Hikayat Bookie(Buki) Merdeka
mari-mari dengar semua
ini ada satu cerita
bukan tipu tapi berita
sudah diuar-uar seluruh negara
ceritera penjudi dipanggil buki
menjadi agenda negara kini
dulu berjudi di balik almari
bersorak gumbira lesen diberi
hoorei!
kepada memanda ditanya lagi
naikkah gaji,dapatkah 'tan sri'?
kata memanda tak pasti lagi
yang penting cukai berganda tinggi
alangkah sengal pembikin polisi
tak dapat dikekang mahu disayangi
patutnya judi musuh negeri
cukai terlepas pula yang diburui
tiga perkara perusak jiwa
semuanya ada gah belaka
adakah itu mahu dibangga?
tunggulah balasan pasti tiba
bukan mencela bukan mengeji
tapi yang salah tetap dinafi
bukan berniat memancing undi
apatah lagi nak jadi menteri
bila dah haram haramlah jua
janganlah cuba menghalalkannya
bila dah kubantah,kubantah jua
tak sanggup hamba berkongsi azabnya
nampak pernah dulu sekali
mencuba-cuba tapi tak jadi
kini muncul cubaan lagi
apakah itu pernah dijanji?
1malaysia slogan terkini
hebat dan gah, harmoni sekali
bukan cukai judi impian kami
banteraslah judi, jauhi judi
andainya lesen tetap diberi
takkan ada berdemonstrasi
ramai manusia sibuk sekali
ke mana lagi?di pusat judi
wahai pemerintah usah disangsi
itu bukan agenda kami
wawasan negara tetap ditujui
tanpa dadah,arak,zina dan judi
sebentar!
mungkinkah ini hanyalah wayang
supaya kulit menjadi bayang
biar isi dapat di'hilang'
sampai ketika diminta bertenang?
wallahualam
p/s:
dalam banyak-banyak pencuci,belum ada pencuci
yang dapat mencuci kekotoran...politik.
eeeyek!
~rakyat juga perlu diutamakan~
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment