ini bukan blog AirAsia
"graviti kuat buat kita rasa melekat dan tak rasa bumi ini berputar,
tapi graviti jugak tak kuat sebab burung burung masih boleh terbang tinggi.
Hebatnya ciptaan Tuhan."

buat duit dalam 17 hari(hari 7)

catatan kehidupan hari 3 Ogos 2009

keyword search

Internet ni dah lama wujud.

Internet ni pusat maklumat.

Segala benda yang ada kat dunia ni, infonya mesti ada dalam internet.

Internet ni kira HQ semua library kat dunia ni.

You name it,the internet got it!

Internet takkan tepu dengan maklumat, if nak tepu pun lambat lagi la, mau makan ratus takpun ribu tahun kot.

Dari pusat maklumat, internet dah pun ambik alih keje-keje kaunter.

Kaunter bank, kaunter pertanyaan,kaunter daftar masuk, kaunter attack (hahaha),kaunter bayaran,kaunter pendaftaran.

Macam-macam ada.

Dari maklumat secara percuma, dah ada pulak maklumat yang dijual online kat internet.

Dari sepandai-pandai maklumat,sampai la sebengong-bengong maklumat, mesti ada orang jual.
Ada gak yang beli maklumat-maklumat bengong tu.

Berniaga online ni dah macam berniaga kat pasar malam.
Semua ada.Semua boleh.

Kerja

Bila cakap pasal kerja, internet dah jadi macam pusat utama berkenaan kerja ni.

Cari kerja kosong, check online.
Cari kerja berisi, check online.
Cari pekerja, check online.
Daftar kerja, guna online
Buat kerja, check online.
Hantar kerja, guna online.
Tiru kerja, guna online.
Semak kerja, guna online.

Pendek kata, semuanya boleh online.

Bisnes

Hal bisnes pun sama gak.

Cari bisnes, cari online.
Jumpa bisnes, online.
Jual bisnes, guna online.
Beli bisnes, guna online.
Promo bisnes, guna online.
Tipu bisnes, online jugak.

Begitulah cepatnya evolusi internet,evolusi online (bukan evolusi kl drift) ni.

Agaknya yang ideakan internet ni pun tak penah terfikir internet ni akan jadi macam sekarang ni.

Yang payahnya sekarang ni, nak mencari apa benda yang takde kat internet ni?

Semua ada online.

Cari duit online

Banyak. Memang banyak cara dan teknik cari duit online yang ada.

Yang sah, yang tak sah, yang halal,yang tak halal,yang dibenarkan syara', yang tak dibenarkan syara'.
Yang tulen, yang ciplak.Semua ada.

Yang tak berapa senangnya nak mengenal yang mana jauhari (bukan johari), yang mana manikam.
Ynag mana permata, yang mana kaca.

Kuncinya?

Satu je. Ilmu.

Bila ada ilmu, pusing kot mana pun kita tau yang tu betul atau tak betul.

Jadi, mana nak belajar ilmu buat duit online ni?

Sorry, takde lagi kolej atau universiti yang khas ajar benda ni.

Maktab Perguruan Ilmu Khas pun tak ajar ilmu ni.

Kena belajar dan cari sendiri.

Kena banyak membaca.

Kena fikir luar kotak (thinking out of the box).

-terbang keluar sarang-

0 comments:

Post a Comment