ini bukan blog AirAsia
"graviti kuat buat kita rasa melekat dan tak rasa bumi ini berputar,
tapi graviti jugak tak kuat sebab burung burung masih boleh terbang tinggi.
Hebatnya ciptaan Tuhan."

itu aje @ suriafm

Aku dengan peraduan ni ada macam badi skit.
Kah kah kah.

Aku masih ingat peraduan pertama aku masuk;buat design sticker untuk Kawasaki Ninja.Masa tu hujung 80an rasanya.

Aku sekolah rendah lagi masa tu.
Jangan main main.
Walaupun dalam usia mentah,aku dah ada kegilaan dengan motor,walaupun masa tu cuma giler buat design untuk stiker je.
Dengan segala kerahan idea yang kononnya aku rasa 'gempak satu kampung nengok ni!',maka aku pun hantar 3 penyertaan sahaja.
Yer,3.
3 rekabentuk dan skima warna berbeza.

Aku hantar penyertaan tu, juga dengan penuh harapan agar dapat sebijik kawasaki ninja.
Dengan harapan menang....yang tinggi menggunung.

Hasilnya?
Haram tak menang walaupun saguhati. Takde rezeki.

Lepas tu banyak jugak peraduan yg aku cuba.
Peraduan teka bola takraw Utusan dulu memang lama aku ikut.
Setiap hujung minggu bila balik rumah atuk, aku akan gunting keratan keratan gambar yang perlu disambungkan dari suratkhabar utusan.
Rumah aku tak langgan suratkhabar macam rumah atuk.
Atuk bukan marah pun, kerat sikit jer. Masih boleh jual yang lain tu.

Mentang mentang masa tu aku main sepak takraw posisi apit kanan (killer) dan mampu buat libas pari ala adnan saidin,aku ingat aku boleh la teka kat mana kedudukan bola dalam gambar?
Macam haram. Gagal!

Peraduan teka silangkata (pun dalam utusan), usah kata la.Siap nak beli Kamus Dewan jadi rujukan.
Ye la,masa tu komputer dan internet haram aku tak kenal lagi.

Semangat nak menang memang giler membara masa tu tapi dah memang takde rezeki dalam peraduan peraduan macam tu, aku terima aje la.
Aku sedar yang benda benda yang dpanggil 'tuah' tu memang tak berapa ada kat aku.

Dan itu kisah dulu dulu.
Baru baru ni pulak,kat suriafm ada satu peraduan yang menguji telinga sapa ada tahap pendengaran paling tajam dan paling bionik untuk kenalpasti lagu yang diberi.
Dalam segmen 'itu aje' waktu pagi,isnin sampai jumaat,dj akan mainkan klip setengah saat daripada penghujung sebuah lagu.
Serius,memang setengah saat.
Hujung lagu plak tu.Masa dengar lagu,mana ade makhluk yang ambik port bahagian ujungnya.

Dalam peraduan ni, bila takde pendengar yang dapat teka dengan betul, ganjaran rm50 tu akan terkumpul.
Setakat Isnin,15 november 2010, jumlah terkumpul dah cecah RM26,200.
Yer,itulah jumlahnya.
Sehari,hanya 2 orang pemanggil dapat peluang tu.Sekarang dah 4 pemanggil.Pukul 7.20 pagi 2 orang & pukul 8 pagi 2 orang lagi.

Ini antara pembayang yang dah diberi:
1.Lagu melayu
2.Nama artis ada huruf 'A'
3.Dirakamkan di Malaysia
4.Artis ni masih hidup
5.Lagu ini bukan lagu instrumental
(sumber:suriafm.com.my)

Sekarang baru aku tau kenapa member aku penah tanya kat aku 'apa maksud lagu ini bukan instrumental'.
Dia tengah sibuk meneka lagu untuk peraduan ni rupanya.

Bila Aku tau pasal ni,aku pun kasi la peluang satu kali dengar ini suriafm di satu pagi,khusus untuk nak dengar segmen peraduan ni je.

Untuk menunjukkan keseriusan aku nak bersama member aku tu untuk cuba peraduan ni, aku siap rekod klip lagu ni.
Giler macam haram punya payah nak teka!

Setakat ni, pengkalan data lagu lagu dalam memori otak aku memang belum dapat mentafsir dan menterjemah, apalagi memberi padanan lagu sesuai.

Oleh sebab itu,aku rasa,ada faedahnya aku kongsi kat sini.
Mana la tau ,ada awek awek hantar email kat aku mintak klip yang aku rekod.
Kah kah kah.

Jadi,Awek awek yang minat nak salinan klip yang aku rekod tu,boleh la email kat aku.
Kah kah kah. Gurau jer.

Sesapa pun boleh mintak kalau minat.
Free je aku bagi.

Kalau pun ada yang menang dengan bantuan klip yang aku rekod tu,jangn risau,aku tak mintak share duit tu,cuma bagi kredit kat blog aku ni dah la.
Rezeki masing masing.

Yang usaha buat panggilan tu korang sendiri.
Lagipun, Nak tembus talian tu susah yang amat.
Andai korang berjaya dan betul pulak tekaan tu,korang memang bertuah. Ada ong! kata cina.

Selamat meneka & memanggil.
Email aku ada kat profil.Tau!

(suriafm jangan mengada nak kata aku ambik maklumat yang ada hakcipta terpelihara dari site korang. Kredit aku dah bagi. Entri ni kira aku tolong promosi kasi 'rating' korang naik lagi ni. Tau!)

kemaskini:
kepada yang mengemail meminta kongsi klip lagu tu,dah pun aku emailkan.
di bawah ini penafian (kata bahasa penjajah 'disclaimer') aku berkenaan klip yg aku emailkan tu:
-klip tu aku rekod guna handphone
-klip tu aku simpan formatnya ke mp3 guna 'soundforge'
-korang kena dengar klip kat radio (isnin hingga jumaat, pukul 7.15pagi dan 8 pagi)sekurang kurangnya skali untuk synchronize (apa menatangnya pekataan ni dalam BM ntah)pendengaran korang dengan klip yg aku email tu.
-dengan adanya klip tu tak semestinya lagu yang korang teka tu betul, aku pun dah ada rasa 6 lagu yang aku teka kununnya betul, tapi haram jadah semuanya salah.yer aku tau, telinga aku tak cukup bionik lagi.

cukup bahagian penafian di situ, bahagian peringatan pulak:
-sila hantar permintaan melalui email.
-sila tengok profil aku untuk dapatkan email (aku malas nak taip kat sini).
-aku tak boleh dipertanggungjawabkan andainya korang letak email dalam bahagian komen dan aku paparkan komen (beserta email) korang untuk tontonan umum melainkan korang memang nak email korang tu glamer.

selamat menang!

4 comments:

aku rase aku tau lagu tu lagu ape.tp aku try call xdapat2.punye la susah nk dapat.tp bile dh dapat call dorang xangkat pulak.

 

helmi,
aku pun penah dapat skali mcm tu tapi kena dengar kat radio gak masa kita call tu.kalau kita rasa 'kita dapat line' tu time halim seman dah berceloteh dgn pemanggil,rasanya,diorang dah ada 2 pemanggil tu & takkan ambik call lagi pasal hadnya cuma cuma 2 orang.
selamat mencuba lagi dan selamat menang!

 

kita nk cuba teka lagu ni tp mmg xdpt tembusi talian. bila dengar je depa 2org ni annouce buka talian, terus call tp mmg blm ada 'ong'. xde tips ke camna nk tembusi talian ni? kita slalu dgr after 8am sbb otw gi keje. hari tu dgr suria annouce sesiapa yg jd penghantar sms ke 4 and 10 (kalo xsilap), akan ditelefon. yang itu yg pukul 7 ker?

 

noor,

part 'payah nak tembus talian' tu lah kata kuncinya. Itu menunjukkan rating rancangan tu tinggi yg mencabar kesabaran pemanggil. Untuk pemanggil yang takde fungsi 'auto redial' di telefon mereka, memang jari boleh melecet.
Memang takde tips yang aku tau stakat ni yg bolehkan sapa-sapa potong q untuk dapat masuk. Aku 'terpaksa' katakan yg dapat peluang menjawab tu memang 'bertuah' tapi bila ada yg bagi jawapan macam tak buat study tu yg buat aku lagi (marah!).
Part penghantar sms ke-4 and 10 tu tak pulak aku tau.
Selamat mencuba dan selamat menang!

 

Post a Comment