ini bukan blog AirAsia
"graviti kuat buat kita rasa melekat dan tak rasa bumi ini berputar,
tapi graviti jugak tak kuat sebab burung burung masih boleh terbang tinggi.
Hebatnya ciptaan Tuhan."

Catatan kehidupan hari 10 Julai 2009

Ijtimak

Hati aku masih belum puas pasal ijtimak ni. Aku pun tanya la seorang sahabat yang aku rasa berilmu untuk bagi aku faham pasal ijtimak ni.Daripada beliau, ijtimaak diertikan sebagai perhimpunan.
Ianya dianjurkan antaranya oleh jemaah dakwah tabligh. Beliau memuji ijtimaak sebagai usaha yang terpuji.

Aku termenung kejap bila baca sms sahabat aku tu."usaha yang terpuji" betul-betul menangkap kat hati aku.

Satu pertanyaan untuk diri aku sendiri..sudahkan aku melakukan apa-apa usaha yang terpuji untuk Islam?

Balik ke rumah, aku pegi berkumpul rumah nenek.Agenda keluarga (sebelah mak aku) setiap ari jumaat malam sabtu.
Aktivitinya?Berkumpul, bersua muka, bertanya khabar,berkongsi cerita.

aku? macam biasa,lebih suka mendengar dari bercerita.

Round-round.

Selesai solat Isya', aku bersiap.Aku nak merasai pengalaman di kawasan ijtimak.

Lebih kurang pukul 12 malam, aku berjalan kaki menuju ke tempat yang nak dituju.

Sepanjang yang aku perasan, memandangkan mungkin waktu itu takde apa-apa agenda, tumpuan memang khusus pada para peniaga.

Memang macam-macam ada.

Makanan tak usah cakap la, pelbagai jenis.Ubat-ubatan tradisional pun ada, kopiah pun ada, jubah pun ada,
tasbih dan macam-macam jenis barang lagi pun ada.

Cakap pasal ubat-ubatan tradisional, aku lama jugak kat gerai jual kapsul dan minyak dhab.
Tengok video pasal dhab yang ALLAH anugerahkan macam-macam kelebihan.
Dhab ni,ikut dokumentari yang aku tengok tu, walaupun dia dah kena tembak, kena sembelih,
jantung dia dah dilapah keluar (yer la, mana ada lapah ke dalam), badan dia dah kena cincang (tak sama macam Gunung Macinchang Langkawi),
badan dia masih bergerak-gerak lagi.Bukan la maksud dia tak boleh mati, dia mati, tapi lambat. Subhanallah.

Garam Bukit.

Aku lama kat gerai ni mendengar penerangan pasal garam bukit ni. Kalau tak silap, rumah mak aku ada satu set tapi macam dah tak digunakan. Mungkin dah cair.

Sekarang aku faham kenapa perasaan jadi tenang bila ada di kawasan air terjun dan tepi pantai.

Pasal banyak ion negatif.

Ion negatif ni jugaklah yang dikeluarkan oleh garam bukit ni.Menarik.
Ada modal nanti, insyaALLAH, aku beli. Nak letak kat bilik tidur.
Boleh bantu kurangkan nyamuk, perbaiki kualiti udara dalam bilik.
InsyaALLAH, boleh bantu baiki pernafasan ammar muktafi yang kena lelah kebelakangan ni.
Boleh jugak kurangkan dengkuran (siapa?) kata penjual tu. Aku cuba nanti.Aku dah ambik pampletnya.

Semangat Ijtimak.

Satu hal buat aku rasa macam ada kurangnya pada ijtimak ni.Aku tak rasa kekuatan semangat saudara sesama Islam (ukhwanul muslimin; betul ke aku guna istlah ni?).
Mungkin jangkaan aku terlampau tinggi untuk perhimpunan ini, atau aku yang belum cukup 'blend' dengan acara ni.

Sepanjang aku berjalan kaki (aku pun tak sangka aku larat mengelilingi kawasan tu) selama satu jam sorang-sorang, hanya seorang hamba ALLAH je yang bagi salam bila berselisih.Aku pun sedar yang aku sendiri kurang fokus hal ni.
Bila dia bagi salam kat aku tu,aku jawab dgn perasaan malu.Patutnya,aku pun boleh mula bagi salam bila berselisih dengan saudara sesama Islam.

Gambar di ijtimak Malaysia.

Aku bawak kamera tapi, bateri kong. Hanya 2 keping gambar (dengan gegaran pada 2 skala richter) yang aku dapat ambik.
Takpe lah,insyaALLAH, ada umur, malam esok aku datang lagi. insyaALLAH, boleh aku join qiamullail. terbang.

2 comments:

ini ijtimak yang buek kek KLIA tuh ko? ado den baco kek sokaba... ghamai orang datang...

 

a'ah..memang ramai betul..dalam paper kata lebih kurang 220,000 orang.Solat Jumaat ari tu kira yang terbesar kat Malaysia setakat ni.Alhamdulillah.

 

Post a Comment