ini bukan blog AirAsia
"graviti kuat buat kita rasa melekat dan tak rasa bumi ini berputar,
tapi graviti jugak tak kuat sebab burung burung masih boleh terbang tinggi.
Hebatnya ciptaan Tuhan."

Jauh di mata dekat di hati

Di satu petang nan indah...

2 jam yang lepas, aku baru sms dengan adik aku pasal rumah mak yang dalam proses pembinaan. Air dah masuk, kerja kerja pendawaian letrik dah 80 peratus siap,rumput kapet bla bla bla..padang golf..

Lepas taip sms bertanya khabar dengan epilog rindu untuk madam aku yang jauh di mata, dekat di hati, skrin telefon murah aku menunjukkan sms yang siap ditaip sedang meluncur untuk dihantar. Itupun lepas aku tekan butang 'send'.

Bunyi "Tet!" berserta paparan "Message sending failed!" pada skrin Norkiah 6680 mengganggu jiwa romantik aku masa tu.

"Apa hal ni? Tadi elok jer peginya, dah kena bar (lagi) ke line aku ni?" hatiku memberontak rasa nak mencarut memaki Selkom. Aku tahan.

Aku dail nombor madam.

"Madam, ada cuba hantar atau terima apa apa sms hari ni?" aku aju soalan pada madam selepas memberi salam tabik hormat.

"Takde pulak, kenapa? Line Selkom ni pun macam haram jer arini." Bunyi komen berunsur pemberontakan pada nada suara madam di hujung talian.

"Hmm...ingatkan line ni dah kena bar dengan Selkom, try hantar sms tak lepas, tapi kol ni boleh pulak. Takpelah, nanti tanya Selkom apa hal." aku respon dengan hormat.

Selesai perbualan romantik dengan madam, aku dial nombor customer service Celcom, eh Selkom.

"Ha! selamat petang, dengan siapa saya bercakap ni?" Aku tanya dengan suara kontrol garang.

"Saya Lisa (bukan nama sebenar) encik Keheng. Apa yang boleh saya bantu hari ini?"

Bukan main lembut dia bertanya. Ceh!

"Ni saya nak tanya, line ada masalah apa apa ke arini? Ada network issue? Ada maintenance kat mana mana? Tiba-tiba saya tak boleh hantar sms ni kenapa?" Aku tembak sekali empat-dalam-satu punya pakej soalan.

"Sebentar encik keheng, saya periksa"

Masih sabar awek tu dengan kegarangan aku. Bagus cara dia menangani pelanggan cerewet macam aku.

"Err..encik keheng, daripada maklumat yang kami ada, memang ada sedikit masalah teknikal dengan talian hari ini. Kami sedang 'troubleshoot' masalah ni. Harap encik bersabar"

"Ha! Ada estimate bila hal ni akan selesai?Apasal tak beritahu awal awal yang line ada masalah?" aku terjah dengan lagak ngeri.

"Belum ada estimate lagi encik. Encik boleh terus cuba lagi dalam masa 1 jam. Andai ada masalah lagi, encik boleh hubungi kami semula" terang awek tu. Rasanya itu jawapan skrip yang sedia ada.

"Saya nak hal ni settle secepat mungkin. Kalau tak settle jugak dalam masa 1 jam, esok saya tukar network!" aku sound dengan 'pitching' tinggi sambil tekan butang letak kuat kuat (kononnya hempas telefon).

1 jam berlalu...

Aku saja godek godek (baca:tekan tekan semua butang) henfon sambil tengok senarai 'contacts', baca sms lama yang aku belum rasa nak padam.

Bila sampai kat 'software manager', aku perasan sesuatu yang agak pelik.

"Bila masa aku 'install apps' ni? apa kejadahnya ni?" aku merengus sambil 'delete' applikasi yang masuk tanpa jemputan tu.

Henfon aku tiba tiba 'hang' (sangkut;tiada pergerakan;tidak berfungsi) lepas aku 'delete apps' haram jadah tu.

Bila aku 'restart' henfon.....
...
...
...
...
Lalalala...
satu persatu sms yang 'pending' dalam 'outbox' semua meluncur laju mencari nombor penerima masing masing. Dalam mili saat yang sama, beberapa sms baru pulak mengambil tempat dalam 'inbox' aku.

Hampeh!

(dalam hati, aku hantar pesanan telepati kepada budak selkom tu.."lantak kau la awek, sapa suruh kau keje customer service!Dapat 5 pelanggan yang belagak gah macam aku, mungkin kau MC esok hari)

Moralnya:
Pastikan telefon bimbit itu bekerja pada tahap optimum sebelum meletakkan beban tak berpatutan kepada orang lain.

Bonyong! (itu istilah yang Ammar guna yang bermaksud...bengong!)

0 comments:

Post a Comment