ini bukan blog AirAsia
"graviti kuat buat kita rasa melekat dan tak rasa bumi ini berputar,
tapi graviti jugak tak kuat sebab burung burung masih boleh terbang tinggi.
Hebatnya ciptaan Tuhan."

1Malaysia sub-konsep 1Cakerawala

Ramai yang sebenarnya kabur dengan konsep 1Malaysia yang diperkenalkan.

Bila dah kabur, bila dah tak faham...kena la bertanya.
Dijawab atau tidak, itu segmen lain.
Yang penting bertanya.

Ada yang sokong, ada yang bantah, ada yang tak ambil kisah.
Ada yang kata dia memang 1Malaysia dari dulu,
ada yang kata dia cuma stengahMalaysia,
ada yang lagi keras kata,

"Pedulik hapa, aku tau aku rakyat Malaysia dah la, berapa banyak Malaysia ada kat dunia ni!?"

Aku?
Faham sendiri, cukuplah.
Aku takde kepatuhan nak menerangkan kepada sesapa pun.

Mudah kan?

Nak gaduh gaduh pasal konsep, tapi negara huru hara, apa kejadahnya?
Nak gaduh sampai bila?
Sampai perang dunia ke-3?

Rasanya banyak lagi perkara berfaedah lain yang boleh dibuat.
Lagipun, itu cuma konsep, bukan hukum.

Hukum pun orang berani langgar, inikan pulak konsep. Ceh!

Ok, cukup.
Aku rakyat Malaysia, tapi aku bukan ahli politik.

Sebenarnya, ada lagi satu konsep yang ramai orang pandang remeh.
Pandang sebelah mata.
Pandang macam mamat yang guna blackberry bold pandang henpon murah aku kat kedai mamak semalam.
(dia tak tau henfon ni ada torchlight berkuasa laser).

Walaupun untuk skop yang lagi luas, konsep ini memang kena guna nombor 1 jugak sebagai mengikuti trend semasa.

Konsep ni namanya...
...
...
...
Konsep 1Cakerawala

Istilah 'Cakerawala' tu dapat menggambarkan betapa luas skopnya, kan?

Memang luas sebab secara teorinya, konsep ini 'mencadangkan' manusia mampu tinggal serumah, minum susu sebotol dan tidur sebantal dengan makhluk makhluk jelmaan dari angkasa lepas, sama ada dari cakerawala yang sama ataupun cakerawala yang lain.

Jangan main main, konsep ni bukan budak budak yang reka. Orang dewasa yang buat. Tau!
Tapi idea penghasilannya adalah untuk dipercayai oleh kanak kanak.

Sebab hanya kanak kanak sahaja yang dapat dipengaruhi untuk percaya yang 'pen berdakwat biru itu ialah pen merah'.

Kalau ikut sejarahnya, konsep ni dipercayai diperkenalkan di negara Jepun kerana mahkluk makhluk makhluk jelmaan dari segala pelusuk cakrawla tu dinamakan seperti nama di kalangan warga Jepun.
Contoh seperti Hayata, Taro, Mebius, sudah cukup terkenal di persada dunia. Ada juga yang beridentiti kebaratan seperti Seven dan Nexus.
Kanak kanak, di Malaysia, jika mengatakan mereka tidak mengenali siapa Mebius, maka akan dianggap tidak 'urban dan indie'. Kanak kanak yang tidak mengenali nama nama itu juga akan dianggap sebagai mereka yang lupa sejarah.....negeri Jepun dan tiada semangat Samurai.

Asimilasi Konsep 1Cakerawala ni memang sangat berjaya, khususnya di Malaysia.
Foto yang dilekatkan di bawah adalah 'bukti keras':

0 comments:

Post a Comment