ini bukan blog AirAsia
"graviti kuat buat kita rasa melekat dan tak rasa bumi ini berputar,
tapi graviti jugak tak kuat sebab burung burung masih boleh terbang tinggi.
Hebatnya ciptaan Tuhan."

buat duit dalam 17 hari(hari 3)

Ish, dah masuk hari ke-3 ni,apa tindakan yang aku dah ambik?

Projek buat duit hari 1 dan 2 dah lepas.

Niche Blogging

Apa 'niche blogging' ni?

Ikut apa yang aku faham,ni cara buat duit dengan blog.

Boleh ke buat duit dengan blog? (aku memang skeptikal dalam hal ni).

Macam mana nak mula?

Sabar-sabar, aku tengah buat research ni, ada info baik punya nanti,aku share kat sini.

Ada yang buat blog pasal cara-cara nak buat duit dengan forex;'forex for beginners'.

Ada yang buat blog pasal 'self tanners':krim yang mat dan minah saleh untuk dapat kulit sawo matang macam orang asia.

Ada yang buat blog pasal 'koleksi fesyen tudung muslimah'.

Abis, nak mula katne ni?

-jom terbang-

melihat awan

catatan kehidupan hari 29 julai 2009

Dari tingkat 8 ofis aku (lokasi rahsia), aku suka tengok langit yang cerah.

Alangkah bestnya if aku ada kamera SLR,bleh aku snap 2-3 keping gambar awan yang cerah ni.

Aku suka ambik gambar pemandangan (yang aku rasa aku berkenan la).

Subhanallah. Takder seni yang lebih cantik dari seni original yang ALLAH ciptakan.

Pernah ke kita sedar yang langit tu takde tiang tapi ia tetap kat atas tu?

Pernah ke kita fikir yang awan tu takde tali yang menggantung tapi ia tetap terapung?

Matahari tak pernah pulak 'acah' nak lari dari laluannya sekarang.

Semuanya (langit,awan,matahari dan makhluk lain) semuanya patuh perintah ALLAH.

ALLAH tetapkan macam tu untuk diorang, macam tu la diorang, tak berani engkar.

Manusia? yang tingginya 6 kaki 5 inci,berani engkar,berani derhaka dengan perintah ALLAH.

Hebat sangatkah manusia?

Tidak,manusia tak hebat langsung.

Langsung tak hebat.

Tak hebat langsung tapi lalai, sombong bodoh, angkuh dengan nikmat yang ALLAH bagi pinjam sementara.

Aku marah sapa ni?

Marah manusia-manusia angkuh, yang berani menidakkan dan membelakangkan hukum-hukum ALLAH.

Marah manusia-manusia yang lupa asal usul.

Sehebat mana pun manusia-manusia ni rasa, ingatlah,kita ni asalnya dari air yang kotor.

Dari air yang keluar dari mana saluran yang sama najis keluar.

Tak cukup hina lagi ke tu?

Bukan asal dari emas, atau platinum,atau titanium mahupun uranium.

Ya ALLAH, jauhkan la muslimin dan muslimat dari seksa neraka.Amin.

-ingin terbang ke syurga-

buat duit dalam 17 hari(hari 1)

catatan kehidupan hari 28 julai 2009

Day 1.

Keadaan kewangan yang mendesak betul-betul menggerakkan adrenalin (betul ke hormon ni yang keluar?) aku untuk buat sesuatu secara pantas dan berkesan.

Dengan makan gaji ni, memang la 'end of month' pasti dapat gaji, tapi 'end of month'jugak gaji tu habis.

Dengan savings yang tak berapa ada, memang payah nak survive.

Dengan keadaan yang mendesak ni, aku kena mencabar diri aku sendiri.

Aku mula mencari (cara serius) segala mak nenek peluang buat duit yang ada.

Online, offline, semua aku plan nak try.

Setakat try je ke?
Entah,aku blum pasti.

Try pun belum lagi ni.

Bila aku buat research, memang banyak peluang buat duit yang ada.
Sampai tak terbilang dek jari tangan (segan lak nak kira guna jari kaki sekali).

Nak dengan taknak je.

Tapi tu la, ada cara yang betul, dan nampaknya, ada gak cara yang tak betul.

Kusut,kusut,kusut.

Aku kena fokus,fokus dan fokus.

Apa yang aku nak sebenarnya?

Hal ni blum aku define sebaiknya lagi.

Objektifnya aku tak set lagi,camner aku nak set langkahnya.

Mungkin sebab terlampau banyak hal yang aku fikirkan sekarang ni.

Kusut,kusut,kusut.

Nak kena leraikan kekusutan dan keserabutan kepala hotak ni dulu.

First thing first.

Carik feel jap,layan lagu dulu...lagu SATU-DEWA.

Satu

Artist: Dewa

Aku ini adalah dirimu
Cinta ini adalah cintamu
Aku ini adalah dirimu
Jiwa ini adalah jiwamu

Rindu ini adalah rindumu
Darah ini adalah darahmu

Tak ada yang lain..selain dirimu
Yang selalu ku puja ouo
Ku sebut namamu
Disetiap hembusan nafasku
Kusebut namamu
Kusebut namamu...

Dengan tanganmu aku menyentuh
Dengan kakimu aku berjalan
Dengan matamu ku memandang
Dengan telingamu ku mendengar
Dengan lidahmu aku bicara
Dengan hatimu aku merasa

-feel terbang-

kerja kosong,peluang bisnes

catatan kehidupan hari 27 julai 2009

Ramai yang sedang merancang nak bertukar kerja.
Yang mencari kerja pun lagi ramai.
Yang mencari peluang bisnes, juga ramai.

Semua orang mencari.
Pelik.

Daripada menjadi pencari kerja, kenapa tak jadi pemberi kerja yang dicari?

Cuba buat iklan, 'Pemberi Kerja'.

Daripada cari kerja kosong, apa kata cuba peluang lain?

Makan gaji ni seronok bila dapat gaji besar.
Tapi kena kelayakan tinggi la.

Untuk orang yang takde kelayakan tinngi macam mana pulak?
Takkan takde pilihan lain untuk dapatkan pendapatan yang tinggi?
Mesti ada.

Otai Burger

Boleh buat duit dengan jual burger?

Apsal takbleh pulak?
Ramly burger bleh buat.
Otai burger boleh buat.

Apa pun,asalkan nak buat,memang boleh buat.
Nak atau taknak jer.

Persoalannya sekarang, aku nak buat ke?
hmmm...

-burger terbang-

Honda Civic RS

catatan kehidupan hari 22 Julai 2009

Hondaku Menangis Lagi.

Memang menarik (pada aku la) model Honda Civic RS.
Bukan la model baru, tapi agak 'evergreen' gak la.

Sporty,elegant, kira kena la untuk orang bujang ataupun yang dah berkeluarga.
Kira masa ni, model kereta ni la yang paling aku berkenan dalam banyak-banyak kereta yang ada kat row parking depan rumah aku tu.
Salah seorang jiran aku baru ambik kete tu rasanya.

Civic Ferio.

Teringat aku kat Civic ferio yang aku penah guna dulu.
Aku pakai dari tahun 2005 sampai 2008.Kaler maroon.Model tahun 1994.
Susah payah aku cari finance untuk loan kete tu.
Dengan pertolongan member, dapat gak loan.

Overheat Engine

Tapi Civic ferio ni kete manja.
Enjin cepat overheat. Lari 80km/j pun meter temperature tu naik lebih setengah.
Dah 3 kali aku tukar radiator. Servis radiator tu tak usah cakap la. Banyak kali dah.
Dari yang standard, kepada yang 2 line. Nasib baik radiator takde yang 3 line (PEKIDA?) hehehe..

Last-last aku giveup, bosan dengan kerenah kete tu.

Bila aku tukar keje (sebelum ni aku keje dengan airline), kete tu jadi beban lak kat aku.
Monthly RM550, asyik meragam jer pulak.Aku tak bekeje pulak masa tu.

Jadi, aku nekad, aku 'surrender' kat bank.
Aku malas nak carik buyer, payah sebab kete tu banyak masalah.

Lepas aku 'bagi balik' kat bank, ada gak officer bank tu call tanya condition kete tu.
Aku cakap terus terang jer, if nak ambik boleh, tapi kena tukar enjin la.Masuk 'half-cut' lain.

Bila aku dah takyah bayar monthly kete tu, lapang la sikit budget aku.

Bank Suruh Siapa Kutip Hutang?

Tapi alih-alih, penghutip hutang bagi pihak bank (?) call aku, bagitau aku hutang RM22000 kat bank.
Bila aku mintak semua dokumen yang menunjukkan hutang tu, sampai sudah aku tak dapat.
Diorang kata aku bayar dulu then boleh mintak dokumen kat bank.
(diorang bukan dari bank ke? tapi diorang kata call dari bank. Bodo.)

Aku bagitau diorang, sekarang ni diorang nak duit dari aku, kena la tunjukkan bukti.
Orang bodo pun takkan bayar hanya dengan dapat call macam tu.
Diorang siap ugut nak bia aku kena declare bankrup la, nak bekukan semua akaun aku la (bukannya banyak pun duit aku kat bank).

Aku nak report polis je.
Ye la,kalau ye pun nak 'kutip hutang bagi pihak bank (konon), takyah nak cuba ugut-ugut aku, bukan aku takut pun.

Proses Kereta Lelong.

Aku penah tanya kat finance berapa harga lelong kete aku tu.
Officer bank tu kata, daripada rekod, dia nampak ada 2 submission.
Dia cuma bagitau aku harga second submission tu RM2000 jer.
Dia kata if nak maklumat lanjut kena pegi kat department tu sendiri.

Aku 'suspect' ada something tak kena la masa proses lelong tu.
Aku 'survey' pun tapi tak jumpa lagi dengan orang yang betul-betul tau secara detail tentang sistem 'kereta lelong' ni.

Speed Trap.

Alih-alih polis hantar saman speed trap kat aku.
Tarikhnya 1 tahun lepas aku 'surrender' kete tu kat bank.

Part 'speed trap' tu yang aku tak tahan nak gelak tu.
Masa dengan aku, bawak 80km/j pun aku dah cuak pasal enjin dah panas, ini kat slip saman tu tulis kelajuan 130km/j.

Mamat mangkuk mana yang dah masukkan V-tech kat kete tu?
Tapi, takkan boleh blah 130 je? Punya la tak laju.

Honda City adik aku yang masuk v-tech pun boleh blah sampai 190.
Tapi tu v-tech besar la.

Ataupun, hantu raya mana agaknya yang dah 'duplicate' plate number kete tu pun aku tak tau.

Tapi yang bengongnya, bank tak tukar nama owner ker?
Katanya dah lelong kete tu?

Bila ada masa (maklum la, aku ni sibuk), aku nak pegi mintak gambar speed trap tu.
Lepas tu aku nak mintak polis batalkan saman tu.
Semua surat yang bank bagi masa aku surrender kete tu, ada aku simpan.

Bukan saya bawak kete tu tok, ni dah kira pemalsuan nombor pendaftaran ni.
Apasal saya pulak yang nak kena bayar?

Kalau kete tu terbang sekali pun, bukan saya yang atok patut cari.

-kereta terbang-

Breaking The Magician's Codes

catatan kehidupan hari 20 Julai 2009

The Magic of the Brain.

Akal kalau digunakan secara betul, memang bleh buat mende-mende tak betul gak.

Potong badan tak mati, cincang tak lumat.Hilang sana muncul sini.
Tapi suma trick..cheh!

Tu la moral yang aku dapat dari rancangan Breaking The magician Codes pukul 2pagi semalam.

Sebelum ni ilusi-ilusi magic tu memang agak dapat 'memperbodohkan' aku (korang camner?kena jugak?).
Ye la, dari sudut yang diperlihatkan kat kita, memang fuyo magic lah.

Tapi bila 'the masked magician' tu dedahkan rahsianya, aku tepuk dahi pun ada, terketawa sendiri pun ada.

Kena Bohong.

Hampeh, hidup-hidup aku kena bohong (ye la, bila dah mati camne pulak orang nak bohong).

Memang semua magic atau ilusi (illution) tu aku penah tengok.
Huhuhu..kena tipu, kena perdaya rupanya.

Sampaikan rancangan tu pun memperdayakan aku sampai pukul 3 pagi.

Dah abis terbang pun masa bawak motor tadi pun,Punch card aku merah jugak hari ni.

-gagal terbang-

Kerja, bos, kerja

catatan kehidupan hari 19 Julai 2009

"Ada yang suka makan gaji..keerja, keerja, kerja"

Tu bait-bait lirik lagu Kumpulan Kembara (M.Nasir)

Kenapa aku kena kerja makan gaji?
Sampai bila?

Kenapa aku tak kerja carik gaji?
Aku bos aku kuli.

Kerja Zon Selesa?

Lama betul rasanya aku dah terperangkap dalam 'zon selesa' ni.
Isi borang,mintak kerja,temuduga,tunggu jawapan,panggil lapor diri,training, dan....
Bermula la melayari kehidupan dengan makan gaji.

Masuk pagi=>tengahari ada rehat untuk makan=>balik malam=>5 atau 5 stengah hari seminggu=>22 hari sebulan=>ujung bulan dapat gaji=>bayar bil=>bayar sewa rumah=>bayar motor kereta=>pakai untuk belanja keje bulan depan=>tengah bulan=>gaji abis.

Tu jer?

Yang gaji besar,bujang,pandai berjimat (ciri-ciri calon menantu ni),lega la kot.

Tapi makin besar gaji, makin besar belanjanya.

Siapa yang bergaji besar tu?
The bosses la.

Kerja Bos.

Siapa kata senang jadi bos?

Susah oo.

If masuk pagi (lewat sikit pun takpe, sapa nak marah bos?)=>sarapan dulu=>baca semua paper yang ada dalam dunia ni=>meeting=>lunch=>mesyuarat pulak (bagi nampak kerja pelbagai)=>jumpa staf kejap (je)=>minum petang=>golf (apa barang main snuker)=>dinner=>sambung meeting=>lewat malam baru balik.

Rajiiin bos kan?

Tapi tak semua bos camtu.

Ada bos yang kerja betul-betul (pasal itu syarikat dia).

Jadi,pada korang yang dah pun jadi bos besau,pandang-pandang la staf korang (bos lelaki jangan pandang staf yang pompuan jer).
Mungkin korang pun penah ada kat tempat diorang dulu sebelum korang jadi bos.
Jangan la sampai korang dikritik dan dikrutuk (belakang-belakang) oleh staf korang atas isu yang remeh temeh.

Bertegas tak salah,tapi jangan bendul sangat.

Aku nak kerja jadi bos yang macam mana?

hahaha...

Tanya la staf aku nanti.

-bos yang terbang-

awan Dania

catatan kehidupan hari 18 Julai 2009

Ada kemungkinan tak kisah Awan Dania kat astro tu 'based on true story'?
Jawapan aku senang je...Entah, mana aku tau.Tanya la penulis skrip dengan pengarahnya.

Hahaha..

Bukan niat nak mencemar atau merendahkan kebijaksanaan korang tapi pada aku, kisah tu mungkin ada kisah tersembunyi di sebaliknya.

The Best Airline(?)

Aku penah keje dengan airline tu, oops, keje dengan airline.
Syarikat mana biarlah korang yang kenal aku jer yang tau.
Memang la tak seberapa lama, tapi rasanya cukup la untuk aku faham susur galur dan corak perjalanan satu syarikat yang ada banyak kapal terbangz bawak penumpang ni.

Macam orang lain, perjalanan hidup aku dengan airline tu ada turun naik, jatuh bangun,susah senang, suka duka, best tak best tapi biar la aku simpan yang elok-elok jer.
Yang tak berapa elok tu biar aku aku simpan dalam briefcase, then campak kat the river Thames of London.(macam aku nak campak gambar someone kat sungai tu).

Customer Service Agent

Ingat senang ker jadi Customer Service ni?
Tak la susah sangat, depends on the person la.

36 bulan (bia nampak banyak) cukup ajar aku kerenah manusia yang macam-macam.
Sampai tahap, bila ada customer datang kat aku jer, dia belum cakap apa-apa,aku dah boleh agak apa yang dia nak.(bukan magic ni).

Termasuk jugak segala kerenah bos yang macam-macam jenis, aku rasa aku dah jumpa.

Unsur politikus memang ada kat mana-mana organisasi.

Dan kat kompeni airline tu jugak la aku belajar selok belok politik di tempat kerja ni.
Masalahnya aku belajar cuma untuk pengetahuan, bukan untuk dipraktikkan.
Jadi bila ada individu-individu (nama dirahsiakan..hahaha) yang cuba mengguna pakai taktik-taktik politik tu (atas aku sendiri), aku jadi bosan dan meluat.

Bila moral pekerja dah down,buat camne pun tak jadi dah.

Dan bila moral down tu melibatkan sekumpulan pekerja, ia adalah ancaman besar kepada the bosses.Cara paling mudah, dengan taktik yang paling tak beretika, cut them off,by hook or by crook.

Tapi semuanya tak nampak dek mata, tak terasa dek jari.

Bijak, bijak.

Aku tak terkilan pun.

Sekurang-kurangnya, aku dah ada asas dalam bidang khidmat pelanggan ni.

Pramugari,Pramugara,Cabin Crew

Dengan keje airline ni la aku kenal pramugara, pramugari,krew kabin (nama je lain, keje sama gak).
Ada yang comel, ada yang terlebih comel.Ada yang segak, ada yang berlagak.

Biasa la manusia.

Bila dah kat atas, lupa lak dia if jatuh tang atas tu sakit.
Jangan camtu.

Setinggi mana pun dah naik kat atas, kena turun gak.
Bukan leh shopping pun kat atas tu.

Nak kosongkan isi toilet dalam kapal tu, kena gak turun.
Kena gak jumpa kengkawan ground ops tu.

Takyah la sombong-sombong.

ALLAH tak suka makhluk-makhluk sombong ni.

Aku tak kata semua,pasal aku pun ada kengkawan, sahabat-sahabat, sedara-sedara,
yang masih keje terbang tinggi ni.

Alhamdulillah,diorang ok.

So,kepada mereka-mereka (adik-adik) yang bercita-cita dan menanam impian nak terbang tinggi tu,ingat-ingat la.

Jangan terkejut dengan dunia baru anda.
Memang macam-macam ada.
Tara tipu punya.
Lu nanti sendiri mau ingat.

Bak kata si Nabil....."ha lu pikeir la sendiri!" (aku tiru ke?ala, dia tak copyright pun, tiru jer la)

-terbang Dania terbang-

mencari sempurna

catatan kehidupan hari 17 Julai 2009

Seorang hamba dalam pencarian.
Mencari sesuatu yang 'sempurna'.
Pencarian yang panjang, yang jauh, yang belum ketemuan.
Mungkin takkan ketemu hingga penghujungnya.
Kerana 'sempurna' tiada pada makhluk.

Hanya ALLAH yang Maha Sempurna.

Rahsia.

Rahsia adalah sesuatu yang terlindung.
Tidak dapat dilihat atau diketahui oleh makhluk lain.

Wajarkah makhluk berahsia?

Apakah tujuannya berahsia?

Kenapa mesti berahsia?

Supaya tidak dikhianati?

Janganlah hidup diterbangkan rahsia.

-rahsia terbang-

cinta syurga

catatan kehidupan hari 16 julai 2009

Cinta

Apa itu cinta? (aku dah banyak kali tanya ni..huhuhu)
Indahkah cinta?

Aku pun tak tau kenapa kebelakangan, persoalan ni yang muncul (bertubi-tubi pulak tu) dalam kepala aku.
Aku masih mencari cinta yang tulus, yang mulus..yang tulus.

Macam mana nak ditafsir pencarian aku ni?

Gunakanlah akal.

Tak semestinya aku mencari cinta manusia.
Mungkin aku mencari cinta kepada yang Maha Mencipta? Mungkin.

Ada masa-masanya, aku dikaburkan pandangan hati. Aku hilang jejak dalam mencari arah hidup.
Bila aku kembali sedar akan tujuan hidup ni, baru hati aku tenang.

Sudah Terang Lagi Bersuluh.

Mudah je sebenarnya.

Al-quran.

Pelajari bacaannya, fahami, dalami maksudnya. InsyaALLAH.

-terbang dengan cinta syurga-

Mimpi Ferrari Scuderia

catatan kehidupan hari 15 julai 2009













Driving a Ferrari dalam Mimpi.

Macam biasa, aku memang giler dengan kelajuan.
Kelajuan bagi aku kepuasan.
Tapi aku suka bawak laju bila aku drive atau naik motor berseorangan.
Aku tak suka membahayakan orang yang aku bawak.

Ferrari memang antara 'supercar' yang aku tergila-gilakan.
Aku hanya pernah menjenguk kepala tengok interior sebuah Ferrari (ada ker?)

Apalah agaknya rasa mereka-mereka yang pernah drive kete tu kan?
Mulanya aku suka Ferrari Modena spider,lepas tu F355,Enzo ada gak aku suka kejap.
Sekarang aku termimpi-mimpi Ferrari Scuderia.
isk isk isk...solidnya design..

Cita-cita.

Bercita-cita besar? Mungkin.
Tak salah bercita-cita.
Dari cita-cita jadi impian.
Dari impian jadi keazaman.
Dengan keazaman datang tekad.
Ada tekad mula ikhtiar.
Sudah ikhtiar....
Tawakkal pada ALLAH.

Bukan dalam hal Ferrari tu jer.
Dalam semua hal aku cuba ikut flow yang kat atas tu.
Terkadang kantoi jugak.
Manusia memang macam tu.(ayat penyedap hati)

Jemputan Naza Italia

Mana la tau, satu hari yang indah,
Naza Italia jemput aku untuk merasai pengalaman sehari memandu Ferrari..tanpa syarat.
Fuh!
Tak dapat aku bayangkan excitednya aku masa tu.

Tak pun, aku dipelawa untuk memiliki sebuah Ferrari Scuderia.
Ye la, kete tu bukan ada banyak pun. Hand made lor.
Bukan semua orang kaya boleh beli.
hahahaha..cukup cukup la tu dulu.

Nanti jadi macam Mat Jenin pulak aku ni.

Alih-alih, balik keje tadi bearing tayar depan motor aku pecah.
Esok la ganti, InsyaALLAH.

Ferrari oh Ferrari.

-terbang bebas-

Buat apa yang disukai

catatan kehidupan hari 14 julai 2009

Keluar Dari Kepompong Selesa.

Bila agaknya aku nak buat apa yang aku sukai?
Aku makin bosan dengan keje makan gaji.
Bosan dan benci diperintah.
Dibuat seperti bola.Ditendang sana sini.
Dah tak terlayan rasanya ni.

Apa lagi yang aku tunggu kat situ?

Peluang?
...ada di mana-mana.
cuma nak diperhati,diusahakan.

Pandang-pandang, Jeling-jeling

Berapa jauh pernah aku memandang?
Setapak ke depan? ke belakang? ke 5 tahun depan?ke 10 tahun depan?
Sejauh mana?

Aku pandang risiko?
Risiko ada di mana-mana.
Makan pun ada risiko tercekik.

Jangan takut risiko.

Anak jantan tak takut risiko.Malah memanipulasi risiko.

Sampai masanya, itulah masanya.

Ayuh maju ke depan (nama pun maju, ke depan la. ke belakang tu mundur namanya).

Jika potensi itu positif dan risiko itu negatif, kenapa mesti memandang yang negatif?
Pandanglah yang positif.

Aku yakin potensi diri aku.
Lantak pi la andai orang yang aku harapkan tak percaya dengan potensi diri aku.

Yang paling penting,aku tau keupayaan aku. Aku kenal diri aku.
Aku tau aku boleh.

chop!

Hang nak buat apa?(sapa tanya ni?)

:-)

Ada la.

InsyaALLAH, plan baik punya.

-plan terbang-

seksinya Ducati 1098

Catatan kehidupan hari 13 Julai 2009

My Dream Superbike.

huhuhu..cantiknya Ducati 1098 tu.
RM300,000 tu.(bila dicukai di Malaysia la)

Memang terkesima dibuatnya.
Solid design.
Sexy.
Sleek.

Tak jemu aku membayangkan aku layan Ducati 1098 kat highway, then kat jalan Kuala Pilah - Tampin.
Lap kiri, lap kanan, then top.
Fuuhh..syoknye.

Tapi bila aku bukak mata, gambar Ducati 1098 tetap melekat kat web Ducati (takkan kat web onedropperfumes plak).

Aku hanya mampu berimaginasi dengan gambar superbike tu.

Duti Import Malaysia

Kenapa mahal sangat cukai import kereta dan superbike? Sampai prcnt:300 peratus?
Aku pun tak tau.
Tapi aku nak jugak tau.

Kenapa?

Entah.

-imaginasi terbang-

menganggap orang lain bangang

Catatan kehidupan hari 12 Julai 2009

Dealing With The Perfectionists.

Aku bosan dan benci berurusan, bercakap, berkomunikasi dengan orang yang merasakan dia je yang betul dan menganggap orang lain semuanya macam bangang.

Ramai jenis ni kat dunia ni.

Pada mata orang jenis ni,semua yang orang lain buat, ada je yang tak kena.
Bila disuruh buat, takder la betul sangat pun, sama je macam yang dah dibuat.
Bengong.

Tapi tu la, diorang rasa diorang 'perfect' sangat kot.Sampai orang lain dianggap bodo.
Diorang lupa yang manusia ni takde la hebat sangat pun, jadi tak payah nak berlagak.

Mengenal Diri.

Manusia bila tak kenal diri sendiri, macam tu la jadinya. Perasan bagus, perasan tau semua benda.
Tunggu je la kat Padang Masyar nanti, kita tau la nasib sendiri.

Ya ALLAH, sabarkan hamba Mu ini.
Moga aku dijauhkan dari bersikap jelek seperti mereka.Amin.

-ingin terbang-

cari duit belanja

Catatan kehidupan hari 11 Julai 2009

Mana Nak Cari Duit Lebih?

Duit belanja merujuk kepada banyak perkara.

cari belanja sekolah

Kepada yang masih menuntut (student), hal ini memang fokus, selain nak abiskan study dengan Anugerah Dekan.

Mana nak carik belanja sekolah?
Ye la, yuran mahal.
Belanja harian lagi.
Duit buku lagi.
Duit exam lagi.
Top up lagi.

Betapa terbebannya golongan pelajar ni.

Aku kesian dengan diorang ni.
Aku pun penah lalui masa-masa sukar macam tu dulu.
Dan aku tak (berapa) tahan dugaan masa tu.
Jadi,aku mengalah dengan dugaan.
Hasilnya,perjalanan study aku kantoi (tak abis).

Menyesal?

Siapa kata aku tak menyesal.
Tapi aku boleh buat apa-apa ke dengan menyesal?
Perkara dah lepas 11 tahun dulu.

Now, is all that matter...sekarang.

cari belanja keluarga

Bila dah berkeluarga, soal cari belanja tak selesai.
Takkan selesai rasanya.
Ye la, tanggungan dah bertambah.
Kena usaha cari duit lebih.

Macam mana?

Ikhtiar ada di mana-mana. Cuma nak dicari dan diusahakan je.
InsyaALLAH, bila ikhtiar kerana ALLAH, ALLAH mudahkan. Amin.

Bila ada peluang cari belanja ,gunakan.

-belanja terbang-

Catatan kehidupan hari 10 Julai 2009

Ijtimak

Hati aku masih belum puas pasal ijtimak ni. Aku pun tanya la seorang sahabat yang aku rasa berilmu untuk bagi aku faham pasal ijtimak ni.Daripada beliau, ijtimaak diertikan sebagai perhimpunan.
Ianya dianjurkan antaranya oleh jemaah dakwah tabligh. Beliau memuji ijtimaak sebagai usaha yang terpuji.

Aku termenung kejap bila baca sms sahabat aku tu."usaha yang terpuji" betul-betul menangkap kat hati aku.

Satu pertanyaan untuk diri aku sendiri..sudahkan aku melakukan apa-apa usaha yang terpuji untuk Islam?

Balik ke rumah, aku pegi berkumpul rumah nenek.Agenda keluarga (sebelah mak aku) setiap ari jumaat malam sabtu.
Aktivitinya?Berkumpul, bersua muka, bertanya khabar,berkongsi cerita.

aku? macam biasa,lebih suka mendengar dari bercerita.

Round-round.

Selesai solat Isya', aku bersiap.Aku nak merasai pengalaman di kawasan ijtimak.

Lebih kurang pukul 12 malam, aku berjalan kaki menuju ke tempat yang nak dituju.

Sepanjang yang aku perasan, memandangkan mungkin waktu itu takde apa-apa agenda, tumpuan memang khusus pada para peniaga.

Memang macam-macam ada.

Makanan tak usah cakap la, pelbagai jenis.Ubat-ubatan tradisional pun ada, kopiah pun ada, jubah pun ada,
tasbih dan macam-macam jenis barang lagi pun ada.

Cakap pasal ubat-ubatan tradisional, aku lama jugak kat gerai jual kapsul dan minyak dhab.
Tengok video pasal dhab yang ALLAH anugerahkan macam-macam kelebihan.
Dhab ni,ikut dokumentari yang aku tengok tu, walaupun dia dah kena tembak, kena sembelih,
jantung dia dah dilapah keluar (yer la, mana ada lapah ke dalam), badan dia dah kena cincang (tak sama macam Gunung Macinchang Langkawi),
badan dia masih bergerak-gerak lagi.Bukan la maksud dia tak boleh mati, dia mati, tapi lambat. Subhanallah.

Garam Bukit.

Aku lama kat gerai ni mendengar penerangan pasal garam bukit ni. Kalau tak silap, rumah mak aku ada satu set tapi macam dah tak digunakan. Mungkin dah cair.

Sekarang aku faham kenapa perasaan jadi tenang bila ada di kawasan air terjun dan tepi pantai.

Pasal banyak ion negatif.

Ion negatif ni jugaklah yang dikeluarkan oleh garam bukit ni.Menarik.
Ada modal nanti, insyaALLAH, aku beli. Nak letak kat bilik tidur.
Boleh bantu kurangkan nyamuk, perbaiki kualiti udara dalam bilik.
InsyaALLAH, boleh bantu baiki pernafasan ammar muktafi yang kena lelah kebelakangan ni.
Boleh jugak kurangkan dengkuran (siapa?) kata penjual tu. Aku cuba nanti.Aku dah ambik pampletnya.

Semangat Ijtimak.

Satu hal buat aku rasa macam ada kurangnya pada ijtimak ni.Aku tak rasa kekuatan semangat saudara sesama Islam (ukhwanul muslimin; betul ke aku guna istlah ni?).
Mungkin jangkaan aku terlampau tinggi untuk perhimpunan ini, atau aku yang belum cukup 'blend' dengan acara ni.

Sepanjang aku berjalan kaki (aku pun tak sangka aku larat mengelilingi kawasan tu) selama satu jam sorang-sorang, hanya seorang hamba ALLAH je yang bagi salam bila berselisih.Aku pun sedar yang aku sendiri kurang fokus hal ni.
Bila dia bagi salam kat aku tu,aku jawab dgn perasaan malu.Patutnya,aku pun boleh mula bagi salam bila berselisih dengan saudara sesama Islam.

Gambar di ijtimak Malaysia.

Aku bawak kamera tapi, bateri kong. Hanya 2 keping gambar (dengan gegaran pada 2 skala richter) yang aku dapat ambik.
Takpe lah,insyaALLAH, ada umur, malam esok aku datang lagi. insyaALLAH, boleh aku join qiamullail. terbang.

Catatan kehidupan hari 9 Julai 2009

Ijtimak

Melepaskan Nafsu dari Cinta Kepada Dunia

Malam semalam sekali lagi aku round-round naik motor ke kawasan ijtimak.
Subhanallah, seronoknya aku tengok ribuan umat Islam (semuanya) berkumpul di satu tempat.

Hati aku sebenarnya menarik-narik (kuat) untuk pergi lagi selepas pukul 12 malam, tapi, entah la,sampai jer rumah,badan jadi lesu.Aku pun mandi dan tidur.

Pasal nak lepaskan nafsu dari cinta kepada dunia tu, sebenarnya idea tercetus masa aku borak-borak dengan kawan ofis aku. aku bagitau la Razak (mungkin nama sebenar), pasal ijtimak ni.

Dia bangkitkan la satu soalan, yang datang ijtimak ni tak kerja ke?
Aku jawab, tawakkal kepada ALLAH. tawakkal kita (aku maksudkan aku dengan dia) tak sehebat jemaah tabligh ni.

Dia respon balik, tu la,kita ni bila dah terikat dengan ideologi kapitalis ni, payah.

Banyak kuatnya dan banyak betulnya kata dia tu.

Aku sendiri sebenarnya dah agak lama berkira-kira nak meninggalkan kerja makan gaji ni.

Aku dah mula terfikir dan tersedar yang anugerah kehidupan yang ALLAH bagi ni tak sepatutnya dilalui macam yang aku lalui ni.
Pagi terkejar (aku panggil 'terbang') ke tempat keje demi memastikan punch card tak merah. Balik pun 'terbang' lagi untuk sampai ke rumah. Perjalanan sehala kurang lebih 70km, sehari 140km.

Dengan cc motor aku yang kurang 890cc untuk jadi 1000cc tu, bila tengok odometer ,aku rasa motor tu dah buat perjalanan sehala sama dengan jarak dari Malaysia ke India (melalui jalan darat).

Ikut pemahaman aku, ALLAH jadikan manusia untuk jadi khalifah di dunia, menyebar dan menegakkan syiar Islam.

Tapi aku ni pulak dah lebih kira jadi 'gelabah' dengan hidup dunia ni.
Terkejar sana, terkejar sini (dengan hal duniawi).Mungkin aku kurang cemerlang dalam pengurusan masa.

Orang lain rasanya payah nak faham, jadi aku sendiri mau ingat la.

Takpe la. Bila dipandang dari satu sudut, semua yang terjadi pada setiap makhluk, adalah ketentuan ALLAH.
Aku terima, berserta usaha berkadaran dengan kemampuan yang ALLAH pinjamkan ni, aku tawakkal pada ALLAH.

Kehidupan ini Adil.

Hidup ini adil. Adil patut dilihat secara individu.
Aku mungkin rasa kecewa pada beberapa perkara sekarang, tapi ia cukup adil pada aku atas apa yang pernah aku kerjakan di masa lepas. adil la tu kan?

Mungkin aku pernah buat pada orang, perkara yang orang tu tak suka, jadi adil la bila orang lain pulak, buat pada aku, perkara yang aku tak suka.

Subhanallah.

Aku cuma perlu sabar dengan semua dugaan dan ujian nikmat ni.Aku yakin aku sabar kerana ALLAH.

Yang penting, semampu ikhtiar aku, aku taknak gagal di akhirat. Aku nak terbang.

Cerita kehidupan hari 8 Julai, 2009

Ijtimak

Apa yang aku tau (kalau salah tolong betulkan), ijtimak ni majlis perhimpunan para tabligh dari seluruh pelusuk dunia. Mungkin telah berlangsung di tempat atau negara lain sebelum ini tapi aku rasa ini kali pertama di Malaysia. Kali ini mereka berhimpun di KLIA kuarters (dekat dengan masjid KLIA) dari 09 Julai sampai 12 Julai, 2009. Beberapa khemah-khemah gergasi dibina khas bagi ijtimak ini. Sempat jugak aku berkereta di kawasan tu semalam.Saja round-round lepas isi minyak kereta. Aku memang biasa dengan area ni sebelum ni tapi bila adanya majlis ijtimak ni, kawasan ni bertukar rupa. Jadi meriah, jalan jadi jem (sikit la), ada deretan gerai-gerai (kebanyakannya menjual makanan). Macam-macam menu yang sebelum ni tak pernah aku dengar pun ada. Nasi talam dengan sup kambing, teh serai dan macam-macam lagi. Memang macam-macam ada.,Esok (9 Julai 2009) dengarnya ada majlis perasmian oleh MB Negeri Sembilan. Mesti lagi jem kawasan ni.

Round punya round, nampak pulak gerai ainun taharah, produk rawatan mata yang memang tengah hit (pada mereka yang ada masalah dengan mata) ketika ini. ALLAH, baru sehari dua lepas aku terbaca artikel pasal ainun taharah ni dan aku memang dah berkira-kira nak cari kedai yang menjualnya. Ingin pulak aku mencubanya. Alhamdulillah, ALLAH mudahkan niat aku. Dia lorongkan aku untuk berjalan-jalan di kawasan ijtimak ni, dan terserempak pulak dengan gerai ainun taharah. InsyaALLAH, malam esok aku nak datang dan singgah di gerai tu. Tengok-tengok dulu produk yang ada, if rasa boleh try, aku beli la (insyaALLAH).

Tak salah berikhtiar. ALLAH pun perintahkan hamba-hambaNya berikhtiar. Ikhtiar aku sekarang ni, aku nak lupakan terus pakai cermin mata ni. Aku dah mula rasa rimas bila rasa ada benda tersangkut kat telinga, terletak kat hidung ni.

Sambil pusing-pusing tu, terperasan jugak aku beberapa gerai menjual menjual tudung. Tudung fesyen muslimah pun bukak gerai kat sini?. Hmmm…acara ni memang pusat tumpuan sekarang ni, jadi, berniaga apa pun, insyaALLAH, laku.

Bila fikirkan lagi pasal tempat ni sebelum ni dan bandingkan dengan keadaan sekarang ni, aku kagum. Mungkin mereka (yang tau keadaan asal tempat ni) sependapat dengan aku. Memang tak pernah terlintas dek akal yang satu masa (sekarang), tempat yang dikira ‘isolated’ atau terpencil ni akan jadi meriah. InsyaALLAH, memang aku rasa ini keberkatan yang ALLAH bagi kepada muslimin (dan muslimah ?) yang menjayakan ijtimak ni.

Aku agak mengikuti pembinaan kemudahan (penginapan, bekalan air) untuk ijtimak ni. Petang-petang, sejak dari mula kawasan ni dilapangkan (sebelumnya penuh dengan belukar), aku selalu bawak ammar muktafi round-round dengan motor. Bila tanah tu dah dilapangkan, diratakan, beberapa khemah gergasi ditegakkan, bekalan air pun disambungkan. Memang aku respek sebab setakat yang aku nampak (if aku tak nampak tu aku tak tau la), semua usaha membangunkan kawasan untuk ijtimak ni dibuat oleh orang Islam. Dan malam ni aku sekali lagi bangga dan respek bila tengok gerai-gerai kat kawasan ijtimak ni semuanya orang Islam. Takder keraguan untuk dimakan, cuma larat atau tak je untuk try semua makanan. Tak kisah lah makanan dari Malaysia ke, Indonesia ke, India ke, Bangladesh ke, semua halal. Rezeki rezeki. Alangkah bagusnya bila umat Islam ramai-ramai berhimpun macam ni selalu.

Tetiba terfikir plak, rasanya ideologi politik takkan dapat masuk line kat sini pasal perhimpunan ni berkaitan agama Islam. Agama yang syumul. Warna kulit, bangsa, negara mana takder kira kat sini. Semua orang duduk bawah satu payung yang sama;Islam. Elok la tu. Bak kata paman aku pun, dia ada borak-borak dengan dua tiga orang tabligh masa solat kat masjid KLIA, yang datang untuk ijtimak ni pun bukan calang-calang orangnya. Ada mufti dari Madinah, Amerika, Eropah. Masa dia bercerita kat aku tu, ada gak hati aku terdetik,’bagusnya diorang ni, merantau serata pelusuk alam nak mengembangkan syiar Islam. Aku?’.

Aku pun dah semak kepala tengok dan dengar cerita politik Malaysia ni. Dah naik jelak. Bila la kala agaknya orang yang dipanggil dan dilantik jadi pemimpin tu (tak kira la parti chop apa) nak mula buat kerja betul-betul untuk rakyat? Bila baca paper, tengok TV, baca blog, isu-isu yang di’panas’kan semua isu-isu sengal.
Pedulikan la kalau rumah orang tu harga berjutalion sekalipun. Akhirat kan pasti ada, apa yang nak disibukkan lagi ?(ala, orang Islam pun ada yang tak percaya akhirat, nak buat camne. Dah nak akhir zaman sangat dah ni). Ni rakyat yang terbeban dengan harga barang yang makin naik (mana ada turunnya pun), kerja pulak dah takde overtime pasal bisnes teruk, ada ke “pemimpin-pemimpin” ni fikir dan ikhtiarkan cara nak ringankan beban?

Haram apa pun takder. Janji tinggal janji. Tinggal la kau labu, kau percaya buat apa.

Bagi aku pulak, secara individu, secara peribadi, aku percaya dengan ikhtiar dan tawakkal. Mungkin aku belum usahakan yang betul-betul terbaik, tupasal aku belum diberikan yang terbaik. insyaALLAH, setiap yang aku usahakan, aku tawakkal kepada ALLAH. Dia saja yang Maha Mengetahui isi hati hamba-hambaNya.

Moga umat Islam sekaliannya dijauhkan dari seksa neraka. Amin.

Cerita kehidupan hari 7 Julai, 2009

Rasa.

Cemburu.

apakah cemburu itu cinta?

atau cinta perlu cemburu?

what if u feel jealous towards someone else?

apa itu cinta?

Cinta kepada Yang Maha Esa, Yang Maha Pencipta.
Itulah cinta tahap tertinggi yang mampu dicapai oleh hambanya.
Itulah cinta yang paling tulus.
Itulah cinta yang paling suci.
Cinta yang tak mengenal engkar.
Cinta yang tak kenal nestapa.
Itulah cinta yang mampu menenangkan jiwa hambaNya, yang bisa membuatkan perasaan berasa…
ingin terbang.

Huhuhu..aku stress, keje banyak.

Tanya Sama Itu Hud-hud

Ntah...
Tiba-tiba aku terminat layan lagu ni..
Layan jer la..

Tujuh puluh tiga pintu
Tujuh puluh tiga jalan
Yang sampai hanya satu jalan

Beribu-ribu Margasatua
Mencari raja si Muraq
Yang sampai hanya tiga puluh

Ooh... Sang Algojo
Ooh... nanti dulu

Lihat dunia dari mata burung
Atau dari dalam tempurung
Yang mana satu engkau pilih
Dalam kalut ada peraturan
Peraturan mencipta kekalutan
Di mana pula kau berdiri
Di sini

Ooh... Sang Algojo
Ooh... nanti dulu

Berikan ku kesempatan akhir ini
Untuk menyatakan kalimah/kisah sebenarnya
Berikan aku kesempatan akhir ini
Lai lai la lai la lai

"Tanya sama itu hud-hud
Lang mensilang
Kui mengsikui
Kerna dia yang terbangkan ku ke mari