ini bukan blog AirAsia
"graviti kuat buat kita rasa melekat dan tak rasa bumi ini berputar,
tapi graviti jugak tak kuat sebab burung burung masih boleh terbang tinggi.
Hebatnya ciptaan Tuhan."

ITUAJE suria fm-dedikasi untuk madam

Siri Merecek terpaksa aku tangguhkan.
Mungkin untuk sehari dua lagi.
Mungkin juga sebulan dua lagi.

Sedang aku melayan si Ammar Muktafi menengok lepas satu ke satu siri ultraman seven dan ultraman mebius, aku berhalusinasi memenangi itu aje suria fm.

kah!....kah!....kah!

cukup cukup la dulu berhalusinasi, berimaginasi, berkhayal di alam fantasi.
kalau teka artis tu A.Aida, camne nak menang!
nak study klip sendiri pun malas, camne nak menang!
nak update dan study lagu yang disalah teka pun malas, camne nak menang!
Dapat peluang teka nanti, biarlah aku teka nama artis tu Maher Zain.
Janji ada huruf "A". hahaha.

Dah pastinya Tony Fernandes marah.

Aku nak kongsi sikit macam mana aku mula diperkenalkan dengan peraduan 'itu aje' suria fm ni.

Satu pagi madam bagitau aku untuk dengar suria fm.
Dia kata setiap pagi bila dia memandu dalam perjalanan ke ofis, dia mesti dengar suria fm.

Entah kenapa, dia yang dulu tak berapa suka dengar Halim Othman masa di Sinar fm, sekarang dah boleh layan celoteh halim dan zizi dalam segmen breakfast di suria tu.

Peringkat awal aku acuh tak acuh jer pasal 'itu aje' tu, sebab aku sedia maklum ketidakbertuahan aku dengan segala bentuk peraduan ni.

Tapi satu pagi tu, lepas aku hantar madam ke ofis sebab aku nak guna kereta hari tu, aku pun layan jer radio yang sedia berkumandang. Sampai ke segmen 'itu aje' tu, dengan aura 'basic instinct, aku pun halakan henfon murah kat speaker kereta dan tekan 'rakam' bila klip lagu tu dimainkan.

Pertama kali aku dengar sedutan klip lagu tu, Dalam hati memang menyeranah "haram jadah!, stengah saat jer klip lagu ni?, sampai tahun 2012 pun blum tentu ada orang teka betul."

Lepas masuk rumah, aku tepuk tangan untuk 'on' pc, bukak 'soundforge'. Klip yang aku rakam tu aku salin ke pc dan aku simpan ikut format mp3.

Tujuh kali aku ulang lagu tu, aku bosan dan menyeranah lagi "celake!, lagu apa ni?" Semangat nak menang mula digugat keraguan.

Aku online, cuba cari petunjuk tambahan. Aku bukak web suriafm dan jumpa apa yang dicari....pembayang.
Bila baca senarai lagu yang salah diteka dek pemanggil sebelum ni, aku senyum indie "takkan diorang nak ambik lagu yang femes femes, rugi la.Takkan nak bagi ribu ribu semudah itu".

Pendekatan yang aku ambik, senang jer, ini bukan sekadar nak uji kebionikan pendengaran tapi lebih kepada berapa pandai peneka gunakan kelebihan pembayang yang diberi.
Sesapa yang ada simpan koleksi lagu yang disalah teka daripada hari pertama, memang ada potensi besar nak menang, potensi jer, blum tentu pasti menang.
Sesapa yang ada tu dan ada rasa nak berbudi, kongsikan la.

Dan bila cerita pasal peneka-peneka yang 'bertuah', ini memang lebih kepada konsep 'rezeki masing masing'.

Ada yang dail sekali je terus dapat tembus masuk.(pastinya bukan aku).
Ada yang lepas 3 hari dail baru dapat masuk.(bukan aku jugak)
Ada yang lepas seminggu baru dapat peluang.(bukan aku lagi)
Ada yang mencuba sebulan.

Sebenarnya, aku cuba beberapa kali jer, bila aku rasa "ada fungsi 'auto redial' kat henfon pun rasa macam takde faedah jer", aku berhenti mencuba.

Rilek jap daripada meneka, layan gelakkan orang yang meneka nama artis tu XPDC.

Sekarang dengarnya dah boleh mencuba teka lagu 'itu aje' guna sms. Tapi nak kena daftar jadi VIP suria fm dulu.
Adil la tu, suria fm dah mudahkan caranya tapi kena la sanggup bayar harganya.

Eh eh, dedikasi entri ni untuk madam, kenapa aku melalut?

Untuk madam, aku 'mungkin' akan cuba pulak untuk teka guna sms tapi....
tengoklah kalau rajin.

Aku lebih suka kongsikan klip yang aku ada tu dengan orang lain.
Sekurangnya, usaha aku merakam tu boleh la jugak (harapnya) bantu orang lain menang.
Tak payah nak tamak tamak, tak ke mana pun kalau tamak tamak.

Macam pesanan penaja yang aku bagitau dalam setiap email yang aku lekatkan klip tu baru baru ni,

"*andai ada rezeki lu menang, doakan keberkatan hidup gua, dunia akhirat cukup la."

Ada lagi ke yang paling penting selain keberkatan hidup dunia dan akhirat?

Sukacita aku ulangi (giler skema bahasa), aku bagi klip tu kepada sesiapa yang mintak ikut email aku sahaja. Yang mintak klip tu ikut komen takkan aku layan, 'until when when', walaupun dengan rayuan surat menyurat yang disalinkan kepada Pejabat Perdana Menteri.

Dedikasi untuk madam lagi, aku yakin aku boleh menang selagi lagu yang ada dalam perkiraan aku tak dikata salah,
dan....
selagi belum ada orang lain yang menang (hahaha,memang la!)

Dedikasi untuk madam lagi, makin hari makin ramai yang mintak klip itu aje kat email aku, setidak tidaknya, potensi untuk menang guna klip tu makin bertambah.
Maka bila ada yang menang, dalam hati (pun) diorang tau klip yang aku bagi tu ada gunanya dan diorang pun sukarelanya mendoakan kebaikan untuk pemberi klip tu.Amin.

Diorang dapat duit, kita dapat doa kebaikan, ok la tu.

Alhamdulillah.

_____________________________
makian yg tiada kaitan dengan entri ini:
mak aku nak buat kenduri tapi minyak masak payah nak cari.
ni lahanat mana yang sorok minyak masak ni?!
bagi balik!!

0 comments:

Post a Comment