ini bukan blog AirAsia
"graviti kuat buat kita rasa melekat dan tak rasa bumi ini berputar,
tapi graviti jugak tak kuat sebab burung burung masih boleh terbang tinggi.
Hebatnya ciptaan Tuhan."

sekarang aku tak dijemput lagi

Dulu masa aku berpengaruh, selalu aku dijemput ke majlis majlis kenamaan.
Sehari sampai 8 majlis.
Dapat layanan VIP lagi.
Setakat rasmikan majlis tu usah kata la.
Sampai letih tangan gunting reben, lepaskan belon.
Lepas aku berucap memamng standed suma hadirin berdiri tepuk tangan sambil jerit 'bravo!','excellent!','brilliant!','marvelous!' dan seribu satu perkataan bahasa penjajah tu.

Masa hari raya dan sambutan ulangtahun kelahiran aku:

Setakat dapat hamper dan hadiah tu, sampai penuh segala bilik rumah yang disewakan khas untuk aku terima hadiah. Punya la banyak hadiah, sampai berlori lori.
Sampai tahap aku bagi jer hamper hamper tu kat budak yang buat delivery tu. Aku bagitau kat diorang aku Sedekah.
Kad ucapan selamat hari raya berguni guni aku dapat.
sms ucap selamat hari raya lagilah berlambak.
Selkom sampai bagi aku talian khas untuk terima sms hari raya jer.
Free, takyah bayar kata Selkom.

Rumah?:

Kawasan rumah aku je sebesar wilayah persekutuan Putrajaya.
Ada pusat pentadbiran hal ehwal keluarga aku, masyarakat setempat dan sedara mara aku.
Asalnya kawasan rumah aku seluas kawasan sekolah jer, tapi ntah, tiba tiba ramai pulak yang bagi geran tanah diorang siap dah ditukar ke nama aku lagi. Diorang kata takyah bayar.

Layanan VIP?:

memang sentiasa dapat.
Kapet merah? kapet emas? kapet 5 inchi? kapet Udani? semua aku dah rasa.
Tokeh kapet menangis bila dibagitau aku nak guna kapet diorang.
Takut aku tak bayar agaknya. Aku bayar lebih lagi ada la.
Bila duduk mana mana hotel, disediakan butler (pembantu khas) sampai 6 orang.
Biasanya pembantu peribadi aku pun dapat butler.

Bab makan minum kat hotel usah nak khabar la.
Kadang kadang Aku saja tanya nama nama minuman dalam menu kat Butler, zas! dah sampai.

Bila Aku nak saja jalan jalan kat mana mana butik dalam bandar, mesti tuan punya butik tutup kedai khas untuk aku. Walhal aku tak beli apa pun. Saje tengok lukisan kat butik tu je. Takpun saja nak baca suratkhabar kat situ.
Takde pulak aku suruh diorang tutup.
dah tokeh suruh tutup, takkan aku pulak nak suruh bukak. itukan kedai dia.

Masa dalam mesyuarat:

Bila bila aku bercakap, semua angguk saja.Entah faham entah tidak apa yang aku kata.
Bila Aku geleng geleng masa rasa lenguh leher, diorang tunduk.
Bukanlah aku nak marah pun kalau ada yang geleng, tapi takde sorang pun berani geleng.

Aku pun tak tau kenapa. aku pun pelik.

Satu yang aku suka, Aku kata, bahasa Melayu bahasa rasmi dalam waktu bekerja.
Jadi, takde sorang umat pun dalam syarikat aku berani guna bahasa penjajah bila kat dalam pejabat.
Baik pengarah urusan mahupun pengurus pengurus besar.
Walhal kebanyakan diorang tu lulusan universiti universiti hebat luar Malaysia.
Bagus, aku bangga bila bahasa kebangsaan dimartabatkan.

Duit:

Hal paling remeh pada aku.
Hal yang tak penah aku fikirkan langsung.
Seluk mana mana poket baju, seluar, jaket, berkeping keping duit seratus.
Bukak laci meja, bersepah duit RM dalam tu.
US dolar dan matawang asing aku tak suka, aku buang sebab aku suka barangan buatan Malaysia.
Sampai Bawah pintu pejabat pun orang selit duit ratus ratus RM setiap hari.
mesen sedut habuk ofis aku berapa kali tersumbat pasal aku suruh penyelenggara ofis tu sedut duit duit tu.
Bila aku suruh diorang bersihkan mesen tu, aku kata ambik la duit tu.
Rezeki dia. Aku sedekah.

Entah, tak tau pulak aku siapa yang bagi duit banyak banyak tu.
Aku bukan uruskan berkaitan kelulusan tender pun.
Ahli politik wang pun bukan.
Takde sapa yang logiknya perlu merasuah aku dengan duit banyak tu sebab aku takde kepentingan kat sapa sapa.
Aku diberi Duit duit tu semua bukan sebab rasuah, itu rezeki.
Pesuruhjaya bahagian 'Penghapus Pemberian Duit Untuk Kepentingan Peribadi' pun pelik dengan hal tu.
Nak dakwa takde bukti aku mintak duit tu tapi duit tu bertambah banyak datangnya setiap hari.

Itulah rezeki namanya.
Ujian jugak duit banyak tu.

Sekarang bukan dulu:

Tapi itu dulu.
Sekarang dah jauh beza.

Jemputan ke majlis dah takde aku dapat.
Paling hebat pun jemputan kawan atas kawan punya kawan punya kawan.
Majlis tahlil.
InsyaALLAH, aku tak pernah tak pegi.

Layanan VIP tu takde lagi dah.
Aku nak jumpa sesapa, aku pulak kena buat appointment.
Kena ikut giliran.
Hal yang macam mana penting sekali pun,
kena ikut giliran.

Ucapan selamat hari raya haram sekeping pun takde.
Ucapan selamat hari jadi jauh sekali.
Email yahoo aku pun kosong jer.
Email spam pun takde orang nak forward kat aku.
Bab Hadiah tak payah mimpi la.
Kalau nak hamper pun aku kena beli sendiri.

Apa nak buat, dah macam tu kadarNya untuk aku.
Bukan aku boleh tolak pun.

Aku dapat semua tu dulu pun bukan aku mintak.
Memang aku pernah ada hajat dan rasa best untuk dapat semua keutamaan dan kemewahan tu.
Aku dah diberi rasa, sampai masa ALLAH ambil balik.
Redha la.

Syukur menantu sulung mak aku tu masih hormat aku sebagai suami, sayang aku, rindu aku, cinta aku, jaga makan minum aku, dan..jaga nafsu aku.
Tak kira apa jugak keadaan aku.
Syukur Alhamdulillah.
Dia isteri terbaek untuk aku kat dunia ni.

Syukurlah masa aku ada kemewahan dulu aku tak sampai tahap sakiti anggota badan sapa sapa pun. Jauh sekali nak upah samseng untuk pukul atau bunuh sapa sapa.

Syukurlah aku tak dipenuhi rasa riak, ujub dan takbur masa kemewahan dunia yang melimpah ruah dulu.

Syukurlah aku tak pernah hina sapa sapa pun dengan apa yang aku diberi masa tu.

Syukurlah aku tak derhaka kat mak abah masa aku kaya ya amat dulu.

Syukur kepada ALLAH, Syukur kepada ALLAH, Syukur kepada ALLAH.

Sekarang aku tetap lalui hidup yang hebat, tapi serba sederhana.

Ada isteri solehah, ada anak anak yang beriman yang taat perintah ALLAH.patuh kepada kami ibubapa mereka.

Rumah pun sederhana.

Duit tak la sebanayk dulu, tapi cukup untuk kami sekeluarga.

Syukur alhamdulillah.

Hidup kat dunia ni pun bukannya lama.
Pejam celik, pejam celik, tiba tiba pejam tak celik celik.

Apa yang perlu aku sediakan untuk kena soal kat 'sana' nanti, mesti aku sediakan.
Risau aku bila fikirkan ke mana pulak aku belanjakan semua kemewahan tu masa diberi dulu.

Kat jalan dunia ke, akhirat ke, jalan mati ke.

SEkurang kurangnya, untuk nak bagi stabil neraca aku kat 'sana' nanti, Aku kena tinggalkan anak anak yang soleh dan solehah; untung untung diorang ingat untuk selalu telegramkan doa yang baik untuk aku lepas diorang solat,sama ada masa aku masih hidup dan dah mati nanti.

Untung untung aku ada la tinggalkan ilmu yang bermanfaat yang diamalkan oleh ramai manusia untuk kebaikan.

Untung untung aku ada la teringat nak tambah, tambah dan tambah sedekah jariah supaya jadi talian hayat kat 'sana' nanti.

Untung untung jugak, moga isteri aku terus jadi isteri yang solehah untuk mudahkan aku dengan bab 'tanggungjawab suami' sampai masa aku disoal nanti. Aku dah redhakan dia sebagai isteri aku, maknanya aku takkan ada apa apa tuntutan kat dia kat akhirat nanti. Selebihnya nanti, itu ALLAH punya kuasa.

Untung untung, aku lebih untung 'kat sana' nanti dengan apa yang aku kerjakan 'kat sini'. Amin.

Kenapa kau datang masa ni?

Kau datang masa aku tak bersedia.
Kau asak kepala hotak aku bertalu-talu.
Sampai memori otak aku macam dah takde kapasiti nak tanggung asakan kau tu.

Bukan aku taknak terima kau, tapi..
kenapa kau datang masa ni?

Kau tau tak bukan senang aku nak suruh kau datang?
Tapi kau datang masa ni?

Cuba la hantar surat ke, telegram ke, email ke, paling tidak pun sms dulu sebelum datang, tak boleh ke?
Mentang-mentang la aku tak join komuniti push-to-talk, kau ingat kau boleh datang suka-suka masa ikut kau, bagitau aku macam macam, lepas tu hilang balik?
Aku taknak mencarut kat kau, kang kau tak nak datang lagi. Aku pulak yang jem nanti.

Tapi tolong la wei, datang la masa aku betul betul carik kau.
Datang la masa aku ada persediaan.
Kesian la kat aku wei.

aku nak kata:
kepada 'idea-idea best' yang nak datang melintas kat kepala hotak aku ni, harap bagitau dulu sebelum nak datang.
Jangan la melintas kat kat inbox memori aku yang kurang nak boleh save ni masa aku tengah naik motor lelaju ala ala eddie lawson. Kang bila aku dah sampai destinasi, gerenti aku lupa nyer idea-idea tu. Barai la aku kalau nak berenti seploh kali sekejap tiap kali kau nak melintasi kepala aku.
aku bukan ada peranti yang boleh terus rakam apa yang ada melintas kat kepala aku ni.
nak senang camni la wahai idea-idea best, bila bila kau melintas kat dalam kepala aku ni, kau tolong save soft copy siap siap kat pc atau henpon aku, bleh?
apa?kat inbox fesbuk?
sori, aku dah menyahaktif profil fesbuk aku.
maleh.

Nazri bukan cipan

2005:
AKu diperkenalkan pada cipan.
Menantu sulung mak aku yang kenalkan kat aku.
Kata beliau, dia kenal cipan lagi lama daripada aku.
Aku iyakan jer.
Bab bab fakta ni aku tak bangkang.

Macam-macam ciri-ciri asas cipan dibagitau pada aku.
Takde la aku yang pelikkan.
Biasa jer.

Orang makan ubat nyamuk macam makan chipsmore pun aku penah dengar..keh keh keh..
Apa la sangat cipan selalu datang rumah menantu sulung mak aku tu.

Cipan ni layan kampung.
Duduk kat kampung.
Dapat pendidikan asas pun kat kampung.

Cipan lain misti jeles tahap cipan kat cipan ni.
Cipan yang menantu sulung mak aku kenal ni ada ilmu.
Bukan calang calang cipan ni.

Tadi aku kata aku tak pelik pasal cipan ni,
sebenarnya aku tipu.

Aku memang pelik pasal cipan.

Cipan tak marah orang panggil dia cipan.

Kalau aku orang panggil nama yang tak semenggah ni, satu dah estet aku amuk.

Memang aku respek kesabaran cipan ni.

Dengan kesabaran dia yang tahap cipan tu dia ada kehidupan yang best jer aku tengok.

Aku respek kat kau....nazri.

aku nak kata:
sudah sudah la panggil nama tak semenggah tu.
Nabi tak suka.Tuhan lagi tak suka.
Kang aku letak lagu 'pergi tak kembali'-Rabbani kat sini kang nangis lak.

aku teringat:
mintak maaf kat kengkawan yang aku pernah gelar macam macam yang korang tak suka.
aku nak hijrah panggil kengkwan dengan nama korang yang indah indah tu.

aku bagi lesen:
bila bila kala aku panggil sesapa dengan nama yang menyakitkan hati tuan empunya badan, korang servis kuda jer la kepala aku ni.
takyah tanya, buat jer terus.

Cara dapat melancong percuma ke Paris

AKu pernah menulis tentang cara dapat melancong percuma sebelum ni.

Ada jugak la kawan-kawan tanya "apa yang kau mengarut ni mat?".

Aku jawab, "Mana ada mengarut, aku cerita je."

Diorang tanya lagi, "Ada ke cara nak melancong percuma?Macam tak logik jer."

Aku bagitau, "Memang la ada, sama ada korang nak atau taknak je. Ramai yang dah rasa sejak lebih 10 tahun dulu. Kita je yang ketinggalan."

Diorang terjah pulak dengan soalan ni, "Kau promote skim cepat kaya ke?"

Aku bagitau, "Bukan la, ni skim cepat miskin. Tu pasal aku promote sebab kalau aku promote skim cepat kaya, korang bukan nak pun, kan?"

Diorang kendur sikit, "Ish, main sentap pulak dia ni. Ok la, ok la, cerita la camne. Nak tengok masuk akal ke tak apa yang ko nak citer ni."

Aku pun cerita la kat diorang cara nak melancong percuma ke Paris.
Ada yang faham, ada yang kurang faham, ada yang taknak faham, ada yang buat tak faham.

Biasa la tu.

Aku bagitau jer.

Bukan rugi apa pun aku bercerita. Abis 2 gelas Milo Ais kaw jer.

Diorang pun tak rugi apa bila dengar cerita. Lagi baik dari dengar fitnah. Lagi baik dari mengumpat member lain. (jangan tak pecaya, lelaki pun layan mengumpat).

Apa aku dapat bila bercerita pasal cara dapat melancong percuma ke Paris(Paris, France tau, bukan Parit, Perak) ni?

InsyaALLAH, bila aku bercerita dengan orang, semoga dapat la hendaknya aku bersma-sama mereka naik flight free pergi Paris tahun depan. Boleh sama-sama hoora hoorey kat Paris.

Saje la aku check harga tiket flight ke Paris dengan QATAR Airways http://booking.qatarairways.com (MAS nyer site takleh akses lak masa tu), bagi aku yang berpendapatan sederhana ni, harga tiket RM 3700 seorang tu memnag tak mampu la kalau nak keluar duit sendiri. Itu baru tambangnya, belum duit hotel lagi, duit makan lagi, nak belanja lagi. Paling tidak pun RM 5000-RM 6000 kena ada. Tu bajet untuk sorang. Aku mesti nak bawak isteri dan anak aku sekali pergi melancong. Kalau nak buat simpanan khas untuk semata-mata nak pergi Paris, mau bertahun-tahun jugak menyimpan. Lagi baik menyimpan untuk mengerjakan haji kat Mekah. Lagi bagus.

Kepada korang yang memang bergaji besar atau ada simpanan banyak, ribu-ribu,juta-juta ringgit tu, mungkin hal kecik jer untuk melancong dan berbelanja di Paris. Anytime korang boleh pergi. Tapi bagi kebanyakan, atau purata rakyat malaysia yang berpendapatan sederhana, bila ada peluang menarik macam ni, mesti ramai yang teruja. Dalam keadaan waras dan rasional, aku pun teruja.

Dan biasanya, yang teruja tu, insyaALLAH dapat pergi.

Chop! tolong sikit yer, ini memang bukan pasal skim cepat kaya. InsyaALLAH, Aku berani belanja set dinner plate KFC (ayam spicy, air Pepsi) kalau ada sesapa dapat buktikan dengan dokumentasi yang aku ni bercerita pasal skim cepat kaya.

Takde pekdahnya aku nak promote skim cepat kaya kat blog aku ni. Baik aku promote jom jadi blogger dengan manggaAds, lagi bermanfaat. Boleh jugak dapat RM50 kalau post aku ni hit.Hahaha.

Memang la ada usaha yang perlu dibuat dulu sebelum dapat ganjaran melancong percuma tu. Hello, Nak dapat gaji kena kerja dulu la. Nak dapat rewards, kena usaha dulu lor. Kalau tak dipecahkan ruyung, mana dapat sagunya.

Nak aku cerita kat sini? Alamak, kurang boleh la sebab ada garis panduan dan etika yang perlu diikut.

Habis tu camne aku nak bagitau kat orang lain? Kat korang?

Syaratnya, aku kena bercerita secara berdepan, face to face, bersemuka.

Aku bercerita, korang jadi pendengar dan penyoal seberapa banyak soalan yang korang nak.

Insurans?
Nope. Bukan. Tidak.

Unit Trust?
Nope. Bukan. Tidak.Belum lagi :-)

Kalau nak teruskan main game meneka dalam kesamaran tu, teruskanlah. Jawapannya bukan kat blog aku ni.

Aku suka nak kongsi-kongsi cerita jer. Macam cerita kedai kopi. Asal tak mengundnag dosa dan murka ALLAH, syukurlah. Pada aku ada manfaatnya tapi pada orang lain, aku tak tau la. Keperluan dan keinginan masing-masing berbeza.

Ada yang suka nak melancong, tapi belum berkemampuan.

Ada yang suka nak melancong, berkemampuan, tapi tak ada masa.

Ada yang suka nak melancong, berkemampuan, ada masa, tapi tak ada saing (geng).

Ada yang berkemmpuan, tapi tak suka melancong.(kategori ni patutnya takyah masuk kat list ni)

Mesti seronok bila dapat pergi ramai-ramai, kan?

Tak kisah la aku kenal korang lama ke kejap ke, bukan aku yang bayar tiket & belanja korang pun.

Dah namanya pun percutian yang dibiayai.

Boleh ramai-ramai, sama-sama pergi Paris happy hepi, jalan-jalan, shopping-shopping, rilek-rilek, ok apa?

Peluang mungkin datang selalu tapi selalu ke kita perasan yang peluang tu datang untuk kita?

Aku ni sure dapat pergi ke?

InsyaALLAH. Usahanya aku buat.

Keputusan dapat pergi atau tak tu, ALLAH punya kuasa.

Dapat melancong percuma ke Paris, Alhamdulillah.
Tak dapat pergi pun, Alhamdulillah. InsyaALLAH, ALLAH bagi yang lebih baik.

Tak payah nak ribut-ribut, tak payah nak kecoh-kecoh.
Ikhtiarkan apa yang perlu, seadanya, semampunya.

Kemudian, bersyukur dan bertawakkallah sepenuhnya kepada ALLAH.

Mencuba dan kurang berjaya lagi bagus daripada tak berjaya kerana tak mencuba langsung.

Mudah jer;
ALLAH boleh bagi apa-apa nikmat, pada bila-bila masa yang Dia kehendaki, kepada sesiapa yang Dia kehendaki.
ALLAH juga boleh ambil semula apa-apa nikmat, pada bila-bila masa yang Dia kehendaki, daripada sesiapa yang Dia kehendaki.

Bahagian kita ialah berikhtiar dan berdoa kepada ALLAH.

Bukankah Semua nikmat itu pemberian ALLAH?

"Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?"
Surah ar-Rahman

Air terjun 4 tingkat



Tinggi betul air terjun ni.
Nak mandi pun boleh, nak berkelah pun boleh.
Cuma takde pemandangan menarik la.
Paling cantik pun taman permainan kanak-kanak kat depan tu je.

Hahaha, video ni aku rakam masa baru sampai rumah dari Putrajaya. Parking je motor, tiba-tiba aku dengar bunyi macam 'air menghempas batu' macam kat jeram air terjun tu. Memang betul punya air tu terjun dari tingkat 4. Motor-motor yang parking kat bawah tu basuh free jer.

Rupanya-rupanya air tangki kat atas tu yang melimpah. Tak tau la pecah ke, bocor ke. Tak lama lepas air tu mula terjun mencurah-curah, kelihatan la kelibat Robet dan rakan-rakan dia. Robet tu tukang paip, dia kontraktor kat yang menguruskan perihal masalah perpaipan kat area sini. Lebih kurang 10 minit lepas robet dan rakan-rakan naik ke atas, air tu pun tak terjun lagi. Memang pakar si robet dan rakan-rakan dia.

Bila Aku dah rekod video ni, aku pun balik la ke rumah. Mula-mula aku ingat nak jadi pelapor tapi bila teringat Celcom dah tak suka aku sampai block line aku, maka aku pun tak dapat la nak tolong laporkan. Takpe la, robet dan rakan-rakan pun dah sampai.

Air pun dah tak terjun lagi.

Nasib baik takde sapa-sapa kat bawah tu masa air tu mula-mula terjun. Mau bedengung jugak kepala bila tiba-tiba kena hempas dengan air terjun tu.

Semuanya sudah ok.

Aku pun boleh balik, berehat selepas penat mencari rezeki.

Salam Aidilfitri 1432H



Aidilfitri datang lagi...
Ahlan wa sahlan.

To Ramadhan,
semoga berjumpa lagi. InsyaALLAH.

Malam raya...aku sorang...kat ofis.
Huhuhu...

Disebabkan aku kena keje sampai malam raya pertama (hari raya pertama punya malam) & isteri tercinta pulak dapat cuti terhad, maka aku telah pun menghantar isteri & anak aku balik rumah mertua aku untuk beraya di sana.

Fair la tu, malam raya & hari raya pertama aku kene keje kat ofis, kalau isteri aku kat rumah pun bukan ada sapa-sapa selaim anak kami yang sorang tu. Sekurang-kurangya, bila isteri aku balik rumah mak dia, dapat jugak dia teman mak dia borak-borak, buat persiapan raya.

Itulah pengorbanan kecik yang kami sekeluarga kena buat untuk aidilfitri 2010 ni. Kami redha. Pasti ada hikmah, insyaALLAH.

Masa berbuka puasa last day tu, aku layan kat mamak. Macam biasa, syarat wajib menjadi kedai mamak ialah;mesti ada skrin besa punya! (besarr punya!!)

Buka puasa aku makan nasi lemak, then kat TV3 ada pulak takbir raya.

Sapa kata tak sedih? Memang aku ngaku sendiri la, mata aku dah berkaca dah.
Tapi Kena control emosi la, kat kedai mamak niii.

Aku tekadkan hati, aku doa (dalam hati) mintak kat ALLAH "Ya Allah, andainya kehadiran Syawal ni senagai meraikan kemenanganku mengatasi hawa nafsu ketika Ramadhan, maka berilah aku semangat untuk meraikan kemenangan ini, tenangkanlah hatiku Ya ALLAH.Amin"

Alhamdulillah, kejap tu aku rasa ok.

Cuma hati rindu kat isteri & anak aku kat kampung.
Terpandang-pandang kat mata aku muka diorang.

Lepas berbuka puasa, naik kat ofis semula, solat Maghrib, then aku cari takbir raya kat youtube. Semua versi aku layan. Versi Malaysia, versi imam Masjidil Haram dan lain-lain. Janji takbir raya, layann.

Alhamdulillah, aku rasa tenang. Aku dapat feel meraikan kemenangan. Alhamdulillah.

Tapi ada jugak sedihnya.

Sedih sebab Terpaksa berpisah dengan Ramadhan. Rasa macam tak cukup aku ambik kesempatan beramal super extra untuk Ramadhan tahun ni.

Dapat atau tak untuk jumpa lagi Ramadhan tahun depan, ALLAH jua yang maha Mengetahui.

Aidilfitri...

Yang specialnyer aidilfitri tahun ni sama tarikh dengan ulangtahun kelahiran isteri aku yang tercinta. Rakyat Malaysia (aku terkecuali pulak) dapat cuti umum masa sambutan ulangtahun kelahiran isteri aku. Hehehe.

Disababkan aku takleh buat panggilan atau menghantar sms sebab Celcom dah tak suka aku (hahaha), maka aku mesti mencari alternatif untuk mengucap wish "sayang, selamat menyambut ulangtahun kelahiran" kat isteri aku.

Nak send message via facebook, aku dah deactivate account (post lain aku cerita kenapa, insyaALLAH), nak guna telefon ofis, aku tak berani, nak cari public phone, agak jauh di mata. Nasib baik aku masih ingat pilihan last ni iaitu menghantar sms melalui email (in English, sending text message via email). Aku penah try send ke number sendiri dulu & boleh terima. So aku pun bukak email Yahoo, then anta sms kat number fon isteri aku. Aku Tawakkal pada ALLAH. Aku memang nak isteri aku terima sms dari email tu sebab aku memang nak ucap happy birthday kat dia. If dia kat umah lain la, walaupun dia dah tidur masa aku balik keje, at least aku boleh bisik kat telinga dia ucapanselamat tu. Tapi kali ni, jarak dan halangan teknikal aku memisahkan kami seketika.

(To my lovely wife, if you happen to read this post,I wish u a happy birtday. May ALLAH bless us with lots of love until our last breath.Amin)

Raya pertama.....Aidilfitri 1432H.2010.

Dengan berpakaian baju melayu teluk belanga kaler biru muda serta bersampin,tanpa songkok pasal nak jaga jambul, aku pun beraya kat rumah nenek aku. Ramai yang bertanya mana isteri & anak aku. Terfikir jugak aku nak tulis atas kad besar "isteri & anak saya di kampung isteri" & gantung kat leher (takkan gantung kat siku plak, yer tak?)Hahaha. Aku kenselkan niat senget aku tu & bgtau mereka yang tak tau tu yang isteri & anak aku kat kampung isteri. Aku bgtau jugak yang aku bertugas di hari lebaran yang mulia ini, jadi lebih elok dalam perkiraan aku untuk bagi isteri aku beraya di kampung dia bagi memeriahkan suasana di sana.

Alhamdulillah, aku sempat ziarah kubur arwah atuk, arwah adik & arwah sepupu. Semoga ALLAH melimpahkan rahmat ke atas roh-roh mereka. Amin.

Lepas solat Jumaat, aku raya lagi kat rumah nenek aku. Seperti yang dijangka, mak, abah & adik-beradik aku dah sampai. Mintak ampun & maaf dengan mak abah dan jugak adik beradik, maka aku rasa terlaksanalah apa yg aku nak buat masa raya. Cuma belum dapat bersalaman raya dengan isteri & anak tercinta.

InsyaALLAH, Esok aku nak gerak balik ke rumah mertua, then nak balik rumah mak abah pulak.

Untuk korang, aku ucapkan selamat hari raya aidilfitri, aku mintak maaf andai ada terkasar bahasa sama ada dalam perbualan 'live' atau melalui ayat-ayat & perkataan dalam blog ni. Semoga kita sama-sama mendapat keberkatan ALLAH di bulan Syawal yang mulia ini. InsyaALLAH.