Selalunya, bila aku tengok gambar anak aku Ammar Muktafi posing ala-ala the next superstar, hati aku terusik.
'dah makin besar dan bijak anak aku ni. Dah pandai bergaya pun' kata hati aku.
Maknanya, dah makin berusia aku ni.
Sekarang ammar dah 2 tahun 1 bulan dan secara kiraan simple unjuran matematik, usia aku dah bertambah sebanyak tu bila dikira dari saat kelahiran ammar. Kejap jer rasanya.
Pantas sangat ke masa berlalu? Entahlah. Kurang minat plak aku nak kira kelajuan masa ni.
Bab posing-posing untuk fotografi ni, memang ammar tak kekok (ikut mood dia la).
Setakat fokus kat lens kamera sambil say 'cheese' tu hal kecik je pada ammar. Mudah je dia buat.
Lagi-lagi sejak dia pandai pakai sunglass ala-ala rayban wayfarer tu. Bukan main lagi.
Biasanya, bila naik kereta waktu pagi dan tengahari, dia mesti kata 'iyau' bila terkena sinaran matahari dan dia mesti cari dan pakai sunglass dia tu. Then bila berhenti kat traffic light, mesti driver kereta sebelah senyum-senyum dan lambai-lambai kat ammar bila perati dan perasan ammar bergaya dengan wayfarer dia tu.
Gambaran keletah-keletah ammar tu la yang sentiasa playback kat fikiran aku especially bila aku stress, bila aku rasa nak giveup dengan usaha yang belum berhasil dan bila aku berduka (eh,aku berduka ke?).
Itulah antara cara pengubat aku dalam menangani tekanan.
Cerita pasal posing ala superstar ni, bukan niat aku nak mendidik dia jadi superstar. Itu mungkin gaya spontan dia based on idea yg di input.
Segala yang aku usahakan selama ni hanya untuk pastikan dia dapat pendidikan yang terbaik, untuk kegunaan dunia dan akhirat (keutamaan).
Rasanya,aku takkan tinggalkan kekayaan harta untuk generasi aku. Lagipun,aku blum dapat sediakan kekayaan harta tu. :-)
Apa yang aku nak pastikan, aku nak tinggalkan bekalan ilmu dunia dan akhirat yang cukup. Pandai-pandai la mereka (generasiku) olah ilmu yang ada untuk lalui kehidupan ni.
Bukan apa, dah banyak sangat contoh yan aku tengok pasal kerenggangan institusi keluarga, perbalahan adik beradik dan sedara mara, sampai memutuskan silaturrahim bila tak puas hati dengan pengagihan harta bila orang tua dah meninggal dunia.
Pasal sebidang tanah sekangkang kera pun nak berbalah dan bermusuh?
Apa kejadahnya semua ni?
Ada kes yang lagi parah, mak bapak masih hidup tapi anak-anak dah mula berebut-rebut dan mengungkit-ungkit bahagian (especially tanah) masing-masing.
Sedara sedari, nak bawak sampai ke mana harta atau tanah yang tak seberapa tu?
Bila disoal dalam kubur bila dah mati nanti, malaikat munkar nakir ada tanya pasal list tanah yang kita ada ke?
Kat Padang Mahsyar, masa Allah soal ke mana kita belanjakan dan apa kita buat dengan hasil tanah 'berjuta-juta' yang kita dapat masa kat dunia, kita bleh ingat ke?
Jadi, dari pengalaman, pendedahan dan kerisauan itulah datangnya keputusan aku untuk tidak membahagi-bahagikan sebarang bentuk harta pusaka kepada generasi aku. Risau pulak aku ada yang tak mampu memikul amanah sebaiknya. Hujung-hujung, aku yang dah takde masa tu pulak yang diorang persalahkan.
Sekalipun aku berharta di saat-saat akhir kehidupan aku di dunia ni, akan aku amanahkan untuk segala hutang piutang aku, kecik dan besar, dilangsaikan dengan harta tersebut. Ada berlebih? Ada baiknya aku wakafkan atau sedekahkan ke jalan Allah.
Semestinya aku mendidik dan mengingatkan agar generasiku mengirim doa untuk kesejahteraan muslimin dan muslimat yang masih hidup dan yang telah meninggal dunia, tapi andainya mereka yang hidup terlalai dengan limpahan harta dunia yang ditinggalkan camne?
Apa lagi sumber bantuan kami 'di sana' apabila tiadanya kiriman doa anak-anak yang soleh dan solehah?
Point sampingan untuk post ini, kepada mak mak, bapak bapak yang beria-ia nak jadikan anak(anak) mereka superstar dunia tu, fikir-fikirkan lah natijahnya.
Rasanya, tak perlulah bersusah payah (hantar gi audition,emo gila-gila,sokong bagai nak rak) menjerumuskan anak-anak tu ke dunia glamer yang tak mungkin langsung membantu bila kita dan mereka dah dipanggil kembali ke rahmatullah.
Kenapa perlu berusaha keras untuk hal duniawi (yang bahagian picisan plak tu) yang sementara sedangkan akhirat tu lagi lama, berpanjangan dan tanpa sempadan?
Adakah kealpaan kita dengan kekayaan melampau (sampai menunjuk-nunjuk) dan keglameran dunia dapat membantu kita melepasi dengan jayanya soal jawab kubur, hitungan di Padang mahsyar dan seterusnya melintasi siratul mustaqim kelak?
Cukupkah kita cuma mengetahui tanpa menyedari?
Mempelajari tanpa memahami?
Adakah kita sebenar-benar meyakini dan bersedia menghadapi janji Allah yang pasti itu?
So you want to be the next top superstar?
Marilah kita sama-sama fahami, hayati dan dalami.
Semoga kita sentiasa Allah kurniakan hidayah untuk menuju jalan yang lurus bersesuaian dengan pengertian salah satu ayat dalam surah Al-Fatihah yang diwajibkan kita bacakan di dalam solat 5 waktu, sehari semalam. Amin
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment