Ijtimak
Apa yang aku tau (kalau salah tolong betulkan), ijtimak ni majlis perhimpunan para tabligh dari seluruh pelusuk dunia. Mungkin telah berlangsung di tempat atau negara lain sebelum ini tapi aku rasa ini kali pertama di Malaysia. Kali ini mereka berhimpun di KLIA kuarters (dekat dengan masjid KLIA) dari 09 Julai sampai 12 Julai, 2009. Beberapa khemah-khemah gergasi dibina khas bagi ijtimak ini. Sempat jugak aku berkereta di kawasan tu semalam.Saja round-round lepas isi minyak kereta. Aku memang biasa dengan area ni sebelum ni tapi bila adanya majlis ijtimak ni, kawasan ni bertukar rupa. Jadi meriah, jalan jadi jem (sikit la), ada deretan gerai-gerai (kebanyakannya menjual makanan). Macam-macam menu yang sebelum ni tak pernah aku dengar pun ada. Nasi talam dengan sup kambing, teh serai dan macam-macam lagi. Memang macam-macam ada.,Esok (9 Julai 2009) dengarnya ada majlis perasmian oleh MB Negeri Sembilan. Mesti lagi jem kawasan ni.
Round punya round, nampak pulak gerai ainun taharah, produk rawatan mata yang memang tengah hit (pada mereka yang ada masalah dengan mata) ketika ini. ALLAH, baru sehari dua lepas aku terbaca artikel pasal ainun taharah ni dan aku memang dah berkira-kira nak cari kedai yang menjualnya. Ingin pulak aku mencubanya. Alhamdulillah, ALLAH mudahkan niat aku. Dia lorongkan aku untuk berjalan-jalan di kawasan ijtimak ni, dan terserempak pulak dengan gerai ainun taharah. InsyaALLAH, malam esok aku nak datang dan singgah di gerai tu. Tengok-tengok dulu produk yang ada, if rasa boleh try, aku beli la (insyaALLAH).
Tak salah berikhtiar. ALLAH pun perintahkan hamba-hambaNya berikhtiar. Ikhtiar aku sekarang ni, aku nak lupakan terus pakai cermin mata ni. Aku dah mula rasa rimas bila rasa ada benda tersangkut kat telinga, terletak kat hidung ni.
Sambil pusing-pusing tu, terperasan jugak aku beberapa gerai menjual menjual tudung. Tudung fesyen muslimah pun bukak gerai kat sini?. Hmmm…acara ni memang pusat tumpuan sekarang ni, jadi, berniaga apa pun, insyaALLAH, laku.
Bila fikirkan lagi pasal tempat ni sebelum ni dan bandingkan dengan keadaan sekarang ni, aku kagum. Mungkin mereka (yang tau keadaan asal tempat ni) sependapat dengan aku. Memang tak pernah terlintas dek akal yang satu masa (sekarang), tempat yang dikira ‘isolated’ atau terpencil ni akan jadi meriah. InsyaALLAH, memang aku rasa ini keberkatan yang ALLAH bagi kepada muslimin (dan muslimah ?) yang menjayakan ijtimak ni.
Aku agak mengikuti pembinaan kemudahan (penginapan, bekalan air) untuk ijtimak ni. Petang-petang, sejak dari mula kawasan ni dilapangkan (sebelumnya penuh dengan belukar), aku selalu bawak ammar muktafi round-round dengan motor. Bila tanah tu dah dilapangkan, diratakan, beberapa khemah gergasi ditegakkan, bekalan air pun disambungkan. Memang aku respek sebab setakat yang aku nampak (if aku tak nampak tu aku tak tau la), semua usaha membangunkan kawasan untuk ijtimak ni dibuat oleh orang Islam. Dan malam ni aku sekali lagi bangga dan respek bila tengok gerai-gerai kat kawasan ijtimak ni semuanya orang Islam. Takder keraguan untuk dimakan, cuma larat atau tak je untuk try semua makanan. Tak kisah lah makanan dari Malaysia ke, Indonesia ke, India ke, Bangladesh ke, semua halal. Rezeki rezeki. Alangkah bagusnya bila umat Islam ramai-ramai berhimpun macam ni selalu.
Tetiba terfikir plak, rasanya ideologi politik takkan dapat masuk line kat sini pasal perhimpunan ni berkaitan agama Islam. Agama yang syumul. Warna kulit, bangsa, negara mana takder kira kat sini. Semua orang duduk bawah satu payung yang sama;Islam. Elok la tu. Bak kata paman aku pun, dia ada borak-borak dengan dua tiga orang tabligh masa solat kat masjid KLIA, yang datang untuk ijtimak ni pun bukan calang-calang orangnya. Ada mufti dari Madinah, Amerika, Eropah. Masa dia bercerita kat aku tu, ada gak hati aku terdetik,’bagusnya diorang ni, merantau serata pelusuk alam nak mengembangkan syiar Islam. Aku?’.
Aku pun dah semak kepala tengok dan dengar cerita politik Malaysia ni. Dah naik jelak. Bila la kala agaknya orang yang dipanggil dan dilantik jadi pemimpin tu (tak kira la parti chop apa) nak mula buat kerja betul-betul untuk rakyat? Bila baca paper, tengok TV, baca blog, isu-isu yang di’panas’kan semua isu-isu sengal.
Pedulikan la kalau rumah orang tu harga berjutalion sekalipun. Akhirat kan pasti ada, apa yang nak disibukkan lagi ?(ala, orang Islam pun ada yang tak percaya akhirat, nak buat camne. Dah nak akhir zaman sangat dah ni). Ni rakyat yang terbeban dengan harga barang yang makin naik (mana ada turunnya pun), kerja pulak dah takde overtime pasal bisnes teruk, ada ke “pemimpin-pemimpin” ni fikir dan ikhtiarkan cara nak ringankan beban?
Haram apa pun takder. Janji tinggal janji. Tinggal la kau labu, kau percaya buat apa.
Bagi aku pulak, secara individu, secara peribadi, aku percaya dengan ikhtiar dan tawakkal. Mungkin aku belum usahakan yang betul-betul terbaik, tupasal aku belum diberikan yang terbaik. insyaALLAH, setiap yang aku usahakan, aku tawakkal kepada ALLAH. Dia saja yang Maha Mengetahui isi hati hamba-hambaNya.
Moga umat Islam sekaliannya dijauhkan dari seksa neraka. Amin.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment