ini bukan blog AirAsia
"graviti kuat buat kita rasa melekat dan tak rasa bumi ini berputar,
tapi graviti jugak tak kuat sebab burung burung masih boleh terbang tinggi.
Hebatnya ciptaan Tuhan."

itu aje suriafm dah makin gila

2010 dah nak punch out lagi 1 hari.

itu aje suriafm masih belum ada peneka yang berjaya (iye ke?aku tak tau, dah kurang ikut sebab terkadang bangun lambat).

Duit terkumpul makin membukit.
Kalau dapat RM30ribu awal awal tahun ni bagus juga yer...(kalau la)

Aku dah mula rasa aura kemenangan dah makin dekat.

Bukan aku la...orang lain.
Orang yang kaji klip lagu tu.
Orang yang sibuk memadankan gelombang klip lagu tu dengan lagu lagu zaman 90an.
Orang yang rajin bangun pagi dan dengar breakfast @ suriafm lepas subuh.
Orang yang tak putus asa mencuba dail sampai jari melecet, sampai kuku patah.
Orang yang dah pernah salah tekaannya (yang dibuat secara rawak).

Itulah pemenangnya nanti.

Aku memang tak lepas la pasal kelayakan rajin bangun pagi dan dengar breakfast @ suriafm lepas subuh tu aku gagal.
Bukannya aku tak rajin bangun pagi, cuma lepas subuh aku tak dengar suriafm.
Aku cuma dengar kicauan burung (ececeh!)

Jadi, lepas entri kegilaan itu aje @ suriafm, aku ingat nak menamatkan siri itu aje @ suria fm ni, aku nak fokus dengan Siri Merecek pulak.

Tapi buat masa ni kena tunggu dulu entri finale tu. Nak tengok dulu (mungkin sehari empat hari) berapa jauh kegilaan ni akan berterusan.

Dalam entri finale tu nanti, andainya masih belum ada pemenang, aku nak uwar warkan lagu apa yang ada dalam tekaan aku. Bukan la nak kata lagu yang aku teka tu pasti betul, cuma memandangkan aku tak dapat nasib baik nak tembus talian, ada lagi baik aku teka kat sini.

Kepada yang nak klip lagu iti aje tu, sila teruskan email aku. Jangan malas. Terus usahakan. Mana la tau, ada rezeki tahun baru.

Aku nak sound sekali lagi, bila dah dapat peluang untuk teka, biar teka cara bergaya.Biar teka cara orang memenuhi syarat pembayang yang ada. Tak betul tak apa, asalkan bergaya dan ensem.

Kalau malas nak kaji pembayang tapi nak jugak teka...bila dah ke udara nanti, bagitau Halim Othman, nama artis tu A.Aida!

Siri Merecek:Tudung apa?

Ni rancangan baru. Aku namakan Siri Merecek (sebut:me-reh-chek). Untuk siri pengenalan ni, biar aku cerita sikit dari mana munculnya perkataan me-reh-chek ni.

Satu pagi, masa aku tengah sibuk kat ofis macam tukang tampal poster pilihanraya, aku dapat sms dari adik aku.

[haha, tadi ammar masuk bilik dia tanya 'apa awak merecek ni auntie?']

Aku yang tengah sibuk tiba tiba boleh gelak kuat kuat. Nasib baik aku sorang je kat ofis.

Kalau ikut dialog cerita ultraseven yang ammar tiru tu, ayat tu sepatutnya berbunyi,

"apa yang awak merepek ni?"

Sekali 'merepek' sudah jadi 'merecek' daa.

Ok, Siri Merecek ni aku nak pula pasal cerita tudung. Tudung apa?

Haa..kat Malaysia ni banyak giler jenis tudung. Dulu ada tudung dubai, lepas tu ada tudung ekin. Kemudian lagi ada tudung Ariani. Dan lagi kemudian macam macam maklah nama tudung yang muncul dalam arena pertudungan di Malaysia termasuk tudung ratu, tudung pearlhaya dan ramai lagi.

Habis, apa masalahnya?

Ok je, takde masalah.
Cuma unik. Masa zaman nenek nenek, zaman mak mak dulu, pedulik hapa diorang nama nama tudung ni. Habis grand pun tudung manik. Asal boleh sarung kat kepala, takde anak rambut terkeluar(rambut halus yang terjulur julur kat dahi tu, kan?), jalan terus. Pilihan warna tudung mungkin juga dititikberatkan supaya tak kelihatan macam neng neng yang datang terus dari Indon. Cun gak diorang dolu dolu!

Tapi sekarang, industri pertudungan dah begitu dikomersilkan. Dah dikapitaliskan. Dah diAirAsiakan. Ada tambah nilai fizikal skit, maknanya duitnya kena tambah jugak. Nak buat macam mana, idea itu duit dan duit itu idea. Tak caya tanya Tony Fernandes.

Aku takde la nak cerita banyak banyak pasal koleksi tudung ni, aku cuma bagitau dari dimensi yang aku pandang. Memang bagus sebab ramai usahawan tudung online yang terhasil. Setidaknya, mak mak yang suri rumah sepenuh masa tu boleh buat bisnes dari rumah. Cara nak berniaga pun mudah, order stok tudung, sarungkan setiap jenis tudung yang berlainan kaler kat kepala patung botak, ambik gambar, buat katalog, upload kat blog dan....tunggu pesanan. Kaedah cik bedah yang suka menjaja cerita sambil melawat pelusuk desa banyak diaplikasikan dalam mempromosikan perniagaan tudung ni. Eleh, orang pompuan ni, sorang kata cantik jer, yag lain akan pakat beli. Mudah kan. Tak perlu portal mudah.my pun.

Ok, aku ada terbaca sorang geng yang ada gak merecek pasal koleksi fesyen tudung muslimah terkini ni. Senang senang, lapang lapang, santai santai boleh jenguk. Dia punya dimensi pasal tudung ni lagi haru.

*aku suka tengok cara madam hembus hembus anak rambut kat dahi masa pakai tudung. Gaya yang sweet!

Kegilaan 'itu aje@suriafm'

Aku suka...
Hari ke hari, email aku makin berisi dengan permintaan klip hujung lagu untuk 'itu aje@suriafm'.

Kepada yang dah terima klip tu, selamat mencuba menembusi talian aku ucapkan. Setiap hari Isnin hingga Jumaat, 2 kali peluang dibuka. Sekitar pukul 7.15 pagi & sekitar jam 8.15 pagi.

Setakat yang aku ingat, jumlah duit terkumpul dah nak cecah RM29 ribu.
Kepada mereka yang dah ada simpanan RM100 ribu, jumlah tu mungkin tak banyak.
Kepada mereka yang hari hari dapat 'duit kopi', jumlah itu mungkin tak banyak.
Kepada mereka yang bergaji tetap RM16ribu sebulan, jumlah itu tidaklah hebat.

Tapi jumlah Rm29 ribu itu bersamaan pendapatan SETAHUN untuk mereka yang bergaji RM2400 sebulan.
Gaji RM2400 sebulan tu tidak mungkin dipegang oleh pekerja syarikat penerbangan yang hanya dibayar gaji pokok RM900 + 'Personal Allowance RM500 + 'Excess Baggage Allowance RM300 + 'Overtime' RM300 (kalau ada).
Gaji sejumlah itu hanya mungkin dimiliki oleh pegawai khidmat pelanggan di kawasan pejabat berdekatan Tropicana di Kota Damansara ataupun pegawai sokongan pelanggan di Cyberjaya.

Aku pun ada jugak dua tiga kali mencuba nasib untuk menembusi talian tu, cuma, seperti biasa, kesibukan talian tu mengalahkan talian TELEDERA (ada lagi ke talian ni?).
Mungkin aku tak bersungguh sungguh mencuba.

Cuma kadang kadang aku rasa agak 'sakit hati dan rasa nak ketuk kepala dengan tetikus tanpa wayar' kepada peneka peneka yang berjaya menembusi talian.

Antara pembayang untuk klip lagu tu ialah..."Nama artis ada huruf A"
Jadi mana datangnya jawapan..

"Bang Halim, saya teka tajuk lagu tu Sejiwa, nama artis SPRING"

Lagi baik teka nama artis tu A.Aida..dah tentu banyak "A" nyer.

Bunguks!

Bila bila aku dengar peneka peneka yang tegar sangat meneka hanya berpandukan kuasa bionik telinga yang tersumbat tu, dan jawapan itu semestinya salah, aku mesti baling walkie talkie kat dinding jamban.
Dah 3 kali aku buat. Terbukti walkie talkie tak dapat menembusi dinding.

Aku harap mereka yang mintak klip lagu daripada aku tak mengulangi kebungukskan tu.

Tolong la.

Di samping melekatkan klip yang aku rekod tu, aku juga ada memberitahu mana aku dapat klip tu, apa yang aku dah buat dengan klip tu, software apa aku guna dan apa yang korang kena buat walaupun korang ada salinan klip stengah saat tu.
Pandai pandai la olah. Takkan itu pun aku nak suap gak?

Tolong la tunjuk yang korang dah study klip tu, dah study para pembayang yang diberi. Abis malas pun korang nak masuk site suriafm, aku dah siap kan dalam entri asal itu aje @ suria fm. Abis malas pun korang nak baca, korang suruh la anak sedara sesapa yang baru belajar membaca tu bacakan.

Tolong la serlahkan tahap intelligent walaupun hanya dalam membuat tekaan tajuk lagu kat radio.

Tolong la jangan buat sampai aku baling lagi 18 walkie talkie kat dinding.

Kalau pun aku tak dapat dengar sapa pemenangnya nanti, tolong la bagi aku dengar peneka yang bijak dan bergaya.

Kepada korang yang kata korang teka untuk suka suka so tak payah seius serius, dan tetiba kalau korang menang, tolong la 'suka suka' sedekahkan duit tu semua kat anak anak yatim.
Yer, semua.

Dan abis malas korang nak study klip dan pembayang lagu tu, korang bagi la jawapan guna tajuk lagu dan nama artis yang ada dalam kepala hotak aku ni....

kah!..........kah!.........kah!

Jauh di mata dekat di hati

Di satu petang nan indah...

2 jam yang lepas, aku baru sms dengan adik aku pasal rumah mak yang dalam proses pembinaan. Air dah masuk, kerja kerja pendawaian letrik dah 80 peratus siap,rumput kapet bla bla bla..padang golf..

Lepas taip sms bertanya khabar dengan epilog rindu untuk madam aku yang jauh di mata, dekat di hati, skrin telefon murah aku menunjukkan sms yang siap ditaip sedang meluncur untuk dihantar. Itupun lepas aku tekan butang 'send'.

Bunyi "Tet!" berserta paparan "Message sending failed!" pada skrin Norkiah 6680 mengganggu jiwa romantik aku masa tu.

"Apa hal ni? Tadi elok jer peginya, dah kena bar (lagi) ke line aku ni?" hatiku memberontak rasa nak mencarut memaki Selkom. Aku tahan.

Aku dail nombor madam.

"Madam, ada cuba hantar atau terima apa apa sms hari ni?" aku aju soalan pada madam selepas memberi salam tabik hormat.

"Takde pulak, kenapa? Line Selkom ni pun macam haram jer arini." Bunyi komen berunsur pemberontakan pada nada suara madam di hujung talian.

"Hmm...ingatkan line ni dah kena bar dengan Selkom, try hantar sms tak lepas, tapi kol ni boleh pulak. Takpelah, nanti tanya Selkom apa hal." aku respon dengan hormat.

Selesai perbualan romantik dengan madam, aku dial nombor customer service Celcom, eh Selkom.

"Ha! selamat petang, dengan siapa saya bercakap ni?" Aku tanya dengan suara kontrol garang.

"Saya Lisa (bukan nama sebenar) encik Keheng. Apa yang boleh saya bantu hari ini?"

Bukan main lembut dia bertanya. Ceh!

"Ni saya nak tanya, line ada masalah apa apa ke arini? Ada network issue? Ada maintenance kat mana mana? Tiba-tiba saya tak boleh hantar sms ni kenapa?" Aku tembak sekali empat-dalam-satu punya pakej soalan.

"Sebentar encik keheng, saya periksa"

Masih sabar awek tu dengan kegarangan aku. Bagus cara dia menangani pelanggan cerewet macam aku.

"Err..encik keheng, daripada maklumat yang kami ada, memang ada sedikit masalah teknikal dengan talian hari ini. Kami sedang 'troubleshoot' masalah ni. Harap encik bersabar"

"Ha! Ada estimate bila hal ni akan selesai?Apasal tak beritahu awal awal yang line ada masalah?" aku terjah dengan lagak ngeri.

"Belum ada estimate lagi encik. Encik boleh terus cuba lagi dalam masa 1 jam. Andai ada masalah lagi, encik boleh hubungi kami semula" terang awek tu. Rasanya itu jawapan skrip yang sedia ada.

"Saya nak hal ni settle secepat mungkin. Kalau tak settle jugak dalam masa 1 jam, esok saya tukar network!" aku sound dengan 'pitching' tinggi sambil tekan butang letak kuat kuat (kononnya hempas telefon).

1 jam berlalu...

Aku saja godek godek (baca:tekan tekan semua butang) henfon sambil tengok senarai 'contacts', baca sms lama yang aku belum rasa nak padam.

Bila sampai kat 'software manager', aku perasan sesuatu yang agak pelik.

"Bila masa aku 'install apps' ni? apa kejadahnya ni?" aku merengus sambil 'delete' applikasi yang masuk tanpa jemputan tu.

Henfon aku tiba tiba 'hang' (sangkut;tiada pergerakan;tidak berfungsi) lepas aku 'delete apps' haram jadah tu.

Bila aku 'restart' henfon.....
...
...
...
...
Lalalala...
satu persatu sms yang 'pending' dalam 'outbox' semua meluncur laju mencari nombor penerima masing masing. Dalam mili saat yang sama, beberapa sms baru pulak mengambil tempat dalam 'inbox' aku.

Hampeh!

(dalam hati, aku hantar pesanan telepati kepada budak selkom tu.."lantak kau la awek, sapa suruh kau keje customer service!Dapat 5 pelanggan yang belagak gah macam aku, mungkin kau MC esok hari)

Moralnya:
Pastikan telefon bimbit itu bekerja pada tahap optimum sebelum meletakkan beban tak berpatutan kepada orang lain.

Bonyong! (itu istilah yang Ammar guna yang bermaksud...bengong!)

Gadis Maghribi yang merubah Zeitgeist-Bahagian 2

Kah.............kah...........kah

Seperti yang dijangka dalam entri gadis maghribi yang merubah Zeitgeist sebelum ni, tajuk ini memang jadi hit dan andai ada wayang cerita gadis Maghribi maka pastinya ia telah layak digelar 'box office movie' dengan kutipan pecah panggung selepas 2 hari tayangan.

Nampaknya, ramai jejaka dan hero Malaya dah mulakan langkah mencari gambar gadis maghribi. Tak salah bro, memang tak salah. Semua orang MEMANG sedang mencari maklumat lanjut sekarang ni.

Kepada bujang bujang solo yang memang berniat nak berumahtangga dengan para gadis maghribi tu, teruskan niat anda. Benda baik jangan dilengahkan. Niat nak nikah ikut hukum kerana ALLAH, kan bagus? Sekurang kurangnya, anda semua berusaha.

Tapi...., kenapa ramai yang cari gambar aje? Saje nak tengok ke?
Kenapa tak contact jer brader yang keluar dalam cerita kat metro tu?

Mintak bantuan dia mana perlu, lepas tu cari harga tiket penerbangan atau kapal laut ke Maghribi, beli tiket dan berlepas!

Tapi jangan lupa bawak ibu bapa dan juru runding pulak!

Ada juga yang mencari isteri maghribi 14000, haa! yang jenis ni boleh nampak kesungguhannya. Mungkin mereka dah ada RM14000 dan sedia untuk berumahtangga.

Apa lagi bro? Jalan terus, jangan pandang belakang.

Kalau kat Malaysia, dengan RM14000 tu, orang kata, bajet yang tak berapa cukup untuk melangsungkan majlis perkahwinan. Orang kata la.

Duit hantaran:
Rasanya RM7000 dah jadi purata.(kelayakan dan demografi dikira berasingan)

Duit Kenduri:
Katering satu kepala RM12 (kot), jemputan 800 orang=RM9600

Kat situ jer dah jumlah RM16600.

Duit nak beli hadiah iringan hantaran belum kira lagi?
Duit nak sewa khemah dan pelamin berkonsepkan 'perkahwinan dalam taman rimba' belum kira lagi?
Duit upah Zakie photographer belum kira lagi? (hehe, promo sikit.zakie photographer ni ok, harga bagus dan hasil tak mengecewakan)
Duit karaoke redbox atau 'live band' belum kira lagi? (kalau perlu la)

Nampak tak berapa duitnya yang perlu ada untuk nak kahwin kat Malaysia, eh dengan gadis Malaysia ni?
Habis lemau pun RM20000-RM25573, kan?

Bukan la nak hantam cermin pechah bayar wang kat gadis gadis Malaysia ni, tapi ini bukan lagi isu peribadi para jejaka, ini isu nasional (haa mula dah nasionalis). Cuba tarik subsidi petrol tu tapi bagi pinjaman mudah alih untuk urusan perkahwinan (yang seadanya la), tanpa unsur riba, kan ke lagi hensem?

Ini katanya kurangkan subsidi, tapi harga barang naik, apa hal?
Pasal harga barang naik la nilai hantaran pun naik.
Pernah dengar ayat ni di mana mana majlis peminangan atau rundingan perkahwinan?

"Bukan la nak sampai dikata orang yang kami ni nak menjual anak bila letak hantaran tinggi, tapi maklum lah, hal nikah kahwin ni bukannya hal kecik, anak ni pun baru habis belajar ambik ijazah, duit gaji pun tak rasa lagi. Nak kenduri ni bukan sikit belanjanya, barang pun makin lama makin naik harga pung pang pung pang..."

Itu bukan dialog di Carcosa Seri Negara, itu dialog di kampung kampung, di taman taman perumahan. Itu dialog rakyat marhaen.

Fish!

Kepada yang ada duitnya tu ok la, takde la masalah sangat, tapi kepada yang tak berapa ada duitnya dan tergolong dalam golongan yang wajib kahwin, kasihannnn mereka. Kan? Nak buat camne? Hutang kat bank? Pinjam ah long? Memang gila!

Syukur aku dah berumahtangga muda muda lagi.

Jadi kepada jejaka jejaka Malaya yang berfikiran 'lebih baik berusaha mencari cara menikahi gadis Maghribi daripada buat maksiat', teruskan jer, niat tu dah elok, usah tunggu lagi.

Kena ingat bro, oleh sebab kapitalisma dah mencengkam kat Malaysia ni, ramai wanitanya pun katanya nak berkarier, nak ada gaji besau, ada pangkat besau. Bila yang bujang dah berkarier, ada pendapatan yang lebih daripada cukup untuk diri sendiri, kata mereka 'gua boleh tanggung diri gua dengan famili gua, apa jadahnya nak ada suami?'

Kalau pun mereka nak berkahwin, calon pasangan dimestikan pulak yang padan gayanya, yang padan pangkatnya, dan yang padan hartanya, sekufu (lah sangat!) katanya. Sekufu harta benda pulak yang jadi numero uno sedangkan sekufu tu boleh dilihat dari segi agama, iffah, keturunan, ketaqwaan kepada Allah s.w.t, akhlak dan lain-lain sudut.

Dah!.

Kepada bujang bujang yang berjaya menikahi para gadis Maghribi nanti, selamat melalui alam berumahtangga. Semoga kekal hingga akhir hayat. Amin.

Sekali lagi, kepada brader brader yang tak berapa bujang tu....
orang Negri Sembilan kato, "duduk ontok ontok" (diam diam).

kah!.............kah!.............kah!

Tolong doakan urusan kengkawan kita yang nak akhiri zaman bujang tu dipermudahkan oleh ALLAH lagi bagus.

Aku nak pegi makan.

Gadis Maghribi yang merubah Zeitgeist

Ikut isinya, berita the star ni kata carian tertinggi di Malaysia untuk tahun 2010 ialah Proton Inspira.

Rasanya betul. Itu statistik mereka.

Tapi mulai esok, ikut isi cerita kat metro ni pulak, nampak akan ada perubahan besar untuk carian google terbanyak di Malaysia.

Tajuknya?

Rasanya...
gadis maghribi
atau
cara berkenalan dengan gadis Maghribi
atau
cara melangsungkan perkahwinan dengan RM14000
atau
cari kenalan di Maghribi
atau
gambar gadis Maghribi
atau
RM14000 boleh kahwin ke?
atau..

segala-galanya yang berkaitan dengan gadis Maghribi dan RM14000 untuk kahwin.

Kepada bujang bujang yang rasa payah sangat nak cari calon isteri kat Malaysia sebab banyak perkara mudah yang disusahkan, maka apa yang perlu anda sediakan?

Iman yang kuat.

Laa..kata nak jadi suami?

Dah jadi suami lagi iman nak kena kuat bang, nak jadi ketua, nak jadi nakhoda, nak jadi kapten, tau!

Kepada bujang bujang yang berjaya memperisterikan gadis gadis Maghribi tu nanti, selamat pengantin baru. Moga berkekalan hingga ke akhir hayat. Amin.

Kepada brader brader yang tidak bujang tapi masih juga memasang angan angan untuk mencari isteri di kalangan gadis maghribi....

Brader sila duduk ontok ontok (diam diam).

kah! ...........kah!..........kah!

cicak tokek dan ferrari

7 disember 2010

Lokasi:
Stesen minyak jenama kerang di Gombak
Jenis kereta:
Ferrari Scuderia
Asal usul:
Itali
Harga:
kurang lebih RM 2 juta
Kelebihan teknikal:
boleh baca sendiri kat sini
Rupa Ferrari 430 Scuderia:


Takde apa pun, cuma pakcik yang ada Ferrari tu sempoi jer isi angin 4 tayar Ferrari dia kat stesen minyak. Scene yang agak 'rare' pada kacamata aku.
Yer la, kereta tu harga juta juta, patutnya masa servis dah sure tip top semua. Mungkin dia rasa steering tak best kot, tu yang pegi tambah angin kasi belen skit. Entah.

9 Disember 2010

Lokasi:
sebuah pekan kecil di utara Malaysia
Jenis haiwan:
cicak tokek
Asal usul:
tanya google
Harga jualan:
1) 400 gram = RM1.5juta
2) 500 gram = RM5juta
3) 600 gram = RM7.5juta
4) 700 gram = RM10juta
5) 800 gram = RM12.5juta
6) 900 gram = RM17.5juta
hahaha..ramainyer harga dia!
Tak cukup mahal?
Ada lagi senarai dia...ada lagi:
7)1Kg = RM 15 Juta
8)2Kg = RM 25 Juta
Kelebihan teknikal:
entah la,cari kat google, kat forum di MALAYSIA (sahaja), 'orang kata' itu la, ini la pasal 'kelebihan' cicak tokek ni.
contoh ayat:
"...tetapi haiwan itu mempunyai nilai tinggi di pasaran kerana "didakwa" mempunyai khasiat mujarab untuk merawat pelbagai penyakit termasuk HIV/AIDS...."

kah!..............kah!.............kah!

Baru "didakwa" orang dah giler hype dengan cicak ni.
Bayangkan kalau tiba tiba ada bukti saintifik, silap silap mau kena jajah balik pasal cicak tokek ni.

Kepada usah hawan yang baru nak bermula dengan keluarga spesis tokek ni, bleh mula kecil kecilan dengan membeli di sini.
Harga serendah USD 18.69 sahaja.
Ini gambarnya:



Comel kan?

Tapi....
Tak tau la kalau itu jenis tokek yang digilai.
Tak tau la kalau itu jenis tokek yang juta juta juta harga jualnya.
Sebab....
Ada yang katanya nak yang bintik oren.
Ada yang katanya nak yang bintik merah.
Ada yang katanya nak yang mata hitam.
Ada yang katanya nak yang mata kuning.
Ada yang katanya nak yang lidah bercabang.
Ada yang katanya nak yang boleh sebut 'hello!, my name is boboi!'
Ada yang katanya nak....
ambik gambar jer dulu.
Jadi...
Kalau ada yang datang tapi katanya nak ambik gambar dulu,
Cas lah masa ambik gambar tu.
Sekeping seploh hengget. Bayar di kaunter.
Kalau tak dapat jual pun, kurang kurang ada duit gambar.

Dan kalau dah dapat juta juta juta tu, beli la Ferrari sebijik (baru 2 juta, ada belen banyak juta lagi tu), spray la kaler polka dot macam cicak tokek tu.
Baru 'rare'!
Baru cicak tokek rasa dihargai.

Kedai game gomok:hantam cermin pechah bayar wang

Mereka yang pernah duduk asrama musti tau betapa truenya rasa di hati bila dapat keluar pekan hari Sabtu.Masa aku sekolah asrama di Gentam,Kuala Pilah dulu, setiap hari Sabtu berselang adalah giliran budak budak lelaki merayap di pekan Kuala Pilah. Sekolah 5 hari seminggu ditambah dengan prep petang dan prep malam serta pelbagai aktiviti sukan cukup melesukan jasmani dan rohani. Selain tidur atau membasuh pakaian secara berjemaah di kolah awam sambil menayangkan otot otot pejal kerana bermain ragbi, keluar pekan memang membantu mengurangkan tekanan tanggungjawab sebagai pelajar.

Untuk yang ketagih cendol, itu saatnya untuk melayan cendol air tangan mamak di hentian bas Kuala Pilah. Siapa yang singgah di Kuala Pilah tapi dengan sengaja melepaskan peluang untuk merasa cendol tanpa jenama itu, maka mereka memang akan merasa kehidupan pada hari itu tidak lengkap. Tapi itu dulu, sekarang ranking cendol tu dah jatuh merudum dalam carta cendol Asian Food channel. Cendol pakcik Kamil di Batu Kikir lagi layan kata mereka.

Untuk yang terasa ada bakat memetik gitar barang dua tiga kod, keluar pekanlah masanya untuk prektis dan jamming lagu sepultura atau creator walaupun hanya satu verse. Habis lemau pun lagu rock kapak yang baru belajar lepas kelas prep malam sebelumnya. Setidak tidaknya, budak budak Kuala Pilah akan respek walaupun pemain gitar memakai baju batik merah yang nampak skema. Dan jangan terkejut, ada di antara kaki kaki jamming ni ketika di sekolah adalah ahli geng surau. Kalau tidak, manakan mereka menggelar geng mereka geng sepultura keimanan. Sungguh kepala hotak.

Untuk yang menjadikan window shopping sebagai terapi minda, itulah masa untuk menengok nengok setiap barang yang ada dijual di setiap aras di Kuala Pilah Shopping Centre (KPSC) yang cuma setingkat setengah tu. Kalau tak membeli pun, dapat merembat pen Swan sebungkus dua dah kira tahap penyamun hebat. KPSC adalah pusat beli belah yang menyamai populariti StarHill di metropolitan Kuala Lumpur kerana penduduk sekitar radius 50 kilometer daripada pekan Kuala Pilah berkunjung ke sana saban minggu. Tapi dengarnya sekarang dah bertukar pengurusan sebab Pasaraya Aktif di Gentam lagi hebat tangkalnya.

Untuk yang bercinta cinta monyet, itu lah masa untuk membeli 'bahan' atau 'ration' untuk awek awek dan koleksi adik adik angkat (kepada yg berkemampuan) yang ada sebagai tanda kasih sejati. Bila dah dewasa sikit baru aku faham istilah 'ration' tu askar masuk hutan aje yang biasa gunakan. Paling koman pun yong tau fu (setiap satu dibungkus berasingan) atau mungkin sebungkus dua biskut chipsmore yang menyaingi biskut famos amos pada zaman itu akan ditapau untuk yang tercinta. Nota 'esok kita study sama sama kat kelas yer' juga diselitkan sebagai madah cinta.

Untuk yang tinggal di Kuala Pilah dan kawasan kawasan yang sewaktu dengannya, itu masanya untuk balik rumah merasa masakan mak walaupun minggu, minggu dan minggu sebelumnya, mak mak mereka pasti datang bawak barang sebungkus dua kue tiaw goreng yang memang terbaek dari ladang untuk dikongsi bersama rakan rakan sekepala. Dalam satu 'dorm' atau bilik asrama, tak semuanya sekepala. Ada yang memang faham kesunyian rakan rakan lain yang keluarga tidak dapat menjenguk. Yang jenis kurang sifat setiakawan biasanya makan bekalan makanan dalam loker atau di kelas dengan alasan 'pergi study' di tengahari hari minggu. Itu hak individu, 'this is free country la!' jerkah mereka dalam bahasa penjajah bila diajukan soalan pasal semangat berpasukan.

Untuk yang nak menunjuk gengster, keluar pekan hanya ada satu objektif; nak bawak masuk bekalan bahan terlarang (baca:rokok) yang dulu diistilahkan sebagai 'buri', ke dalam asrama. Modus operandi penyeludupan ada pelbagai. Bergantung kepada tahap rasa brader atau tak. Ada yang sorok dalam stokin yang dipakai untuk menambah aroma rokok. Ada juga yang jenis biadap yang selit dalam spender tanpa memikirkan kesan sampingan tambahan kepada pelanggan yang membeli nanti. Yang penting semangat kapitalis musti dihidupkan. Kalau sebatang rokok boleh untung 30 ke 50sen, kalau seratus batang? Memang sebulan penuh mampu makan di kantin berbayar ala ala ketua pemuda yang mampu makan dan minum di hotel hotel terkemuka walaupun tidak kelihatan bekerja. Tahap pemeriksaan di pondok kawalan masuk pula tidaklah seketat kawalan keselamatan di lapangan terbang JFK. Paling hebat pun pak guard gegar mintak kad kuning iaitu kad pelepasan keluar masuk. Takkan pak guard nak suruh bukak seluar atau nak raba raba? Itu akan dikira sebagai melanggar batas peribadi dalam perundangan kerana membuat 'body search' tanpa waran. Lagipun, apa nak yang dihairankan jika ada pelanggar undang indang cilik yang terlepas, pintu masuk KLIA pun orang boleh bolos, inikan pulak pintu masuk asrama? Apa barang?!

Dan untuk yang kaki video game, kedai game gomok berhadapan kedai nombor magnum 4d pasti penuh dari hari hari biasa bagaikan ada parti buih yang dianjurkan di situ. Kutu kutu dari sekolah asrama yang masuk biasanya akan menyamar sebagai penduduk setempat dengan menukar baju pakaian rasmi kepada pakaian santai. Konsep penyamaran sangat penting bagi mengelakkan aktiviti dihidu oleh pihak berwajib iaitu cikgu cikgu sekolah yang kebetulan lalu di kedai itu yang tujuan asal mereka lalu di situ mungkin boleh juga dipertikai di mahkamah jika didakwa. Bila main game pula wajib sampai puas. Biar sampai lengkap semua level untuk game itu, jadi geng geng video game lain tak boleh nak kencing. Biar sampai tergadai tanah mak bapak untuk bagi belanja pun tak apa. Yang penting pencapaian diutamakan. Baru jiwa ada rasa brader. Bila menang boleh masukkan nama samaran dalam ranking di mesin video tu yang mana gomok si tokeh kedai boleh padam bila2 masa yang dia teragak. Bila kalah, ditambah pulak kepingan syiling dua posen itu adalah yang terakhir yang sepatutnya jadi duit tambang bas untuk balik, maka cermin mesen mesen video itulah yang menerima padah jadi mangsa kena hentak. Maka dengan sebab itu gomok si tokeh kedai video terpaksa tampal notis amaran di serata kedai 'hantam cermin pechah bayar wang'. Tak tau lah di kala ini si gomok tu masih berniaga atau tidak.

tak sudah sudah aku dilanggar

ada orang kata bila dilanggar itu menyakitkan.
ada orang kata yang melanggar itu bahalul.
ada orang kasihan kepada yang dilanggar.
ramai orang biasanya marah kepada yang melanggar.

kebelakangan ini,
aku memang rasa sakit dilanggar.
aku memang membahalulkan orang yang melanggar.
ramai yang kasihan bila tau aku dilanggar.
ramai yang marah kepada yang melanggar.

aku bagitau senang jer.
kerana kebahalulan manusia menyakitkan orang lain.
kerana kebahalulan manusia melanggar.
kerana kebahalulan juga yang melanggar pasti dapat berbakul bakul sumpah seranah.

kepada bahlul yang menjadi pelanggar.
cerca nista dari jahannam untuk anda.
semoga rentung disana.

itu aje @ suriafm

Aku dengan peraduan ni ada macam badi skit.
Kah kah kah.

Aku masih ingat peraduan pertama aku masuk;buat design sticker untuk Kawasaki Ninja.Masa tu hujung 80an rasanya.

Aku sekolah rendah lagi masa tu.
Jangan main main.
Walaupun dalam usia mentah,aku dah ada kegilaan dengan motor,walaupun masa tu cuma giler buat design untuk stiker je.
Dengan segala kerahan idea yang kononnya aku rasa 'gempak satu kampung nengok ni!',maka aku pun hantar 3 penyertaan sahaja.
Yer,3.
3 rekabentuk dan skima warna berbeza.

Aku hantar penyertaan tu, juga dengan penuh harapan agar dapat sebijik kawasaki ninja.
Dengan harapan menang....yang tinggi menggunung.

Hasilnya?
Haram tak menang walaupun saguhati. Takde rezeki.

Lepas tu banyak jugak peraduan yg aku cuba.
Peraduan teka bola takraw Utusan dulu memang lama aku ikut.
Setiap hujung minggu bila balik rumah atuk, aku akan gunting keratan keratan gambar yang perlu disambungkan dari suratkhabar utusan.
Rumah aku tak langgan suratkhabar macam rumah atuk.
Atuk bukan marah pun, kerat sikit jer. Masih boleh jual yang lain tu.

Mentang mentang masa tu aku main sepak takraw posisi apit kanan (killer) dan mampu buat libas pari ala adnan saidin,aku ingat aku boleh la teka kat mana kedudukan bola dalam gambar?
Macam haram. Gagal!

Peraduan teka silangkata (pun dalam utusan), usah kata la.Siap nak beli Kamus Dewan jadi rujukan.
Ye la,masa tu komputer dan internet haram aku tak kenal lagi.

Semangat nak menang memang giler membara masa tu tapi dah memang takde rezeki dalam peraduan peraduan macam tu, aku terima aje la.
Aku sedar yang benda benda yang dpanggil 'tuah' tu memang tak berapa ada kat aku.

Dan itu kisah dulu dulu.
Baru baru ni pulak,kat suriafm ada satu peraduan yang menguji telinga sapa ada tahap pendengaran paling tajam dan paling bionik untuk kenalpasti lagu yang diberi.
Dalam segmen 'itu aje' waktu pagi,isnin sampai jumaat,dj akan mainkan klip setengah saat daripada penghujung sebuah lagu.
Serius,memang setengah saat.
Hujung lagu plak tu.Masa dengar lagu,mana ade makhluk yang ambik port bahagian ujungnya.

Dalam peraduan ni, bila takde pendengar yang dapat teka dengan betul, ganjaran rm50 tu akan terkumpul.
Setakat Isnin,15 november 2010, jumlah terkumpul dah cecah RM26,200.
Yer,itulah jumlahnya.
Sehari,hanya 2 orang pemanggil dapat peluang tu.Sekarang dah 4 pemanggil.Pukul 7.20 pagi 2 orang & pukul 8 pagi 2 orang lagi.

Ini antara pembayang yang dah diberi:
1.Lagu melayu
2.Nama artis ada huruf 'A'
3.Dirakamkan di Malaysia
4.Artis ni masih hidup
5.Lagu ini bukan lagu instrumental
(sumber:suriafm.com.my)

Sekarang baru aku tau kenapa member aku penah tanya kat aku 'apa maksud lagu ini bukan instrumental'.
Dia tengah sibuk meneka lagu untuk peraduan ni rupanya.

Bila Aku tau pasal ni,aku pun kasi la peluang satu kali dengar ini suriafm di satu pagi,khusus untuk nak dengar segmen peraduan ni je.

Untuk menunjukkan keseriusan aku nak bersama member aku tu untuk cuba peraduan ni, aku siap rekod klip lagu ni.
Giler macam haram punya payah nak teka!

Setakat ni, pengkalan data lagu lagu dalam memori otak aku memang belum dapat mentafsir dan menterjemah, apalagi memberi padanan lagu sesuai.

Oleh sebab itu,aku rasa,ada faedahnya aku kongsi kat sini.
Mana la tau ,ada awek awek hantar email kat aku mintak klip yang aku rekod.
Kah kah kah.

Jadi,Awek awek yang minat nak salinan klip yang aku rekod tu,boleh la email kat aku.
Kah kah kah. Gurau jer.

Sesapa pun boleh mintak kalau minat.
Free je aku bagi.

Kalau pun ada yang menang dengan bantuan klip yang aku rekod tu,jangn risau,aku tak mintak share duit tu,cuma bagi kredit kat blog aku ni dah la.
Rezeki masing masing.

Yang usaha buat panggilan tu korang sendiri.
Lagipun, Nak tembus talian tu susah yang amat.
Andai korang berjaya dan betul pulak tekaan tu,korang memang bertuah. Ada ong! kata cina.

Selamat meneka & memanggil.
Email aku ada kat profil.Tau!

(suriafm jangan mengada nak kata aku ambik maklumat yang ada hakcipta terpelihara dari site korang. Kredit aku dah bagi. Entri ni kira aku tolong promosi kasi 'rating' korang naik lagi ni. Tau!)

kemaskini:
kepada yang mengemail meminta kongsi klip lagu tu,dah pun aku emailkan.
di bawah ini penafian (kata bahasa penjajah 'disclaimer') aku berkenaan klip yg aku emailkan tu:
-klip tu aku rekod guna handphone
-klip tu aku simpan formatnya ke mp3 guna 'soundforge'
-korang kena dengar klip kat radio (isnin hingga jumaat, pukul 7.15pagi dan 8 pagi)sekurang kurangnya skali untuk synchronize (apa menatangnya pekataan ni dalam BM ntah)pendengaran korang dengan klip yg aku email tu.
-dengan adanya klip tu tak semestinya lagu yang korang teka tu betul, aku pun dah ada rasa 6 lagu yang aku teka kununnya betul, tapi haram jadah semuanya salah.yer aku tau, telinga aku tak cukup bionik lagi.

cukup bahagian penafian di situ, bahagian peringatan pulak:
-sila hantar permintaan melalui email.
-sila tengok profil aku untuk dapatkan email (aku malas nak taip kat sini).
-aku tak boleh dipertanggungjawabkan andainya korang letak email dalam bahagian komen dan aku paparkan komen (beserta email) korang untuk tontonan umum melainkan korang memang nak email korang tu glamer.

selamat menang!

Di Putrajaya, kebersihannya terjaga rapi.


Ada satu petang, aku duduk sorang sorang, depan Istana Kehakiman di presint 1, Putrjaya.
Saje lepak.

Aku agak musykil,kenapa namanya istana?
Rasanya, takde pun soltan atau raja bersemayam kat sini. Kan?

Kalau ikut nama tak komersilnya, nama bangunan ni sepatutnya Kompleks Mahkamah Putrajaya. Tempat para hakim yang bijaksana bertugas.

Tapi Hakim hakim kat sini bukan raja.
Kalau pun diorang raja, diorang bukannya tinggal kat bangunan yang dipanggil istna ni. Kan?
Habis tu, kenapa namanya istana kehakiman?
Wallahua'lam.
Tanya google pun dia tak bagi jawapan yang memuaskan hati.

Cerita pasal kebersihan pulak,di depan istana kehakiman ni, ada bangunan Perbadanan Putrajaya. Depan bangunan ni ada dataran.

Lanskapnya simple.
Ada padang rumput yang ada platfom letak tiang bendera. Keliling padang tu ada pokok pokok dan ada ruang rehat.

Kecuali dedaun kering,kawasan ni Bersih.
Takde bungkus cikadees kosong, bungkus tapau kosong lagi la takde. Takde jugak puntung rokok bersepah sepah, takde bekas air kotak terbiar juga takde plastik bekas minuman bersimpul tali rafia. Plastik sesungut pelbagai kaler dan saiz terbiar pun tidak kelihatan.
Memang takde.

Kira sedap la mata memandang dari tangga istana kehakiman ni.

Kalau la semua tempat kat Malaysia ni sebersih macam kawasan kompleks keranjaan ni,memang aku up rasa bangga duduk kat malaysia ni.
Tapi, apa nak buat, nak kebersihan tahap ni, bayaran membersih tempat ni mesti mahal giler.
Mana rakyat malaysia mampu nak bayar upah kos membersih macam kat sini.Kan?

cerita dari Jeddah

Aku hantar satu sms:

"Salam.lu penah pegi medan kan?lu citer skit apa yang bestnya kat medan tu.gua ingat nak gi sana la."

2 minit berlalu, terbit satu sms dari henfon aku.

"bg email yg ko selalu bkak!aku kat jeddah now! keje ngan ONURAIR"

Fuh, da sampai ke Jeddah kau yer. Bagus!

Aku dengan kawan ni sama sama penah keje dengan syarikat penerbangan tambang murah kaler merah beberapa tahun dulu.

Bila dah berenti, kami bawak haluan masing masing.
Aku kerja dengan syarikat pusat panggilan multi nasional, dia mulakan bisnes.
Kami berhubung macam biasa.Tanya khabar.

Masa berlalu.

Sampai la ketika aku tetiba nak anta sms untuk tanya pasal trip ke Medan tu.

Kata beliau, twaran terbang di awan biru tu sukar untuk dia tolak. Tugasnya agak mudah. Cuma menjadi pengalih bahasa untuk rakyat Malaysia yang baru selesai menunaikan haji.Takde halangan menunaikan solat (tidak seperti ketika menjadi sebahagian petugas beruniform merah di LCC dulu yang mana jika mahu bersolat pun menjadi isu.)

Jadi, kawan, aku uacp selamat maju jaya dalam karier kau terbang di awan biru macam citer awan dania tu.

Cuma pesan aku,bila mendarat di KLIA, sambil menarik beg seberat 2 tong gas 15kg tu, pandang pandang la kiri dan kanan. Mana la tau ada pulak kengkawan yang tersesat ke KLIA tu nanti.Jangan lah sampai dipanggil sombong.

Ingat yer, walaupun kau berseragam syarikat penerbangan bukan dari Malaysia dan kau berjalan dalam kumpulan pramugari dari Turki, kau tetap memegang Kad Pengenalan Malaysia beralamat Melaka.

Semoga ALLAH memudahkan urusan kita di dunia dan akhirat. Amin.

Jalan jalan tengok makanan

Masa tengah tengok rancangan masak masak kat cenel AFC, teringat pulak aku kat kombinasi menu unik yang aku nampak baru baru ni.

Tak penah terlintas kat rasa tekak aku untuk makan ikan bakar sambil minum susu kambing. Perghh, tak dapat dibayangkan tindakbalas lidah dengan kombinasi ni.

Memang unik.



Kalau tak cukup power kombinasi tu, kasi up skit makan ala western sambil togok tongkat ali.
Baru namanya pertembungan budaya barat dan timur.



Unik kan?
Silakan cuba sendiri di Jalan Pantai-Kuala Klawang, Negeri Sembilan.

Lokasi kedai di simpang masuk ke Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Sembilan.
Nih alamat:
Lot 1504, Mulim Pantai Batu 6
Jalan Jelebu 70770 Seremban

Kalau ikut waktu perniagaan:petang - awal pagi.
(nih kalau si Bobby Chinn tau dia mesti mari sini...kot?)

Lagu ini bukan instrumental

aku ni kurang ilmu pasal muzik.
dengar lagu lagu tu boleh la.

jadi bila ada member yang bertanya kat aku,
"apa maksud 'Lagu ini bukan instrumental'?"

aku pandang dia.
aku senyum dan jawab,
"entah.tanya la google."

member tu menjawab pulak,
"kalau google bleh bagi jawapan padu, yang memuaskan hati aku, takde la aku tanya kau.ingatkan kau tau.bukan kau pandai main gitar ke?"

"cilanat.kau ingat aku boleh main gitar sesikit tu,aku pandai ke pasal soalan teori muzik?" aku bangkang dalam hati.

jadi,sesapa yang tersesat kat sini masa tengah cari 'apa maksud Lagu ini bukan instrumental?',sila la bagitau kat kami ni.Tau!

time kasih.

dan bila esok..

sambil togok Revive.
sambil makan maruku.
aku tetiba melayan lagu "dan bila esok.."
(lapan kali aku ulang kat iu tiub, nak download, malas)

jiwang karat?leleh?

entah.

nak tulis benda benda lain, tak lepas.
halangan mental.

idea datang bukannya dibagi sms.
sekali lalu je.
datangnya pun tak tentu masa.
masa tengah berlumba dengan lori balak.
masa tengah bagi ic dengan lesen kat polis bila kena tahan.
masa tengah siapkan laporan yang nak kena hantar lagi 15 minit.

fokus?
memang..gagal!

bila dah ada ruang nak mencoret, langsung tak dapat panggil balik idea idea yang melintas tu.
isk..

nak nulis fakta, kapasiti bahan ilmiah agak terhad sekarang
(sebab makin kurang membaca).
baca blog orang banyak la.

tapi takde hal la tu semua.

bukannya ramai pun yang baca apa yang ada kat sini.

apa ada hal?!
(togok kasi abis Revive dan tekan butang 'play' lagu 'dan bila esok..' kat iu tiub)

keputusan final piala malaysia 2010

lanjutan kisah cerita panas final piala malaysia 2010

keluar dari stadium,jalan pun dah mula jem tak hengat.
inggeris kata 'bumper-to-bumper'.

yang menang bersorak.
yang kalah kena redha (huhuhu).
dah kena tapau, redha jer la.

yang kene keje terus gi pejabat.
yang muda remaja terus pegi hub hiburan.

harap takde yang menonggeng sebab telebih menonggang.
harap takde yang 'telebih suka' sampai nak gaduh gaduh.

yang menang, tahniah!

yang kena tapau,belajarlah!

tak semestinya menang tahun lepas pasti menang tahun ni.
dan tak semestinya menang tahun ni pasti menang tahun depan.

yang kalah jangan salahkan sapa sapa.
tinggalkan kisah kalah tu, sebab memang dah kalah.
asyik nak carik salah sapa sampai kena tapau,
bila nak menang?

mulakan kisah menang.
mulakan kisah nak menang.

nak menang kena usaha.
kalau nak menang tapi taknak usaha....

pegilah cuba....

gores dan menang.
(baru betul punya 'start from scratch')

cerita panas final piala malaysia

kelantan masuk final lagi pung..pang..
bla..Bla..Bla..pung..pang.. lawan negri sembilan lagi bla..Bla..Bla..

pung..pang.. kelantan kena menang bla..bla..bla!
pumg..pang.. bla..bla..ada wayne rooney pung..pang..

bla..bla..negri sembilan pun hebat bla..pung..pang..
bla..bla..ada torres pung pang

negri sembilan pressure pung..pang..bla..bla
pung..pang..kelantan under dog pung..pang ..

bla..bla..stadium bukit jalil sesak pung..pang..
kerusi terbakar dah repair blum? Pung..pang..

bla..pung..pang..liga argentina ganas pung..pang..
bla..bla..penyokong kelantan lagi agresif pung..pang.. kebabom!

pung..pang..Polis lari pung..pang..
kali ni kito tok sey gaduh gaduh la pung..pang..

bla..bla..jago disiplin pung pang
Ok pagi sabtu kito bagi kl gamat pung..pang..
trafik jem pung..pang..pung..pang

ramai naik airasia pung..pang..bla..bla
bas ekspres bahayo pung..pang..pung..pang...

Mu kelik ngundi galas?

Itu la cerita pung pang di kedai kopi antara 2 member yang aku terdengar masa sarapan pagi tadi.

Sorang budak (kuala) pilah,sorang budak galas.

Elok je diorang borak.Takde pun gaduh gaduh?

Tapi den yang donga ni ado gak ghaso paneh telingo.

Hahaha.

bila aku sudah tiada..

harap harap..
bila aku sudah tiada..
ada yang sudi sedekah sedekah al-fatihah.
kerana ALLAH.

harap harap..
aku ada tinggalkan..
anak anak yang soleh.
kerana ALLAH.

harap harap..
aku ada tinggalkan..
sedekah jariah.
kerana ALLAH.

harap harap..
aku ada tinggalkan..
ilmu yang bermanfaat.
kerana ALLAH.

amin.

Asas menjadi pencuri kabel TNB yang berjaya

Di kampung,rumah mak abah dalam proses pembinaan.
Atap dah naik 60persen.dinding luar dan dalam dah siap plaster.
Asas pendawaian letrik dah pasang.

Tadi mak telefon bagitau ada kecurian di lokasi.
Pendawaian letrik yang dah terpasang kena rembat.
Mak kata,kontraktor nangis nangis telefon abah bagitau pasal hal ni.
(part nangis nangis tu aku tambah bagi sadis skit).

Aku dengar aje masa mak cerita tu.Bak kata mak, dia dan abah dulu lagi dah bagitau kontraktor tu suruh letak sorang pekerja dia untuk jaga lokasi.
Sampai sudah takde orang jaga.
Mak kata lagi,dia dah 'sound derek' kat kontraktor yang hal tu bukan masalah yang kami kena fikirkan,dan kontraktor pulak jangan nak memandai pandai nak 'double charge' kat bil pemasangan letrik nanti.

Kontraktor tu kena tau, mak aku garang.Tau!

Ini ciri ciri keselamatan yang ada di kawasan pembinaan:
1.cctv-tiada
2.anjing pengawal yang haus darah dan ganas nak membunuh-tiada
3.pagar letrik berkuasa 100voltan-tiada
4.lampu limpah ala ala stadium majlis pebandaran seremban-tiada
5.pengawal keselamatan warganegara malaysia dengan asas latihan komando-tiada
6.tawakkal kepada ALLAH-seadanya

hebat kan?

Aku mengaji bukannya tinggi, tapi aku penah dengar ustaz bagitau yang nabi s.a.w pun pernah ajar dan bagi contoh kepada sahabat tentang konsep tawakkal kepada ALLAH yang sebetulnya.
Ikut kata ustaz tu, ada satu kisah yang mana Nabi s.a.w kata kat sahabat supaya ikat unta tu dulu dan kemudian tawakkal kepada ALLAH.

Maknanya,usaha selamatkan dulu baru tawakkal kepada ALLAH.

Dalam aku diam dengar cerita mak,macam biasa,aku seranah jugak penyamun tu (dalam hati aku).

Tapi bila fikir balik,mula nampak terpelajarnya pencuri tu dalam bidang yang dia ceburi.
Kurang kurang dia buat sevey dulu sebelum mencuri.
kurang kurang dia tau apa barang yang ada harga dan yang senang nak dirembat dalam kegelapan kat lokasi.

Mungkin ada yang akan kata,bukan ke kontraktor patut fikir pasal keselamatan kat site?

Nak buat cemana.
Kontraktor tu ada sifat tawakkal yg tinggi... tanpa usaha.

Kampung tu pun takdelah tinggi sangat indeks jenayahnya.
Pembangkang kat dewan rakyat pun tak minat nak bangkitkan.takde nilai berita.
Setakat isu pecah rumah (yang dah siap dan berpenghuni),isap dadah,curi besi pagar,apa la sangat?

kes kes terpencil macam tu,siapa nak kesah?
Orang kampung sendiri pun takde hal.Habis kuat pun mengeluh jer kejap.

kesimpulannya?

Aku sms adik beradik aku(bukan adik beradik pekida) bagitau pasal hal tu dan mintak mereka kawal emosi dan sumbangkan doa semoga proses pembinaan umah tu berjalan lancar tanpa dicemari sebarang insiden lagi.

Yang dah dicuri tu,redha je la.
Takkan nak upah CSI MIAMI datang carik bukti dna.Ini cuma kes picisan di kampung jijan.
Jumlah kos buat rumah pun takkan dapat tampung kos nak angkut pasukan csi miami tu ke sana.kan?
lagipun,CSI bukan siasat kes curi,tapi diorang siasat kes bunuh.kan?

Kepada pencuri tu,doa kami sekeluarga moga ALLAH bagi petunjuk dan hidayah kepada dia.
Semoga pencuri tu tak berjaya graduate untuk jadi pencuri kabel TNB pulak lepas ni.
Kesian dia kat padang mahsyar nanti nak cari kami sekeluarga untuk mintak maaf dan mintak dihalalkan hasil curian tu.

Kami sekeluarga redha dengan ujian ni.Kami percaya ada hikmah yg ALLAH nak tunjukkan.
Kami percaya..

Aku bajet 2011...

Aku bajet 2011...
aku nak beli ferrari scuderia.
paling koman pun nak beli proton inspira, tapi yang original japan spec la.

aku bajet 2011...
nak daftar anak aku kat pra-tadika kolej EPSOM kat UK.
pagi aku anta, petang aku ambik la.

aku bajet 2011...
nak beli & jual saham airasia banyak banyak.
dapat ambik alih pun bagus jugak.kendian aku nak pecat penjilat penjilat yg banyak ada dalam tu (aku kenal identiti mereka).korang tau la nasib korang nanti.
kepada staf staf guest service tu, yang mana tak berapa london cakap ingrish, aku nak hantar pegi oxford belajar bahasa.jangan harap muka jer lawa,nak keje ke tanak keje?

aku bajet 2011...
nak mintak syarikat Maya Maju sponser buat pondok kat bendang tok aku.

Aku bajet 2011...
nak buat petandingan 'sapa naik arial tv' paling tinggi kat kampung.
duit suapan pun aku dah masukkan dalam sampul siap siap.sesapa yang nak lawan ketinggian arial tv rumah sesedara aku, aku bagi sampul gemuk ni.

tapi ujung ujung, dalam banyak banyak yang aku bajetkan 2011 nanti, satu je yang nampak macam nak tercapai...
aku nak beli spender berjenama giorgio armani dan rakan rakan banyak banyak.(tapi rasanya tokeh tokeh butik akan guna alasan "harga ikut stok lama la,taun depan baru harga murah lor").

Macam gampang!

Haram, lari bajet 2011 aku.

lambat ini tak selamat

lor..lambatnya kesedaran ini sampai?

sedara,rasanya,bahaya ni dah lama sampai.
sindiket tu pun dah temuntah muntah makan hasil agaknya.
bila nak pasung kepala sindiketnya pulak?

Keheng ditahan

2.50pagi:Pekan Salak

Keheng dalam perjalanan balik dari mencari idea.
(Hahaha.. Iye la sangat)
Dia balik dari opis sebenarnya.

Ikut laluan biasa:
putarjaya-kota warisan-bandar baru salak tinggi-salak tinggi-salak.

Keheng dah hafal semua selekoh sepanjang jalan tu.
Ada 2 selekoh je yang penting;selekoh kiri,selekoh kanan.

Sepanjang jalan, semua lampu isyarat warna merah.
Satu pun keheng tak langgar.Peraturan tetap peraturan.
Kalau peraturan kecik tu pun keheng tak patuh,cemana nak kata patuh perintah dari yg maha besar.

Itu prinsip keheng.Jangan nak perlekeh.Sila hormati.

Di ujung selekoh sebelum melepasi sempadan pekan salak, ada lampu isyarat.
Merah lagi.Keheng berhenti.

'malam malam jumaat ni,merah pulak semuanya',hati keheng mula komplen.

Lepas lampu bertukar hijau,keheng nampak lampu biru kecik bekelip kelip di depan.
Ada sekatan jalan raya.
Keheng pelik sebab dari kecik sampai separuh tua keheng guna jalan tu,tak penah ada sekatan waktu macam ni.
Buang tebiat agaknya pasukan penyekat jalan ni.

Keheng memperlahankan motor dan berhenti tanpa disuruh.Enjin motor kristar dimatikan secara lembut.

Keheng turunkan zip jeket kulit yang dipakai dan menyeluk beg kecik yang berlingkar di pinggang.Dengan yakin,keheng menyelak dompet untuk keluarkan kad ic dan lesen L yang belum tamat tempoh,tanpa diminta pun dek penyekat jalan.

Di seberang jalan,anggota penyekat jalan tergelak besar bila nampak sorang adnan sempit larikan diri dari sekatan.

Anggota penyekat yang ada di belakang keheng bertanya,'semua ada kan?.'

'ada',keheng jawab tanpa pitching lari.'

'ok,jalan la encik',anggota penyekat beri isyarat berlepas.

Dengan tenang,keheng menyimpan dompet,naikkan zip jeket,hidupkan enjin kristar,tekan gear satu,toleh kiri sikit mcm yg dipelajari di sekolah memandu dan keheng pun meluncur pergi meninggalkan lokasi sekatan jalan.

bro,aku dah keluar parti

bro,

aku tak puas ati pimpinan tertinggi.

nampak cara macam dah lari dari perjuangan asal.

ideologi dah jadi porak peranda.

sampai mengancam nyawa pun ada.

yang tak baik dah mengatasi yang baik.

pendapat aku takkan didengar.

aku cuma ahli kecik.

bukan ahli aras pimpinan.

nak jumpa pengasas? lupakan saje.

birokrasi ketat.

ahli ahli yang ada dah mula salahguna kemudahan.

pimpinan pimpinan yang ada dah mula tunjuk bakat salahguna kuasa.

memang kemudahan dibagi, tapi makin lama makin menyempitkan.

kesan keterbukaan melampau buatkan ahli melampaui batas.

sampai nak berbunuh bunuh pulak. apa barang?

aku jadi bosan.jadi sakit ati.

nak dilawan, gergasi.
tak dilawan, sakit ati.

keputusan mesti dibuat.

prinsip diri mesti dipertahankan.

sebelum ditimpa musibah, ada lagi bagus aku blah.

datang aku bukan dijemput, jadi pergi aku usah dihalau.

aku kena nekad. ujian pasti getir.cabaran pasti hebat.

biarlah.biarkanlah.

keputusan aku muktamad.

maka dengan ini, aku meng esytiharkan,

aku keluar daripada parti ini....
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
parti fesbuk.

akukata:
itulah ceritanya kenapa aku keluar parti fesbuk.

*ralat editor:
dia ni cuma dah me nyah aktifkan profil peribadi kat fesbuk jer, dengan page yang ada dia masih aktif lagi.

sistem keselamatan bank

okeh, aku sambung dari khayalan 1 kat entri duit dalam mesin atm.

ini kisah tak tipu, pengalaman opismet aku dengan msein atm dan duit palsu.

pada satu malam, di kala baki akaun sudah bertukar ke 4 angka sebab duit gaji dah masuk, lepas opismet aku tu keluarkan sejumlah duit dari satu mesin atm, dia terus ke bank jenama lain untuk masukkan duit guna mesin deposit tunai pulak.

di mesin deposit tunai, banyak kali dia cuba untuk masukkan 2 keping duit RM50 tapi mesin tu muntahkan balik. mengandung ke apa mesin tu main muntah muntah pulak.

bila sekeping dah lepas masuk, yang sekeping lagi tu memang degil betul katanya.
kendian bila dia perati betul betul kat duit not 50 yang sekeping tu, dia perasan duit tu lain macam.
ada yang tak kena.
yer, duit palsu.
bila tengok kat lampu, memang takde nampak gambar tersembunyi kat belah yang putih tu.

esoknya, bila member aku nak lapor hal tu pada bank, kakitangan bank yang empunya atm tu kata diorang tak boleh nak semak nombor siri duit yang keluar masuk ke atm sebab rekod tu 'takde' pada bank tu(?)

barangkali, kedai basikal ada menyimpan senarai nombor siri tu.

kakitangan bank tu suruh member aku buat laporan polis untuk hal ni.
hmmm...bijak mereka melecehkan urusan.

member aku pun rasa tawar hati sebab balai polis yang paling dekat pun dalam 7km dari kawasan bank tu.
dia bagitau dia dah bertekak dengan pegawai bank tu mintak tengok cctv untuk pastikan yang dia ada keluarkan duit kat atm tu ikut masa yang tercetak kat slip tu.

pegawai tu siap boleh kata 'kalaupun cctv ada tunjuk cik ada keluarkan duit kat atm tu, macam mana nak buktikan yang duit yang sekeping tu keluar dari atm tu?'

member aku memang hangin giler dengan respon sebegitu. bak kata member aku tu, umpamanya pegawai bank tu nak kata dia tipu la. member aku lawan la balik dan bagitau, kalau cctv tunjuk betul waktu tu dia ada kat atm tu dan buat pengeluaran, jadi boleh la bank semak rekod transaksi tu untuk tau berapa keping yang dia keluarkan dan apa nombor sirinya.

kitorang tertarik dengan respon bank yang mengatakan bank tu takde rekod nombor siri yang keluar masuk dari mesin atmnya.

persoalannya, macam mana duit yang sekeping tu boleh ada dalam atm?
sukacita diingatkan, duit itu dikeluarkan daripada sebuah mesin atm, iaitu mesin yang hanya membolehkan PENGELUARAN dibuat oleh para pelanggan.duit itu tidaklah pula diperolehi melalui tukaran baki setelah membuat pembelian di mana mana kedai.

ini bukan nak kata aku sokong member aku.
RM50 tu bukan isunya.
isu besarnya ialah pada sekeping WANG PALSU RM50 diterima daripada sebuah mesin atm!. cara bank menangani situasi tu memang kami persoalkan.
andai situasi ni terjadi kat pegawai bank tu sendiri, macam mana agaknya yer?
mesti dan dan tu jer dia bukak mesin atm tu.kan?

hal macam ni dah tak mustahil untuk jadi kat sapa sapa pun.(moga ALLAH jauhkan daripada kita). dengan menyalahguna teknologi dan kebijaksanaan, manusia kategori penyamun boleh mengatasi sistem keselamatn tahap tinggi dengan memasukkan duit palsu sehingga tak dapat dikesan oleh sistem bank.

cuma, bayangkan kalau lebih dari sekeping duit palsu tu dah terlepas masuk kat dalam atm?

jadi bank boleh dakwa semua orang yang lapor pasal duit palsu tu saja nak buat cerita nak pedajal pihak bank?

jadi bank nak suruh pelanggan yang keluarkan duit untuk semak dan ambik gamba sekeping sekeping duit yang dikeluarkan dari atm tu?hilang akal ke apa?

jadi bank nak kata mereka tidak akan bertanggungjawab tidak boleh dipertanggungjawabkan atas wang yang dikeluarkan oleh mesin atm?

bak kata member aku, kita percaya dengan bank, jadi bila jadi isu yang macam ni, bank sepatutnya ambik serius dan ambik langkah proaktif.tunjukkan semangat nak membantu pelanggan sehabis boleh. setidaknya ambik aduan daripada pelanggan dan bagitau pelanggan yang bank akan laporkan pada polis untuk langkah seterusnya.

ini sibuk suruh pelanggan lapor kat polis, macam nak lepas tangan. mesin atm tu polis punya ke?

Jadi dalam kes member aku yang dah tawar hati nak buat laporan polis tu, bank nak andaikan member aku tu berniat jahat terhadap bank?

isu ni melibatkan semua bank kat dunia ni. jadi jangan nak ngengada kata aku nak sabotaj bank. hilang akal ke apa?

akukata:
zaman ni, bank tak heran pun dengan kes duit palsu RM50 tu. Zaman depan, ada komplen duit palsu 5 ratus pun bank tak heran agaknya.

duit dalam mesin atm

khayalan 1:

'gaji dah masuk',itu ayat sms yang terpapar kat skrin i-pun aku.
pengirimnya anonymous. tiada juga nombor pengirim.

'cilakak!',sapa pulak yang cepat sangat cek akaun aku ni?,kata hati aku.

masuk kali ni dah tiga kali aku dapat sms macam tu setiap haribulan gaji aku masuk.

'ah!,mungkin bank. tapi kenapa indie sangat smsnya?', aku mengomel lagi dalam hati.

memang la bank penah hantar tawaran kat facebook aku untuk terima sms bila duit masuk ke akaun aku, tapi aku tak penah kata ok, dan aku tak penah klik 'setuju' bila aku guna web 'bankkepadaanda' tu.

pantas aku bersiap, kena cari mesin atm. nak semak baki akaun.

tiba giliran aku di mesin atm, aku menyambungkan earphone pada mesin dan menekan butang 'masuk'.

'Sila lihat dengan tepat pada skrin imbasan mata untuk imbasan keselamatan', arahan suara lunak dari atm kedengaran di hujung earfon.

'Selamat datang Tuan Keheng!, bagaimana hari anda? semoga anda bergembira bersama yang tersayang. Sila gunakan skrin sentuh untuk meneruskan urusan anda. Terima kasih', sambung suara lunak yang lain pula.

'Pertanyaan jumlah baki:
paparkan maklumat atau cetak penyata?'

'Paparkan'

'Baki akaun anda:USD 15000'

'Tukar kepada matawang pilihan?'

'01-Ringgit Malaysia'

'Arahan pengeluaran dipilih:
Sila masukkan jumlah untuk pengeluaran:'

'RM100'

'Pengeluaran:RM50 x 2 keping
anda pasti?'

'Ya'

'Pengeluaran:RM50 x 2 keping
Nombor siri wang untuk transaksi ini:
XXX-123456789
XXX-1X325VB26
Urusniaga anda sedang diproses.
Sila tunggu'

'Sila lihat dengan tepat pada skrin imbasan mata untuk imbasan keselamatan'

'Sila ambil wang dan penyata.
KENYATAAN KESELAMATAN:
Sila simpan penyata dan sila pastikan nombor siri wang adalah sepadan seperti yang dicetak pada penyata.Sila laporkan dengan serta merta jika terdapat keraguan yang munasabah dengan menekan butang *311* di telefon bimbit anda.Mesin ini dikawal selia dengan kamera litar tertutup yang disambung terus ke dewan polis dan facebook anda.Pihak kami tidak pernah melantik mana mana individu sebagai ejen untuk mana mana rancangan realiti kegemaran anda.Terima kasih.'

'Jumpa lagi Tuan Keheng! Semoga hari anda ceria hari ini!',kata penutup dari suara lunak yang ketiga.

ok, balik ke alam nyata.sekarang!

best kan bila bank menawarkan keselamatan tahap sofistikated macam tu?
setidaknya, baru ada rasa terjamin simpan duit kat situ.

bila dengar citer member aku tadi kesian pulak kat dia...

aku sambung dengan kisah benar kat entri sistem keselamatan bank nanti.
bawak bawak bertenang.

Aku tekena lagi dengan mamak ni!



Gamba kat atas tu bukan nota matematik tingkatan 3,tapi itu gamba bil rasmi kedai mamak dekat dengan opis aku.

sebelum ni, Aku penah cerita pasal beli rokok bukak kat kedai mamak ni.

Kalau ikut harga yang tertulis tu, mungkin ada andaian senarai makanan seperti di bawah:

nasi beryani ayam madu-6.00
nescafe ais-1.70
roti sadin telur-2.50
garisan
jumlah-10.20
kan?

bila tengok jumlah harga tu, aku pun akan andaikan aku makan yang best best macam kat atas tu.

Tapi di bawah ialah senarai makanan sebenar yang, di saat entri ini ditulis, sudah pun dihadam oleh sistem usus aku:

seketul daging kambing (sebesar penumbuk budak umur 3 tahun) beserta tulang dan kuah, serta beberapa hirisan bawang-6.00
nescafe tarik saiz novis-1.70
sekeping roti arab-2.50

berpatutan kan?
ialah sangat!

akukata:
lepas ni aku tapau je nasik dengan lauk dari rumah.Air buat sendiri kat opis.

Lahanat kapitalis punye mamak!

ini cerita melayu

semua warga Malaya sedang hangat bercerita pasal Melayu saat ni.

melayu itu, melayu ini.
melayu sana, melayu sini.

berdegar melayu sana.
berdentum melayu sini.

yang jelas, cerita best dah diatasi oleh cerita tak best.

ya betul! cerita cerita melayu best sudah jatuh dalam kedudukan carta!
iaitu carta melayu sendiri.
dan dikalahkan oleh cerita cerita melayu jugak,
tapi oleh versi yang tak best.

dalam carta ni, pesertanya semua melayu saja.
pengadilnya semua melayu saja.
peminatnya pun semua melayu saja.
dan tidak lupa,
penjahamnya pun semua melayu saja.

serba serbi melayu.

kenapa dengan melayu?

apa yang tak kena dengan melayu?

ada apa sama ini melayu?

'yang masih lena' pasti sound dengan beraninya, "eh, cakap jangan sebarang cakap sedara.ingat sikit, kerana pulut,santan binasa."

dan 'yang sudah terjaga', pasti berani nak balas, "tapi sedara pun jangan lupa.
kerana pulut la cendol yang ada santan tu jadi sedap, betambah lemak. kena ingat banyak tu.Tau!"

cerita cerita melayu yang best:

1.melayu hebat berniaga!
2.melayu tepati masa!
3.melayu dengan melayu bersaing cara bersih dalam perniagaan!
4.melayu ikhlas sokong melayu dalam bisnes!
5.melayu ada karisma dan berkepimpinan tinggi!
6.melayu boleh!
7.melayu hebat!
8.mlayu bersatu teguh!
9.melayu berpegang kuat pada prinsip!
10.melayu benci dadah!
11.melayu benci arak!
12.melayu benci zina!
13.melayu benci judi!
14.melayu amalkan islam sepenuhnya...tiada kompromi!
15.melayu sepuluh teratas dalam senarai hartawan terkaya (di dunia)
16.melayu dermawan budiman.
17.melayu bersungguh sunguh dan hebat membanteras rasuah!
18.melayu kasih dan berbaik sangka sesama melayu
19.melayu cintakan dan menguasai ilmu bermanfaat
20.melayu tepati janji!
21.melayu kuasa besar ekonomi (dunia)!

hebat bukan?

tapi yang sadisnya, inilah pulak pemenangnya...
'cerita melayu yang tak best' yang berjaya menakluki carta alam melayu itu sendiri!......
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
1.berlawanan dengan semua cerita cerita best di atas tu....
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
itulah melayu!

akukata:
1.melayu jangan jadi macam pak kaduk..
"ayam menang, kampung tergadai"
apa dan siapa yang jadi 'ayam', dan, apa dan siapa yang jadi 'kampung',
fikirlah sendiri.
cuma masaelahnya, pak kaduk tu kan memang melayu.

2.aku melayu yang usik pasal melayu je,
itu tidak dikira isu perkauman.

3.aku bukan menghentam,
cuma nak cuit cuit sikit,
biar gergasi bangun
dan pergi carik rezeki yang halal dan berkat.

kuasa 2 ringgit

Tajuk entri ni dah macam skim cepat kaya kat internet plak.

Tapi, apa ada pada tajuk?
Nak baca, baca, taknak baca pegi google benda lain.

Okeh, pasal tajuk entri ni.

kuasa 2 ringgit.

Siapa kata 2 ringgit takde makna sekarang ni?

2 hengget ni besar kuasanya kat Malaysia ni. Tau!.

Pasal 2 ringgit la kartun 'Mat Despatch' jadi glamer satu Malaya.

Dengan 2 ringit bleh dapat Milo Ais kegemaran rakyat Malaya sejak Ovaltine tak popular.

Ada 2 ringit bleh dapat 2 keping roti canai, kenyang 2 hari tu. Tau!

Ada 2 ringgit bleh bayar tol yang perjalanannya berkilo-kilo meter jauhnya.

2 ringgit tu sangat bermakna sebagai nilai belanja skolah anak anak di sekolah tadika. Dapat juga mereka merasa makan Cikedis yang baik untuk kesihatan mereka.

2 ringgit sangat berkuasa membeli mee goreng di pasar malam kini sedangkan dulu harganya seringgit jer.

Dan dengan (cuma) 2 ringgit yang ada kat aku tadi, aku balik rumah, layan megi sebab megi sup kat mamak harga RM3.50.

Sesapa kata Malaysia inflasi tinggi, jangan nak mengarut.

negara maju macam Malaysia mana ada inflasi. Tau!

Makhluk asing mana yang tak tau Malaysia kat mana, konfem dia tak penah google map.

Siapa kata pemimpin negara tak promote kehebatan Malaysia?
Kalu tak takkan syarikat gergasi macam Kalsbet dan pemunya kelab kelab malam berani bukak kilang dan outlet kat Malaysia?

Bila becakap guna akal fikir, bak kata bahasa penjajah,

"get your head out of your ass & think"

dan dengan 2 ringgit yang ada ni, aku akan pastikan dapat paling tidak pun pizza hawaian supreme malam ni.

Sapa nak order rokok elektronik?

Lepas aku post entry rokok bukak, aku pun baca la suwatkaba online, baru la aku tau kenapa mamak lahanat tu taknak jual rokok bukak kat aku.

Rupanya harga rokok naik lagi esok 4 Oktober 2010.

Gampang!

Kalau mamak tu jual arini baru dapat 80 sen sebatang tapi kalau jual esok boleh dapat seringit sebatang.

Memang minda bisnes, aku jer yang lambat sebenarnya.

Memang gampang!

Maka aku pun teringat kat rokok elektronik yang penah dipromote kat aku dulu.

Maka aku rasa, rokok eletronik la solusi terbaik untuk para perokok abad ini. Tegar tak tegar tu citer lain. Kasi try dulu.

Antara kebaikan rokok elektronik yang aku tau:

1.yang disedut dan yang dihembus tu wap air, bukan asap. Maka takde la Bau asap Danhiw atau Maboro yang busuk tu melekat kat baju. Member aku siap buat esperimen tak basuh baju 3 hari dengan mengembus wap air tu kat baju yang beliau pakai. Keputusan memang mena'jubkan. Takde bau asap pun. Yang ada cuma bau badan yang macam gampang.

2.bole isap kat mana mana lokasi yang disukai; dalam umah, dalam bilik tido, dalam jamban, dalam opis, dalam shoping kompleks. tapi perlu maklum yer, pengisapan di kawasan larangan adalah tertakluk kepada risiko sendiri serta kebijaksanaan korang mendemo kepada pak guard dan mak guard yang belagak menyoal siasat macam polis tu. Kalau korang pandai ngayat, untung untung pak gad tu pun beli dari korang. Tapi maap, perisa suria dan kretek kretek lain kegemaran pak gad belum dicipta lagi.

3.kandungan katrij, yer katrij, kerana pada katrij tu lah adanya perisa perisa tu diisi. Kandungannya cuma nikotin pada tahap yang tidak membahayakan seekor semut pun. Tar, racun tikus, asbestos, klorofom serta 3000 jenis racun racun berbahaya lain tidak ada dalam senarai kandungan. Ketagihan pada rokok pun disebabkan oleh nikotin maka nikotin la yang ada dalam tu. Yang lain lain tu value added jer sebenarnya.

4.sejak melayan rokok elektronik tu, pengguna Encik Jo (bukan nama sebenar) sudah tidak mengalami batuk batuk tercekik ketika tidur lagi. Beliau juga merasakan badan beliau semakin ringan walaupun mesin timbang tidak menggambarkan keringanan tersebut.

5.penggunaan katrij digambarkan penggunaannya seperti persamaan di bawah:
1 katrij = pengisapan untuk 14 batang rokok konvensional sepeti jenama Danhiw dan Maboro = kegunaan 2 hari bergantung ketegaran perokok. Dari segi harga, satu katrij hanyalah RM5 (ni harga masa yang aku tau 4 bulan lepas, sebarang kenaikan akan aku maklumkan kendian). Katrij didatangkan dalam set 3 katrij dijual pada harga RM15.
Maka 3 katrij = pengisapan untuk 45 batang rokok konvesional = RM15 = lebih murah dari RM10 untuk sekotak Danhiw 20 batang.

6.kegunaan pemetik api Zippo ataupun jenama Yaaho atau mancis cap orang terbang adalah menjadi lupus kerana tiada unsur api yang diperlukan untuk menghisap rokok elektronik ini. Dalam zaman teknologi ini, bateri berkuasa rendah dan tidak memudaratkan menjadi pemangkin untuk rokok elektronik ini beroperasi. Memandangkan kita tidak pernah lupa mengecas bateri henpon setiap detik maka akan lebih urban lagi jika kita dilihat mengecas batang rokok elektronik yang mengandungi bateri tersebut.

Maka aku dengan chargasnya menginfo member aku yang jadi supplier rokok elektronik ni untuk bersedia dengan pesanan pesanan yang bakal diterima (kalau korang nak boleh la aku orderkan).

Itu la antara info yang aku ada.

Bila ada info lagi, aku tambah la kendian.

Sesapa minat nak order rokok eletronik ni bleh email kat aku:presidenkhai@gmail.com

akukata:
lahanat kapitalis punya mamak.

rokok bukak

Dalam sebulan dua ni, aku suke beli rokok bukak.(suke la sangat!)
Rokok bukak maksudnya loose butts, beli sebatang sebatang, bukan sekotak.

Kedai kalau jual rokok batang batang lagi untung apa.

Jual sebatang 70 sen (tapi kat sini sebatang 80 sen, setan tul!).
Kalau jual seploh batang dah RM7, doploh batang dah RM14.

Jual sekotak 20 batang baru dapat RM9.30 untuk jenama Danhiw.

Tak minda bisnes gak pekedai ni.
Mungkin diorang takut kerana menjual rokok bukak dikhuatiri melanggar undang undang berbanding menjual ubat batuk di kaunter klinik swasta.(jangan tanya aku klinik mana).

Semalam masa aku beli 2 batang ok jer.

Tapi kenapa tadi bila aku nak beli lagi 2 batang, boleh pulak dia kata takde?

Gampang!

Beli sekotak kang, makin kuat pulak aku ngisap.

Beli sekotak kang, gagal pulak niat aku nak menselokan tempo ngisap rokok.

dan yang paling penting, beli skotak kang, tak lepas plak aku ngisi minyak motor.

Mungkin ada konspirasi pasaran gelap.

Yer la, semalam brader lain yang jaga kaunter, selamba badak jer dia jual.

Arini atuk plak yang jaga kuanter tu.
Mungkin atuk tu 'penjaga utama' kaunter.

Payah ni, dos tar & nikotin dalam badan aku ni musti distabilkan. Kalau tak, mau satu estet aku amukkan nanti.

apa apa hal, betenang dulu.tengok sapa ada kat opis.

Masuk jer opis jumpa opismet.

'bai, rokok sebatang.'

'nah, ambik dua.'

'wah, ini sudah bagus. tq tq'

Dalam ati, aku cakap 'lahanat nyer kedai, tak pasal aku kena mintak rokok kat member pulak'.

Malam kang kalu aku beli, aku nak usya line dulu tengok sapa jaga kaunter.

Beli tetap kena beli.

sekarang aku tak dijemput lagi

Dulu masa aku berpengaruh, selalu aku dijemput ke majlis majlis kenamaan.
Sehari sampai 8 majlis.
Dapat layanan VIP lagi.
Setakat rasmikan majlis tu usah kata la.
Sampai letih tangan gunting reben, lepaskan belon.
Lepas aku berucap memamng standed suma hadirin berdiri tepuk tangan sambil jerit 'bravo!','excellent!','brilliant!','marvelous!' dan seribu satu perkataan bahasa penjajah tu.

Masa hari raya dan sambutan ulangtahun kelahiran aku:

Setakat dapat hamper dan hadiah tu, sampai penuh segala bilik rumah yang disewakan khas untuk aku terima hadiah. Punya la banyak hadiah, sampai berlori lori.
Sampai tahap aku bagi jer hamper hamper tu kat budak yang buat delivery tu. Aku bagitau kat diorang aku Sedekah.
Kad ucapan selamat hari raya berguni guni aku dapat.
sms ucap selamat hari raya lagilah berlambak.
Selkom sampai bagi aku talian khas untuk terima sms hari raya jer.
Free, takyah bayar kata Selkom.

Rumah?:

Kawasan rumah aku je sebesar wilayah persekutuan Putrajaya.
Ada pusat pentadbiran hal ehwal keluarga aku, masyarakat setempat dan sedara mara aku.
Asalnya kawasan rumah aku seluas kawasan sekolah jer, tapi ntah, tiba tiba ramai pulak yang bagi geran tanah diorang siap dah ditukar ke nama aku lagi. Diorang kata takyah bayar.

Layanan VIP?:

memang sentiasa dapat.
Kapet merah? kapet emas? kapet 5 inchi? kapet Udani? semua aku dah rasa.
Tokeh kapet menangis bila dibagitau aku nak guna kapet diorang.
Takut aku tak bayar agaknya. Aku bayar lebih lagi ada la.
Bila duduk mana mana hotel, disediakan butler (pembantu khas) sampai 6 orang.
Biasanya pembantu peribadi aku pun dapat butler.

Bab makan minum kat hotel usah nak khabar la.
Kadang kadang Aku saja tanya nama nama minuman dalam menu kat Butler, zas! dah sampai.

Bila Aku nak saja jalan jalan kat mana mana butik dalam bandar, mesti tuan punya butik tutup kedai khas untuk aku. Walhal aku tak beli apa pun. Saje tengok lukisan kat butik tu je. Takpun saja nak baca suratkhabar kat situ.
Takde pulak aku suruh diorang tutup.
dah tokeh suruh tutup, takkan aku pulak nak suruh bukak. itukan kedai dia.

Masa dalam mesyuarat:

Bila bila aku bercakap, semua angguk saja.Entah faham entah tidak apa yang aku kata.
Bila Aku geleng geleng masa rasa lenguh leher, diorang tunduk.
Bukanlah aku nak marah pun kalau ada yang geleng, tapi takde sorang pun berani geleng.

Aku pun tak tau kenapa. aku pun pelik.

Satu yang aku suka, Aku kata, bahasa Melayu bahasa rasmi dalam waktu bekerja.
Jadi, takde sorang umat pun dalam syarikat aku berani guna bahasa penjajah bila kat dalam pejabat.
Baik pengarah urusan mahupun pengurus pengurus besar.
Walhal kebanyakan diorang tu lulusan universiti universiti hebat luar Malaysia.
Bagus, aku bangga bila bahasa kebangsaan dimartabatkan.

Duit:

Hal paling remeh pada aku.
Hal yang tak penah aku fikirkan langsung.
Seluk mana mana poket baju, seluar, jaket, berkeping keping duit seratus.
Bukak laci meja, bersepah duit RM dalam tu.
US dolar dan matawang asing aku tak suka, aku buang sebab aku suka barangan buatan Malaysia.
Sampai Bawah pintu pejabat pun orang selit duit ratus ratus RM setiap hari.
mesen sedut habuk ofis aku berapa kali tersumbat pasal aku suruh penyelenggara ofis tu sedut duit duit tu.
Bila aku suruh diorang bersihkan mesen tu, aku kata ambik la duit tu.
Rezeki dia. Aku sedekah.

Entah, tak tau pulak aku siapa yang bagi duit banyak banyak tu.
Aku bukan uruskan berkaitan kelulusan tender pun.
Ahli politik wang pun bukan.
Takde sapa yang logiknya perlu merasuah aku dengan duit banyak tu sebab aku takde kepentingan kat sapa sapa.
Aku diberi Duit duit tu semua bukan sebab rasuah, itu rezeki.
Pesuruhjaya bahagian 'Penghapus Pemberian Duit Untuk Kepentingan Peribadi' pun pelik dengan hal tu.
Nak dakwa takde bukti aku mintak duit tu tapi duit tu bertambah banyak datangnya setiap hari.

Itulah rezeki namanya.
Ujian jugak duit banyak tu.

Sekarang bukan dulu:

Tapi itu dulu.
Sekarang dah jauh beza.

Jemputan ke majlis dah takde aku dapat.
Paling hebat pun jemputan kawan atas kawan punya kawan punya kawan.
Majlis tahlil.
InsyaALLAH, aku tak pernah tak pegi.

Layanan VIP tu takde lagi dah.
Aku nak jumpa sesapa, aku pulak kena buat appointment.
Kena ikut giliran.
Hal yang macam mana penting sekali pun,
kena ikut giliran.

Ucapan selamat hari raya haram sekeping pun takde.
Ucapan selamat hari jadi jauh sekali.
Email yahoo aku pun kosong jer.
Email spam pun takde orang nak forward kat aku.
Bab Hadiah tak payah mimpi la.
Kalau nak hamper pun aku kena beli sendiri.

Apa nak buat, dah macam tu kadarNya untuk aku.
Bukan aku boleh tolak pun.

Aku dapat semua tu dulu pun bukan aku mintak.
Memang aku pernah ada hajat dan rasa best untuk dapat semua keutamaan dan kemewahan tu.
Aku dah diberi rasa, sampai masa ALLAH ambil balik.
Redha la.

Syukur menantu sulung mak aku tu masih hormat aku sebagai suami, sayang aku, rindu aku, cinta aku, jaga makan minum aku, dan..jaga nafsu aku.
Tak kira apa jugak keadaan aku.
Syukur Alhamdulillah.
Dia isteri terbaek untuk aku kat dunia ni.

Syukurlah masa aku ada kemewahan dulu aku tak sampai tahap sakiti anggota badan sapa sapa pun. Jauh sekali nak upah samseng untuk pukul atau bunuh sapa sapa.

Syukurlah aku tak dipenuhi rasa riak, ujub dan takbur masa kemewahan dunia yang melimpah ruah dulu.

Syukurlah aku tak pernah hina sapa sapa pun dengan apa yang aku diberi masa tu.

Syukurlah aku tak derhaka kat mak abah masa aku kaya ya amat dulu.

Syukur kepada ALLAH, Syukur kepada ALLAH, Syukur kepada ALLAH.

Sekarang aku tetap lalui hidup yang hebat, tapi serba sederhana.

Ada isteri solehah, ada anak anak yang beriman yang taat perintah ALLAH.patuh kepada kami ibubapa mereka.

Rumah pun sederhana.

Duit tak la sebanayk dulu, tapi cukup untuk kami sekeluarga.

Syukur alhamdulillah.

Hidup kat dunia ni pun bukannya lama.
Pejam celik, pejam celik, tiba tiba pejam tak celik celik.

Apa yang perlu aku sediakan untuk kena soal kat 'sana' nanti, mesti aku sediakan.
Risau aku bila fikirkan ke mana pulak aku belanjakan semua kemewahan tu masa diberi dulu.

Kat jalan dunia ke, akhirat ke, jalan mati ke.

SEkurang kurangnya, untuk nak bagi stabil neraca aku kat 'sana' nanti, Aku kena tinggalkan anak anak yang soleh dan solehah; untung untung diorang ingat untuk selalu telegramkan doa yang baik untuk aku lepas diorang solat,sama ada masa aku masih hidup dan dah mati nanti.

Untung untung aku ada la tinggalkan ilmu yang bermanfaat yang diamalkan oleh ramai manusia untuk kebaikan.

Untung untung aku ada la teringat nak tambah, tambah dan tambah sedekah jariah supaya jadi talian hayat kat 'sana' nanti.

Untung untung jugak, moga isteri aku terus jadi isteri yang solehah untuk mudahkan aku dengan bab 'tanggungjawab suami' sampai masa aku disoal nanti. Aku dah redhakan dia sebagai isteri aku, maknanya aku takkan ada apa apa tuntutan kat dia kat akhirat nanti. Selebihnya nanti, itu ALLAH punya kuasa.

Untung untung, aku lebih untung 'kat sana' nanti dengan apa yang aku kerjakan 'kat sini'. Amin.

Kenapa kau datang masa ni?

Kau datang masa aku tak bersedia.
Kau asak kepala hotak aku bertalu-talu.
Sampai memori otak aku macam dah takde kapasiti nak tanggung asakan kau tu.

Bukan aku taknak terima kau, tapi..
kenapa kau datang masa ni?

Kau tau tak bukan senang aku nak suruh kau datang?
Tapi kau datang masa ni?

Cuba la hantar surat ke, telegram ke, email ke, paling tidak pun sms dulu sebelum datang, tak boleh ke?
Mentang-mentang la aku tak join komuniti push-to-talk, kau ingat kau boleh datang suka-suka masa ikut kau, bagitau aku macam macam, lepas tu hilang balik?
Aku taknak mencarut kat kau, kang kau tak nak datang lagi. Aku pulak yang jem nanti.

Tapi tolong la wei, datang la masa aku betul betul carik kau.
Datang la masa aku ada persediaan.
Kesian la kat aku wei.

aku nak kata:
kepada 'idea-idea best' yang nak datang melintas kat kepala hotak aku ni, harap bagitau dulu sebelum nak datang.
Jangan la melintas kat kat inbox memori aku yang kurang nak boleh save ni masa aku tengah naik motor lelaju ala ala eddie lawson. Kang bila aku dah sampai destinasi, gerenti aku lupa nyer idea-idea tu. Barai la aku kalau nak berenti seploh kali sekejap tiap kali kau nak melintasi kepala aku.
aku bukan ada peranti yang boleh terus rakam apa yang ada melintas kat kepala aku ni.
nak senang camni la wahai idea-idea best, bila bila kau melintas kat dalam kepala aku ni, kau tolong save soft copy siap siap kat pc atau henpon aku, bleh?
apa?kat inbox fesbuk?
sori, aku dah menyahaktif profil fesbuk aku.
maleh.

Nazri bukan cipan

2005:
AKu diperkenalkan pada cipan.
Menantu sulung mak aku yang kenalkan kat aku.
Kata beliau, dia kenal cipan lagi lama daripada aku.
Aku iyakan jer.
Bab bab fakta ni aku tak bangkang.

Macam-macam ciri-ciri asas cipan dibagitau pada aku.
Takde la aku yang pelikkan.
Biasa jer.

Orang makan ubat nyamuk macam makan chipsmore pun aku penah dengar..keh keh keh..
Apa la sangat cipan selalu datang rumah menantu sulung mak aku tu.

Cipan ni layan kampung.
Duduk kat kampung.
Dapat pendidikan asas pun kat kampung.

Cipan lain misti jeles tahap cipan kat cipan ni.
Cipan yang menantu sulung mak aku kenal ni ada ilmu.
Bukan calang calang cipan ni.

Tadi aku kata aku tak pelik pasal cipan ni,
sebenarnya aku tipu.

Aku memang pelik pasal cipan.

Cipan tak marah orang panggil dia cipan.

Kalau aku orang panggil nama yang tak semenggah ni, satu dah estet aku amuk.

Memang aku respek kesabaran cipan ni.

Dengan kesabaran dia yang tahap cipan tu dia ada kehidupan yang best jer aku tengok.

Aku respek kat kau....nazri.

aku nak kata:
sudah sudah la panggil nama tak semenggah tu.
Nabi tak suka.Tuhan lagi tak suka.
Kang aku letak lagu 'pergi tak kembali'-Rabbani kat sini kang nangis lak.

aku teringat:
mintak maaf kat kengkawan yang aku pernah gelar macam macam yang korang tak suka.
aku nak hijrah panggil kengkwan dengan nama korang yang indah indah tu.

aku bagi lesen:
bila bila kala aku panggil sesapa dengan nama yang menyakitkan hati tuan empunya badan, korang servis kuda jer la kepala aku ni.
takyah tanya, buat jer terus.

Cara dapat melancong percuma ke Paris

AKu pernah menulis tentang cara dapat melancong percuma sebelum ni.

Ada jugak la kawan-kawan tanya "apa yang kau mengarut ni mat?".

Aku jawab, "Mana ada mengarut, aku cerita je."

Diorang tanya lagi, "Ada ke cara nak melancong percuma?Macam tak logik jer."

Aku bagitau, "Memang la ada, sama ada korang nak atau taknak je. Ramai yang dah rasa sejak lebih 10 tahun dulu. Kita je yang ketinggalan."

Diorang terjah pulak dengan soalan ni, "Kau promote skim cepat kaya ke?"

Aku bagitau, "Bukan la, ni skim cepat miskin. Tu pasal aku promote sebab kalau aku promote skim cepat kaya, korang bukan nak pun, kan?"

Diorang kendur sikit, "Ish, main sentap pulak dia ni. Ok la, ok la, cerita la camne. Nak tengok masuk akal ke tak apa yang ko nak citer ni."

Aku pun cerita la kat diorang cara nak melancong percuma ke Paris.
Ada yang faham, ada yang kurang faham, ada yang taknak faham, ada yang buat tak faham.

Biasa la tu.

Aku bagitau jer.

Bukan rugi apa pun aku bercerita. Abis 2 gelas Milo Ais kaw jer.

Diorang pun tak rugi apa bila dengar cerita. Lagi baik dari dengar fitnah. Lagi baik dari mengumpat member lain. (jangan tak pecaya, lelaki pun layan mengumpat).

Apa aku dapat bila bercerita pasal cara dapat melancong percuma ke Paris(Paris, France tau, bukan Parit, Perak) ni?

InsyaALLAH, bila aku bercerita dengan orang, semoga dapat la hendaknya aku bersma-sama mereka naik flight free pergi Paris tahun depan. Boleh sama-sama hoora hoorey kat Paris.

Saje la aku check harga tiket flight ke Paris dengan QATAR Airways http://booking.qatarairways.com (MAS nyer site takleh akses lak masa tu), bagi aku yang berpendapatan sederhana ni, harga tiket RM 3700 seorang tu memnag tak mampu la kalau nak keluar duit sendiri. Itu baru tambangnya, belum duit hotel lagi, duit makan lagi, nak belanja lagi. Paling tidak pun RM 5000-RM 6000 kena ada. Tu bajet untuk sorang. Aku mesti nak bawak isteri dan anak aku sekali pergi melancong. Kalau nak buat simpanan khas untuk semata-mata nak pergi Paris, mau bertahun-tahun jugak menyimpan. Lagi baik menyimpan untuk mengerjakan haji kat Mekah. Lagi bagus.

Kepada korang yang memang bergaji besar atau ada simpanan banyak, ribu-ribu,juta-juta ringgit tu, mungkin hal kecik jer untuk melancong dan berbelanja di Paris. Anytime korang boleh pergi. Tapi bagi kebanyakan, atau purata rakyat malaysia yang berpendapatan sederhana, bila ada peluang menarik macam ni, mesti ramai yang teruja. Dalam keadaan waras dan rasional, aku pun teruja.

Dan biasanya, yang teruja tu, insyaALLAH dapat pergi.

Chop! tolong sikit yer, ini memang bukan pasal skim cepat kaya. InsyaALLAH, Aku berani belanja set dinner plate KFC (ayam spicy, air Pepsi) kalau ada sesapa dapat buktikan dengan dokumentasi yang aku ni bercerita pasal skim cepat kaya.

Takde pekdahnya aku nak promote skim cepat kaya kat blog aku ni. Baik aku promote jom jadi blogger dengan manggaAds, lagi bermanfaat. Boleh jugak dapat RM50 kalau post aku ni hit.Hahaha.

Memang la ada usaha yang perlu dibuat dulu sebelum dapat ganjaran melancong percuma tu. Hello, Nak dapat gaji kena kerja dulu la. Nak dapat rewards, kena usaha dulu lor. Kalau tak dipecahkan ruyung, mana dapat sagunya.

Nak aku cerita kat sini? Alamak, kurang boleh la sebab ada garis panduan dan etika yang perlu diikut.

Habis tu camne aku nak bagitau kat orang lain? Kat korang?

Syaratnya, aku kena bercerita secara berdepan, face to face, bersemuka.

Aku bercerita, korang jadi pendengar dan penyoal seberapa banyak soalan yang korang nak.

Insurans?
Nope. Bukan. Tidak.

Unit Trust?
Nope. Bukan. Tidak.Belum lagi :-)

Kalau nak teruskan main game meneka dalam kesamaran tu, teruskanlah. Jawapannya bukan kat blog aku ni.

Aku suka nak kongsi-kongsi cerita jer. Macam cerita kedai kopi. Asal tak mengundnag dosa dan murka ALLAH, syukurlah. Pada aku ada manfaatnya tapi pada orang lain, aku tak tau la. Keperluan dan keinginan masing-masing berbeza.

Ada yang suka nak melancong, tapi belum berkemampuan.

Ada yang suka nak melancong, berkemampuan, tapi tak ada masa.

Ada yang suka nak melancong, berkemampuan, ada masa, tapi tak ada saing (geng).

Ada yang berkemmpuan, tapi tak suka melancong.(kategori ni patutnya takyah masuk kat list ni)

Mesti seronok bila dapat pergi ramai-ramai, kan?

Tak kisah la aku kenal korang lama ke kejap ke, bukan aku yang bayar tiket & belanja korang pun.

Dah namanya pun percutian yang dibiayai.

Boleh ramai-ramai, sama-sama pergi Paris happy hepi, jalan-jalan, shopping-shopping, rilek-rilek, ok apa?

Peluang mungkin datang selalu tapi selalu ke kita perasan yang peluang tu datang untuk kita?

Aku ni sure dapat pergi ke?

InsyaALLAH. Usahanya aku buat.

Keputusan dapat pergi atau tak tu, ALLAH punya kuasa.

Dapat melancong percuma ke Paris, Alhamdulillah.
Tak dapat pergi pun, Alhamdulillah. InsyaALLAH, ALLAH bagi yang lebih baik.

Tak payah nak ribut-ribut, tak payah nak kecoh-kecoh.
Ikhtiarkan apa yang perlu, seadanya, semampunya.

Kemudian, bersyukur dan bertawakkallah sepenuhnya kepada ALLAH.

Mencuba dan kurang berjaya lagi bagus daripada tak berjaya kerana tak mencuba langsung.

Mudah jer;
ALLAH boleh bagi apa-apa nikmat, pada bila-bila masa yang Dia kehendaki, kepada sesiapa yang Dia kehendaki.
ALLAH juga boleh ambil semula apa-apa nikmat, pada bila-bila masa yang Dia kehendaki, daripada sesiapa yang Dia kehendaki.

Bahagian kita ialah berikhtiar dan berdoa kepada ALLAH.

Bukankah Semua nikmat itu pemberian ALLAH?

"Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?"
Surah ar-Rahman

Air terjun 4 tingkat

video

Tinggi betul air terjun ni.
Nak mandi pun boleh, nak berkelah pun boleh.
Cuma takde pemandangan menarik la.
Paling cantik pun taman permainan kanak-kanak kat depan tu je.

Hahaha, video ni aku rakam masa baru sampai rumah dari Putrajaya. Parking je motor, tiba-tiba aku dengar bunyi macam 'air menghempas batu' macam kat jeram air terjun tu. Memang betul punya air tu terjun dari tingkat 4. Motor-motor yang parking kat bawah tu basuh free jer.

Rupanya-rupanya air tangki kat atas tu yang melimpah. Tak tau la pecah ke, bocor ke. Tak lama lepas air tu mula terjun mencurah-curah, kelihatan la kelibat Robet dan rakan-rakan dia. Robet tu tukang paip, dia kontraktor kat yang menguruskan perihal masalah perpaipan kat area sini. Lebih kurang 10 minit lepas robet dan rakan-rakan naik ke atas, air tu pun tak terjun lagi. Memang pakar si robet dan rakan-rakan dia.

Bila Aku dah rekod video ni, aku pun balik la ke rumah. Mula-mula aku ingat nak jadi pelapor tapi bila teringat Celcom dah tak suka aku sampai block line aku, maka aku pun tak dapat la nak tolong laporkan. Takpe la, robet dan rakan-rakan pun dah sampai.

Air pun dah tak terjun lagi.

Nasib baik takde sapa-sapa kat bawah tu masa air tu mula-mula terjun. Mau bedengung jugak kepala bila tiba-tiba kena hempas dengan air terjun tu.

Semuanya sudah ok.

Aku pun boleh balik, berehat selepas penat mencari rezeki.

Salam Aidilfitri 1432H



Aidilfitri datang lagi...
Ahlan wa sahlan.

To Ramadhan,
semoga berjumpa lagi. InsyaALLAH.

Malam raya...aku sorang...kat ofis.
Huhuhu...

Disebabkan aku kena keje sampai malam raya pertama (hari raya pertama punya malam) & isteri tercinta pulak dapat cuti terhad, maka aku telah pun menghantar isteri & anak aku balik rumah mertua aku untuk beraya di sana.

Fair la tu, malam raya & hari raya pertama aku kene keje kat ofis, kalau isteri aku kat rumah pun bukan ada sapa-sapa selaim anak kami yang sorang tu. Sekurang-kurangya, bila isteri aku balik rumah mak dia, dapat jugak dia teman mak dia borak-borak, buat persiapan raya.

Itulah pengorbanan kecik yang kami sekeluarga kena buat untuk aidilfitri 2010 ni. Kami redha. Pasti ada hikmah, insyaALLAH.

Masa berbuka puasa last day tu, aku layan kat mamak. Macam biasa, syarat wajib menjadi kedai mamak ialah;mesti ada skrin besa punya! (besarr punya!!)

Buka puasa aku makan nasi lemak, then kat TV3 ada pulak takbir raya.

Sapa kata tak sedih? Memang aku ngaku sendiri la, mata aku dah berkaca dah.
Tapi Kena control emosi la, kat kedai mamak niii.

Aku tekadkan hati, aku doa (dalam hati) mintak kat ALLAH "Ya Allah, andainya kehadiran Syawal ni senagai meraikan kemenanganku mengatasi hawa nafsu ketika Ramadhan, maka berilah aku semangat untuk meraikan kemenangan ini, tenangkanlah hatiku Ya ALLAH.Amin"

Alhamdulillah, kejap tu aku rasa ok.

Cuma hati rindu kat isteri & anak aku kat kampung.
Terpandang-pandang kat mata aku muka diorang.

Lepas berbuka puasa, naik kat ofis semula, solat Maghrib, then aku cari takbir raya kat youtube. Semua versi aku layan. Versi Malaysia, versi imam Masjidil Haram dan lain-lain. Janji takbir raya, layann.

Alhamdulillah, aku rasa tenang. Aku dapat feel meraikan kemenangan. Alhamdulillah.

Tapi ada jugak sedihnya.

Sedih sebab Terpaksa berpisah dengan Ramadhan. Rasa macam tak cukup aku ambik kesempatan beramal super extra untuk Ramadhan tahun ni.

Dapat atau tak untuk jumpa lagi Ramadhan tahun depan, ALLAH jua yang maha Mengetahui.

Aidilfitri...

Yang specialnyer aidilfitri tahun ni sama tarikh dengan ulangtahun kelahiran isteri aku yang tercinta. Rakyat Malaysia (aku terkecuali pulak) dapat cuti umum masa sambutan ulangtahun kelahiran isteri aku. Hehehe.

Disababkan aku takleh buat panggilan atau menghantar sms sebab Celcom dah tak suka aku (hahaha), maka aku mesti mencari alternatif untuk mengucap wish "sayang, selamat menyambut ulangtahun kelahiran" kat isteri aku.

Nak send message via facebook, aku dah deactivate account (post lain aku cerita kenapa, insyaALLAH), nak guna telefon ofis, aku tak berani, nak cari public phone, agak jauh di mata. Nasib baik aku masih ingat pilihan last ni iaitu menghantar sms melalui email (in English, sending text message via email). Aku penah try send ke number sendiri dulu & boleh terima. So aku pun bukak email Yahoo, then anta sms kat number fon isteri aku. Aku Tawakkal pada ALLAH. Aku memang nak isteri aku terima sms dari email tu sebab aku memang nak ucap happy birthday kat dia. If dia kat umah lain la, walaupun dia dah tidur masa aku balik keje, at least aku boleh bisik kat telinga dia ucapanselamat tu. Tapi kali ni, jarak dan halangan teknikal aku memisahkan kami seketika.

(To my lovely wife, if you happen to read this post,I wish u a happy birtday. May ALLAH bless us with lots of love until our last breath.Amin)

Raya pertama.....Aidilfitri 1432H.2010.

Dengan berpakaian baju melayu teluk belanga kaler biru muda serta bersampin,tanpa songkok pasal nak jaga jambul, aku pun beraya kat rumah nenek aku. Ramai yang bertanya mana isteri & anak aku. Terfikir jugak aku nak tulis atas kad besar "isteri & anak saya di kampung isteri" & gantung kat leher (takkan gantung kat siku plak, yer tak?)Hahaha. Aku kenselkan niat senget aku tu & bgtau mereka yang tak tau tu yang isteri & anak aku kat kampung isteri. Aku bgtau jugak yang aku bertugas di hari lebaran yang mulia ini, jadi lebih elok dalam perkiraan aku untuk bagi isteri aku beraya di kampung dia bagi memeriahkan suasana di sana.

Alhamdulillah, aku sempat ziarah kubur arwah atuk, arwah adik & arwah sepupu. Semoga ALLAH melimpahkan rahmat ke atas roh-roh mereka. Amin.

Lepas solat Jumaat, aku raya lagi kat rumah nenek aku. Seperti yang dijangka, mak, abah & adik-beradik aku dah sampai. Mintak ampun & maaf dengan mak abah dan jugak adik beradik, maka aku rasa terlaksanalah apa yg aku nak buat masa raya. Cuma belum dapat bersalaman raya dengan isteri & anak tercinta.

InsyaALLAH, Esok aku nak gerak balik ke rumah mertua, then nak balik rumah mak abah pulak.

Untuk korang, aku ucapkan selamat hari raya aidilfitri, aku mintak maaf andai ada terkasar bahasa sama ada dalam perbualan 'live' atau melalui ayat-ayat & perkataan dalam blog ni. Semoga kita sama-sama mendapat keberkatan ALLAH di bulan Syawal yang mulia ini. InsyaALLAH.