ini bukan blog AirAsia
"graviti kuat buat kita rasa melekat dan tak rasa bumi ini berputar,
tapi graviti jugak tak kuat sebab burung burung masih boleh terbang tinggi.
Hebatnya ciptaan Tuhan."

buat duit dalam 17 hari(hari 9)

catatan kehidupan hari 5 Ogos 2009

Simptom asma
Ammar Muktafi kena sesak nafas petang semalam.
Bergegas terbang aku balik dari ofis petang semalam.

Bila aku jumpa dia lepas mama dia ambik dari rumah pengasuh,runtuh hati aku tengok keadaan dia.

Tak bermaya nak bercakap. Nafas tersekat-sekat.

Kami rush ke emergency Hospital Putrajaya.

Terus dia kena masuk jumpa doktor.

Mula-mula doktor kata takde apa (dah separuh nyawa macam tu pun,dokter kata takder apa,penyedap hati kitorang je agaknya).

Bagi oksigen,ambik darah,then takde perubahan,kena masuk wad.

Sampai wad,dokter check lagi,then kena neb (sedut gas untuk asma).
Baru nampak ammar lega sikit bernafas lepas bagi neb tu.

Dokter bagi briefing bagitau yang peringkat ni tak boleh nak kata ammar kena asma sebab ada banyak kemungkinan walaupun simptom yang dia tunjukkan tu banyak mengarah ke sakit asma.

Mama ammar memang dah anticipate kena masuk wad, so dia dah prepare segala kelengkapan asas untuk masuk wad.

Sebab aku malas nak berurusan dengan kerenah birokrasi security guard yang mungkin menghalau if aku stay sama kat wad, so aku decide tido dalam kereta kat parking lot.

LOKASI:Pukul 5 pagi:kedai mamak Dengkil

idea drama pendek
Tidur dalam kereta kat parking lot Hospital Putrajaya bagi aku idea drama pendek kisah 'hospital'.
Mungkin genre komedi ringan dengan unsur seram sikit (je).

Kisah macam mana manusia boleh terpedaya dengan apa yang 'terkelibat' (bayangan melintas secara laju) sebab imaginasi yang melampau.

Kisah sorang mamat security guard yang nampak sebuah kereta parking kat parking lot hospital bergerak-gerak dan enjin dihidup dan dimatikan.
Segala andaian seram bermain dikepalanya tapi akhirnya mamat security guard ni nampak dalam kereta tu sebenarnya ada orang (sorang mamat lain)yang sebenarnya berperang dengan nyamuk dan 'berperang' dengan 'gangguan sebenar' di hospital tu.(aku ke mamat sorang lagi tu?)

Kepada pengarah yang nak mengilhamkan drama (pendek ke panjang ke) dengan idea aku ni, dengan segala hormatnya aku persilakan email aku untuk maklumat lanjut.

Setidaknya, ada gak aku kawan dengan pengarah...hahaha.

Kalau takde,takpe. Biarla jadi cerita kat sini je...:-)

-gangguan terbang-

0 comments:

Post a Comment