ini bukan blog AirAsia
"graviti kuat buat kita rasa melekat dan tak rasa bumi ini berputar,
tapi graviti jugak tak kuat sebab burung burung masih boleh terbang tinggi.
Hebatnya ciptaan Tuhan."

itu aje suriafm dah makin gila

2010 dah nak punch out lagi 1 hari.

itu aje suriafm masih belum ada peneka yang berjaya (iye ke?aku tak tau, dah kurang ikut sebab terkadang bangun lambat).

Duit terkumpul makin membukit.
Kalau dapat RM30ribu awal awal tahun ni bagus juga yer...(kalau la)

Aku dah mula rasa aura kemenangan dah makin dekat.

Bukan aku la...orang lain.
Orang yang kaji klip lagu tu.
Orang yang sibuk memadankan gelombang klip lagu tu dengan lagu lagu zaman 90an.
Orang yang rajin bangun pagi dan dengar breakfast @ suriafm lepas subuh.
Orang yang tak putus asa mencuba dail sampai jari melecet, sampai kuku patah.
Orang yang dah pernah salah tekaannya (yang dibuat secara rawak).

Itulah pemenangnya nanti.

Aku memang tak lepas la pasal kelayakan rajin bangun pagi dan dengar breakfast @ suriafm lepas subuh tu aku gagal.
Bukannya aku tak rajin bangun pagi, cuma lepas subuh aku tak dengar suriafm.
Aku cuma dengar kicauan burung (ececeh!)

Jadi, lepas entri kegilaan itu aje @ suriafm, aku ingat nak menamatkan siri itu aje @ suria fm ni, aku nak fokus dengan Siri Merecek pulak.

Tapi buat masa ni kena tunggu dulu entri finale tu. Nak tengok dulu (mungkin sehari empat hari) berapa jauh kegilaan ni akan berterusan.

Dalam entri finale tu nanti, andainya masih belum ada pemenang, aku nak uwar warkan lagu apa yang ada dalam tekaan aku. Bukan la nak kata lagu yang aku teka tu pasti betul, cuma memandangkan aku tak dapat nasib baik nak tembus talian, ada lagi baik aku teka kat sini.

Kepada yang nak klip lagu iti aje tu, sila teruskan email aku. Jangan malas. Terus usahakan. Mana la tau, ada rezeki tahun baru.

Aku nak sound sekali lagi, bila dah dapat peluang untuk teka, biar teka cara bergaya.Biar teka cara orang memenuhi syarat pembayang yang ada. Tak betul tak apa, asalkan bergaya dan ensem.

Kalau malas nak kaji pembayang tapi nak jugak teka...bila dah ke udara nanti, bagitau Halim Othman, nama artis tu A.Aida!

Siri Merecek:Tudung apa?

Ni rancangan baru. Aku namakan Siri Merecek (sebut:me-reh-chek). Untuk siri pengenalan ni, biar aku cerita sikit dari mana munculnya perkataan me-reh-chek ni.

Satu pagi, masa aku tengah sibuk kat ofis macam tukang tampal poster pilihanraya, aku dapat sms dari adik aku.

[haha, tadi ammar masuk bilik dia tanya 'apa awak merecek ni auntie?']

Aku yang tengah sibuk tiba tiba boleh gelak kuat kuat. Nasib baik aku sorang je kat ofis.

Kalau ikut dialog cerita ultraseven yang ammar tiru tu, ayat tu sepatutnya berbunyi,

"apa yang awak merepek ni?"

Sekali 'merepek' sudah jadi 'merecek' daa.

Ok, Siri Merecek ni aku nak pula pasal cerita tudung. Tudung apa?

Haa..kat Malaysia ni banyak giler jenis tudung. Dulu ada tudung dubai, lepas tu ada tudung ekin. Kemudian lagi ada tudung Ariani. Dan lagi kemudian macam macam maklah nama tudung yang muncul dalam arena pertudungan di Malaysia termasuk tudung ratu, tudung pearlhaya dan ramai lagi.

Habis, apa masalahnya?

Ok je, takde masalah.
Cuma unik. Masa zaman nenek nenek, zaman mak mak dulu, pedulik hapa diorang nama nama tudung ni. Habis grand pun tudung manik. Asal boleh sarung kat kepala, takde anak rambut terkeluar(rambut halus yang terjulur julur kat dahi tu, kan?), jalan terus. Pilihan warna tudung mungkin juga dititikberatkan supaya tak kelihatan macam neng neng yang datang terus dari Indon. Cun gak diorang dolu dolu!

Tapi sekarang, industri pertudungan dah begitu dikomersilkan. Dah dikapitaliskan. Dah diAirAsiakan. Ada tambah nilai fizikal skit, maknanya duitnya kena tambah jugak. Nak buat macam mana, idea itu duit dan duit itu idea. Tak caya tanya Tony Fernandes.

Aku takde la nak cerita banyak banyak pasal koleksi tudung ni, aku cuma bagitau dari dimensi yang aku pandang. Memang bagus sebab ramai usahawan tudung online yang terhasil. Setidaknya, mak mak yang suri rumah sepenuh masa tu boleh buat bisnes dari rumah. Cara nak berniaga pun mudah, order stok tudung, sarungkan setiap jenis tudung yang berlainan kaler kat kepala patung botak, ambik gambar, buat katalog, upload kat blog dan....tunggu pesanan. Kaedah cik bedah yang suka menjaja cerita sambil melawat pelusuk desa banyak diaplikasikan dalam mempromosikan perniagaan tudung ni. Eleh, orang pompuan ni, sorang kata cantik jer, yag lain akan pakat beli. Mudah kan. Tak perlu portal mudah.my pun.

Ok, aku ada terbaca sorang geng yang ada gak merecek pasal koleksi fesyen tudung muslimah terkini ni. Senang senang, lapang lapang, santai santai boleh jenguk. Dia punya dimensi pasal tudung ni lagi haru.

*aku suka tengok cara madam hembus hembus anak rambut kat dahi masa pakai tudung. Gaya yang sweet!

Kegilaan 'itu aje@suriafm'

Aku suka...
Hari ke hari, email aku makin berisi dengan permintaan klip hujung lagu untuk 'itu aje@suriafm'.

Kepada yang dah terima klip tu, selamat mencuba menembusi talian aku ucapkan. Setiap hari Isnin hingga Jumaat, 2 kali peluang dibuka. Sekitar pukul 7.15 pagi & sekitar jam 8.15 pagi.

Setakat yang aku ingat, jumlah duit terkumpul dah nak cecah RM29 ribu.
Kepada mereka yang dah ada simpanan RM100 ribu, jumlah tu mungkin tak banyak.
Kepada mereka yang hari hari dapat 'duit kopi', jumlah itu mungkin tak banyak.
Kepada mereka yang bergaji tetap RM16ribu sebulan, jumlah itu tidaklah hebat.

Tapi jumlah Rm29 ribu itu bersamaan pendapatan SETAHUN untuk mereka yang bergaji RM2400 sebulan.
Gaji RM2400 sebulan tu tidak mungkin dipegang oleh pekerja syarikat penerbangan yang hanya dibayar gaji pokok RM900 + 'Personal Allowance RM500 + 'Excess Baggage Allowance RM300 + 'Overtime' RM300 (kalau ada).
Gaji sejumlah itu hanya mungkin dimiliki oleh pegawai khidmat pelanggan di kawasan pejabat berdekatan Tropicana di Kota Damansara ataupun pegawai sokongan pelanggan di Cyberjaya.

Aku pun ada jugak dua tiga kali mencuba nasib untuk menembusi talian tu, cuma, seperti biasa, kesibukan talian tu mengalahkan talian TELEDERA (ada lagi ke talian ni?).
Mungkin aku tak bersungguh sungguh mencuba.

Cuma kadang kadang aku rasa agak 'sakit hati dan rasa nak ketuk kepala dengan tetikus tanpa wayar' kepada peneka peneka yang berjaya menembusi talian.

Antara pembayang untuk klip lagu tu ialah..."Nama artis ada huruf A"
Jadi mana datangnya jawapan..

"Bang Halim, saya teka tajuk lagu tu Sejiwa, nama artis SPRING"

Lagi baik teka nama artis tu A.Aida..dah tentu banyak "A" nyer.

Bunguks!

Bila bila aku dengar peneka peneka yang tegar sangat meneka hanya berpandukan kuasa bionik telinga yang tersumbat tu, dan jawapan itu semestinya salah, aku mesti baling walkie talkie kat dinding jamban.
Dah 3 kali aku buat. Terbukti walkie talkie tak dapat menembusi dinding.

Aku harap mereka yang mintak klip lagu daripada aku tak mengulangi kebungukskan tu.

Tolong la.

Di samping melekatkan klip yang aku rekod tu, aku juga ada memberitahu mana aku dapat klip tu, apa yang aku dah buat dengan klip tu, software apa aku guna dan apa yang korang kena buat walaupun korang ada salinan klip stengah saat tu.
Pandai pandai la olah. Takkan itu pun aku nak suap gak?

Tolong la tunjuk yang korang dah study klip tu, dah study para pembayang yang diberi. Abis malas pun korang nak masuk site suriafm, aku dah siap kan dalam entri asal itu aje @ suria fm. Abis malas pun korang nak baca, korang suruh la anak sedara sesapa yang baru belajar membaca tu bacakan.

Tolong la serlahkan tahap intelligent walaupun hanya dalam membuat tekaan tajuk lagu kat radio.

Tolong la jangan buat sampai aku baling lagi 18 walkie talkie kat dinding.

Kalau pun aku tak dapat dengar sapa pemenangnya nanti, tolong la bagi aku dengar peneka yang bijak dan bergaya.

Kepada korang yang kata korang teka untuk suka suka so tak payah seius serius, dan tetiba kalau korang menang, tolong la 'suka suka' sedekahkan duit tu semua kat anak anak yatim.
Yer, semua.

Dan abis malas korang nak study klip dan pembayang lagu tu, korang bagi la jawapan guna tajuk lagu dan nama artis yang ada dalam kepala hotak aku ni....

kah!..........kah!.........kah!

Jauh di mata dekat di hati

Di satu petang nan indah...

2 jam yang lepas, aku baru sms dengan adik aku pasal rumah mak yang dalam proses pembinaan. Air dah masuk, kerja kerja pendawaian letrik dah 80 peratus siap,rumput kapet bla bla bla..padang golf..

Lepas taip sms bertanya khabar dengan epilog rindu untuk madam aku yang jauh di mata, dekat di hati, skrin telefon murah aku menunjukkan sms yang siap ditaip sedang meluncur untuk dihantar. Itupun lepas aku tekan butang 'send'.

Bunyi "Tet!" berserta paparan "Message sending failed!" pada skrin Norkiah 6680 mengganggu jiwa romantik aku masa tu.

"Apa hal ni? Tadi elok jer peginya, dah kena bar (lagi) ke line aku ni?" hatiku memberontak rasa nak mencarut memaki Selkom. Aku tahan.

Aku dail nombor madam.

"Madam, ada cuba hantar atau terima apa apa sms hari ni?" aku aju soalan pada madam selepas memberi salam tabik hormat.

"Takde pulak, kenapa? Line Selkom ni pun macam haram jer arini." Bunyi komen berunsur pemberontakan pada nada suara madam di hujung talian.

"Hmm...ingatkan line ni dah kena bar dengan Selkom, try hantar sms tak lepas, tapi kol ni boleh pulak. Takpelah, nanti tanya Selkom apa hal." aku respon dengan hormat.

Selesai perbualan romantik dengan madam, aku dial nombor customer service Celcom, eh Selkom.

"Ha! selamat petang, dengan siapa saya bercakap ni?" Aku tanya dengan suara kontrol garang.

"Saya Lisa (bukan nama sebenar) encik Keheng. Apa yang boleh saya bantu hari ini?"

Bukan main lembut dia bertanya. Ceh!

"Ni saya nak tanya, line ada masalah apa apa ke arini? Ada network issue? Ada maintenance kat mana mana? Tiba-tiba saya tak boleh hantar sms ni kenapa?" Aku tembak sekali empat-dalam-satu punya pakej soalan.

"Sebentar encik keheng, saya periksa"

Masih sabar awek tu dengan kegarangan aku. Bagus cara dia menangani pelanggan cerewet macam aku.

"Err..encik keheng, daripada maklumat yang kami ada, memang ada sedikit masalah teknikal dengan talian hari ini. Kami sedang 'troubleshoot' masalah ni. Harap encik bersabar"

"Ha! Ada estimate bila hal ni akan selesai?Apasal tak beritahu awal awal yang line ada masalah?" aku terjah dengan lagak ngeri.

"Belum ada estimate lagi encik. Encik boleh terus cuba lagi dalam masa 1 jam. Andai ada masalah lagi, encik boleh hubungi kami semula" terang awek tu. Rasanya itu jawapan skrip yang sedia ada.

"Saya nak hal ni settle secepat mungkin. Kalau tak settle jugak dalam masa 1 jam, esok saya tukar network!" aku sound dengan 'pitching' tinggi sambil tekan butang letak kuat kuat (kononnya hempas telefon).

1 jam berlalu...

Aku saja godek godek (baca:tekan tekan semua butang) henfon sambil tengok senarai 'contacts', baca sms lama yang aku belum rasa nak padam.

Bila sampai kat 'software manager', aku perasan sesuatu yang agak pelik.

"Bila masa aku 'install apps' ni? apa kejadahnya ni?" aku merengus sambil 'delete' applikasi yang masuk tanpa jemputan tu.

Henfon aku tiba tiba 'hang' (sangkut;tiada pergerakan;tidak berfungsi) lepas aku 'delete apps' haram jadah tu.

Bila aku 'restart' henfon.....
...
...
...
...
Lalalala...
satu persatu sms yang 'pending' dalam 'outbox' semua meluncur laju mencari nombor penerima masing masing. Dalam mili saat yang sama, beberapa sms baru pulak mengambil tempat dalam 'inbox' aku.

Hampeh!

(dalam hati, aku hantar pesanan telepati kepada budak selkom tu.."lantak kau la awek, sapa suruh kau keje customer service!Dapat 5 pelanggan yang belagak gah macam aku, mungkin kau MC esok hari)

Moralnya:
Pastikan telefon bimbit itu bekerja pada tahap optimum sebelum meletakkan beban tak berpatutan kepada orang lain.

Bonyong! (itu istilah yang Ammar guna yang bermaksud...bengong!)

Gadis Maghribi yang merubah Zeitgeist-Bahagian 2

Kah.............kah...........kah

Seperti yang dijangka dalam entri gadis maghribi yang merubah Zeitgeist sebelum ni, tajuk ini memang jadi hit dan andai ada wayang cerita gadis Maghribi maka pastinya ia telah layak digelar 'box office movie' dengan kutipan pecah panggung selepas 2 hari tayangan.

Nampaknya, ramai jejaka dan hero Malaya dah mulakan langkah mencari gambar gadis maghribi. Tak salah bro, memang tak salah. Semua orang MEMANG sedang mencari maklumat lanjut sekarang ni.

Kepada bujang bujang solo yang memang berniat nak berumahtangga dengan para gadis maghribi tu, teruskan niat anda. Benda baik jangan dilengahkan. Niat nak nikah ikut hukum kerana ALLAH, kan bagus? Sekurang kurangnya, anda semua berusaha.

Tapi...., kenapa ramai yang cari gambar aje? Saje nak tengok ke?
Kenapa tak contact jer brader yang keluar dalam cerita kat metro tu?

Mintak bantuan dia mana perlu, lepas tu cari harga tiket penerbangan atau kapal laut ke Maghribi, beli tiket dan berlepas!

Tapi jangan lupa bawak ibu bapa dan juru runding pulak!

Ada juga yang mencari isteri maghribi 14000, haa! yang jenis ni boleh nampak kesungguhannya. Mungkin mereka dah ada RM14000 dan sedia untuk berumahtangga.

Apa lagi bro? Jalan terus, jangan pandang belakang.

Kalau kat Malaysia, dengan RM14000 tu, orang kata, bajet yang tak berapa cukup untuk melangsungkan majlis perkahwinan. Orang kata la.

Duit hantaran:
Rasanya RM7000 dah jadi purata.(kelayakan dan demografi dikira berasingan)

Duit Kenduri:
Katering satu kepala RM12 (kot), jemputan 800 orang=RM9600

Kat situ jer dah jumlah RM16600.

Duit nak beli hadiah iringan hantaran belum kira lagi?
Duit nak sewa khemah dan pelamin berkonsepkan 'perkahwinan dalam taman rimba' belum kira lagi?
Duit upah Zakie photographer belum kira lagi? (hehe, promo sikit.zakie photographer ni ok, harga bagus dan hasil tak mengecewakan)
Duit karaoke redbox atau 'live band' belum kira lagi? (kalau perlu la)

Nampak tak berapa duitnya yang perlu ada untuk nak kahwin kat Malaysia, eh dengan gadis Malaysia ni?
Habis lemau pun RM20000-RM25573, kan?

Bukan la nak hantam cermin pechah bayar wang kat gadis gadis Malaysia ni, tapi ini bukan lagi isu peribadi para jejaka, ini isu nasional (haa mula dah nasionalis). Cuba tarik subsidi petrol tu tapi bagi pinjaman mudah alih untuk urusan perkahwinan (yang seadanya la), tanpa unsur riba, kan ke lagi hensem?

Ini katanya kurangkan subsidi, tapi harga barang naik, apa hal?
Pasal harga barang naik la nilai hantaran pun naik.
Pernah dengar ayat ni di mana mana majlis peminangan atau rundingan perkahwinan?

"Bukan la nak sampai dikata orang yang kami ni nak menjual anak bila letak hantaran tinggi, tapi maklum lah, hal nikah kahwin ni bukannya hal kecik, anak ni pun baru habis belajar ambik ijazah, duit gaji pun tak rasa lagi. Nak kenduri ni bukan sikit belanjanya, barang pun makin lama makin naik harga pung pang pung pang..."

Itu bukan dialog di Carcosa Seri Negara, itu dialog di kampung kampung, di taman taman perumahan. Itu dialog rakyat marhaen.

Fish!

Kepada yang ada duitnya tu ok la, takde la masalah sangat, tapi kepada yang tak berapa ada duitnya dan tergolong dalam golongan yang wajib kahwin, kasihannnn mereka. Kan? Nak buat camne? Hutang kat bank? Pinjam ah long? Memang gila!

Syukur aku dah berumahtangga muda muda lagi.

Jadi kepada jejaka jejaka Malaya yang berfikiran 'lebih baik berusaha mencari cara menikahi gadis Maghribi daripada buat maksiat', teruskan jer, niat tu dah elok, usah tunggu lagi.

Kena ingat bro, oleh sebab kapitalisma dah mencengkam kat Malaysia ni, ramai wanitanya pun katanya nak berkarier, nak ada gaji besau, ada pangkat besau. Bila yang bujang dah berkarier, ada pendapatan yang lebih daripada cukup untuk diri sendiri, kata mereka 'gua boleh tanggung diri gua dengan famili gua, apa jadahnya nak ada suami?'

Kalau pun mereka nak berkahwin, calon pasangan dimestikan pulak yang padan gayanya, yang padan pangkatnya, dan yang padan hartanya, sekufu (lah sangat!) katanya. Sekufu harta benda pulak yang jadi numero uno sedangkan sekufu tu boleh dilihat dari segi agama, iffah, keturunan, ketaqwaan kepada Allah s.w.t, akhlak dan lain-lain sudut.

Dah!.

Kepada bujang bujang yang berjaya menikahi para gadis Maghribi nanti, selamat melalui alam berumahtangga. Semoga kekal hingga akhir hayat. Amin.

Sekali lagi, kepada brader brader yang tak berapa bujang tu....
orang Negri Sembilan kato, "duduk ontok ontok" (diam diam).

kah!.............kah!.............kah!

Tolong doakan urusan kengkawan kita yang nak akhiri zaman bujang tu dipermudahkan oleh ALLAH lagi bagus.

Aku nak pegi makan.

Gadis Maghribi yang merubah Zeitgeist

Ikut isinya, berita the star ni kata carian tertinggi di Malaysia untuk tahun 2010 ialah Proton Inspira.

Rasanya betul. Itu statistik mereka.

Tapi mulai esok, ikut isi cerita kat metro ni pulak, nampak akan ada perubahan besar untuk carian google terbanyak di Malaysia.

Tajuknya?

Rasanya...
gadis maghribi
atau
cara berkenalan dengan gadis Maghribi
atau
cara melangsungkan perkahwinan dengan RM14000
atau
cari kenalan di Maghribi
atau
gambar gadis Maghribi
atau
RM14000 boleh kahwin ke?
atau..

segala-galanya yang berkaitan dengan gadis Maghribi dan RM14000 untuk kahwin.

Kepada bujang bujang yang rasa payah sangat nak cari calon isteri kat Malaysia sebab banyak perkara mudah yang disusahkan, maka apa yang perlu anda sediakan?

Iman yang kuat.

Laa..kata nak jadi suami?

Dah jadi suami lagi iman nak kena kuat bang, nak jadi ketua, nak jadi nakhoda, nak jadi kapten, tau!

Kepada bujang bujang yang berjaya memperisterikan gadis gadis Maghribi tu nanti, selamat pengantin baru. Moga berkekalan hingga ke akhir hayat. Amin.

Kepada brader brader yang tidak bujang tapi masih juga memasang angan angan untuk mencari isteri di kalangan gadis maghribi....

Brader sila duduk ontok ontok (diam diam).

kah! ...........kah!..........kah!

cicak tokek dan ferrari

7 disember 2010

Lokasi:
Stesen minyak jenama kerang di Gombak
Jenis kereta:
Ferrari Scuderia
Asal usul:
Itali
Harga:
kurang lebih RM 2 juta
Kelebihan teknikal:
boleh baca sendiri kat sini
Rupa Ferrari 430 Scuderia:


Takde apa pun, cuma pakcik yang ada Ferrari tu sempoi jer isi angin 4 tayar Ferrari dia kat stesen minyak. Scene yang agak 'rare' pada kacamata aku.
Yer la, kereta tu harga juta juta, patutnya masa servis dah sure tip top semua. Mungkin dia rasa steering tak best kot, tu yang pegi tambah angin kasi belen skit. Entah.

9 Disember 2010

Lokasi:
sebuah pekan kecil di utara Malaysia
Jenis haiwan:
cicak tokek
Asal usul:
tanya google
Harga jualan:
1) 400 gram = RM1.5juta
2) 500 gram = RM5juta
3) 600 gram = RM7.5juta
4) 700 gram = RM10juta
5) 800 gram = RM12.5juta
6) 900 gram = RM17.5juta
hahaha..ramainyer harga dia!
Tak cukup mahal?
Ada lagi senarai dia...ada lagi:
7)1Kg = RM 15 Juta
8)2Kg = RM 25 Juta
Kelebihan teknikal:
entah la,cari kat google, kat forum di MALAYSIA (sahaja), 'orang kata' itu la, ini la pasal 'kelebihan' cicak tokek ni.
contoh ayat:
"...tetapi haiwan itu mempunyai nilai tinggi di pasaran kerana "didakwa" mempunyai khasiat mujarab untuk merawat pelbagai penyakit termasuk HIV/AIDS...."

kah!..............kah!.............kah!

Baru "didakwa" orang dah giler hype dengan cicak ni.
Bayangkan kalau tiba tiba ada bukti saintifik, silap silap mau kena jajah balik pasal cicak tokek ni.

Kepada usah hawan yang baru nak bermula dengan keluarga spesis tokek ni, bleh mula kecil kecilan dengan membeli di sini.
Harga serendah USD 18.69 sahaja.
Ini gambarnya:



Comel kan?

Tapi....
Tak tau la kalau itu jenis tokek yang digilai.
Tak tau la kalau itu jenis tokek yang juta juta juta harga jualnya.
Sebab....
Ada yang katanya nak yang bintik oren.
Ada yang katanya nak yang bintik merah.
Ada yang katanya nak yang mata hitam.
Ada yang katanya nak yang mata kuning.
Ada yang katanya nak yang lidah bercabang.
Ada yang katanya nak yang boleh sebut 'hello!, my name is boboi!'
Ada yang katanya nak....
ambik gambar jer dulu.
Jadi...
Kalau ada yang datang tapi katanya nak ambik gambar dulu,
Cas lah masa ambik gambar tu.
Sekeping seploh hengget. Bayar di kaunter.
Kalau tak dapat jual pun, kurang kurang ada duit gambar.

Dan kalau dah dapat juta juta juta tu, beli la Ferrari sebijik (baru 2 juta, ada belen banyak juta lagi tu), spray la kaler polka dot macam cicak tokek tu.
Baru 'rare'!
Baru cicak tokek rasa dihargai.

Kedai game gomok:hantam cermin pechah bayar wang

Mereka yang pernah duduk asrama musti tau betapa truenya rasa di hati bila dapat keluar pekan hari Sabtu.Masa aku sekolah asrama di Gentam,Kuala Pilah dulu, setiap hari Sabtu berselang adalah giliran budak budak lelaki merayap di pekan Kuala Pilah. Sekolah 5 hari seminggu ditambah dengan prep petang dan prep malam serta pelbagai aktiviti sukan cukup melesukan jasmani dan rohani. Selain tidur atau membasuh pakaian secara berjemaah di kolah awam sambil menayangkan otot otot pejal kerana bermain ragbi, keluar pekan memang membantu mengurangkan tekanan tanggungjawab sebagai pelajar.

Untuk yang ketagih cendol, itu saatnya untuk melayan cendol air tangan mamak di hentian bas Kuala Pilah. Siapa yang singgah di Kuala Pilah tapi dengan sengaja melepaskan peluang untuk merasa cendol tanpa jenama itu, maka mereka memang akan merasa kehidupan pada hari itu tidak lengkap. Tapi itu dulu, sekarang ranking cendol tu dah jatuh merudum dalam carta cendol Asian Food channel. Cendol pakcik Kamil di Batu Kikir lagi layan kata mereka.

Untuk yang terasa ada bakat memetik gitar barang dua tiga kod, keluar pekanlah masanya untuk prektis dan jamming lagu sepultura atau creator walaupun hanya satu verse. Habis lemau pun lagu rock kapak yang baru belajar lepas kelas prep malam sebelumnya. Setidak tidaknya, budak budak Kuala Pilah akan respek walaupun pemain gitar memakai baju batik merah yang nampak skema. Dan jangan terkejut, ada di antara kaki kaki jamming ni ketika di sekolah adalah ahli geng surau. Kalau tidak, manakan mereka menggelar geng mereka geng sepultura keimanan. Sungguh kepala hotak.

Untuk yang menjadikan window shopping sebagai terapi minda, itulah masa untuk menengok nengok setiap barang yang ada dijual di setiap aras di Kuala Pilah Shopping Centre (KPSC) yang cuma setingkat setengah tu. Kalau tak membeli pun, dapat merembat pen Swan sebungkus dua dah kira tahap penyamun hebat. KPSC adalah pusat beli belah yang menyamai populariti StarHill di metropolitan Kuala Lumpur kerana penduduk sekitar radius 50 kilometer daripada pekan Kuala Pilah berkunjung ke sana saban minggu. Tapi dengarnya sekarang dah bertukar pengurusan sebab Pasaraya Aktif di Gentam lagi hebat tangkalnya.

Untuk yang bercinta cinta monyet, itu lah masa untuk membeli 'bahan' atau 'ration' untuk awek awek dan koleksi adik adik angkat (kepada yg berkemampuan) yang ada sebagai tanda kasih sejati. Bila dah dewasa sikit baru aku faham istilah 'ration' tu askar masuk hutan aje yang biasa gunakan. Paling koman pun yong tau fu (setiap satu dibungkus berasingan) atau mungkin sebungkus dua biskut chipsmore yang menyaingi biskut famos amos pada zaman itu akan ditapau untuk yang tercinta. Nota 'esok kita study sama sama kat kelas yer' juga diselitkan sebagai madah cinta.

Untuk yang tinggal di Kuala Pilah dan kawasan kawasan yang sewaktu dengannya, itu masanya untuk balik rumah merasa masakan mak walaupun minggu, minggu dan minggu sebelumnya, mak mak mereka pasti datang bawak barang sebungkus dua kue tiaw goreng yang memang terbaek dari ladang untuk dikongsi bersama rakan rakan sekepala. Dalam satu 'dorm' atau bilik asrama, tak semuanya sekepala. Ada yang memang faham kesunyian rakan rakan lain yang keluarga tidak dapat menjenguk. Yang jenis kurang sifat setiakawan biasanya makan bekalan makanan dalam loker atau di kelas dengan alasan 'pergi study' di tengahari hari minggu. Itu hak individu, 'this is free country la!' jerkah mereka dalam bahasa penjajah bila diajukan soalan pasal semangat berpasukan.

Untuk yang nak menunjuk gengster, keluar pekan hanya ada satu objektif; nak bawak masuk bekalan bahan terlarang (baca:rokok) yang dulu diistilahkan sebagai 'buri', ke dalam asrama. Modus operandi penyeludupan ada pelbagai. Bergantung kepada tahap rasa brader atau tak. Ada yang sorok dalam stokin yang dipakai untuk menambah aroma rokok. Ada juga yang jenis biadap yang selit dalam spender tanpa memikirkan kesan sampingan tambahan kepada pelanggan yang membeli nanti. Yang penting semangat kapitalis musti dihidupkan. Kalau sebatang rokok boleh untung 30 ke 50sen, kalau seratus batang? Memang sebulan penuh mampu makan di kantin berbayar ala ala ketua pemuda yang mampu makan dan minum di hotel hotel terkemuka walaupun tidak kelihatan bekerja. Tahap pemeriksaan di pondok kawalan masuk pula tidaklah seketat kawalan keselamatan di lapangan terbang JFK. Paling hebat pun pak guard gegar mintak kad kuning iaitu kad pelepasan keluar masuk. Takkan pak guard nak suruh bukak seluar atau nak raba raba? Itu akan dikira sebagai melanggar batas peribadi dalam perundangan kerana membuat 'body search' tanpa waran. Lagipun, apa nak yang dihairankan jika ada pelanggar undang indang cilik yang terlepas, pintu masuk KLIA pun orang boleh bolos, inikan pulak pintu masuk asrama? Apa barang?!

Dan untuk yang kaki video game, kedai game gomok berhadapan kedai nombor magnum 4d pasti penuh dari hari hari biasa bagaikan ada parti buih yang dianjurkan di situ. Kutu kutu dari sekolah asrama yang masuk biasanya akan menyamar sebagai penduduk setempat dengan menukar baju pakaian rasmi kepada pakaian santai. Konsep penyamaran sangat penting bagi mengelakkan aktiviti dihidu oleh pihak berwajib iaitu cikgu cikgu sekolah yang kebetulan lalu di kedai itu yang tujuan asal mereka lalu di situ mungkin boleh juga dipertikai di mahkamah jika didakwa. Bila main game pula wajib sampai puas. Biar sampai lengkap semua level untuk game itu, jadi geng geng video game lain tak boleh nak kencing. Biar sampai tergadai tanah mak bapak untuk bagi belanja pun tak apa. Yang penting pencapaian diutamakan. Baru jiwa ada rasa brader. Bila menang boleh masukkan nama samaran dalam ranking di mesin video tu yang mana gomok si tokeh kedai boleh padam bila2 masa yang dia teragak. Bila kalah, ditambah pulak kepingan syiling dua posen itu adalah yang terakhir yang sepatutnya jadi duit tambang bas untuk balik, maka cermin mesen mesen video itulah yang menerima padah jadi mangsa kena hentak. Maka dengan sebab itu gomok si tokeh kedai video terpaksa tampal notis amaran di serata kedai 'hantam cermin pechah bayar wang'. Tak tau lah di kala ini si gomok tu masih berniaga atau tidak.