ini bukan blog AirAsia
"graviti kuat buat kita rasa melekat dan tak rasa bumi ini berputar,
tapi graviti jugak tak kuat sebab burung burung masih boleh terbang tinggi.
Hebatnya ciptaan Tuhan."

jambatan kemungkinan

buat duit dalam 17 hari(hari 10)

catatan kehidupan hari 6 Ogos 2009

Aku yakin ramai dari korang pernah lalui keadaan ni:
Kita sampai pada satu situasi persimpangan yang memerlukan keputusan dibuat.
Dalam membuat keputusan,kita memikirkan seribu satu kemungkinan yang bakal berlaku.

Segala kemungkinan itulah yang aku gelarkan 'jambatan kemungkinan'.

Tiang jambatan ni dibuat dengan ayat 'apa jadi kalau..' atau 'what if..'

Ada baik dan ada buruknya jambatan-jambatan ni.

Tapi semuanya hanya ada dalam kotak pemikiran kita.

Sudahnya,ramai yang terperangkap dan akhirnya, takde keputusan dibuat.

Hal ini (membina terlampau banyak jambatan) selalu memerangkap aku dalam banyak hal dalam kehidupan aku.
Contohnya,aku terlampau banyak (dan terlalu jauh) dalam membuat jambatan kemungkinan berkenaan hal kerjaya aku.
Kebosanan dengan 'kerja makan gaji'dah lama memerangkap aku.

Aku sebenarnya dah agak lama berkira-kira untuk 'jadi bos sendiri' tapi dengan terlalu banyaknya 'apa jadi kalau..'yang meletup-letup dalam kepala aku ni,perkembangan dan perlaksanaan rancangan aku terbantut.

Banyak jambatan kemungkinan yang aku fikirkan.
Apa jadi kalau aku tak berjaya?(negative thinking).

Ada betulnya kata bijak pandai 'perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah'.

Dalam keadaan ni, aku belum berani memulakan walau langkah pertama kerana dihantui segala jambatan kemungkinan yang dah pun terbina dalam kepala aku ni.

Persoalan untuk diri aku sendiri, sampai bila?
Mana hujungnya jambatan-jambatan tu?

Sedangkan jawapannya adalah begitu ketara...hanya ALLAH yang Maha Mengetahui.

Tapi aku masih terperangkap dalam zon selesa dan tarikan kapitalis (materialistik).

Aku juga macam nak pecah kepala memikirkan idea perniagaan untuk ditulis.

Patutkah aku menulis tentang 'idea bisnes luar biasa'?(satu lagi jambatan baru terbina).

Atau perlukah aku menulis pasal 'cara senang buat duit'?

Atau pasal 'make easy money with forex for beginners'?

Patutkah aku abaikan pasal idea 'bisnes tudung muslimah'?

Macam mana pulak minat aku dengan 'bisnes batik online'?
dan 'onedropperfumes minyak wangi pilihan terbaik'?

Banyak jambatan kan?
hahaha..

Bukan tu je, malah ada beratus idea bisnes lagi dalam kepala aku ni, tengah tunggu giliran meletup yang belum kunjung tiba.

Tapi tu lah, bila difikirkan balik,aku hanya dapat nasihatkan diri aku sendiri dan korang yang berdepan dengan masalah jambatan yang tak perlu ni,
kita teruskan je hidup kita kat dunia yang sementara ni.

Jambatan-jambatan tu kita reka dalam kepala kita,belum tentu kita sampai kat jambatan tu dan belum tentu jambatan tu dapat kita seberangi,macam yang kita nak.

Teruskan hidup selagi ALLAH izinkan.

Sebenarnya,penyelesaiannya tak serumit yang kita sangka.

Solat 2 rakaat kerana ALLAH,mohon petunjuk dari ALLAH,hanya ALLAH,cukuplah hanya ALLAH.

mohon,mohon dan kumohon (macam lagu Sheila Majid tu) dan istiqamah kerana ALLAH.
InsyaALLAH,selesai masalah.

Masalah ke semua tu?
Tidak dan bukan.
Semua ni dugaan hidup yang sementara ni.

Sama-sama la kita doa dan tawakkal kepada ALLAH.
Amin.

-insyaALLAH terbang-

0 comments:

Post a Comment