catatan kehidupan hari 2 Ogos 2009
Lanjutan daripada projek buat duit hari 3.
Seronok ke kehidupan mereka yang kaya raya tu?
Yer la,aku selalu mencelah-celah dalam kesesakan lalu lintas area damansara.
Segala mak nenek jenis kereta mewah aku pernah selit.
BMW, Merc C-class, S-Class dan segala kelas yang ada lagi, Mitsubishi Evo, Lancer, Ferarri...
semua aku penah lalu sebelah masa mencilok-cilok tu.
Tapi...
Bila aku perhati muka-muka driver kereta-kereta tu (yang aku bleh nampak la,maklum la,kereta mahal ni semuanya cermin tinted),
takde plak tergambar kat muka diorang yang menunjukkan diorang tu happy dengan apa yang diorang ada.
Kebanyakkannya nampak muka berkerut-kerut.
Nak kata panas,tingkap bertutup, mesti diorang guna penghawa dingin.
Takkan gas air-cond diorang dah abis?
Kenapa diorang tak pegi isi kalaupun gas tu dah abis?
Bukan mahal pun.
Tak happy ke diorang mampu bawak kereta mahal tu?
Kereta tu bukan diorang punya ke?
Kereta tu pending 6 bulan ke? Nak kena tarik ke?
Aku tak suka bayangkan if aku yang duduk dalam kereta-kereta tu sebab aku taknak hanyut dalam khayalan (VE & ruffedge) tu.
Aku dah mula hadkan tahap khayalan aku yang selama ini mungkin agak melampaui tahap hikmat kuasa pecutan momentum dengan kuasa ultra tahap 7 tu.
Aku sedang yakinkan diri aku yang aku kena sentiasa berpijak di bumi yang nyata.
Aku tak suka nak levitate macam David Blaine yang buat street magic tu.
Yang aku tau, aku kena usaha,usaha dan usaha lagi.
Kejayaan mesti aku usahakan.
Atas usaha aku sendiri, bukan atas belas ehsan orang lain.
Aku hanya berdoa untuk ehsan dari ALLAH atas segala yang aku usahakan.
Cukuplah hanya ALLAH.
-terapung bukan terbang-
0 comments:
Post a Comment