Mereka yang pernah duduk asrama musti tau betapa truenya rasa di hati bila dapat keluar pekan hari Sabtu.Masa aku sekolah asrama di Gentam,Kuala Pilah dulu, setiap hari Sabtu berselang adalah giliran budak budak lelaki merayap di pekan Kuala Pilah. Sekolah 5 hari seminggu ditambah dengan prep petang dan prep malam serta pelbagai aktiviti sukan cukup melesukan jasmani dan rohani. Selain tidur atau membasuh pakaian secara berjemaah di kolah awam sambil menayangkan otot otot pejal kerana bermain ragbi, keluar pekan memang membantu mengurangkan tekanan tanggungjawab sebagai pelajar.
Untuk yang ketagih cendol, itu saatnya untuk melayan cendol air tangan mamak di hentian bas Kuala Pilah. Siapa yang singgah di Kuala Pilah tapi dengan sengaja melepaskan peluang untuk merasa cendol tanpa jenama itu, maka mereka memang akan merasa kehidupan pada hari itu tidak lengkap. Tapi itu dulu, sekarang ranking cendol tu dah jatuh merudum dalam carta cendol Asian Food channel. Cendol pakcik Kamil di Batu Kikir lagi layan kata mereka.
Untuk yang terasa ada bakat memetik gitar barang dua tiga kod, keluar pekanlah masanya untuk prektis dan jamming lagu sepultura atau creator walaupun hanya satu verse. Habis lemau pun lagu rock kapak yang baru belajar lepas kelas prep malam sebelumnya. Setidak tidaknya, budak budak Kuala Pilah akan respek walaupun pemain gitar memakai baju batik merah yang nampak skema. Dan jangan terkejut, ada di antara kaki kaki jamming ni ketika di sekolah adalah ahli geng surau. Kalau tidak, manakan mereka menggelar geng mereka geng sepultura keimanan. Sungguh kepala hotak.
Untuk yang menjadikan window shopping sebagai terapi minda, itulah masa untuk menengok nengok setiap barang yang ada dijual di setiap aras di Kuala Pilah Shopping Centre (KPSC) yang cuma setingkat setengah tu. Kalau tak membeli pun, dapat merembat pen Swan sebungkus dua dah kira tahap penyamun hebat. KPSC adalah pusat beli belah yang menyamai populariti StarHill di metropolitan Kuala Lumpur kerana penduduk sekitar radius 50 kilometer daripada pekan Kuala Pilah berkunjung ke sana saban minggu. Tapi dengarnya sekarang dah bertukar pengurusan sebab Pasaraya Aktif di Gentam lagi hebat tangkalnya.
Untuk yang bercinta cinta monyet, itu lah masa untuk membeli 'bahan' atau 'ration' untuk awek awek dan koleksi adik adik angkat (kepada yg berkemampuan) yang ada sebagai tanda kasih sejati. Bila dah dewasa sikit baru aku faham istilah 'ration' tu askar masuk hutan aje yang biasa gunakan. Paling koman pun yong tau fu (setiap satu dibungkus berasingan) atau mungkin sebungkus dua biskut chipsmore yang menyaingi biskut famos amos pada zaman itu akan ditapau untuk yang tercinta. Nota 'esok kita study sama sama kat kelas yer' juga diselitkan sebagai madah cinta.
Untuk yang tinggal di Kuala Pilah dan kawasan kawasan yang sewaktu dengannya, itu masanya untuk balik rumah merasa masakan mak walaupun minggu, minggu dan minggu sebelumnya, mak mak mereka pasti datang bawak barang sebungkus dua kue tiaw goreng yang memang terbaek dari ladang untuk dikongsi bersama rakan rakan sekepala. Dalam satu 'dorm' atau bilik asrama, tak semuanya sekepala. Ada yang memang faham kesunyian rakan rakan lain yang keluarga tidak dapat menjenguk. Yang jenis kurang sifat setiakawan biasanya makan bekalan makanan dalam loker atau di kelas dengan alasan 'pergi study' di tengahari hari minggu. Itu hak individu, 'this is free country la!' jerkah mereka dalam bahasa penjajah bila diajukan soalan pasal semangat berpasukan.
Untuk yang nak menunjuk gengster, keluar pekan hanya ada satu objektif; nak bawak masuk bekalan bahan terlarang (baca:rokok) yang dulu diistilahkan sebagai 'buri', ke dalam asrama. Modus operandi penyeludupan ada pelbagai. Bergantung kepada tahap rasa brader atau tak. Ada yang sorok dalam stokin yang dipakai untuk menambah aroma rokok. Ada juga yang jenis biadap yang selit dalam spender tanpa memikirkan kesan sampingan tambahan kepada pelanggan yang membeli nanti. Yang penting semangat kapitalis musti dihidupkan. Kalau sebatang rokok boleh untung 30 ke 50sen, kalau seratus batang? Memang sebulan penuh mampu makan di kantin berbayar ala ala ketua pemuda yang mampu makan dan minum di hotel hotel terkemuka walaupun tidak kelihatan bekerja. Tahap pemeriksaan di pondok kawalan masuk pula tidaklah seketat kawalan keselamatan di lapangan terbang JFK. Paling hebat pun pak guard gegar mintak kad kuning iaitu kad pelepasan keluar masuk. Takkan pak guard nak suruh bukak seluar atau nak raba raba? Itu akan dikira sebagai melanggar batas peribadi dalam perundangan kerana membuat 'body search' tanpa waran. Lagipun, apa nak yang dihairankan jika ada pelanggar undang indang cilik yang terlepas, pintu masuk KLIA pun orang boleh bolos, inikan pulak pintu masuk asrama? Apa barang?!
Dan untuk yang kaki video game, kedai game gomok berhadapan kedai nombor magnum 4d pasti penuh dari hari hari biasa bagaikan ada parti buih yang dianjurkan di situ. Kutu kutu dari sekolah asrama yang masuk biasanya akan menyamar sebagai penduduk setempat dengan menukar baju pakaian rasmi kepada pakaian santai. Konsep penyamaran sangat penting bagi mengelakkan aktiviti dihidu oleh pihak berwajib iaitu cikgu cikgu sekolah yang kebetulan lalu di kedai itu yang tujuan asal mereka lalu di situ mungkin boleh juga dipertikai di mahkamah jika didakwa. Bila main game pula wajib sampai puas. Biar sampai lengkap semua level untuk game itu, jadi geng geng video game lain tak boleh nak kencing. Biar sampai tergadai tanah mak bapak untuk bagi belanja pun tak apa. Yang penting pencapaian diutamakan. Baru jiwa ada rasa brader. Bila menang boleh masukkan nama samaran dalam ranking di mesin video tu yang mana gomok si tokeh kedai boleh padam bila2 masa yang dia teragak. Bila kalah, ditambah pulak kepingan syiling dua posen itu adalah yang terakhir yang sepatutnya jadi duit tambang bas untuk balik, maka cermin mesen mesen video itulah yang menerima padah jadi mangsa kena hentak. Maka dengan sebab itu gomok si tokeh kedai video terpaksa tampal notis amaran di serata kedai 'hantam cermin pechah bayar wang'. Tak tau lah di kala ini si gomok tu masih berniaga atau tidak.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
gua mmg ingat sgt time tu....
Post a Comment