ini bukan blog AirAsia
"graviti kuat buat kita rasa melekat dan tak rasa bumi ini berputar,
tapi graviti jugak tak kuat sebab burung burung masih boleh terbang tinggi.
Hebatnya ciptaan Tuhan."

Itu Aje @ suria fm review

Aku dah banyak sangat tulis entri pasal Itu Aje @ Suria FM ni. Kalau ada buku atau blook atau ebook pasal lagu peraduan itu aje suria fm ni, aku boleh sumbangkan paling tidak separuh isi kandungan. Hahaha.

Hah! Apa cerita sekarang? Dah berapa puluh ribu hadiahnya?
Aku memang kurang sikit mengikutnya sekarang ni. Budak urban kata "dah slow sikit la bro".
Ada beberapa urusan utama yang aku kena lebih fokuskan. Contohnya, bekerja, bekerja dan bekerja. Cerita pasal kerja ni, hari ni ada member aku sengal salah tengok jadual agaknya, langsung tak muncul pada waktu yang sepatutnya. Telefon tak berjawab. SMS tak berbalas. Macam gampang! Kalau nak berenti pun bagitau la, sekurangnya mental aku dah sedia. Buat perangai macam ni memang nak mengundang penerajang namanya. Hiah!

Ok, cukup aku melepas geram, sambung cerita pasal itu aje suria fm review ni. Memandangkan aku rasa kesian kat korang korang yang mencari info kat mana nak mula pasal peraduan teka lagu itu aje suria fm ni, aku senaraikan entri entri yang aku buat berkaitan peraduan ni. Bukan apa, ada gak aku dapat email yang soalannya tak pernah terlintas dek akal aku jawapannya. Disebabkan aku tak pandai nak menjawab, maka aku harap, dalam salah satu entri yang ada ni, korang yang bertanya akan jumpa jawapannya. Andai takde jugak jawapannya, maka pandai pandai la nak hidup.

itu aje @ suria fm

Ini entri sulong aku pasal peraduan ni. Kandungannya takde la macam buku 'A brief history of time' Stephen Hawking tu tapi rasanya cukup bagi pendedahan kepada mereka yang nak tau info asas pasal ni. Dalam entri ni jugak aku bagitau yang aku ada rekodkan klip tu dan aku boleh bagi kat sesapa yang mintak. Aku hanya bagi kepada sesapa yang mematuhi langkah mudah yang aku tetapkan.

Lagu ini bukan instrumental

Sebenarnya entri ni terhasil sebelum aku tulis lebih lanjut pasal itu aje suria fm ni. Kira macam sub-entri la. Aku tulis entri ni pun sebab ada member yang mempercayai perkara mengarut yang aku ni banyak tau pasal muzik.

Kegilaan 'itu aje@suria fm'

Entri ni siap bila aku rasa best dapat berkongsi klip yang aku ada dan aku rasa tak best bila dengar tekaan tekaan kurang cerdik daripada pemanggil bertuah beberapa pagi. Memang aku kondem peneka peneka yang tak cerdik tu. Alasan aku mudah, satu lagu yang disalah teka akan menambahkan RM50 (ke?, tak ingat la) wang terkumpul. Maka kalau jumlah dah puluh puluh ribu, mesti lagu yang super super top tu dah pernah diteka oleh orang lain dan saaaaalah! Lagi satu, pembayang dah diberi, cuma nak dicari kat mana jer. Kepada yang marah marah kat facebook pasal kononnya takde pembayang diberi, nak aje aku starlight dahi mereka dan cakap, "hallo, lu tahu guna facebook, takkan lu tak tahu nak cari pembayang tu kat mana?" Dengan entri ni jugak aku berdoa aku tak perlu maki maki (dalam hati) mereka yang meneka tak ikut pembayang asas yang diberi iaitu "Nama artis ada huruf 'A'."

itu aje suriafm dah makin gila

Ini entri iklan dan juga entri untuk ucap selamat tahun baru untuk peraduan itu aje suriafm tu. Adalah aku hantam sikit sikit tapi masa tu mood tahun baru, lagi baik aku layan anak aku tengok ultraman seven, ultraman kosmos, ukltraman mebius dan semua keturunan ultraman daripada aku marah marah.

ini bukan jawapan betul itu aje @ suriafm

Aku rasa ini entri paling grand untuk itu aje ni sebab dalam entri ni aku menunjukkan kerajinan dan keprihatinan kepada mereka yang buat kajian secara akademik untuk menang peraduan ni. Aku tolong letak senarai lagu lagu yang pernah diteka untuk itu aje suria fm tu. Bukan kerja senang tapi aku rasa puas hati. Kepada mereka mereka yang rajin bantu membantu bagi kemaskini lagu yang disalah teka dalam komen entri tu (korang tau korang sapa), buat aku ada lagi semangat nak bagi senarai tu lagi panjang sampai Kuala Kedah. Aku bagitau jugak yang tawaran aku untuk klip tu akan terus terbuka selagi belum ada pemenang rasmi Itu Aje Suria FM. Aku jugak men-sound secara tak langsung mereka yang mintak klip melalui komen sebab malas membanyakkan membaca langkah yang aku bagitau dalam entri sulong aku tu. 'Until when when' la komen tu takkan muncul kat blog ni.

ITUAJE suria fm-dedikasi untuk madam

Seperti tajuknya, Ini entri dedikasi untuk madam aku yang mula mula bagitau aku pasal peraduan paling 'hype' di suria fm ni. Terima kasih untuk madam yang buka peluang untuk aku bantu orang lain sikit sikit. Andainya aku termenang pulak nanti, madam jugak yang bertuah, kan? Hahaha.

Cara teka lagu itu aje di suria fm dengan sms

Ini entri paling trengkas sebab guna skema ayat sms. Untuk mereka yang betul betul nak tau cara sms untuk itu aje, silalah jenguk jenguk web suria fm atau daftarlah di facebook dan tunjuklah muka korang di fan page suria fm tu. Jangan nak ribut ribut kat blog santai yang penuh kedamaian dan ketenangan ni yer.

suria fm itu aje-Bila mau abis daa?

Entri ni dikaitkan dengan penggunaan teknologi secara serius untuk memenangi sebuah peraduan teka lagu di radio suria. Di Jepun, robot berskala lalat pun dah direka menggunakan teknologi pintar. Malu kita kalau tak menggunakan teknologi untuk peraduan yang macam ni! Ada jugak aku jemput pakar pakar audio untuk menyumbang sepatah dua skil tapi nampaknya, mereka (mungkin) lebih gemar mengusahakan untuk kemenangan sendiri. Yer la, sapa yang tak nak menang duit sebanyak tu, yer tak? Itulah tarikan duit sebenarnya. Takpelah, mana yang aku boleh kongsi, contohnya info asas 'digital synchronizing' tu, aku bagitau la. Cuma, bila ada yang bertanya secara langsung, "apa lagu yang betul dalam fikiran lu?". Haha, itu soalan bonanza! Korang korang yang dah baca semua entri dan komen aku pasal lagu di suria fm ni, pasti pernah terbaca pembayang yang aku pulak bagi.

Itu Aje @ suria fm review

Dan entri ni, review tentang suria fm dan itu aje. Siapa yang akan menang, lagu apa sebenarnya untuk itu aje tu, masih samar samar. Ada yang kata dah tau lagunya cuma peluangnya belum terbuka. Yang nampak jelas, ramai dah dibuka peluang tapi disia siakan pulak dengan meneka lagu yang tak kena mengena dengan pembayang.."aku pasti...itu bukan lagu kumpulan EXIST!" Jadi, tunggu ajelah. Kepada yang konsisten mengkaji, mengapdet senarai lagu yang disalah teka, yang terus meng-sms dan me-redial setiap pagi, jangan putus asa. Lagu yang diteka dalam itu aje ni bukannya semudah yang disangka nak dapatkan jawapannya. Khairul Fahmi (KFCM) tu pun lama giler berlatih sungguh sungguh untuk dapat main dalam kesebelasan utama pasukan Kelantan dan skuad Harimau Malaya tau!. Tapi bila beliau dibagi peluang beraksi, beliau tunjuk kebolehan dengan bergaya, tau! (tapi aku tetap sokong pasukan Negeri Sembilan). Maksud aku, memang betul peraduan ni lebih kepada nasib baik untuk dapat jadi pemanggil bertuah, tapi bila dapat peluang jadi 'bertuah' tu, teka la dengan penuh gaya 'bertuah'. Andai kata tak betul pun lagu yang diteka tu, Nirvana kata 'Nevermind', asalkan kriteria peneka bergaya tu dipenuhi.

Tak tahulah. Kalau berlanjutan lagi sampai ratus ratus ribu pulak duit terkumpul untuk peraduan kat suria fm tu nanti, mungkin aku kena buat entri 'season finale' pulak lepas ni. Selagi belum ada yang menang, teka teka dan teruskanlah meneka... dengan bergaya.

1 comments:

Hahaha... en Keheng ni..~~~ memang gile dah Itu Aje nih.. sekarang aje dah RM32000 .. huhh!! tp mcm biase.. skrg ni asek jwpn ulangan.. isk.. deme x jumpe ke hape blog en keheng nih~~.. nak kene bukak facebook spesel utk itu aje fan pastu postkan senarai lagu yg dah disalah teka.. ke? isk..~~

 

Post a Comment