ini bukan blog AirAsia
"graviti kuat buat kita rasa melekat dan tak rasa bumi ini berputar,
tapi graviti jugak tak kuat sebab burung burung masih boleh terbang tinggi.
Hebatnya ciptaan Tuhan."

awan dania-part 2

catatan kehidupan hari 02 September 2009

Ada yang bertanya,
Indahkah kehidupan bila bekerja sambil terbang di awan biru?

Ala,macam cerita Awan Dania tu.
Kisah seorang RAMP pompuan (giler, mana ada RAMP pompuan kat dunia ni)
yang akhirnya jadi Cabin Crew AirAsia.

Entah.
Aku tak pernah jadi cabin crew.
Mana aku tau.

Pernah gak teringin dulu.
tapi,
keinginan tu tak cukup kuat untuk mendorong aku mencuba.
Lantas, aku biarkan rasa tu pergi,
terbang bersama angin.

Masih segar dalam ingatan aku,
5 tahun lepas,
hari tu hari aku datang untuk temuduga,
dengan sebuah syarikat penerbangan
yang kini semakin terkenal.

Bersama aku ada beberapa calon yang lain.

Seorang calon bertanya padaku:
"interview post customer service?"

Aku iyakan dan kutanyakan kenapa?

Katanya:
"I ingat u interview for cabin crew post"

Aku gelak besar (dalam hati) sambil tanya hati aku (takkan nak tanya dia),
"kau ni pun, kalau nak hilangkan nervous kau tu, takyah la tanya soalan yang
pada aku tak kena dengan aku...hahahaha"

Kisah tu habis di situ jer, in the end, dia jadi colleague aku untuk batch yang sama.
Jamie Lee,i wish all the best in everything u do... :-)

Dia pun dah tak attached dengan mana-mana company sebab dengarnya dia run bisnes sendiri sekarang.
Good for her.

Aku?
Still main kejar-kejar dengan life.
At times aku rasa life is chasing my like hell..
Dan sangat jarang aku yang mengejar life.

What for aku nak kejar?

Life is not suppose to be lived in a fast way.

People tend to forget that the more they chase things in this life,
the more tired they will become,and
the more closer they get to the end of this life...death.

Tapi tu la, dunia ni dah diikat oleh kapitalisme.
Sampai ada manusia (Islam pulak tu) mengatakan "duit adalah segalanya".
Masya ALLAH.

Agak-agak sikit sedara.

Bila dijemput 'kembali' nanti, boleh ke duit (yang kononnya banyak) tu delaykan ajal?
Tak dapek dor.

Bila dah tertanam enam kaki dalam tanah (pasti ke kita ditanam,kalau hanyut?) nanti,
boleh ke duit tu keluarkan kita semula ke bumi?

Dan yang paling penting, bila dihisab di akhirat dan kita nampak macam nak terima kitab amal dengan tangan kiri,
dapatkah kita guna duit dunia yang banyak tu untuk tukar agar diberi kitab ke tangan kanan?
Laie la tak dapek.

Memang duit tu perlu, tapi cukuplah sekadarnya.

bila ada duit, bila dapat duit,
buat sujud syukur.
bagi zakat.
sedekah kepada anak-anak yatim.
sedekah kepada fakir miskin.
tak perlu banyak,
tapi ikhlaskan hati...
kerana ALLAH.

semua nasihat di atas untuk diri aku sendiri
dan juga untuk sedara-sedara seISLAM.

sesama ISLAM patutnya saling membantu,
saling menyokong,
saling mengasihi,
demi menegakkan syiar Islam.

Sekarang dah terbalik.
Terbalik macam mana?

Tengoklah sekitar.
Pandai-pandailah nilai.

Masih ada ruang untuk kita berubah,
untuk mengukuhkan ukhwah.

Agar umat Islam tidak terus-terusan diperlekehkan.

-berasa terbang dalam doa di sepertiga malam-

0 comments:

Post a Comment