ini bukan blog AirAsia
"graviti kuat buat kita rasa melekat dan tak rasa bumi ini berputar,
tapi graviti jugak tak kuat sebab burung burung masih boleh terbang tinggi.
Hebatnya ciptaan Tuhan."

tak sudah sudah aku dilanggar

ada orang kata bila dilanggar itu menyakitkan.
ada orang kata yang melanggar itu bahalul.
ada orang kasihan kepada yang dilanggar.
ramai orang biasanya marah kepada yang melanggar.

kebelakangan ini,
aku memang rasa sakit dilanggar.
aku memang membahalulkan orang yang melanggar.
ramai yang kasihan bila tau aku dilanggar.
ramai yang marah kepada yang melanggar.

aku bagitau senang jer.
kerana kebahalulan manusia menyakitkan orang lain.
kerana kebahalulan manusia melanggar.
kerana kebahalulan juga yang melanggar pasti dapat berbakul bakul sumpah seranah.

kepada bahlul yang menjadi pelanggar.
cerca nista dari jahannam untuk anda.
semoga rentung disana.

itu aje @ suriafm

Aku dengan peraduan ni ada macam badi skit.
Kah kah kah.

Aku masih ingat peraduan pertama aku masuk;buat design sticker untuk Kawasaki Ninja.Masa tu hujung 80an rasanya.

Aku sekolah rendah lagi masa tu.
Jangan main main.
Walaupun dalam usia mentah,aku dah ada kegilaan dengan motor,walaupun masa tu cuma giler buat design untuk stiker je.
Dengan segala kerahan idea yang kononnya aku rasa 'gempak satu kampung nengok ni!',maka aku pun hantar 3 penyertaan sahaja.
Yer,3.
3 rekabentuk dan skima warna berbeza.

Aku hantar penyertaan tu, juga dengan penuh harapan agar dapat sebijik kawasaki ninja.
Dengan harapan menang....yang tinggi menggunung.

Hasilnya?
Haram tak menang walaupun saguhati. Takde rezeki.

Lepas tu banyak jugak peraduan yg aku cuba.
Peraduan teka bola takraw Utusan dulu memang lama aku ikut.
Setiap hujung minggu bila balik rumah atuk, aku akan gunting keratan keratan gambar yang perlu disambungkan dari suratkhabar utusan.
Rumah aku tak langgan suratkhabar macam rumah atuk.
Atuk bukan marah pun, kerat sikit jer. Masih boleh jual yang lain tu.

Mentang mentang masa tu aku main sepak takraw posisi apit kanan (killer) dan mampu buat libas pari ala adnan saidin,aku ingat aku boleh la teka kat mana kedudukan bola dalam gambar?
Macam haram. Gagal!

Peraduan teka silangkata (pun dalam utusan), usah kata la.Siap nak beli Kamus Dewan jadi rujukan.
Ye la,masa tu komputer dan internet haram aku tak kenal lagi.

Semangat nak menang memang giler membara masa tu tapi dah memang takde rezeki dalam peraduan peraduan macam tu, aku terima aje la.
Aku sedar yang benda benda yang dpanggil 'tuah' tu memang tak berapa ada kat aku.

Dan itu kisah dulu dulu.
Baru baru ni pulak,kat suriafm ada satu peraduan yang menguji telinga sapa ada tahap pendengaran paling tajam dan paling bionik untuk kenalpasti lagu yang diberi.
Dalam segmen 'itu aje' waktu pagi,isnin sampai jumaat,dj akan mainkan klip setengah saat daripada penghujung sebuah lagu.
Serius,memang setengah saat.
Hujung lagu plak tu.Masa dengar lagu,mana ade makhluk yang ambik port bahagian ujungnya.

Dalam peraduan ni, bila takde pendengar yang dapat teka dengan betul, ganjaran rm50 tu akan terkumpul.
Setakat Isnin,15 november 2010, jumlah terkumpul dah cecah RM26,200.
Yer,itulah jumlahnya.
Sehari,hanya 2 orang pemanggil dapat peluang tu.Sekarang dah 4 pemanggil.Pukul 7.20 pagi 2 orang & pukul 8 pagi 2 orang lagi.

Ini antara pembayang yang dah diberi:
1.Lagu melayu
2.Nama artis ada huruf 'A'
3.Dirakamkan di Malaysia
4.Artis ni masih hidup
5.Lagu ini bukan lagu instrumental
(sumber:suriafm.com.my)

Sekarang baru aku tau kenapa member aku penah tanya kat aku 'apa maksud lagu ini bukan instrumental'.
Dia tengah sibuk meneka lagu untuk peraduan ni rupanya.

Bila Aku tau pasal ni,aku pun kasi la peluang satu kali dengar ini suriafm di satu pagi,khusus untuk nak dengar segmen peraduan ni je.

Untuk menunjukkan keseriusan aku nak bersama member aku tu untuk cuba peraduan ni, aku siap rekod klip lagu ni.
Giler macam haram punya payah nak teka!

Setakat ni, pengkalan data lagu lagu dalam memori otak aku memang belum dapat mentafsir dan menterjemah, apalagi memberi padanan lagu sesuai.

Oleh sebab itu,aku rasa,ada faedahnya aku kongsi kat sini.
Mana la tau ,ada awek awek hantar email kat aku mintak klip yang aku rekod.
Kah kah kah.

Jadi,Awek awek yang minat nak salinan klip yang aku rekod tu,boleh la email kat aku.
Kah kah kah. Gurau jer.

Sesapa pun boleh mintak kalau minat.
Free je aku bagi.

Kalau pun ada yang menang dengan bantuan klip yang aku rekod tu,jangn risau,aku tak mintak share duit tu,cuma bagi kredit kat blog aku ni dah la.
Rezeki masing masing.

Yang usaha buat panggilan tu korang sendiri.
Lagipun, Nak tembus talian tu susah yang amat.
Andai korang berjaya dan betul pulak tekaan tu,korang memang bertuah. Ada ong! kata cina.

Selamat meneka & memanggil.
Email aku ada kat profil.Tau!

(suriafm jangan mengada nak kata aku ambik maklumat yang ada hakcipta terpelihara dari site korang. Kredit aku dah bagi. Entri ni kira aku tolong promosi kasi 'rating' korang naik lagi ni. Tau!)

kemaskini:
kepada yang mengemail meminta kongsi klip lagu tu,dah pun aku emailkan.
di bawah ini penafian (kata bahasa penjajah 'disclaimer') aku berkenaan klip yg aku emailkan tu:
-klip tu aku rekod guna handphone
-klip tu aku simpan formatnya ke mp3 guna 'soundforge'
-korang kena dengar klip kat radio (isnin hingga jumaat, pukul 7.15pagi dan 8 pagi)sekurang kurangnya skali untuk synchronize (apa menatangnya pekataan ni dalam BM ntah)pendengaran korang dengan klip yg aku email tu.
-dengan adanya klip tu tak semestinya lagu yang korang teka tu betul, aku pun dah ada rasa 6 lagu yang aku teka kununnya betul, tapi haram jadah semuanya salah.yer aku tau, telinga aku tak cukup bionik lagi.

cukup bahagian penafian di situ, bahagian peringatan pulak:
-sila hantar permintaan melalui email.
-sila tengok profil aku untuk dapatkan email (aku malas nak taip kat sini).
-aku tak boleh dipertanggungjawabkan andainya korang letak email dalam bahagian komen dan aku paparkan komen (beserta email) korang untuk tontonan umum melainkan korang memang nak email korang tu glamer.

selamat menang!

Di Putrajaya, kebersihannya terjaga rapi.


Ada satu petang, aku duduk sorang sorang, depan Istana Kehakiman di presint 1, Putrjaya.
Saje lepak.

Aku agak musykil,kenapa namanya istana?
Rasanya, takde pun soltan atau raja bersemayam kat sini. Kan?

Kalau ikut nama tak komersilnya, nama bangunan ni sepatutnya Kompleks Mahkamah Putrajaya. Tempat para hakim yang bijaksana bertugas.

Tapi Hakim hakim kat sini bukan raja.
Kalau pun diorang raja, diorang bukannya tinggal kat bangunan yang dipanggil istna ni. Kan?
Habis tu, kenapa namanya istana kehakiman?
Wallahua'lam.
Tanya google pun dia tak bagi jawapan yang memuaskan hati.

Cerita pasal kebersihan pulak,di depan istana kehakiman ni, ada bangunan Perbadanan Putrajaya. Depan bangunan ni ada dataran.

Lanskapnya simple.
Ada padang rumput yang ada platfom letak tiang bendera. Keliling padang tu ada pokok pokok dan ada ruang rehat.

Kecuali dedaun kering,kawasan ni Bersih.
Takde bungkus cikadees kosong, bungkus tapau kosong lagi la takde. Takde jugak puntung rokok bersepah sepah, takde bekas air kotak terbiar juga takde plastik bekas minuman bersimpul tali rafia. Plastik sesungut pelbagai kaler dan saiz terbiar pun tidak kelihatan.
Memang takde.

Kira sedap la mata memandang dari tangga istana kehakiman ni.

Kalau la semua tempat kat Malaysia ni sebersih macam kawasan kompleks keranjaan ni,memang aku up rasa bangga duduk kat malaysia ni.
Tapi, apa nak buat, nak kebersihan tahap ni, bayaran membersih tempat ni mesti mahal giler.
Mana rakyat malaysia mampu nak bayar upah kos membersih macam kat sini.Kan?

cerita dari Jeddah

Aku hantar satu sms:

"Salam.lu penah pegi medan kan?lu citer skit apa yang bestnya kat medan tu.gua ingat nak gi sana la."

2 minit berlalu, terbit satu sms dari henfon aku.

"bg email yg ko selalu bkak!aku kat jeddah now! keje ngan ONURAIR"

Fuh, da sampai ke Jeddah kau yer. Bagus!

Aku dengan kawan ni sama sama penah keje dengan syarikat penerbangan tambang murah kaler merah beberapa tahun dulu.

Bila dah berenti, kami bawak haluan masing masing.
Aku kerja dengan syarikat pusat panggilan multi nasional, dia mulakan bisnes.
Kami berhubung macam biasa.Tanya khabar.

Masa berlalu.

Sampai la ketika aku tetiba nak anta sms untuk tanya pasal trip ke Medan tu.

Kata beliau, twaran terbang di awan biru tu sukar untuk dia tolak. Tugasnya agak mudah. Cuma menjadi pengalih bahasa untuk rakyat Malaysia yang baru selesai menunaikan haji.Takde halangan menunaikan solat (tidak seperti ketika menjadi sebahagian petugas beruniform merah di LCC dulu yang mana jika mahu bersolat pun menjadi isu.)

Jadi, kawan, aku uacp selamat maju jaya dalam karier kau terbang di awan biru macam citer awan dania tu.

Cuma pesan aku,bila mendarat di KLIA, sambil menarik beg seberat 2 tong gas 15kg tu, pandang pandang la kiri dan kanan. Mana la tau ada pulak kengkawan yang tersesat ke KLIA tu nanti.Jangan lah sampai dipanggil sombong.

Ingat yer, walaupun kau berseragam syarikat penerbangan bukan dari Malaysia dan kau berjalan dalam kumpulan pramugari dari Turki, kau tetap memegang Kad Pengenalan Malaysia beralamat Melaka.

Semoga ALLAH memudahkan urusan kita di dunia dan akhirat. Amin.

Jalan jalan tengok makanan

Masa tengah tengok rancangan masak masak kat cenel AFC, teringat pulak aku kat kombinasi menu unik yang aku nampak baru baru ni.

Tak penah terlintas kat rasa tekak aku untuk makan ikan bakar sambil minum susu kambing. Perghh, tak dapat dibayangkan tindakbalas lidah dengan kombinasi ni.

Memang unik.



Kalau tak cukup power kombinasi tu, kasi up skit makan ala western sambil togok tongkat ali.
Baru namanya pertembungan budaya barat dan timur.



Unik kan?
Silakan cuba sendiri di Jalan Pantai-Kuala Klawang, Negeri Sembilan.

Lokasi kedai di simpang masuk ke Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Sembilan.
Nih alamat:
Lot 1504, Mulim Pantai Batu 6
Jalan Jelebu 70770 Seremban

Kalau ikut waktu perniagaan:petang - awal pagi.
(nih kalau si Bobby Chinn tau dia mesti mari sini...kot?)

Lagu ini bukan instrumental

aku ni kurang ilmu pasal muzik.
dengar lagu lagu tu boleh la.

jadi bila ada member yang bertanya kat aku,
"apa maksud 'Lagu ini bukan instrumental'?"

aku pandang dia.
aku senyum dan jawab,
"entah.tanya la google."

member tu menjawab pulak,
"kalau google bleh bagi jawapan padu, yang memuaskan hati aku, takde la aku tanya kau.ingatkan kau tau.bukan kau pandai main gitar ke?"

"cilanat.kau ingat aku boleh main gitar sesikit tu,aku pandai ke pasal soalan teori muzik?" aku bangkang dalam hati.

jadi,sesapa yang tersesat kat sini masa tengah cari 'apa maksud Lagu ini bukan instrumental?',sila la bagitau kat kami ni.Tau!

time kasih.

dan bila esok..

sambil togok Revive.
sambil makan maruku.
aku tetiba melayan lagu "dan bila esok.."
(lapan kali aku ulang kat iu tiub, nak download, malas)

jiwang karat?leleh?

entah.

nak tulis benda benda lain, tak lepas.
halangan mental.

idea datang bukannya dibagi sms.
sekali lalu je.
datangnya pun tak tentu masa.
masa tengah berlumba dengan lori balak.
masa tengah bagi ic dengan lesen kat polis bila kena tahan.
masa tengah siapkan laporan yang nak kena hantar lagi 15 minit.

fokus?
memang..gagal!

bila dah ada ruang nak mencoret, langsung tak dapat panggil balik idea idea yang melintas tu.
isk..

nak nulis fakta, kapasiti bahan ilmiah agak terhad sekarang
(sebab makin kurang membaca).
baca blog orang banyak la.

tapi takde hal la tu semua.

bukannya ramai pun yang baca apa yang ada kat sini.

apa ada hal?!
(togok kasi abis Revive dan tekan butang 'play' lagu 'dan bila esok..' kat iu tiub)