'dari lagu apakah klip setengah saat itu dipotong'

Apa bentuk teknologi yang kena diguna tu, tak dapatlah aku huraikan dengan begitu teliti kat sini.

Ada sorang brader bagitau aku, dengan 'digital synchronizing' mungkin boleh dapat padanan yang tepat.

Mula mula dulu aku pun memang terfikir teknik tu cuma masalah kat aku, aku takde pengkalan data lagu yang dah di digitalkan.

Kalau korang jenis yang suka giler tak hengat layan siri CSI, mungkin korang dapat idea yang aku maksudkan.

Dengan cebisan bukti yang ada, contohnya cap jari, pasokan CSI mana mana daerah pun boleh dapat padanan tuan pemilik cap jari tu.

Itulah idea asas yang pernah aku fikirkan.

Tapi teknik tu untuk mereka yang serius nak menang la.

Kepada yang kata teka teka sekadar suka suka, itu hak korang.

Zaman dah berubah, bila ada peraduan yang menawarkan ganjaran duit tunai, jarang ada yang meyertai sebab suka suka. Dah tentu penyertaan sebab nak menang, kan? Kalau kata saja suka suka, baik kumpul setem.

Jadi, yang ada ilmu teknologi tu tapi suka suka nak tolong orang lain, silakan lah kongsi caranya.

Sila ke depan. Jangan malu malu.

Berita Tidak Sensasi! Juruterbang bukan CEO

Berita ini tidak sensasi,
lantas tidak layak ditampal di muka depan akhbar tempatan.

Berita ini tidak sensasi,
ia hanya melibatkan keselamatan kurang dua ratus nyawa,
tambahan tiada yang terkorban,
maka ianya tak cukup sensasi.



Berita ini tidak sensai,
kerana beban kesalahan berjaya diletakkan kepada ciptaan Tuhan,
hujan yang bersalah, manusia tidak.



Berita ini tidak sensasi,
kerana hanya beberapa juta dirham kerugian yang dialami,
bisnes orang lain yang terjejas,
pedulik hapa!



Berita ini tidak sensasi,
kerana penutupan hanya selama 24 jam,
bukan 24 hari!

Berita ini tidak sensasi,
kerana penutupan berlanjutan hanya sebab seorang mamat nak tengok dengan mata dia sendiri.
Dia kata, mata orang lain bukannya betul.

Berita ini tidak sensasi,
kerana penutupan berlanjutan hanya sebab mamat yang sama berkeras taknak terima pertolongan orang lain.
Dia boleh buat sendiri katanya.
Tapi kena tunggu 24 jam la.

...........................

Seorang juruterbang tugasnya mengemudi pesawat dari titik A ke titik B.dan mungkin ke titik C, D dan E..
sebelum kembali ke titik A.

Pengemudian pesawat itu mesti dikendalikan dengan penuh tanggungjawab kerana pesawat itu mempunyai muatan yang perlu dipastikan tiba ke tempat yang dijadualkan.
Muatan itu mungkin berbentuk bungkusan bungkusan, surat resmi atau peribadi, dokumen sama ada yang penting atau tidak, dan juga penumpang yang kebiasaannya adalah makhluk makhluk bernyawa bernama manusia.

Apa terjadi jika berlaku situasi di mana kendalian pesawat terbangz tidak dapat dikawal sama ada dalam pengemudian ketika berlepas, ketika berada pada ketinggian beribu kaki di atas paras laut atau ketika melakukan pendaratan.

Apa jua alasannya, inilah yang terjadi:



Selain daripada ketentuan Ilahi, manusia juga berhobi mencari punca terjadinya eksiden ini (ini bukan insiden tapi eksiden) kerana pada asasnya, kapal terbangz itu dikendalikan oleh si juruterbang.

Maka berbondong bondonglah pakar daripada serata pelusuk alam dihantar ke lokasi kejadian bagi mencari petunjuk yang tepat untuk punca nahas.

Katanya, Tidak! ini bukan kesilapan juruterbangz. Noktah.

Katanya juga, Tidak! ini juga bukan kecacatan kapal terbangz kerana ianya baru belaka dan ditempah khas. Mustahil.(katanya).

Cuma yang agak perlu dihairankan, kenapa punca eksiden yang melibatkan keselamatan penumpang ini tidak dijadikan fokus?
Sebab cuacakah? (katanya, ini paling berkemungkinan)
Sebab landasannyakah? (katanya, ini jua paling berkemungkinan dijadikan alasan)
Sebab pesawatkah? (katanya, tidak sama sekali. Nehi!)
Atau sebab juruterbangkah? (katanya, mungkin nanti)

Hakikatnya, tidak di semenanjung ini.
Carian berita ini pasti menghampakan.

Berita sebegini kebiasaannya tidak digemburkan malah segera dipadamkan atau ditimbulkan berita lain yang lebih sensasi untuk menyisihkan berita eksiden ini.

Mungkin banyak 'hati' yang perlu dijaga.

Penghujungnya, sensasi yang ditimbulkan hanyalah, kenapa perlu sehingga 24 jam untuk mengalihkan bangkai sebiji burung besi yang tersungkur?

...
...
...
...
...
Dengarnya, burung merah suka berpesta.
...
...
...
itukah harga mimpinya?



____________________________
aku tidak berkepatuhan untuk memberikan kefahaman kepada sesiapa pun tentang entri ini. Mereka yang tahu akan faham.
Dan mereka itu 'ramai'.

Cara teka lagu itu aje di suria fm dengan sms

soalan:"gua dgr suryafm ada contest teka lagu bleh dpt duit, btol?"
jawapan:"betul"

soalan:"skrg dh bpe tekmpul 2?"
jawapan:"banyak ribu."

soalan:"fuh.lu rs bila nk ada pmenang?"
jawapan:"tak lama lagi."

soalan:"lu ke?"
jawapan:"mungkin"

soalan:"kalu nk kol, bla ms plg best nk mula?"
jawapan:"entah.rasanya pukul 7pagi pun orang dah mula dail."

soalan:"bleh lps ke?lu pnh dpt masuk?"
jawapan:"bleh lps tp gua blum dpt lg."

soalan:"kalu nk teka, kena kol jer?cr lain?"
jawapan:"boleh sms."

soalan:"gua igt nk try gak la.lu tau itu sms koman?"
jawapan:"tau"

soalan:"lu fwd kt gua koman sms 2 bleh?
jawapan:"gua letak kt blog terbangz, lu amek c2 la.bla lu dh salin, lu send kt gua gak.tq"

padan muka lu.
semua nak yang paling mudah je, lemak la.
bila nak berubah ntah.

kah!.....kah!.....kah!

1Malaysia sub-konsep 1Cakerawala

Ramai yang sebenarnya kabur dengan konsep 1Malaysia yang diperkenalkan.

Bila dah kabur, bila dah tak faham...kena la bertanya.
Dijawab atau tidak, itu segmen lain.
Yang penting bertanya.

Ada yang sokong, ada yang bantah, ada yang tak ambil kisah.
Ada yang kata dia memang 1Malaysia dari dulu,
ada yang kata dia cuma stengahMalaysia,
ada yang lagi keras kata,

"Pedulik hapa, aku tau aku rakyat Malaysia dah la, berapa banyak Malaysia ada kat dunia ni!?"

Aku?
Faham sendiri, cukuplah.
Aku takde kepatuhan nak menerangkan kepada sesapa pun.

Mudah kan?

Nak gaduh gaduh pasal konsep, tapi negara huru hara, apa kejadahnya?
Nak gaduh sampai bila?
Sampai perang dunia ke-3?

Rasanya banyak lagi perkara berfaedah lain yang boleh dibuat.
Lagipun, itu cuma konsep, bukan hukum.

Hukum pun orang berani langgar, inikan pulak konsep. Ceh!

Ok, cukup.
Aku rakyat Malaysia, tapi aku bukan ahli politik.

Sebenarnya, ada lagi satu konsep yang ramai orang pandang remeh.
Pandang sebelah mata.
Pandang macam mamat yang guna blackberry bold pandang henpon murah aku kat kedai mamak semalam.
(dia tak tau henfon ni ada torchlight berkuasa laser).

Walaupun untuk skop yang lagi luas, konsep ini memang kena guna nombor 1 jugak sebagai mengikuti trend semasa.

Konsep ni namanya...
...
...
...
Konsep 1Cakerawala

Istilah 'Cakerawala' tu dapat menggambarkan betapa luas skopnya, kan?

Memang luas sebab secara teorinya, konsep ini 'mencadangkan' manusia mampu tinggal serumah, minum susu sebotol dan tidur sebantal dengan makhluk makhluk jelmaan dari angkasa lepas, sama ada dari cakerawala yang sama ataupun cakerawala yang lain.

Jangan main main, konsep ni bukan budak budak yang reka. Orang dewasa yang buat. Tau!
Tapi idea penghasilannya adalah untuk dipercayai oleh kanak kanak.

Sebab hanya kanak kanak sahaja yang dapat dipengaruhi untuk percaya yang 'pen berdakwat biru itu ialah pen merah'.

Kalau ikut sejarahnya, konsep ni dipercayai diperkenalkan di negara Jepun kerana mahkluk makhluk makhluk jelmaan dari segala pelusuk cakrawla tu dinamakan seperti nama di kalangan warga Jepun.
Contoh seperti Hayata, Taro, Mebius, sudah cukup terkenal di persada dunia. Ada juga yang beridentiti kebaratan seperti Seven dan Nexus.
Kanak kanak, di Malaysia, jika mengatakan mereka tidak mengenali siapa Mebius, maka akan dianggap tidak 'urban dan indie'. Kanak kanak yang tidak mengenali nama nama itu juga akan dianggap sebagai mereka yang lupa sejarah.....negeri Jepun dan tiada semangat Samurai.

Asimilasi Konsep 1Cakerawala ni memang sangat berjaya, khususnya di Malaysia.
Foto yang dilekatkan di bawah adalah 'bukti keras':

Revolusi Mat Despatch

Sejak merasai pengalaman jadi Mat Despatch tak rasmi kebelakangan ni, dalam jiwa aku timbul rasa respek untuk pasukan mat despatch yang ada di luar sana.

Aku merujuk kepada Mat despatch yang ori..
Yang tugas hakikinya memang menjadi 'brader penghantar'.
Yang sama sekali tidak sama dengan tugas Tony Fernandez yang jadi CEO.

Memang aku respek asas budaya diorang.
Masa adalah 'time'.

Pasal aku dah rasa naik motor ke sana ke mari, untuk jarak sederhana jauh, ketika tengahari buta dengan panas berdenting, tapi takbleh berenti minum cendol sebab nak kejar masa hantar dokumen.

Memang mencabar tekak.

Kulit tangan memang bagi free jer untuk dibakar dek cahaya matahari.

Ada masa, mata memang berat giler menahan mengantuk, tapi lagi mengantuk, lagi aku pulas minyak habis, kasi angin lagi kuat kena muka.
Andai ada biawak melintas, biawak ke mana, motor ke mana, aku ke mana, hanya ALLAH jua yang maha mengetahui.

Semua dilalui atas satu iktikad...
amanah mesti disempurnakan.

"Nah dokumennya" adalah ayat penutup yang paling kemas.
Juga ayat terapi yang melegakan semua mat despatch.

Rasa beban terlepas dari bahu mereka.
Rasa tekak bergurau manja minta dilalukan teh o ais limau atau cendol.
Rasa perut minta dialaskan nasi campur berlauk trilogi.
Senyum pun sudah mampu diukir di bibir.

Tapi biasanya, semua keseronokan itu nampaknya hanyalah fana.
Bila bom bom besi tiba tiba dilurukan, punah segalanya.
Pemusnah harapan dalam bentuk arahan tanpa perintah.
Tanpa amaran...

"Dokumen tadi tu ambik balik dan hantar ke mari sekarang, urgent!"

...
...
...

Pasti ramai mat despatch yang pernah lalui situasi ni, dan pastinya mereka bertanya kepada dinding jamban yang tak pandai berbahasa;
kenapa mereka tidak mahu mengerti dan menghargai jerih payah orang lain?

...
...
...

Mungkin juga makian ini yang terlucut dari lidah mereka:
"FiestaUntukCuriKasut lah!"

...
...
...

Pastinya di hati yang terasa, mereka menegaskan:
"Mat despatch bukan balaci.
Tau!"

_______________
akan sampai ketikanya, tiada lagi mat despatch di negara ini kerana
semua mereka sudah mempunyai ijazah kelas pertama dalam bidang
kejuruteraan.


Adakah para mat despatch yang ingin menyambut cabaran ini?

ITUAJE suria fm-dedikasi untuk madam

Siri Merecek terpaksa aku tangguhkan.
Mungkin untuk sehari dua lagi.
Mungkin juga sebulan dua lagi.

Sedang aku melayan si Ammar Muktafi menengok lepas satu ke satu siri ultraman seven dan ultraman mebius, aku berhalusinasi memenangi itu aje suria fm.

kah!....kah!....kah!

cukup cukup la dulu berhalusinasi, berimaginasi, berkhayal di alam fantasi.
kalau teka artis tu A.Aida, camne nak menang!
nak study klip sendiri pun malas, camne nak menang!
nak update dan study lagu yang disalah teka pun malas, camne nak menang!
Dapat peluang teka nanti, biarlah aku teka nama artis tu Maher Zain.
Janji ada huruf "A". hahaha.

Dah pastinya Tony Fernandes marah.

Aku nak kongsi sikit macam mana aku mula diperkenalkan dengan peraduan 'itu aje' suria fm ni.

Satu pagi madam bagitau aku untuk dengar suria fm.
Dia kata setiap pagi bila dia memandu dalam perjalanan ke ofis, dia mesti dengar suria fm.

Entah kenapa, dia yang dulu tak berapa suka dengar Halim Othman masa di Sinar fm, sekarang dah boleh layan celoteh halim dan zizi dalam segmen breakfast di suria tu.

Peringkat awal aku acuh tak acuh jer pasal 'itu aje' tu, sebab aku sedia maklum ketidakbertuahan aku dengan segala bentuk peraduan ni.

Tapi satu pagi tu, lepas aku hantar madam ke ofis sebab aku nak guna kereta hari tu, aku pun layan jer radio yang sedia berkumandang. Sampai ke segmen 'itu aje' tu, dengan aura 'basic instinct, aku pun halakan henfon murah kat speaker kereta dan tekan 'rakam' bila klip lagu tu dimainkan.

Pertama kali aku dengar sedutan klip lagu tu, Dalam hati memang menyeranah "haram jadah!, stengah saat jer klip lagu ni?, sampai tahun 2012 pun blum tentu ada orang teka betul."

Lepas masuk rumah, aku tepuk tangan untuk 'on' pc, bukak 'soundforge'. Klip yang aku rakam tu aku salin ke pc dan aku simpan ikut format mp3.

Tujuh kali aku ulang lagu tu, aku bosan dan menyeranah lagi "celake!, lagu apa ni?" Semangat nak menang mula digugat keraguan.

Aku online, cuba cari petunjuk tambahan. Aku bukak web suriafm dan jumpa apa yang dicari....pembayang.
Bila baca senarai lagu yang salah diteka dek pemanggil sebelum ni, aku senyum indie "takkan diorang nak ambik lagu yang femes femes, rugi la.Takkan nak bagi ribu ribu semudah itu".

Pendekatan yang aku ambik, senang jer, ini bukan sekadar nak uji kebionikan pendengaran tapi lebih kepada berapa pandai peneka gunakan kelebihan pembayang yang diberi.
Sesapa yang ada simpan koleksi lagu yang disalah teka daripada hari pertama, memang ada potensi besar nak menang, potensi jer, blum tentu pasti menang.
Sesapa yang ada tu dan ada rasa nak berbudi, kongsikan la.

Dan bila cerita pasal peneka-peneka yang 'bertuah', ini memang lebih kepada konsep 'rezeki masing masing'.

Ada yang dail sekali je terus dapat tembus masuk.(pastinya bukan aku).
Ada yang lepas 3 hari dail baru dapat masuk.(bukan aku jugak)
Ada yang lepas seminggu baru dapat peluang.(bukan aku lagi)
Ada yang mencuba sebulan.

Sebenarnya, aku cuba beberapa kali jer, bila aku rasa "ada fungsi 'auto redial' kat henfon pun rasa macam takde faedah jer", aku berhenti mencuba.

Rilek jap daripada meneka, layan gelakkan orang yang meneka nama artis tu XPDC.

Sekarang dengarnya dah boleh mencuba teka lagu 'itu aje' guna sms. Tapi nak kena daftar jadi VIP suria fm dulu.
Adil la tu, suria fm dah mudahkan caranya tapi kena la sanggup bayar harganya.

Eh eh, dedikasi entri ni untuk madam, kenapa aku melalut?

Untuk madam, aku 'mungkin' akan cuba pulak untuk teka guna sms tapi....
tengoklah kalau rajin.

Aku lebih suka kongsikan klip yang aku ada tu dengan orang lain.
Sekurangnya, usaha aku merakam tu boleh la jugak (harapnya) bantu orang lain menang.
Tak payah nak tamak tamak, tak ke mana pun kalau tamak tamak.

Macam pesanan penaja yang aku bagitau dalam setiap email yang aku lekatkan klip tu baru baru ni,

"*andai ada rezeki lu menang, doakan keberkatan hidup gua, dunia akhirat cukup la."

Ada lagi ke yang paling penting selain keberkatan hidup dunia dan akhirat?

Sukacita aku ulangi (giler skema bahasa), aku bagi klip tu kepada sesiapa yang mintak ikut email aku sahaja. Yang mintak klip tu ikut komen takkan aku layan, 'until when when', walaupun dengan rayuan surat menyurat yang disalinkan kepada Pejabat Perdana Menteri.

Dedikasi untuk madam lagi, aku yakin aku boleh menang selagi lagu yang ada dalam perkiraan aku tak dikata salah,
dan....
selagi belum ada orang lain yang menang (hahaha,memang la!)

Dedikasi untuk madam lagi, makin hari makin ramai yang mintak klip itu aje kat email aku, setidak tidaknya, potensi untuk menang guna klip tu makin bertambah.
Maka bila ada yang menang, dalam hati (pun) diorang tau klip yang aku bagi tu ada gunanya dan diorang pun sukarelanya mendoakan kebaikan untuk pemberi klip tu.Amin.

Diorang dapat duit, kita dapat doa kebaikan, ok la tu.

Alhamdulillah.

_____________________________
makian yg tiada kaitan dengan entri ini:
mak aku nak buat kenduri tapi minyak masak payah nak cari.
ni lahanat mana yang sorok minyak masak ni?!
bagi balik!!

ini bukan jawapan betul itu aje @ suriafm

"Sedara sedari sekalian, andainya aku tau jawapan betul itu untuk klip lagu setengah saat 'itu aje suriafm' tu, dah tentu aku jual dengan bidaan tertinggi."

kah!.....kah!.....kah!

Kegilaan makin bertambah gila.
Rating breakfast @ suria fm mesti menaik gila dengan 'itu aje' ni.

email aku pun bertambah penuh tapi belum dapat menyaingi email Mark Zuckerberg pengasas facebook. Email untuk Tony Fernandes pun lagi banyak daripada email untuk aku.

Sekali lagi, peringatan secara berhemah untuk sekalian warga alam yang mahukan rakaman klip lagu 'itu aje' daripada aku, rajin rajin la mencari email aku. Aku masih menerima permintaan daripada saluran 'komen' yang tidak akan aku sahkan 'until when when' pun. Sila belajar mengikut saluran yang betul. Jangan malas.

Entri ni aku dedikasikan untuk seorang pengkomen yang konsisten dengan kegilaan 'itu aje' ni, nama beliau shindah, tiada sebarang hubungan dengan cikshidahdariparit (sila cari di youtube). shindah sedang gigih berusaha menembusi talian setiap pagi(pastinya beliau bangun awal).

Semenjak beberapa pagi yang lalu (aku juga bangun awal pagi), aku tak dapat streaming saluran radio suria fm di internet, aku menjadi bosan, lalu aku buat kerja lain. Bila bila aku kembali rajin, akan aku cuba kembali menembusi talian dengan rasa yakin yang tekaan aku betul. Tak betul pun takpa, asalkan aku tidak meneka artis itu kumpulan SPRING atau kumpulan WINGS, mahupun kumpulan IKLIM. Ada lagi baik aku meneka artis itu A.Aida, setidaknya aku memenuhi pembayang 'nama artis ada huruf A'.

Di sini aku senarai juga lagu lagu yang pernah disalah teka oleh para pemanggil sebelum ini (ada peneka bergaya, tak kurang juga yang ikut sedap telinga). Sesiapa lagi yang serajin shindah boleh sama sama kemaskini senarai ini dengan melayangkan sekeping dua komen. Tak rajin tak apa tapi jangan malas. Kalau nak buat senarai ni lagi 'rare', sila sertakan tarikh bila nama lagu tu diteka. Lagu lagu yang ada tarikh di bawah ini adalah daripada senarai peribadi aku.

Seperti yang aku tekankan dalam entri pertama pasal itu aje @ suria fm ni:
"Kalau pun ada yang menang dengan bantuan klip yang aku rekod tu,jangn risau,aku tak mintak share duit tu,cuma bagi kredit kat blog aku ni dah la.
Rezeki masing masing."

Dalam ayat harian aku bagitau "kalau lu menang, gua tumpang happy. Lu memang bertuah dan kuasa pendengaran telinga lu memang bionik."

Senarai lagu lagu yang pernah disalah teka (tanpa edit) seperti yang diucapkan dek pemanggil itu sendiri. Nak gelak itu lu punya suka, gua senyum jer cukup la:

1. Menjauhkan Diri _ Fauziah Latif
2. Dalam Diam Aku Mencintaimu_Sting
3. Syair Si Pari-Pari_Zamani
4. Rapuh_Rahimah Rahim
5. Bunga Emas_Iklim
6. Merenung Pandang_Ferhad
7. Gadis Misteri_Amy Search
8. Keabadian Cinta_Anuar Zain
9. Insan_Yantzen
10. Gemuruh_Faizal Tahir
11. Memburu Ringu_Hattan
12. Ramalanku Benar Belaka_Umbrella
13. Joget Angan Tak Sugah_Jay Jay
14. Andai Dapat Ku Undurkan Masa_Axl’s
15. Selamilah Hati Ini_Anis Suraya
16. Mahligai Syahdu_Hattan
17. Apa Nak Jadi_SM Salim
18. Tergamak Kau_Ukays
19. Gadis Melayu_Jamal Abdillah
20. Bagaikan Puteri_Farah
21. Keliru_Ramli Sarip
22. Tanya Sama Itu Hud Hud_M.Nasir
23. Alamat Makrifan_Slam
24. Shakila_Razi rahman
25. Gerimis Mengundang_Slam
26. Bila Diri Disayangi_Ukays
27. Cinta Melankolia_Ann
28. Pada Syurga Di Wajahmu_Nash
29. Meniti Suratan_Yantzen
30. CINTA_XPDC
31. Janji Padamu_Exist
32. Kamar Hatiku_Yantzen
33. Ke Pintu Kasihmu_Fotograf
34. Mengemis Rindu_Noraniza Idris
35. Pergilah Sayang_Korie
36. Dia_Fauziah Latif
37. Sepi Seorang Perindu_Jamal Abdillah
38. Kenangan Taman Cinta_Jay Jay
39. Rindu Terhenti_Aris Ariwatan
40.Kenangan Bersamamu_Lefthanded
41. Sangsi Asmara_Hetty Sharlinie
42. Isabella_Search
43. Disebalik Rahsia Cinta_Metropolitan
44. Bayangan Wajah Duka_Nassier Wahab
45. Sinomina_Search
46. Anggapanmu_Ziana Zain
47. Hanya Padamu_Kiara
48. Mengemis Rindu_Noraniza Idris
49. Nuri_Ella
50. Bunga Larangan_UG14
51. Terima Kasih_Awie
52. Berpaut Di Dahan Cinta_Dayangku Intan
53. Cinta Pertama_Hattan
54. Lagu Jiwa Lagu Cinta_Mawi & M. Nassir
55. Bukan Ku Tak Sudi_Saleem
56. Cinta Antara Benua_Arni
57. Biar Cinta_Desire
58. Rozana_Search
59. Baldu Biru_Ella & Awie
60. Puteri_Zainal Abidin
61. Pusara Di Lebuhraya_Ekamatra
62. Gadis Melayu_Jamal Abdillah
63. Lamunan Terhenti_Aris Ariwatan
64. Cinta Kenangan Silam_XPDC
65. Pada Syurga Di Wajahmu_Nash
66. Menaruh Harapan_Zaiton Sameon
67. Seksis_Anita Sarawak
68. Melukut Di Tepi Gantang_Aishah
69. Seindah Biasa_Datuk Siti Nurhaliza
70. Aleeya Maisara_Mamat
71. Bunga Emas_Saleem
72. Setelah Dirimu Kukenali_EYE
73. Teratai_Ramli Sarip
74. Bertaut Di Dahan Cinta_Dayangku Intan
75. Antara Cinta & Kasih_Aishah
76. Kau Yang Satu_ Wow
77. Kembali Merindu_Slam
78. Suara Kekasih_Alleycats
79. Mati Hidup Semula_Jamal Abdillah
80. Berbalang Cintaku_Rozita Ezlynn
71. Kekasihku Di Menara_UK’s
72. Cinta Kristal_Rahim Maroof
73. Sampaikan Salam_Alleycats
74. Raikan Cinta_M.Nasir
75. Gadis Melayu_Jamal Abdillah
76. Bunga Larangan_UG14
77. Seksa_UK’s
78. Isabella_Amy
79. Biru Mata Hitamku_Awie
80. Memburu Rindu_Hattan
81. Pada Syurga DiWajahmu_Nash
82. Ada_M.Nasir
83. Sejati_Wings
84. Mahligai Syahdu_Hattan
85. Fantasia Musim Cinta_Iwan
86. Asmara Ini_Fazley
87. Jerat Percintaan_Siti Nurhaliza
88. Sesucinya Cintamu_Anuar Zain
89. Ke Pintu Syurgamu_Fotograf
90. Kejora_Amy Search
91. Ting Ting – Noraniza Idris
92. Kau dan Aku - Mila dan Akim
93. Handazalah - Rabbani

Ni senarai dari database yang aku sempat buat (perasan tak huruf A? ha!mereka adalah peneka yang bergaya dan ensem/cun:

1.Antara Anyir & Jakarta-SheilA MAjid
2.Segalanya Mungkin-HeAdwind
3.Terima sayang cintaku seadanya-Arrow
4.JOget sayang disayang-AnitA sArAwAk
5.Kejam-sukses
6.Dalam gerimis-visA

21 November 2010:
1.bukakanlah-amy mastura
2.ratuku-awie

10 Januari 2011:
ni update daripada shindah.

amir ukays-disana menanti disini menunggu
rahim maarof-istana menanti,
ibnor riza-mimpi yang tak sudah
ramli sarip-jangan tunggu lama-lama.

13 Januari 2011:
ni update daripada Cikgu Siti Zulaikha.

iwan-fantasia musim cinta
hattan-memburu rindu

ni update daripada shindah:
AXL-andai dpt ku undur masa (berape byk kali ulang daaa),
yusri-dekat padamu
wali band-cari jodoh (isk.. ni lagu rekod kat INDONESIA),
fauziah latif - tua mengejar kita (isk.. ini lagu cinta ke?...)...

*daripada apdet yang di atas tu, korang nilai la sendiri tahap intellijen 'peneka peneka bertuah' tu.

-Memang la AXL tu ada sikit punya besar huruf "A" nyer tapi agak agak la. Dalam 3 bulan lepas dah 7 kali orang teka lagu tu rasanya.
-y-u-s-r-i:mana "A" nyer? ke aku yang dah tak kenal huruf?aduiyai!
-wali band:rasanya masa diorang sekolah dulu pun tak pernah jejak Malaysia ni, apa lagi nak rakam lagu kat sini.

Aku kalau boleh 'pintas' siaran radio ni, agak agak jawapan yang tak bergaya nak keluar jer, aku putuskan saluran semua siaran.
Buat jadi bahan gelak je apa hal? tak bersungguh langsung!kata nak menang?!


16 Januari 2011:
ni update daripada Cikgu Siti Zulaikha.


jefrydin-kenanganku
sweet charity-kamelia

(arghhhhhhhh!!!!!...kenapa mereka meneka Jefrydin?)

19 Januari 2011:
ni update daripada Cikgu Siti Zulaikha.


arni nazira-cinta antara benua
lemon T-kekasihku diambil orng (laa mane huruf A nye?)
Aris ariwatan-cinta tak kenal siapa
Haslinda - sehat sejiwa

Arrghh!!!!aku rasa nak lari keliling kampung Jijan bila nampak L E M O N T tu.

21 Januari 2011:
ni update daripada Puan Seri Anon.


1) (beliau terlupa yang pertama ni).. hehe..
2) Hafeez-Noktah cinta
3) Iwan-yang sedang sedang saja
4) A. Rahman Onn-si cincin emas

Tidaak! Tidaak! Tidaak!

24 Januari 2011:
ni update daripada Puan Seri Anon beserta komen beliau sendiri.


1) Axl-Akulah kekasihmu (bape kali nak teka daaa)
2) Ismail Haron-Ilham pujangga (kata zizi dia pun tak pernah dengar lagu ni.. haha.. sah2 salah)
3) Ekamatra - Pusara di Lebuhraya
4) Iwan-Memori daun pisang (org ni claim yang dia dah tau jawapannya.. tp salah gak.. hehe)

aku? no komen. rasa nak lempang yang teka lagu AXL & Ekamatra tu. Tak ilmiah langsung!

31 Januari 2011:
ni update daripada Puan Seri Anon beserta komen beliau sendiri.


dpt dengo kul 8 je td..

1. Faizal Tahir - 1 Malaysia
(ish2.. 'lagu cinta'kan negara ek.. ada lak org terpikir nak teka lagu camni)
2. Fauziah Latif-Apa sebenarnya

Ni daripada senarai yang ada kat web suria fm tapi aku dah susun ikut nama artis (rajin aku kan?terima kasih):

Aishah-Antara Cinta & Kasih
Aishah-Melukut Di Tepi Gantang
Alleycats-Suara Kekasih
Alleycats-Sampaikan Salam
Anis Suraya-Selamilah Hati Ini
Anita Sarawak-Seksis
Ann-Cinta Melankolia
Anuar Zain-Keabadian Cinta
Anuar Zain-Sesucinya Cintamu
Aris Ariwatan-Rindu Terhenti
Aris Ariwatan-Lamunan Terhenti
Arni-Cinta Antara Benua
Awie-Terima Kasih
Axl's-Andai Dapat Ku Undurkan Masa
Dayangku Intan-Bertaut Di Dahan Cinta
Dayangku Intan-Berpaut Di Dahan Cinta
Desire-Biar Cinta
Ekamatra-Pusara Di Lebuhraya
Ella & Awie-Baldu Biru
Ella-Nuri
Exist-Janji Padamu
EYE-Setelah Dirimu Kukenali
Farah-Bagaikan Puteri
Fauziah Latif-Dia
Fauziah Latif-Menjauhkan Diri
Faizal Tahir-Gemuruh
Fazley-Asmara Ini
Ferhad-Merenung Pandang
Fotograf-Ke Pintu Syurgamu
Fotograf-Ke Pintu Kasihmu
Hattan-Mahligai Syahdu
Hattan-Memburu Rindu
Hattan-Cinta Pertama
Hetty Sharlinie-Sangsi Asmara
Iklim-Bukan Ku Tak Sudi
Iwan-Fantasia Musim Cinta
Jamal Abdillah-Gadis Melayu
Jamal Abdillah-Mati Hidup Semula
Jamal Abdillah-Sepi Seorang Perindu
Jay Jay-Kenangan Taman Cinta
Jay Jay-Joget Angan Tak Sugah
Kiara-Hanya Padamu
Korie-Pergilah Sayang
Lefthanded-Kenangan Bersamamu
Mamat-Aleeya Maisara
Mawi & M. Nassir-Lagu Jiwa Lagu Cinta
M.Nasir-Ada
M.Nasir-Raikan Cinta
M.Nasir-Tanya Sama Itu Hud Hud
Metropolitan-Disebalik Rahsia Cinta
Nash-Pada Syurga DiWajahmu
Nassier Wahab-Bayangan Wajah Duka
Noraniza Idris-Mengemis Rindu
Rahim Maroof-Cinta Kristal
Rahimah Rahim-Rapuh
Ramli Sarip-Teratai
Ramli Sarip-Keliru
Razi rahman-Shakila
Rozita Ezlynn-Berbalang Cintaku
Saleem-Bunga Emas
Search-Isabella
Search-Rozana
Search-Fenomina
Search-Gadis Misteri
Siti Nurhaliza-Jerat Percintaan
Siti Nurhaliza-Seindah Biasa
Slam-Kembali Merindu
Slam-Gerimis Mengundang
Slam-Alamat Makrifan
SM Salim-Apa Nak Jadi
Sting-Dalam Diam Aku Mencintaimu
UG14-Bunga Larangan
UK's-Seksa
UK's-Kekasihku Di Menara
Ukays-Bila Diri Disayangi
Ukays-Tergamak Kau
Umbrella-Ramalanku Benar Belaka
Wings-Sejati
Wings-Biru Mata Hitamku
Wow-Kau Yang Satu
XPDC-Cinta Kenangan Silam
XPDC-CINTA
Yantzen-Kamar Hatiku
Yantzen-Meniti Suratan
Yantzen-Insan
Zainal Abidin-Puteri
Ziana Zain-Anggapanmu
Zaiton Sameon-Menaruh Harapan
Zamani-Syair Si Pari-Pari

Rojak kan?
Ingat senang nak menang puluh puluh ribu?
Pernah tengok cerita lama Musang Berjanggut?
Ingat senang ke Cempaka (Saa'diah) nak asingkan bumbu masakan yang bercampur gaul tu?
Dia dapat buat dan dia dapat jadi isteri anak raja Pura Chendana. hahaha.

Pandai pandai la korang olah daripada senarai ni.

Suria fm takkan update list tu, nanti tak hype la breakfast @ suria, pandai diorang berniaga.
suriafm tak update pun bagus jugak, akan lagi ramai yang akan teka artis tu XPDC. Maka bertambah lah wang terkumpul.

Untuk mereka yang rajin update sendiri, satu pagi nan indah, pasti sukses. Aku doakan. Amin.

Untuk korang yang yakin giler konfiden lagu tu lagu Rozana nyanyian Search, meh sini aku bisik kat telinga lu orang... SALAH!

Gila panjang entri ni (sebab senarai lagu tu la), sapa dapat baca sampai ayat ni, memang aku respek!

TERKINI:
Kepada yang rasa ikut facebook lagi senang nak update senarai lagu yang disalah teka itu aje @ suria fm ni, member aku dah tolong setup satu kipas mukasurat (fan page). Memang agak jahanam rupanya tapi kurang kurang ada usaha nak bantu orang.
Blog ni akan diapdet jugak bila ada yang sudi komen dan yang paling penting, ikut ke available lan aku.