Blog terbangz ni asalnya aku mulakan sebagai wadah untuk aku
meluahkan keterbukuan di hati tentang perkara dan kejadian yang aku
lalui dalam kehidupan singkat ini.
Inspirasi nak berniaga kedai makan ni tercetus bila aku bertemu
seorang kenalan lama tidak lama dulu. Dari mula kami bercerita pasal berniaga sendiri,berniaga kecil-kecilan sampai la tajuk bisnes-bisnes berat juta-juta.
Kenalan aku ni seorang usahawan. Memang dia berjiwa usahawan.
Beliau memang sudah memulakan perniagaan sendiri. Alhamdulillah, beliau sudah mengorak langkah menjadi usahawan berjaya.
Aku memang kagum dengan semangat keusahawanan yang ada dalam diri beliau.
Dalam pertemuan tu, cerita kami berkisar tentang perihal bisnes, maka beliau
berkongsi dengan aku pasal visi beliau dalam dunia bisnes ni.
Pada aku, dia ada idea, banyak idea, cuma belum diperincikan.
Cukup la dulu cerita pasal kenalan aku tu. Aku doakan dia berjaya. Amin.
Bila memperkatakan pasal bisnes kedai makan ni, objektifnya perlu jelas sebab, pada aku, persaingan dalam kategori ni agak tinggi.
Apa yang melonjakkan populariti mana-mana kedai makan?
Dah tentu menunya.
Konsep rancangan 'jalan-jalan cari makan' yang disiarkan di TV3
patut dijadikan panduan.
Pernah korang terfikir kenapa dalam beribu-ribu kedai makan yang ada kat Malaysia ni, kenapa kedai makan tertentu je dapat masuk rancangan tu.
Bukan, bukan pasal rasuah, tapi pasal populariti menunya di kalangan pengunjung.
Sekarang ni, terdapat beratus-ratus rancangan promosi makanan ada kat astro.
Konsep asasnya sama.
Mempromosikan masakan-masakan sedap yang dijual oleh kedai atau gerai atau warung tersebut.
Nampak tak pointnya?
Maknanya, kalau nak mula berniaga kedai makan sebab nak cari populariti, fokuskan pada menunya, pada juadahnya. Dalam mana-mana bisnes pun, sebaran maklumat mulut ke mulut adalah ejen pemasaran paling efektif.
Secara sedar atau tidak, kita sendiri pun selalu bagi promosi free kat mana-mana kedai makan yang kita pergi. Tak kira lah kedai makan best atau kedai makan tak best. Melalui perkongsian maklumat pasal menu kat mana-mana kedai tu lah, maka populariti mana-mana kedai tu akan meningkat.
Contoh ayat,"sedap betul lauk kerabu jantung kat kedai baru tu. Esok nak try gulai siput sedut tu pulak"
Sampai sini, korang dah ada idea untuk menu paling sedap (pada tekak
pelanggan) yang korang nak jual?
Andainya pulak korang nak berniaga kedai makan tapi belum tentu menu korang boleh jadi 'best giler', nak buat macam mana?
Ha, kat sini korang mesti aktif jadi sumber penyedia.
Maksud?
Korang boleh fikirkan untuk jadi penyedia pilihan makanan kepada pelanggan.
Maksud lagi?
Katakan korang plan nak bukak kedai makan untuk makan tengahari saje.
Bila makan tengahari, golongan pekerja kebanyakannya lebih memilih nasi campur sebagai pilihan utama.
Fokusnya ialah kepada golongan pekerja,jadi cari la area yang hampir kepada
golongan ni. Korang memang kena survey area tersebut sama ada sudah ada kedai menjual menu yang korang nak jual tu atau tidak.
Bukan apa, nak kurangkan sikit tahap persaingan.
Mana yang dapat, kurangkan la buat peniaga sedia ada rasa tercabar sangat dengan kewujudan korang.
Aku tak kisah la andai korang label aku ni konvensional sebab aku nampak ramai lagi peniaga kat Malaysia ni yang nampaknya masih menggunakan 'pendekatan mistik' dalam menjalankan perniagaan, terutamanya bisnes kedai makan.
Dengan pelarisnya la, tulang kongkangnya la, santaunya la, santannya la dan macam-macam 'nya la' lagi.
(pelik pulak aku bila tak pernah kedengaran pun restoran makanan segera tajaan barat tu terkena 'agenda mistik' ni. Ejen mistik tu tak berani ke?)
Luaran memang tak nampak tapi bila dah bercampur gaul dengan rakyat jelata ni, mesti nampak kulit dan isinya.
Sampai kat sini pulak, korang dah ada buat survey pasal lokasi yang hampir kepada golongan pekerja dan menu pilihan yang sesuai yang nak korang sajikan?
Kenapa aku katakan perniagaan makanan bergerak lebih praktikal?
Satu, belum pasti menu yang kita jual akan menjadi selera utama penduduk kawasan setempat.
Maknanya, dengan modus operandi bergerak,peluang untuk 'cuba pasaran' lain lebih luas.
Contoh, bila menu kita tak berapa kena dengan selera tekak pelanggan di kawasan A, kita boleh ke kawasan B atau C atau D untuk cuba selera tekak pelanggan di kawasan-kawasan tersebut pulak.
Dua, lokasi. Biasanya, kadar sewa kedai berhampiran atau sekitar bangunan pejabat atau pusat perniagaan amat tinggi (aku kata 'amat', tak percaya pergi la tanya).
Dengan gerai atau warung atau, apa pun yang digelarkan, yang bergerak,maka overhead cost boleh dikurangkan. Takde sewa kedai, takyah bayar letrik,takyah letak LCD plasma skrin besar tikar mengkuang, takyah pasang astro.Andai nak jugak berlibur ketika berniaga, bawak je mini-compo lama tu. Sampingan jer tu pun.
Ideanya bukan setakat bukak bisnes makanan tapi cari bisnes jual makanan.
Dalam berniaga, setakat yang aku faham, 'aliran tunai' tu penting.
Tak pedulik la andai beribu ringgit korang habiskan kat ubahsuai kedai demi nak merealisasikan konsep 'seperti makan di kampung' (dengan hiasan dalamannya la, dengan set pinggan mangkuk khasnya la, dengan costumenya la dan macam-macam dengan lagi), tapi bila keberterusan perniagaan tu gagal dicapai, kesudahannya bisnes ni rugi.
Jangan bandingkan cara artis bukak kedai dengan cara bukan artis bukak kedai.
Artis yang berniaga kedai makan bukan setakat jual makanan tapi jual populariti yang diorang dah ada.
Tapi kalau korang memang nakkan bisnes kedai makan korang terus ada reputasi dan disaluti glemer dengan kedai makan berkonsep tu, silakan la.
Modal korang yang keluarkan, untung rugi korang yang tanggung.
Aku cuma keluarkan idea pasal kedai makan bergerak aje.
Guna lori bawak lauk makan tengahari pun boleh berkonsep apa.
Cuba korangkan airbrushkan (setakat yang JPJ benarkan) konsep korang tu kat lori tu gerenti korang dah jadi centre of attention.
Contoh ayat, "eh, lori oren metalik gold tu yang jual lauk pauk best tu kan?"
Dan bila difikir secara 'back to basic', bisnes dibuat untuk jana wang dari modal, untuk cari untung dan untuk bisnes tu bertahan lama dan berterusan.
Melainkan objektif bisnes korang bukan dari apa yang dinyatakan di atas; bukan sebab nak buat duit, bukan sebab nak cari untung, maka terpulanglah kepada kaum pemodal itu.
Idea kedai makan bergerak berkonsep yang dikeluarkan di atas bebas digunapakai oleh mana-mana pihak yang berminat.
Berkenaan keperluan undang-undang tentang menjalankan bisnes kedai makan atau warung bergerak ni, silalah periksa dan pastikan dengan pihak berwajib.
Itu adalah tanggungjawab peniaga.
Soalan pasti dari korang pasal aku;
adakah aku ni peniaga?
Responku:
Aku memang berminat nak menjalankan perniagaan dengan idea kreatif ni tapi buat masa ni, aku dibatasi modal.
Memandangkan aku dah ada idea kecil tu, maka tak salah aku curahkan dulu untuk kegunaan sebaiknya kepada mereka yang sudahpun berkemampuan dari segi kapital.
Cukuplah aku berkongsi kegembiraan seandainya ada mana-mana pihak yang berjaya dalam perniagaan dengan cetusan idea yang aku coretkan di terbangz ini.
wassalam.
6 comments:
Terbaikk... sama idea aku.. brtambah2 yakin aku rasa.
selamat berniaga & berjaya!
menarik gak tapi kalau yg tengah berkerja, camna nak bukak kedai bergerak mcm2 kan...??
Tq..shah setuju...amat bguna utk shah teruskan niat mula bniaga..ape yg Tuan maklumkn dh sy lakukan..hye menunggu kedai beroperasi...sblum tu majlis doa selamat n jamuan makan pembukaan ' sedekah' akn sy aturkan..doakan bisnes sy berjaya ..TQ.
Ilmu yang berguna..terimakasih
Ilmu kalau dikongsi memang allah menjanjikan sesuatu untuk kita, in sha allah kita semua akan berjaya. Tapi yang buat aku risau dalam perniagaan makanan ni .. Bab santau memantau... Bukan nya sekali dua dengar tapi banyak kali dengar... Kekadang bukan dari bangsa kita ada juga bangsa indon, thai dan juga melayu phd. Alangkah bagus kalau benda pelik ni x da , maybe bangsa kita berjaya dengan ramainya, sebab biz makan je melayu mahir. Bukti masuk dalam bandar tengok kiri kanan ada Kedai melayu tak? Nop kurang . Semoga kita sebangsa seagama berjaya hendaknya .
Post a Comment