Orang Malaysia memang ramai kaki (laman) sosial.
Buatlah apa jadah 'laman sosial' pun, pasti juta juta rakyat Malaysia jadi ahli.
Bukan apa, mana ada rakyat Malaysia pandai buat 'laman sosial' sendiri,
jadi bila bukan rakyat Malaysia tunjuk 'laman sosial' yang nampak 'macam canggih' ni,
maka berbondong bondong lah rakyat Malaysia menge-join nya.
Pasti!
Tak caya cuba perkenalkan lagi satu 'laman sosial' macam facebook.
Orang Malaysia patut bangga,
terdapat 9,874,860 pengguna Facebook di Malaysia sahaja.
ramai sungguh.
sumber:Socialbakers.com
Tapi, sebaiknya berhati hati dengan maklumat yang dipaparkan di facebook tu.
Dah ada kes,
ada yang dimalukan,
ada yang ditipu,
ada yang diugut,
ada yang kena pau duit,
ada yang terkorban maruah,
ada yang hilang pasangan,
ada yang hilang anak,
ada juga yang hilang nyawa.
Dan macam macam 'ada yang' lagi,
kerana facebook tu.
Untuk Orang Malaysia:jangan malas membaca.
Selalu selalu semak 'privacy setting' kat facebook tu.
Ubah mana patut.
Jangan ingat bila kita tak terima Johnny Depp jadi rakan bila dia mintak,
dia tak dapat tengok maklumat kita.
SALAH!!
Dia dapat tengok maklumat kita bila dia dapat jadi kawan dengan kawan kawan kita.
Jangan bangga bila ada Johnyy Depp mintak nak jadi kawan kita.
Sebab Johnny Depp haram takde akaun facebook.
Orang Malaysia, tak kira apa bangsa, ada pantang larang turun temurun yang diwarisi dari nenek moyang kita dahulu.
Maka, jagalah juga pantang larang bila ada akaun facebook:
-Jangan paparkan alamat email, nombor telefon, alamat rumah, (walaupun alamat rumah ketua kampung).
-tapis dan semak tapisan gambar yang nak dipapar dan dikongsikan.
(kalau tak nanti, jadi macam gambar Fasha Sandha berbikini di Bali, kan dah tersebar.kah kah kah).
-Baca & fahamkan tetapan keselamatan (security settings) di facebook tu.
Jangan malas.
-Bila dah habis mengapdet status yang macam bangang "Arini berbaju merah la", terutama di cyber kafe, jangan lupa log keluar (logout) melainkan nak akaun facebook tu dikekahkan.
-Kawal, kawal & kawal siapa yang boleh nampak maklumat peribadi.
Sekali lagi, jangan malas.
-Jangan sesekali kongsi kata laluan (password) dengan sesiapa pun.
Jangan jadi bangang nak bagi pakwe/makwe atau sesapa saja password tu. Biar sendiri lupa daripada bagi password kat orang lain.
-'Block' kan pengguna yang menghantar kandungan yang tidak sesuai.
Diorang takkan tau pun kalau korang block dia sebab kat beribu juta orang lain lagi dia hantar maklumat tu.
-Fikir banyak kali sebelum klik mana mana pautan (links) yang dberi.
Facebook awal awal dah bagitau yang diorang takkan sesekali boleh dipertanggungjawabkan atas masalah yang dihadapi dengan penyedia pihak ketiga.
Dengan maksud lain, facebook kata, "pegi la jahanam, kau yang klik, apasal kau nak salahkan aku plak!"
-Gunakan password yang ampuh dan selalu selalu tukar password tu.
-Hati hati dengan kuiz kuiz yang nampak sempoi sempoi je tapi mintak nak akses profil tu.
Bila dah dapat akses, korang bukan tau apa dia nak buat dengan maklumat korang.
Sebenarnya facebook tu takde lah best sangat pun, cuma ramai kata facebook tu best bila:
-dapat 'ramai' kawan baru kununnya dari obersee.
Cuba hantar message kat facebook guna bahasa Melayu kat diorang, tengok diorang balas tak? Kalau diorang balas dengan satu "?" pun dah cukup bagus. Kalau diorang haram tak balas, itu bukan kawan. Itu maknanya aku nampak kau, kau nampak aku. Siapa kau aku pedulik hapa!
-dapat jumpa kawan sekolah yang dah lama 'lost contact'.
Ok la, alasan ni boleh gak guna sebab yang bagi alasan ni biasanya awek awek . Bila dah jumpa yang memang kawan kawan sekolah lama, kemudian apa? Takde apa kan? Jadi, apa kejadah? Ada beza ke jumpa balik atau tak jumpa balik?
Aku anti facebook ke?
Tak jugak. Dulu aku pun ada profil facebook tapi sekarang, untuk profil peribadi, aku dah lama keluar parti facebook ni. Aku ada facebook page untuk blog ni jer. Tu pun tak apdet sebab tak berapa rajin.
Alasan utamanya, makin hari aku rasa facebook tu makin membosankan.
Alasan alasan lain:
-Aku benci pengguna pengguna yang aku kategorikan bangsat bila komen kat dinding orang lain dengan pertanyaan /komen yang menunjukkan dia tu bangang.
Contoh, ada sorang kawan atas kawan atas kawan aku, status profilnya tertulis jelas "Married to (nama pasangan)" tapi aku pernah terbaca komen seorang bangsat ni bertanya macam ni,"Hai (nama), kau dah kawin ke belum, kalau belum, jom!". Aku terbayang kalau aku pasangan kepada yang ditanya, kepala yang bertanya tu memang dah kena hayun pedang samurai.
-Aktiviti berFacebook terlampau banyak 'memakan masa'.
Ada yang terover, asyik dengan 'update status' kat facebook sampai lupa tanggungjawab lain yang lagi utama.
Kalau tak apdet status sendiri, sibuk pulak baca status apdet kengkawan lain. Kalau kengkawan 10 orang ok la, kalau 500 orang? kalau 1000 orang? Tu tak kira gatal gi baca status kawan atas kawan atas kawan punya status lagi.
-Facebook ni 'perangkap' kepada yang leka, lubuk emas untuk 'penipu'.
Ni khas untuk yang berpasang pasangan. Berapa banyak kes awek, tunang, bini 'bertukar tangan' sebab kes 'terlebih' komunikasi kat facebook! Memang ada berlaku, tak ramai yang kongsi, malu kata mereka, tapi cerita 'hal dalam kelambu' kat facebook tak malu pulak!.
Berapa ramai yang kena tipu kununnya boipren/gerlpren nak datang dari luar negara tapi 'ditahan' imigresen dan hanya boleh dilepaskan bila sejumlah duit dibayar. Banyak.
Bila dah bebas facebook ni rasa macam bebas dari merokok pulak.
Takde la di'sibukkan' dek facebook.
Yang memang buat duit daripada facebook tu, baguslah, korang memang pandai ambik peluang. Tapi jangan la promosikan skim skim haram yang bukan bukan tu. Nak duit banyak pun, biarla berkat. Kalau korang yakinkan 50 orang dengan skim tipu tu & 50 orang tu kemudiannya seranah kau sampai kiamat, apa citer? Tahan ke?
Kepada adik adik hingusan yang tengah giler giler nak tambahkan jumlah rakan facebook tu, berhati hatilah bila Johnny Depp atau Ultraman Mebius mahupun Justin Bieber nak mintak jadi rakan korang. Suruh diorang tunjuk salinan passport dulu, baru terima.
Kah! kah! kah!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
hahaha..suke yang ni.
Post a Comment