Pertama kali dalam hidup aku sebagai pekerja, aku datang ke majlis makan malam tahunan syarikat. Ini majikan aku yang kelima.
Sebelum ni aku tak berapa nak ikut sangat majlis majlis macam tu sebab ada beberapa hal yang aku tak berapa berkenan, contohnya kurangnya kepekaan majikan dengan propaganda 'pekerja wanita sila berpakaian dengan kain yang paling singkat-hadiah untuk siapa paling seksi ditawarkan' dan 'siapa mabuk arak paling hardcore pasti dipandang hebat oleh bos yang juga kaki mabuk'.
Itulah jugak pertama kalinya aku menghadiri parti maskeret (kostum serta topeng) yang memerlukan aku menyewa pakaian beragam.
Mula mula aku nak la jugak merasa pakai baju Jack Sparrow the lanun, tapi berebut rebut pulak yang nak pakai stail tu. Fikir sikit sikit lepas tu, aku rasa nak cari baju The Mask (Jim Carrey), tapi macam tak menarik.
Sampai kat kedai sewa kostum tu, belek belek gambar, aku pilih baju stail kurun ke- 18.
Masa tengah cuba cuba tu la pembantu kedai tu bagitau kostum yang aku pilih tu cara Napoleon Bonaparte.
Belasah jer la. Janji ada.
---
Di majlis tu ada hadiah kostum paling best, cabutan bertuah dan persembahan terbaik.
Aku yakin menang dan daftar masuk ketiga tiga kategori.
Hujungnya, aku dapat la satu hadiah, daripada cabutan bertuah.
Itupun sebab semua orang dah digerenti dapat hadiah, yang membezakan cuma hadiahnya.
Antara hadiah paling best;iPad2, TV LCD 32 inci, blekberi.
Antara hadiah yang kawan kawan opis aku cakap tak berapa best;hamper, vaucer.
Aku dapat la sebiji beg laptop (walaupun aku takde laptop sendiri pun) yang diisi dengan sebijik speaker mini dan sebiji lagi beg kecik yang ada bekas air panas & sejuk. Speaker mini tu lah pengubat hati aku. Kah kah kah.
Masa aku jadi wakil untuk cabut hadiah bagi pihak kawan aku, aku sudah memenangkan dia sebijik kamera digital. Best kan?
Takde tuah?
Aku rasa tuah tu ingat aku ni jebat, tu yang taknak kat aku tu.
Kah kah kah.
Kategori kostum paling best dapat kat mamat yang pakai baju askar trojan yang ada balung merah tu. Masa buat penilaian, brader yang jadi panel penilai tu bagi harapan palsu kata aku boleh menang. Member aku bagitau, kat dia pun brader tu cakap ayat yang sama. Ayat manis.
Persembahan aku?
Barai.
Tak aku nafikan...memang barai...
kah kah kah.
Terlepas RM4000 hadiah utama.
---
Ada umur, tahun depan aku boleh cuba lagi. Tak kisah la apa hadiah utamanya pun.
Aku rasa aku mesti 'repeat' dan bagi yang super lagi best tahap kayangan punya.
---
*Nanti nati la aku tunjuk gambar gambar.
Keje banyak ni.
Kena hantar claim cepat sebab dah tak menang RM4000 tu. Kah kah kah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment