ini bukan blog AirAsia
"graviti kuat buat kita rasa melekat dan tak rasa bumi ini berputar,
tapi graviti jugak tak kuat sebab burung burung masih boleh terbang tinggi.
Hebatnya ciptaan Tuhan."

Cara menangani stress bagi menenangkan jiwa

catatan kehidupan 16 September 2009

kenapa terbang dan bukan berlari atau melompat?

Idea menghasilkan blog terbang ni tercetus bila aku rasa makin terasak,makin terhimpit dengan seribu satu persoalan dalam kehidupan. Lantas aku merasakan aku perlu mencari jalan keluar daripada semua ini.

Kejadian alam dan isinya ciptaan ALLAH yang Maha Hebat memberikan aku idea.
Aku suka melihat langit yang terbentang luas,seolah-olah tanpa sempadannya di atas sana.
Melihatnya membuat aku sedar yang bumi ni sebenarnya sangat luas dan aku
tidak patut berfikiran sempit apabila dihadapkan dengan masalah.

Aku begitu kagum melihat keindahan ciptaan ALLAH dari pandangan atas ketika aku menaiki pesawat AirAsia (promo?) ke beberapa destinasi.

Subhanallah.
Walaupun hanya melihat dari tingkap kapal terbang yang sempit, saujana mata memandang tetap aku rasai.

Disebabkan perasaan yang begitu tenang itu, aku rasa,mungkin jika aku mampu terbang,
aku boleh menikmati perasaan itu selalu.
Masalahnya aku tak boleh terbang.
Jadi,pilihannya,menghasilkan blog terbang ni mungkin membantu aku merungkai kekusutan fikiran.
Setiap kali aku membaca perkataan 'terbang',cukup untuk aku membayangkan yang aku sememangnya sedang terbang di awan biru menikmati keindahan kepulan awan yang memutih serta pemandangan luas tanpa batasan.

Tidak sesekali aku impikan menjadi superman yang kononya boleh terbang tetapi hanya bila sudah memakai kostum yang mengarut tu.Apatah lagi nak melompat-lompat beratus batu seperti Hulk the movie.Bukan juga nak jadi macam salah satu watak dalam siri 'Heroes'yang aku dah lupa namanya tu (kalau korang ingat, sila letak dalam komen),tetapi cukuplah aku merasa perasaan bebas bila terbang.

Kenapa pulak aku ingin merasa bebas dengan terbang?
Sebab aku rasa (la),sesuatu akan terbang bila tiada beban yang digalas
(betul ke?kapal AirAsia tu bleh plak terbang dengan beban excess baggage yang digalas?hahaha.Itu korang sendiri la fikir.).
Pada aku,aku nak nak rasa terbang untuk mengurangkan beban stress yang aku galas.

Stress kalau tak ditangani dengan betul boleh memudaratkan emosi,jiwa dan juga fizikal.

Tak percaya cuba korang buat ujian ni.

Ambik sebiji gelas, isi air suku penuh.(atau tiga suku kosong?)
Cuba pegang gelas berisi air yang sikit tu dan bawak kemana jugak,walau apa jugak yang dilakukan.

Untuk sejam yang pertama, mungkin korang tak rasa sangat bebannya.
Masuk jam yang kedua, mungkin jari dah lenguh dan mula rasa rimas.
Teruskan jam yang ketiga (kalau larat), lengan pulak yang lenguh dan rasa
bertambah-tambah rimas.
Untuk jam seterusnya(kalau betul-betul larat), aku tak berani gerenti apa akan jadi kat korang.
Korang mungkin akan hempaskan gelas tu atau mungkin gelas tu dah terlepas dari tangan sebab lenguh sangat.

Jadi kita letakkan gambaran gelas berair (oren ke,mirinda ke,sprite ke,7up ke,lipton rooibos ke) tu sebagai stress dalam kehidupan.Walaupun tak banyak (suku gelas penuh dan tiga suku gelas kosong), bila dibawak kemana-mana untuk satu jangkamasa,stress tu akan bagi kesan kat fizikal (jari ,tangan dan lengan lenguh) dan emosi (rimas).
Akhirnya,kita mungkin hempaskan gelas tu (buang stress dengan cara yang tak sepatutnya) atau badan kita dah tak berfungsi seperti yang sepatutnya (terlepas gelas).

Jadi,macam mana cara menangani stress yang betul untuk mengelakkan sesuatu yang tidak diingini dari berlaku?

Jawapannya ialah dengan menguruskan stress sebaik mungkin. Agak mustahil bila nak katakan stress ni takkan ada pada manusia.Stress tu satu anugerah jugak.Tak boleh nak dielakkan bila ALLAH nak bagi.

Tapi jangan lupa yang ALLAH tak ciptakan sesuatu apa pun tanpa manfaat.
Semua kejadian ciptaan ALLAH ada manfaat bagi hamba-hamba yang nak memikirkannya.

Jadi, balik kepada cara menangani stress, kita kitar semula senario gelas berisi air tadi.
Memandangkan kita terpaksa pegang gelas tu dalam semua aktiviti kita, apa kita sekali sekala,kita letakkan gelas tu kat bawah.Maksudnya, kita tinggalkan kejap stress tu kat mana-mana.

Untuk pompuan,mungkin diorang akan tinggalkan gelas stress tu kat sogo ke,midvalley ke,KLCC ke.Terpulang la dengan kemampuan.
Window shopping pun ok (kenapa window shopping? door shopping atau grill shopping takleh ke?).

Pada yang lelaki,mungkin gelas tu akan ditinggalkan di kedai-kedai mamak (yer la,gelas tu kedai tu punya),atau di gelanggang futsal mahupun di trek-trek lumba (lumba kuda tak termasuk dalam senarai ini).

Dalam maksud lain,tinggalkan gelas stress tu dengan melakukan aktiviti yang boleh membuatkan kita tak memikirkan langsung pasal stress tu.
(AMARAN KERAS!:mengambil dadah atau minuman keras,berjudi dan aktiviti maksiat yang lain bukan penyelesaian kepada stress bahkan boleh menambahkan stress).

Ada pulak persoalan, jika bersukan seperti di atas boleh meredakan stress, adakah mereka yang kerjanya bersukan takkan ada stress?

Tidaklah dimaksudkan begitu.

Stress datang dari pelbagai punca. Ahli-ahli sukan tu sendiri mungkin mengalami stress untuk maintain prestasi diorang.
Stress ni kira berkadaran dengan apa yang kita buat la.

Aku bagi contoh stress (yang aku sendiri pernah lalui).

Jawatan:Customer Service
Bidang Tugas:
Memberikan perkhidmatan mesra dan terbaik kepada pelanggan (jangan fikir lain aa).

Pelanggan ni ada sejuta dua juta kerenah.
Pelanggan sentiasa betul? Tak jugak sebenarnya.
Ada jugak pelanggan yang merasa 'dia saja betul, orang lain salah'.
Baca description kat atas pun sebenarnya boleh bagi stress kepada sesetengah orang (aku ok je).
Jadi,melayan kerenah pelanggan ni bukan la senang, tapi tak la sesusah mana.
(tak kira la sehensem atau secomel mana korang, bila customer nak marah,Miss Universe pun diorang marah).

Masa aku kerja satu kompeni dulu, dah la memenuhi kehendak pelanggan ni satu bahagian stress, tiba-tiba bila diperlukan, supervisor pulak ghaib.
Pelik, bila pulak 'my superior' tu menuntut ilmu halimunan? Sampai sudah tak jumpa.
Bila dah ditemui (setelah hati rasa nak repot polis sebab ada orang hilang),
soalan bonanza (semua orang boleh menang RM1 juta) yang dia tanya kat kita
"Ada apa-apa masalah?"
(Nak jer aku jawab "oo,kau keje sini lagi,ingat dah jadi supervisor cleaner kat toilet tu").

Bukankah itu satu lagi stress tambahan?

Pelanggan pun satu. Staf customer service tu elok terpacak depan dia nak tolong dia, dia jerit (dengan pitching lari)jugak nak jumpa pegawai atasan.
Agaknya kalau staff tu jawab "My superior officer has gone to heaven sir",mau tak dia diam?
Korang cuba la kalau nak buat ujikaji.Jangan lupa feedback kat aku yer.

Itu stress keje, so pandai-pandai la uruskan. Tidak boleh tidak, selagi namanya kerja, stress tu kira pakej tambahan yang tersembunyi yang tidak dinyatakan dalam mana-mana surat perlantikan jawatan atau Standard Of Procedures (SOP) syarikat,waima se gah mana pun syarikat tu.
Gaji tu kira dibayar untuk tugas fizikal yang dibuat,dicampurkan dengan stress yang ditanggung.
Sendiri mau fikir la berbaloi ke tak.

Stress pasal tak cukup duit?
Haa, part ni semua orang pernah lalui.

Tapi, sebab kekuatan jari yang tak mengizinkan (stress gak ni),aku cuba panjang-panjangkan dalam post lain.

Kesimpulan ringkasnya, ada satu cara terbaik dan gerenti mujarab untuk menangani stress ni:

Caranya:
Dengan pakaian yang suci dari najis,ambik wudhuk yang sempurna,buat solat 2 rakaat kerana ALLAH,mengadulah kepada Dia yang Maha Mendengar dan Maha Penolong.

InsyaALLAH, lega.

Kenapa? Tak percaya?
Ada bran? cuba la.

-jiwa merasa terbang bila bersujud-

3 comments:

ok...sempoi..

 

bro thanks atas cite bende ni..

saya pun ade rase ape yg bro rase..
masalah skang ni benda ni memainkan minda kite..
bile datang perasaan ceria tu and then bile kite xfokus pada kecerian tu td strees tu dtg balik..
saya menjadi banyak berfikir..
macamana nak hilang kan perasaan tu td ye..

 

Anonymous,

Dinyatakan di komen anda 'benda ni memainkan minda kite', soalan aku, kena kenal siapa atau apa 'benda' itu.

Aku yakin, itu keje si iblis.

Keceriaan tu tak perlu fokus, tapi perlu dihayati. Bahasa rokes kata, kena feel. Feel itu seni. Bila dah masuk feel yang tenang tenang,yang rilek rilek, biar pun datang stress besar gunung pun, insyALLAH, minda kita bleh uruskan.

Berfikir itu bagus, tapi bergantung kepada apa yang kita fikirkan. Fikir yang baik, insyALLAH baik. Fikir yang tak berapa baik, sila jauhkan.

Nak hilangkan perasaan tu (dipermainkan stress kan?),rasanya mudah jer...

Mengaku.

Mengaku kat Tuhan yang kita ni tak berdaya nak uruskan sekecik kecik hal pun, melainkan Tuhan tolong kita.

Itu pandangan aku untuk soalan yang ditanya.

:-)

 

Post a Comment