ini bukan blog AirAsia
"graviti kuat buat kita rasa melekat dan tak rasa bumi ini berputar,
tapi graviti jugak tak kuat sebab burung burung masih boleh terbang tinggi.
Hebatnya ciptaan Tuhan."

Gadis Maghribi yang merubah Zeitgeist-Bahagian 2

Kah.............kah...........kah

Seperti yang dijangka dalam entri gadis maghribi yang merubah Zeitgeist sebelum ni, tajuk ini memang jadi hit dan andai ada wayang cerita gadis Maghribi maka pastinya ia telah layak digelar 'box office movie' dengan kutipan pecah panggung selepas 2 hari tayangan.

Nampaknya, ramai jejaka dan hero Malaya dah mulakan langkah mencari gambar gadis maghribi. Tak salah bro, memang tak salah. Semua orang MEMANG sedang mencari maklumat lanjut sekarang ni.

Kepada bujang bujang solo yang memang berniat nak berumahtangga dengan para gadis maghribi tu, teruskan niat anda. Benda baik jangan dilengahkan. Niat nak nikah ikut hukum kerana ALLAH, kan bagus? Sekurang kurangnya, anda semua berusaha.

Tapi...., kenapa ramai yang cari gambar aje? Saje nak tengok ke?
Kenapa tak contact jer brader yang keluar dalam cerita kat metro tu?

Mintak bantuan dia mana perlu, lepas tu cari harga tiket penerbangan atau kapal laut ke Maghribi, beli tiket dan berlepas!

Tapi jangan lupa bawak ibu bapa dan juru runding pulak!

Ada juga yang mencari isteri maghribi 14000, haa! yang jenis ni boleh nampak kesungguhannya. Mungkin mereka dah ada RM14000 dan sedia untuk berumahtangga.

Apa lagi bro? Jalan terus, jangan pandang belakang.

Kalau kat Malaysia, dengan RM14000 tu, orang kata, bajet yang tak berapa cukup untuk melangsungkan majlis perkahwinan. Orang kata la.

Duit hantaran:
Rasanya RM7000 dah jadi purata.(kelayakan dan demografi dikira berasingan)

Duit Kenduri:
Katering satu kepala RM12 (kot), jemputan 800 orang=RM9600

Kat situ jer dah jumlah RM16600.

Duit nak beli hadiah iringan hantaran belum kira lagi?
Duit nak sewa khemah dan pelamin berkonsepkan 'perkahwinan dalam taman rimba' belum kira lagi?
Duit upah Zakie photographer belum kira lagi? (hehe, promo sikit.zakie photographer ni ok, harga bagus dan hasil tak mengecewakan)
Duit karaoke redbox atau 'live band' belum kira lagi? (kalau perlu la)

Nampak tak berapa duitnya yang perlu ada untuk nak kahwin kat Malaysia, eh dengan gadis Malaysia ni?
Habis lemau pun RM20000-RM25573, kan?

Bukan la nak hantam cermin pechah bayar wang kat gadis gadis Malaysia ni, tapi ini bukan lagi isu peribadi para jejaka, ini isu nasional (haa mula dah nasionalis). Cuba tarik subsidi petrol tu tapi bagi pinjaman mudah alih untuk urusan perkahwinan (yang seadanya la), tanpa unsur riba, kan ke lagi hensem?

Ini katanya kurangkan subsidi, tapi harga barang naik, apa hal?
Pasal harga barang naik la nilai hantaran pun naik.
Pernah dengar ayat ni di mana mana majlis peminangan atau rundingan perkahwinan?

"Bukan la nak sampai dikata orang yang kami ni nak menjual anak bila letak hantaran tinggi, tapi maklum lah, hal nikah kahwin ni bukannya hal kecik, anak ni pun baru habis belajar ambik ijazah, duit gaji pun tak rasa lagi. Nak kenduri ni bukan sikit belanjanya, barang pun makin lama makin naik harga pung pang pung pang..."

Itu bukan dialog di Carcosa Seri Negara, itu dialog di kampung kampung, di taman taman perumahan. Itu dialog rakyat marhaen.

Fish!

Kepada yang ada duitnya tu ok la, takde la masalah sangat, tapi kepada yang tak berapa ada duitnya dan tergolong dalam golongan yang wajib kahwin, kasihannnn mereka. Kan? Nak buat camne? Hutang kat bank? Pinjam ah long? Memang gila!

Syukur aku dah berumahtangga muda muda lagi.

Jadi kepada jejaka jejaka Malaya yang berfikiran 'lebih baik berusaha mencari cara menikahi gadis Maghribi daripada buat maksiat', teruskan jer, niat tu dah elok, usah tunggu lagi.

Kena ingat bro, oleh sebab kapitalisma dah mencengkam kat Malaysia ni, ramai wanitanya pun katanya nak berkarier, nak ada gaji besau, ada pangkat besau. Bila yang bujang dah berkarier, ada pendapatan yang lebih daripada cukup untuk diri sendiri, kata mereka 'gua boleh tanggung diri gua dengan famili gua, apa jadahnya nak ada suami?'

Kalau pun mereka nak berkahwin, calon pasangan dimestikan pulak yang padan gayanya, yang padan pangkatnya, dan yang padan hartanya, sekufu (lah sangat!) katanya. Sekufu harta benda pulak yang jadi numero uno sedangkan sekufu tu boleh dilihat dari segi agama, iffah, keturunan, ketaqwaan kepada Allah s.w.t, akhlak dan lain-lain sudut.

Dah!.

Kepada bujang bujang yang berjaya menikahi para gadis Maghribi nanti, selamat melalui alam berumahtangga. Semoga kekal hingga akhir hayat. Amin.

Sekali lagi, kepada brader brader yang tak berapa bujang tu....
orang Negri Sembilan kato, "duduk ontok ontok" (diam diam).

kah!.............kah!.............kah!

Tolong doakan urusan kengkawan kita yang nak akhiri zaman bujang tu dipermudahkan oleh ALLAH lagi bagus.

Aku nak pegi makan.

0 comments:

Post a Comment