ini bukan blog AirAsia
"graviti kuat buat kita rasa melekat dan tak rasa bumi ini berputar,
tapi graviti jugak tak kuat sebab burung burung masih boleh terbang tinggi.
Hebatnya ciptaan Tuhan."

Cerita idea cara nak berniaga kedai makan

Blog terbangz ni asalnya aku mulakan sebagai wadah untuk aku
meluahkan keterbukuan di hati tentang perkara dan kejadian yang aku
lalui dalam kehidupan singkat ini.

Inspirasi nak berniaga kedai makan ni tercetus bila aku bertemu
seorang kenalan lama tidak lama dulu. Dari mula kami bercerita pasal berniaga sendiri,berniaga kecil-kecilan sampai la tajuk bisnes-bisnes berat juta-juta.

Kenalan aku ni seorang usahawan. Memang dia berjiwa usahawan.
Beliau memang sudah memulakan perniagaan sendiri. Alhamdulillah, beliau sudah mengorak langkah menjadi usahawan berjaya.
Aku memang kagum dengan semangat keusahawanan yang ada dalam diri beliau.

Dalam pertemuan tu, cerita kami berkisar tentang perihal bisnes, maka beliau
berkongsi dengan aku pasal visi beliau dalam dunia bisnes ni.
Pada aku, dia ada idea, banyak idea, cuma belum diperincikan.

Cukup la dulu cerita pasal kenalan aku tu. Aku doakan dia berjaya. Amin.

Bila memperkatakan pasal bisnes kedai makan ni, objektifnya perlu jelas sebab, pada aku, persaingan dalam kategori ni agak tinggi.

Apa yang melonjakkan populariti mana-mana kedai makan?
Dah tentu menunya.

Konsep rancangan 'jalan-jalan cari makan' yang disiarkan di TV3
patut dijadikan panduan.

Pernah korang terfikir kenapa dalam beribu-ribu kedai makan yang ada kat Malaysia ni, kenapa kedai makan tertentu je dapat masuk rancangan tu.
Bukan, bukan pasal rasuah, tapi pasal populariti menunya di kalangan pengunjung.

Sekarang ni, terdapat beratus-ratus rancangan promosi makanan ada kat astro.
Konsep asasnya sama.
Mempromosikan masakan-masakan sedap yang dijual oleh kedai atau gerai atau warung tersebut.

Nampak tak pointnya?

Maknanya, kalau nak mula berniaga kedai makan sebab nak cari populariti, fokuskan pada menunya, pada juadahnya. Dalam mana-mana bisnes pun, sebaran maklumat mulut ke mulut adalah ejen pemasaran paling efektif.

Secara sedar atau tidak, kita sendiri pun selalu bagi promosi free kat mana-mana kedai makan yang kita pergi. Tak kira lah kedai makan best atau kedai makan tak best. Melalui perkongsian maklumat pasal menu kat mana-mana kedai tu lah, maka populariti mana-mana kedai tu akan meningkat.
Contoh ayat,"sedap betul lauk kerabu jantung kat kedai baru tu. Esok nak try gulai siput sedut tu pulak"

Sampai sini, korang dah ada idea untuk menu paling sedap (pada tekak
pelanggan) yang korang nak jual?

Andainya pulak korang nak berniaga kedai makan tapi belum tentu menu korang boleh jadi 'best giler', nak buat macam mana?

Ha, kat sini korang mesti aktif jadi sumber penyedia.
Maksud?

Korang boleh fikirkan untuk jadi penyedia pilihan makanan kepada pelanggan.
Maksud lagi?

Katakan korang plan nak bukak kedai makan untuk makan tengahari saje.
Bila makan tengahari, golongan pekerja kebanyakannya lebih memilih nasi campur sebagai pilihan utama.

Fokusnya ialah kepada golongan pekerja,jadi cari la area yang hampir kepada
golongan ni. Korang memang kena survey area tersebut sama ada sudah ada kedai menjual menu yang korang nak jual tu atau tidak.

Bukan apa, nak kurangkan sikit tahap persaingan.
Mana yang dapat, kurangkan la buat peniaga sedia ada rasa tercabar sangat dengan kewujudan korang.

Aku tak kisah la andai korang label aku ni konvensional sebab aku nampak ramai lagi peniaga kat Malaysia ni yang nampaknya masih menggunakan 'pendekatan mistik' dalam menjalankan perniagaan, terutamanya bisnes kedai makan.
Dengan pelarisnya la, tulang kongkangnya la, santaunya la, santannya la dan macam-macam 'nya la' lagi.
(pelik pulak aku bila tak pernah kedengaran pun restoran makanan segera tajaan barat tu terkena 'agenda mistik' ni. Ejen mistik tu tak berani ke?)
Luaran memang tak nampak tapi bila dah bercampur gaul dengan rakyat jelata ni, mesti nampak kulit dan isinya.

Sampai kat sini pulak, korang dah ada buat survey pasal lokasi yang hampir kepada golongan pekerja dan menu pilihan yang sesuai yang nak korang sajikan?

Kenapa aku katakan perniagaan makanan bergerak lebih praktikal?

Satu, belum pasti menu yang kita jual akan menjadi selera utama penduduk kawasan setempat.
Maknanya, dengan modus operandi bergerak,peluang untuk 'cuba pasaran' lain lebih luas.
Contoh, bila menu kita tak berapa kena dengan selera tekak pelanggan di kawasan A, kita boleh ke kawasan B atau C atau D untuk cuba selera tekak pelanggan di kawasan-kawasan tersebut pulak.

Dua, lokasi. Biasanya, kadar sewa kedai berhampiran atau sekitar bangunan pejabat atau pusat perniagaan amat tinggi (aku kata 'amat', tak percaya pergi la tanya).

Dengan gerai atau warung atau, apa pun yang digelarkan, yang bergerak,maka overhead cost boleh dikurangkan. Takde sewa kedai, takyah bayar letrik,takyah letak LCD plasma skrin besar tikar mengkuang, takyah pasang astro.Andai nak jugak berlibur ketika berniaga, bawak je mini-compo lama tu. Sampingan jer tu pun.

Ideanya bukan setakat bukak bisnes makanan tapi cari bisnes jual makanan.

Dalam berniaga, setakat yang aku faham, 'aliran tunai' tu penting.

Tak pedulik la andai beribu ringgit korang habiskan kat ubahsuai kedai demi nak merealisasikan konsep 'seperti makan di kampung' (dengan hiasan dalamannya la, dengan set pinggan mangkuk khasnya la, dengan costumenya la dan macam-macam dengan lagi), tapi bila keberterusan perniagaan tu gagal dicapai, kesudahannya bisnes ni rugi.

Jangan bandingkan cara artis bukak kedai dengan cara bukan artis bukak kedai.
Artis yang berniaga kedai makan bukan setakat jual makanan tapi jual populariti yang diorang dah ada.

Tapi kalau korang memang nakkan bisnes kedai makan korang terus ada reputasi dan disaluti glemer dengan kedai makan berkonsep tu, silakan la.
Modal korang yang keluarkan, untung rugi korang yang tanggung.

Aku cuma keluarkan idea pasal kedai makan bergerak aje.
Guna lori bawak lauk makan tengahari pun boleh berkonsep apa.
Cuba korangkan airbrushkan (setakat yang JPJ benarkan) konsep korang tu kat lori tu gerenti korang dah jadi centre of attention.
Contoh ayat, "eh, lori oren metalik gold tu yang jual lauk pauk best tu kan?"

Dan bila difikir secara 'back to basic', bisnes dibuat untuk jana wang dari modal, untuk cari untung dan untuk bisnes tu bertahan lama dan berterusan.

Melainkan objektif bisnes korang bukan dari apa yang dinyatakan di atas; bukan sebab nak buat duit, bukan sebab nak cari untung, maka terpulanglah kepada kaum pemodal itu.

Idea kedai makan bergerak berkonsep yang dikeluarkan di atas bebas digunapakai oleh mana-mana pihak yang berminat.
Berkenaan keperluan undang-undang tentang menjalankan bisnes kedai makan atau warung bergerak ni, silalah periksa dan pastikan dengan pihak berwajib.

Itu adalah tanggungjawab peniaga.

Soalan pasti dari korang pasal aku;
adakah aku ni peniaga?

Responku:
Aku memang berminat nak menjalankan perniagaan dengan idea kreatif ni tapi buat masa ni, aku dibatasi modal.
Memandangkan aku dah ada idea kecil tu, maka tak salah aku curahkan dulu untuk kegunaan sebaiknya kepada mereka yang sudahpun berkemampuan dari segi kapital.
Cukuplah aku berkongsi kegembiraan seandainya ada mana-mana pihak yang berjaya dalam perniagaan dengan cetusan idea yang aku coretkan di terbangz ini.

wassalam.

Mari belajar seks di sekolah

Bila aku baca artikel yang pendidikan seks akan diajar di sekolah-sekolah Malaysia, nak tergelak pulak rasanya.

Kini,semua orang boleh belajar seks..di sekolah.

Daripada artikel Channel News Network (CNN) tu, sekarang pun mata pelajaran seks dah mula diajar di 5 buah sekolah sebagai percubaan.

Eh, maklum balas dari 5 sekolah tu nanti dah cukup ke untuk jadi justifikasi yang subjek seks tu boleh di ajar di semua sekolah di Malaysia yang rasanya berjumlah lebih daripada seribu tu?

Kat sekolah bestari mana la pembuat polisi ni belajar ilmu statistik agaknya ye?

Atau pembuat polisi memang dah pasti akan masukkan subjek tu nanti, dan sekolah percubaan tu sebagai wayang je?
Biasanya macam tu lah.

Untung la murid-murid sekolah-sekolah yang jadi sekolah percubaan tu. Dapat ilmu fresh.

Pasti kehadiran pelajar penuh untuk subjek tu. Murid yang memonteng subjek tu pasti "dikeji" rakan-rakan. Ayatnya mungkin berbunyi begini,
"rugi kau tak masuk kelas seks tadi, layan oo!. Kalau subjek ni ada dalam exam, gerenti aku score!".
Dan rakan yang ponteng tu mungkin pulak akan menjawab "ala, apa la sangat belajar teori tu, kalau ada amali, lain la!"

Jadi, apa agaknya punca yang menyebabkan timbul idea nak memperkenalkan subjek ni di sekolah?

Yang paling jelas nampaknya isu buang bayi yang semakin bermaharajalela
kebelakangan ni. Dari statistik PDRM yang dinyatakan dalam artikel tu, kira-kira 100 bayi dibuang setiap tahun dan purata setiap 10 hari, mesti ada laporan bayi dijumpai di Lembah Klang.

Yang jelas lagi, makhluk-makhluk yang membuang bayi tu, mesti tak cukup akal dan tak cukup akhlak, sebab bila diorang berakhlak, diorang tak menghampiri zina.

Bila zina dijauhi, takde la persetubuhan haram.

Bila takde persetubuhan haram atau persetubuhan luar nikah, maka takde la yang "ter"mengandung.

Kesudahannya, bila takde yang "ter"beranak sebab dah "ter"mengandung, takde la bayi-bayi comel yang tak bersalah tu terbuang kat tempat-tempat sampah untuk menjadi sarapan anjing.

Point aku?

Ini "isu keruntuhan akhlak" dan keperibadian muslimin dan muslimah.
Ini isu kurang pemahaman dan kesedaran mengenai hukum halal dan haram, dosa dan pahala.

Dan pada pandangan sipi,barulah ini isu moral.

Tapi ini bukan isu kurangnya pendidikan formal.

Dan yang aku cukup marah dengan kenyataan mana-mana pihak yang mengatakan ini berkaitan dengan memberi pendidikan seks yang selamat kepada murid sekolah.

Halloooo...hubungan seks hanya untuk mereka yang sudah bernikah.
Tanpa perkahwinan yang sah, tiada hubungan seks ok!. Takde maknanya hubungan seks selamat atau tak selamat kalau tak bernikah.Noktah.

Kenapa aku rujuk kepada muslimin dan muslimah secara terus?

Sebab bila ada tertangkap, takde pun muka dan nama bukan muslimin dan muslimah yang terpapar dalam berita tu.

Cadangan aku yang berseorangan ni?

Lebih baik subjek Pendidikan Islam diajar dengan lebih komprehensif. Jadikan ianya matapelajaran "wajib faham". Khususkan pengajaran topik menjauhi arak, zina dan judi secara lebih fokus. Terapkan sedalam-dalamnya di jiwa muslimin dan muslimat tentang keutamaan solat 5 waktu untuk menjadi benteng keimanan yang ampuh, demi menjauhkan diri dari perkara-perkara mungkar. Perjelas dan fahamkan konsep iman, Islam dan ihsan. Fahamkan dan yakinkan generasi Islam untuk memahami dan mengambil ikhtibar daripada keruntuhan tamadun sebelum kita adalah disebabkan balasan dan kekuasaan ALLAH yang maha berkuasa. Sematkan dalam jiwa mereka yang janji ALLAH itu pasti.

Untuk yang bukan Islam pula, tambahkan keberkesanan subjek Pendidikan Moral.

Ekstrimkah cadangan aku tu?

Sebelum aku dilabel ekstrimis, silalah berikan aku definisi dan contoh terbaik seseorang yang dikatakan ekstrim.

Ekstrimkah seseorang yang menentang berleluasanya ejen-ejen kejahatan seperti pengagihan dan penyebaran vcd lucah, pusat-pusat pelacuran, pusat-pusat perjudian, pusat-pusat minum arak dan segala macam pusat sumber syaitan yang banyak "menyumbang" kepada isu akhlak dan moral di negara ini?

Ekstrimkah seseorang yang dapat menilai bahawa berleluasanya ejen-ejen kejahatan tersebut adalah satu bentuk perperangan halus yang mana minda umat Islam dijajah dan dikotorkan supaya terpesong akidah dan runtuh akhlak seterusnya mudah dikuasai?

Ekstrimkah seseorang yang takut mereka yang tidak bersalah juga akan menerima tempias bala hasil dari kerja jahat si pelaku? Apa yang akan terjadi kepada kesucian nasab keturunan generasi akan datang?

Ekstrimkah seseorang yang meminta hak-hak mereka yang beragama Islam dihormati sepertimana hak-hak bukan Islam dihormati sejak negara ini merdeka?

Jika respon kepada semua soalan di atas adalah..ekstrim,
maka benarlah aku seorang yang ekstrimis.

Soalan aku untuk anda semua:
Perlukah sebegitu banyak pusat-pusat pelacuran, pusat-pusat perjudian, pusat-pusat minum arak di sebuah negara yang agama rasminya adalah Islam dan majoriti penduduknya beragama Islam?
nota:* aku langsung tidak mempertikaikan kewujudannya di sini (masih bertoleransi), tapi aku mempertikaikan kuantitinya yang mengalahkan jumlah kedai-kedai makan di satu-satu tempat.

Andaikan, jika semua pusat hiburan, pusat perjudian, pusat minum arak (dan kilangnya), pusat pelacuran dipusatkan di satu kawasan, cukupkah keluasan, waima negeri yang terkecil di Malaysia ini menampungnya?

Jadi, kepada pemikir, pembuat dan perlaksana polisi, berkenaan isu pembuangan bayi yang makin hebat dewasa ini, banteraslah dengan memerangi akar kejahatan, dengan keras-sekerasnya kerana generasi yang ada ketika ini semakin dihanyutkan, dialpakan dan dilalaikan. Ini bukan harga kemajuan yang kita kejar-kejarkan. Tak semestinya contoh dari Barat itu wajib kita ikuti. Belumkah terang lagi pandangan anda bahawa kita sedang ditarik kembali ke zaman jahiliyah?

Memperkenalkan subjek "dalam kelambu" di sekolah bukan cara bijak menanganinya. Melainkan ada pihak yang bakal mengaut laba besar (melalui pelbagai sumber) bila ia diperkenalkan nanti, apalah sangat suara seorang rakyat di sini. Rakyat ini hanya ada doa semoga pemikir, pembuat dan perlaksana polisi diadili "sebaiknya" di Padang Mahsyar nanti.

*Mungkinkah kedai alat bantuan seks akan dibenar beroperasi secara mega selepas ini hanya kerana generasi kita sudah "diajar" tentang pendidikan seks di sekolah?

Kepada masyarakat, marilah menggerakkan peranan mendidik dan memantapkan jiwa anak-anak kita dalam mengharungi laluan mencabar dalam kehidupan ini. Memang zaman berubah, cabaran mungkin berbeza tapi konsep asas menanganinya adalah sama iaitu keimanan kepada ALLAH, kerana di penghujung kehidupan, pastinya datang kematian. Dengan sentiasa mengingati mati, akan menjadikan kita berhati-hati dengan perlakuan kita semasa hayat kerana semestinya kita mempercayai, ALLAH maha melihat setiap apa yang kita kerjakan dan ALLAH maha mengetahui segala-galanya, luar dan dalam diri dan jiwa setiap makhlukNya. Fahamilah, tertegaknya syiar Islam adalah melalui konsep tauhid, "Tiada Tuhan selain ALLAH".

customer service skills:I want to see your manager

Post ni sekadar berkongsi pengalaman, rasa kurang puas hati dan luahan perasaan (hahaha skema) yang aku sendiri dah lalui (dan pastinya kebanyakan korang yang sealiran juga lalui), dalam menjalankan tugas sebagai seorang pegawai khidmat pelanggan, atau nama glemernya, "customer service" atau apa-apa jugak nama jawatan yang berkaitan dengan 'memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan' bagi pihak pemilik syarikat yang dimiliki oleh orang-orang kaya tak hengat punya.

So, apa sebenarnya kelayakan (atau kelebihan) untuk menjadi seorang customer service staff yang hebat?

Mula-mula, yang paling penting, tahap kesabaran mesti lebih dari seorang ultraman. Sebab bila ultraman dah tak berdaya dan lampu trafik merah kat dada dia dah berkelip-kelip, dia tidak ada pilihan lain selain dari menggunakan "fire" (laser?) yang keluar dari tangan beliau apabila disilangkan. Maka meletup-letuplah resaksa tersebut bila terkena fire dan ultraman pun terbang secara menegak untuk balik entah ke mana tu. Bayangkan kalau ultraman tu keje macam orang yang guide aircraft untuk parking tu; sekali dia ter cross tangan, maka ter fire lah ke kapal terbang tu jugak.

Ok, kembali ke tajuk asal "kesabaran hati" seorang pegawai khidmat pelanggan. Andainya korang mencari kerja dan memohon jawatan pegawai khidmat pelanggan di mana-mana syarikat (terutamanya syarikat penerbangan swasta), dan korang juga merasakan tahap kesabaran korang belum cukup tinggi, maka timbang-timbangkanlah sebaiknya. Jangan risau, peluang korang dapat kerja tu memang ada tapi persoalannya, dapatkah korang bertahan tanpa ada apa-apa perasaan menyesal di kemudian hari?

Tapi terpulang lah kalau korang nak mencuba, sebab tak salah mencuba.

Cuma, berdasarkan kajian rambang, selepas 6 bulan pertama 'on the floor' selepas menamatkan latihan, kebanyakan staf akan hilang rasa 'excitement' macam peringkat awal sebelum training. Kalau tak percaya, tanyalah mana-mana kakitangan khidmat pelanggan yang sudahpun ada di dalam industri ini;adakah mereka betul-betul suka kerja mereka?.

Jawapan standard yang korang akan terima, "nak buat macam mana, ini jer kerja yang dapat. Mintak kerja lain belum dapat lagi". Paling tidak pun mereka akan senyum jer.(customer service kan memang kena senyum lebih).

Dengan risikan lanjut, antara punca-punca yang memungkinkan hilangnya rasa keterujaan tu adalah, 'tak rasa keje tu macam dalam siri Awan Dania', 'tak seperti gambaran peringkat awal yang menampakkan keje tu nampak cool (hebat)', 'tak seperti luarannya, kejenya tak lah begitu senang'.

Tahap kesabaran korang kena tinggi sebab ia diperlukan dalam dua situasi utama; Pertama, ketika menghadap, eh melayani customer yang merasakan dia 'always and always right' (hanya dalam paler hotak diorang jer sebenarnya percaya yg dia 'masih dan tetap' betul). Part ni memang cukup mencabar. Kalau fast forward kan, ada 2 kemungkinan akhir je, sama ada customer tumbuk staff atau sebaliknya. Sure bleh jadi gaduh nyer.

Tapi memandangkan staff dah di input kan yang 'customer is always right', maka staf sekalian kena la telan apa jugak kesan akhirnya.

Memandangkan aku pun penah la keje customer service dalam aviation industry (3 tahun je), aku memang agak pantang dengan jenis customer yang melampaui batas kesabaran manusia ni. Masalah yang cukup biasa aku lalui (dulu) ialah bila penumpang terlewat, sama ada sengaja atau tidak, untuk daftar masuk penerbangan. Kau dah tau kau lambat, tak yah la tunjuk pandai dengan katakan aircraft tak depart (berlepas) lagi. Ni semua la jenis manusia yang menganggap orang lain bangang.
Kau keje ke aku yang keje? Lagipun, mana kau tau kapal tu tak terbang lagi? Kapten tu sms kat kau ke?

Bagi la peluang aku check kalau kau boleh masuk lagi ke tak. Cakap la baik-baik, cara beradab. Cara berbudaya. Aku punya la humble bagitau keadaan camne, yang kau nak jerit-jerit, nak maki-maki pasal apa? Kau sorang jer pandai jerit, pandai maki?

Hehehe, macam emo lak aku kan?

Mana ada emo, cuma bosan dengan sikap bengong SESETENGAH manusia ni. Tapi tu la, tak semua macam tu pun, ramai passenger yang baik-baik. Yang boleh faham dan boleh terima kenyataan, tapi bila part yang macam haram tu muncul, memang satu hari tu terus jadi tak best. Kene pulak keje shift pagi (masa tu). Belum breakfast lagi dah kena 'makan' sumpah seranah. Isk. Pengalaman oh pengalaman.

Tapi itu satu bahagian la. Bila pandang dari sudut lain plak, dari sudut pelanggan tu sendiri, kesian gak kat diorang. Bukan tak kesian dan bukan tak nak tolong, tapi customer service staf tu cuma buat kerja diorang je, bagi la muka sikit. Dah syarat dan terma penerbangan (yg bukan dibuat oleh staf tu) menyatakan kaunter daftar masuk dibuka 3 jam sebelum penerbangan dan ditutup 45 minit sebelum waktu berlepas (bukan ikut masa kau sampai), kena la ikut. Setidaknya, staf tu dah cuba se expert habis nak bantu (effort tu penting). Cuba kau menyalak kat staf kat airport JFK kat US tu, silap aribulan, mau kau kena masuk lokap pastu kena anta kat hospital gila gamaknya.

Kalau nak komplen pun, buat la style professional. Tulis la surat ke, emel ke, post kat facebook ke. Hantar kat big bos company tu, anta sekali salinan kat suratkhabar ke, menteri ke, sesapa kau nak la. Aku berani jamin la, mesti diorang (especially manager airline company tu) akan respon cepat punya, if nasib baik, MUNGKIN dapat complimentary gift (ticket free) as gesture of goodwill, mana tau, kan? So, guna la "kuasa pengguna" tu pada tempat yang sepatutnya. Sampai bila nak ada mentaliti dan adab sopan tahap rendah tu? Kata nak jadi negara maju, tapi kalau tatasusila macam zaman jahiliyah, apa kejadahnya?

Tuan-tuan, puan-puan, sedara-sedari, proses menerbangkan penumpang dengan kapal terbang tidaklah semudah menaiki teksi dan kereta sewa. Banyak prosedur keselamatan yang perlu dipatuhi oleh penumpang dan pekerja syarikat penerbangan itu sendiri. Dalam jangkamasa 45 minit sebelum berlepas tu la masanya staf nak berurusan dengan flight ops (bahagian operasi penerbangan) pasal ketibaan pesawat, awal ke, lewat ke, tukar parking bay ke, trafik jem ke, aircraft good to go ke. Masa tu la jugak pesawat nak diisikan minyak, masa tu la RAMP staf nak loading (masukkan) beg-beg yang dah checked in, dan bila boarding (masuk pesawat) pulak bermula, masa tu la jugak nak cari "penumpang yang hilang" (biasanya merayap kat kedai duty free). So, kat mananya sempat nak selitkan korang yang dah tentunya lambat tu?

Memang la bila penerbangan delay (lewat), penumpang pulak kena menunggu (sapa lagi nak tunggu kalau bukan penumpang,kan?) tapi kelewatan anda datang tidak boleh menjadi justifikasi atas sejarah kelewatan penerbangan yang anda kena lalui sebelum itu. Dan kenapa pulak bila aircraft boleh depart ontime, sorang dua penumpang yang lewat ni buat cubaan nak mintak delaykan penerbangan? Karut!

Aku bunyi macam sokong company airline tu je?

Bukan la memihak, tapi cuma nak bagi penerangan dan pemahaman kenapa bila penumpang lambat untuk check in, staf tak bagi masuk dah. Bukan la diorang suka-suka ati mak bapak diorang tanak bagi, diorang dah dilatih macam tu, jerit camne pun takkan dapat ubah polisi syarikat tu. Daripada jerit-jerit "I want to see your manager! Now!", baik tanya baik-baik if ada cara lain (setau aku ada caranya tu) selain dari beli tiket baru yang harganya dah tentu mahal macam nak naik concorde tu.

So, pada korang yang dah bertahun-tahun-tahun dalam industri tahan maki tu, memang aku salute tahap ultra kat korang. Aku refer pada yang tahap staf je, yang tahap management (manager dan ke atas) tu, takyah la belagak, korang ngadap customer sebulan skali jer (tu pun belum tentu), so kalau korang bleh stay 18 tahun pun takde yang heran,kan?

Sebut pasal tahap management ni, pada korang yang nak join industri customer service ni, situasi kedua yang memerlukan kesabaran lebih dari ultraman ialah bila nak berurusan dengan pihak pengurusan. Sama ada top management juga intermediate level management, yang cuma satu atau dua level atas dari staf (manager dan ke atas).

Tapi memandangkan post ni dah cukup panjang, aku sambung dalam next post la pasal tu. Tunggu customer service skills: I want to see your manager-part 2.

Ammar Muktafi:the next superstar?

Selalunya, bila aku tengok gambar anak aku Ammar Muktafi posing ala-ala the next superstar, hati aku terusik.

'dah makin besar dan bijak anak aku ni. Dah pandai bergaya pun' kata hati aku.

Maknanya, dah makin berusia aku ni.

Sekarang ammar dah 2 tahun 1 bulan dan secara kiraan simple unjuran matematik, usia aku dah bertambah sebanyak tu bila dikira dari saat kelahiran ammar. Kejap jer rasanya.

Pantas sangat ke masa berlalu? Entahlah. Kurang minat plak aku nak kira kelajuan masa ni.

Bab posing-posing untuk fotografi ni, memang ammar tak kekok (ikut mood dia la).

Setakat fokus kat lens kamera sambil say 'cheese' tu hal kecik je pada ammar. Mudah je dia buat.

Lagi-lagi sejak dia pandai pakai sunglass ala-ala rayban wayfarer tu. Bukan main lagi.

Biasanya, bila naik kereta waktu pagi dan tengahari, dia mesti kata 'iyau' bila terkena sinaran matahari dan dia mesti cari dan pakai sunglass dia tu. Then bila berhenti kat traffic light, mesti driver kereta sebelah senyum-senyum dan lambai-lambai kat ammar bila perati dan perasan ammar bergaya dengan wayfarer dia tu.

Gambaran keletah-keletah ammar tu la yang sentiasa playback kat fikiran aku especially bila aku stress, bila aku rasa nak giveup dengan usaha yang belum berhasil dan bila aku berduka (eh,aku berduka ke?).

Itulah antara cara pengubat aku dalam menangani tekanan.

Cerita pasal posing ala superstar ni, bukan niat aku nak mendidik dia jadi superstar. Itu mungkin gaya spontan dia based on idea yg di input.

Segala yang aku usahakan selama ni hanya untuk pastikan dia dapat pendidikan yang terbaik, untuk kegunaan dunia dan akhirat (keutamaan).

Rasanya,aku takkan tinggalkan kekayaan harta untuk generasi aku. Lagipun,aku blum dapat sediakan kekayaan harta tu. :-)

Apa yang aku nak pastikan, aku nak tinggalkan bekalan ilmu dunia dan akhirat yang cukup. Pandai-pandai la mereka (generasiku) olah ilmu yang ada untuk lalui kehidupan ni.

Bukan apa, dah banyak sangat contoh yan aku tengok pasal kerenggangan institusi keluarga, perbalahan adik beradik dan sedara mara, sampai memutuskan silaturrahim bila tak puas hati dengan pengagihan harta bila orang tua dah meninggal dunia.

Pasal sebidang tanah sekangkang kera pun nak berbalah dan bermusuh?

Apa kejadahnya semua ni?

Ada kes yang lagi parah, mak bapak masih hidup tapi anak-anak dah mula berebut-rebut dan mengungkit-ungkit bahagian (especially tanah) masing-masing.

Sedara sedari, nak bawak sampai ke mana harta atau tanah yang tak seberapa tu?

Bila disoal dalam kubur bila dah mati nanti, malaikat munkar nakir ada tanya pasal list tanah yang kita ada ke?

Kat Padang Mahsyar, masa Allah soal ke mana kita belanjakan dan apa kita buat dengan hasil tanah 'berjuta-juta' yang kita dapat masa kat dunia, kita bleh ingat ke?

Jadi, dari pengalaman, pendedahan dan kerisauan itulah datangnya keputusan aku untuk tidak membahagi-bahagikan sebarang bentuk harta pusaka kepada generasi aku. Risau pulak aku ada yang tak mampu memikul amanah sebaiknya. Hujung-hujung, aku yang dah takde masa tu pulak yang diorang persalahkan.

Sekalipun aku berharta di saat-saat akhir kehidupan aku di dunia ni, akan aku amanahkan untuk segala hutang piutang aku, kecik dan besar, dilangsaikan dengan harta tersebut. Ada berlebih? Ada baiknya aku wakafkan atau sedekahkan ke jalan Allah.

Semestinya aku mendidik dan mengingatkan agar generasiku mengirim doa untuk kesejahteraan muslimin dan muslimat yang masih hidup dan yang telah meninggal dunia, tapi andainya mereka yang hidup terlalai dengan limpahan harta dunia yang ditinggalkan camne?

Apa lagi sumber bantuan kami 'di sana' apabila tiadanya kiriman doa anak-anak yang soleh dan solehah?

Point sampingan untuk post ini, kepada mak mak, bapak bapak yang beria-ia nak jadikan anak(anak) mereka superstar dunia tu, fikir-fikirkan lah natijahnya.

Rasanya, tak perlulah bersusah payah (hantar gi audition,emo gila-gila,sokong bagai nak rak) menjerumuskan anak-anak tu ke dunia glamer yang tak mungkin langsung membantu bila kita dan mereka dah dipanggil kembali ke rahmatullah.

Kenapa perlu berusaha keras untuk hal duniawi (yang bahagian picisan plak tu) yang sementara sedangkan akhirat tu lagi lama, berpanjangan dan tanpa sempadan?

Adakah kealpaan kita dengan kekayaan melampau (sampai menunjuk-nunjuk) dan keglameran dunia dapat membantu kita melepasi dengan jayanya soal jawab kubur, hitungan di Padang mahsyar dan seterusnya melintasi siratul mustaqim kelak?

Cukupkah kita cuma mengetahui tanpa menyedari?

Mempelajari tanpa memahami?

Adakah kita sebenar-benar meyakini dan bersedia menghadapi janji Allah yang pasti itu?

So you want to be the next top superstar?

Marilah kita sama-sama fahami, hayati dan dalami.

Semoga kita sentiasa Allah kurniakan hidayah untuk menuju jalan yang lurus bersesuaian dengan pengertian salah satu ayat dalam surah Al-Fatihah yang diwajibkan kita bacakan di dalam solat 5 waktu, sehari semalam. Amin

Alone in the dark:bestnyer ada kawan

Alone in the dark ialah satu permainan computer & playstation yang cukup melekakan. Sapa-sapa yang ada Playstation (tak kesah la 1 ke, 2 ke, 3 ke) mesti pernah main atau terpandang game ni.

Banyak unsur-unsur thrill ada dalam game ni. Pada aku (korang mungkin kata lain), game ni jenis 'mission game'. Pemain diberi objektif untuk dicapai pada satu-satu peringkat.

Aku suka game ni sebab ia mencabar minda. Pemain kena cari petunjuk-petunjuk yang tersembunyi (tersembunyi la sangat) untuk capai objektif. Contohnya ada satu level pemain kena dapatkan kod untuk dimainkan pada piano untuk bukak pintu tersembunyi. Punya la pening nak dapatkan kod tu. Level tu antara level yang kami adik-beradik (giler, satu family main game ni..hahaha) tersangkut agak lama. At last, adik bongsu aku (yang memang cekap dalam bab game & piano ni) dapat bukak 'the pintu rahsia'. Then aku tak berapa ingat tahap mana kitorang dapat main game tu. Sama ada kitorang sangkut kat satu level ataupun playstation tu rosak (aku tak ingat, lama dah tu).

Sekarang ni aku dah kurang sangat dengan computer game & playstation ni. Ye la, nak guna komputer, pc kat umah ni bukannya kuat. Terkedek-kedek nak instal. Baru part insatl, blum part nak loading game tu lagi. Nak layan playstation, belum ada rasa nak beli lagi. Lagipun bajet blum mengizinkan. Risau gak aku kalau aku start ketagih main game lagi. Cukupla zaman jadi student dulu tak tidur 2-3 hari sebab main game. Masa tu aku baru didedahkan dengan komputer game ni. Member bilik pulak ada pc. Apalagi, sampai terbengkalai assignment sebab layan Transport Tycoon, Premiership Manager & Command & Conquer. Apa hantu ntah dengan game-game tu. Nasib baik masa tu tak layan online kat cyber cafe, kalau tak, selamat la elaun yang MARA bagi. Dah jadi history tu, citer lama.

Eh, pada korang yang penah baca versi lama post ni mesti pelik. Apasal aku edit giler-giler post ni?

Senang je aku respon. Blog aku, suka aku la. Hahaha. Gurau jer.

POst versi lama tu aku tulis masa tengah pressure. Sekarang dah tak pressure, maleh la aku nak biarkan post tu ada kat sini. Yang dah lepas tu biarlah lepas. Tak payah aku nak kenang-kenang. Hidup kat dunia ni pendek jer, so takyah la aku simpan apa-apa dalam hati.

Masa zaman dulu, bila aku over pressure atau alami stress melampau sebab kesemakan dan keserabutan kepala tahap gaban, aku akan layan main snooker non-stop. Tupasal orang kata (diulangi, orang kata) aku hustler atau bersamaan tahap jedi manin snooker dulu. Hahaha, statement poyo aku, maaf kepada mereka yang kurang selesa.

Aku menghentam bola-bola snooker pelbagai kaler tu sebab aku tak suka nak marah-marah kat orang. Better aku layan shot-shot tahap ultra yang membuatkan opponent aku bebulu jer tengok bola snooker yang dikategorikan sudut mustahil tu aku masukkan dengan penuh professional. Hahaha.

Tapi bila dah melepasi usia 30 ni, aku dah 'gantung cue', kira kalau pemain bola sepak, sama macam gantung boot la. Balik-balik layan opponent sama, kalau tak si Ami, mesti si Ami jugak. Dan asyik-asyik si Ami jer yang membayar (pasal kalah).Hahaha. So, daripada aku memufliskan si Ami tu, baik aku berhenti.

Ada masa-masanya, datang gak feel nak main snooker lagi, tapi bila teringat si Ammar & mamanya (wink wink) kat umah, baik aku balik umah layan anak isteri. Happy pun happy, takyah keluar modal pun. Dapat tengok Ammar gelak-gelak, dapat dengar Ammar baru nak nyebut perkataan-perkataan baru dah cukup buat aku rileks. Tengok plak mama Ammar senyum manis jer, my life is complete. Syukur Alhamdulillah.

So kalau korang tertanya-tanya, ter email-email, ter sms-sms aku pasal nak tau post lama tu, takyah la membuang huruf kat keyboard & keypad korang tu. Aku dah delete forever post tu.

Aku edit post tu guna title sama pasal aku taknak google keji aku sebab delete post. Ia bakal merosakkan reputasi aku nanti (reputasi la sangat). Jalan yang ada cuma menukar keseluruhan isi post ni.

Kepada saudari & saudara yang letak komen atas post lama tu, terima kasih aku ucapkan. Aku kekalkan komen tu atas alasan sama gak, takmo blog ni ditindakan tatatertibkan dek Mr.G tu.

Ada sikit part yang aku tinggalkan as excerpt dari post lama tu. Bukan apa, untuk peringatan diri aku sendiri. Aku manusia yang mustahil takkan buat silap. So, aku akan jadikan reminder utuk diri aku sendiri. Dah banyak kali gak rasanya aku diberi hint penyelesaian masalah daripada apa yang aku digerakkan untuk baca ketika aku sedang ada masalah.

So, inilah peringatan untuk diri aku sendiri, supaya aku ambil ikhtibar daripada peristiwa yang aku kena lalui. InsyaALLAH.

******************************
Berhati-hatilah dengan perkataan yang kita tuturkan dan perilaku yang kita tunjukkan.

Ingatlah, baginda rasul pun pernah mengingatkan agar menjaga lidah.

Kata-kata sememangnya lebih tajam daripada sebilah pedang (samurai).

Bila kata-kata dan tindakbalas perlakuan kita yang berunsur biadap dah mengguris perasaan orang lain, pasti ada luka yang belum tentu akan sembuh dengan cepat.

So, be very careful with your choice of words and the way you react.

Ingatlah batasan adab.

Masanya pasti tiba bila kita pulak yang buat kesilapan.

When that time comes, blame it to yourself bila orang lain sakitkan hati dan memandang rendah pada kita dengan tindakbalas mereka atas kesilapan yang kita lakukan.

We will definitely get back what we give.(kalau tak di dunia, kita pasti dihitung di akhirat)

******************************

Apa yang aku pelajari (harap ada manfaat untuk korang yang baca):
1.Aku kena sentiasa banyakkan bersabar & mintak pertolongan ALLAH dengan bersolat atas apa jugak ujian yang ALLAH bagi.
2.Pasti ada hikmah di sebalik setiap peristiwa yang terjadi.
3.ALLAH maha Mengetahui adakah keadaan yang aku kena lalui tu sebagai kifarah atas kesilapan aku ataupun sebagai ujian untuk test tahap iman aku.

Kampung Pancake Strawberi

'Di sebuah kampung di celah-celah sebuah Kota Metropolitan yang femes di dunia, terdapat sebuah kampung yang diberi nama Kampung Pancake Strawberi. Bagaimana kampung tersebut diberi nama demikian bukanlah cerita yang utama. Biarkanlah yang empunya cerita menyimpan rahsianya.Di kampung yang indah permai itu, dimana kehidupan berlalu dengan tenang, tanpa sedetik pun unsur kejar mengejar, hanya terdapat beberapa keluarga sahaja yang masih bertahan. Dimulakan dengan Penghulunya yang dipanggil datuk kuih seri muka.Mempunyai seorang isteri yang cantik jelita iaitu datin kuih lapis merah,kuning,hijau. Mereka dikurniakan tiga putera bijak laksana. Yang tua dipanggil juara apam balik,yang tengah bernama satria neo kuih raya,yang bongsu lelaki bergelar kochi kaduk naik junjung dan seorang puteri rupawan bernama putri mandi tepi sungai....'

Menarik tak intro citer tu?

Hehehe...aku bukan nak reka lagi satu epik macam Harry Potter.

Imaginasi aku blum setinggi JK Rowling tapi aku mula terfikir macam mana agaknya if ada nama kampung pancake strawberi tu?

Dengar namanya pun aku dah rasa manis semanis jem strawberi merah yang ditumpahkan atas penkek panas tu.uish..terliur lak.

Rupa-rupanya, bukan senang nak buat plot cerita based on imaginasi seratus peratus, terutamanya part watak-watak tu. Lepas aku reka nama-nama anak penghulu tu idea aku dah jem. Memang sangkut, dah tak boleh blah. Hahaha..

Itu yang keluar nama datuk kuih seri muka tu. Maaf la jika ada orang carik resepi kuih seri muka tersampai ke sini. Aku blum nak perturunkan resipi kuih muih tradisional melayu kat blog ni lagi (mungkin nanti atau bila ramadhan menjelang), so, if korang bleh layan imaginasi tahap dewa ni,layan la. Jangan lupa mengkomen.

Pada aku, ada masanya, kita kena biarkan imaginasi kita merayau untuk explore kemungkinan yang semacam atau segila(?)tu. Bukan apa, untuk bagi minda kita aktif. Sebab bila umur makin meningkat, minda kita macam dah terlebih fokus pada rutin. Tak kira la kerja makan gaji atau kerja sendiri, bangun pagi fikir kerja,kerja,kerja.

Fikir nak cari duit.
Duit, duit, duit.

Memang la duit tu keperluan tapi tahap fokus pada 'nak cari duit' tu menjadikan mereka yang telah dewasa (kekeke..skema nyer ayat aku) merasakan, mencari duit anyaak-anyaaak (banyak-banyak) tu adalah segalanya dalam kehidupan ini.

Nak salahkan keadaan tak boleh pasal dari kecik, kita dah dapat input 'belajar betul-betul','cari duit','simpan duit banyak-banyak'.

Nak salahkan ibu bapa lagi la tak boleh dan tak patut sebab diorang sentiasa nak anak-anak dapat yang lebih baik dari apa yang mereka ada (korang yang bujang mungkin blum rasa feel jadi parents ni...tungguuuu sebab masanya akan tiba, insyaALLAH).

So,kesimpulannya, kita memang dah didedahkan dengan dunia dan sistem kapitalis ni seawal kita mengenal sistem kehidupan ni.

Itulah sebab musababnya kehidupan ni jadi terlebih pantas.
Sebab ramai antara kita yang mengejar.
Mengejar kekayaan, mengejar kemewahan, mengejar pengaruh, mengejar pangkat, mengejar kuasa.

Tapi, bukan ke kita lagi patut mengejar ilmu yang boleh mendekatkan kita dengan Yang Maha Esa? huhuhu..hal tu dah jadi macam sampingan pulak sekarang.(kiamat,kiamat..dah makin banyak tanda-tanda kau nak datang yer).

Soalan aku, bila kita terlampau mengejar sesuatu perkara tu (tak kira la apa perkara yang kita kejarkan),bilakah ketikanya kita merasakan kita dah dapat apa yang dikejar?

Sebab bila dah dapat(?) kaya, kita nak kejar mewah.
(kaya kategori lain, mewah kategori lain. Kaya kat sini refer tu kaya duit, banyak duit. Mewah pulak refer tu citarasa, high taste, you know?)

Bila dah dapat(?) mewah, kita nak kejar pengaruh.

Bila dah dapat(?) pengaruh, kita nak kejar pangkat.

Eh berapa lama mau kejar daa?

Eh sampai ajal kejar kita pun kita tak sedar daa?

Ironi kan?

Tapi itulah realiti pada pandangan aku ni yang takkan diambil kira oleh mereka yang profesional.

Payah sangat ke kita nak jalani dan lalui kehidupan ni dengan tenang dan damai tanpa cuba memfastforwardkan masa? Macam kat kampung pancake strawberi tu.

Pembangunan dan kemajuan tak salah dan aku bukan anti pembangunan mahupun anti kemajuan tapi biasanya, siapa yang nak kena bayar harga sebuah pembangunan dan kemajuan yang terlampau dipantaskan tu?

Jelasnya mereka yang tak mengejar dan tak terkejar segala kategori yang aku tulis kat atas tu la yang kena bayar harganya.

Betul kan?

So, agak-agak, sekarang nampak tak camne fokus kita pada tujuan asal kita dihidupkan di dunia ni dah dialihkan sebaiknya oleh para 'pemikir'(?) jahat zaman silam?

Think-think la yer.

Well, akhir kata untuk post kampung pancake strawberi ni,setiap individu diberi keistimewaan untuk menyuarakan pandangan dan pendapat asalkan tidak menyinggung perkara-perkara yang sensitif (keagamaan,perkauman,maruah diri orang lain dan sebagainya), maka gunakanlah keistimewaan tersebut sebaiknya pada saluran yang betul.

If ada yang setuju atau pun kurang setuju dengan pandangan aku dalam mana-mana post di terbangz ni, kongsi-kongsi la sebaiknya pandangan dan komen anda.

Tapi ingat!,hormatilah sebagaimana anda ingin dihormati.

Sehingga di lain masa dan ketika, jumpa lagi di......terbangz