ini bukan blog AirAsia
"graviti kuat buat kita rasa melekat dan tak rasa bumi ini berputar,
tapi graviti jugak tak kuat sebab burung burung masih boleh terbang tinggi.
Hebatnya ciptaan Tuhan."

Kasih.

Dah nak 34 tahun.
Bukan umur aku. Tapi susut nilai jangka hayat.

Andai peruntukan 70, 34 tu dah menghampiri separuh.
Itu kalau 70, kalau peruntukan sebenar lagi kurang?
Mungkin 34 tu dah sampai tahap 40peratus? atau 50peratus? atau 75peratus?

Lagi bagus aku tak tahu berapa peruntukan sebenar.
Yang aku patut tau, susut nilai tu proses automatik.
Suka ke tak, hari hari nilai tu susut.

Angka tu bertambah, tapi nilainya menyusut.

Dan ini bukan persoalan atau penceritaan ehwal Ekonomi.

...

Aku selalu terlupa yang aku lahir era 70an.
Pastinya bukan era Hitler.

Aku selalu terlupa yang aku berkehidupan kanak kanak era 80an.
Zaman ultraman hayata.

Aku juga terkadang lupa aku di era budak sekolah dan ambik SPM di era 90an.
Zaman Kurt Kobain.

Cuma aku selalu teringat yang aku melangkah ke alam persuamian di era milleneum.
Zaman apa aku tak ingat. Tak penting.

...

Amanah jadi suami ni bukan ringan. Bukan main main.
Tapi ketidakringanan amanah tu diseimbangkan oleh keindahan berumahtangga.

Alhamdulillah.
Ada isteri solehah. Patuh perintah dan indah budi bahasa.
Sejuk mata suami memandang.

Syukur kepada Allah.
Ada anak anak yang kecil kecilnya comel.
Makin membesar makin bijak.

Sampai tak terasa beratnya amanah tu.

Salah satu kuncinya?

Kasih.

Siapa kata perkahwinan itu menyusahkan?

Tidak.

Perkahwinan itu indah kerana kasih.
Dan makna kasih itu luas.

Angah, lastik, estet.

Petang itu ceria.
Burung burung yang baru nak naik sedang sibuk berlatih shuffle di sarang. Kelas asas belajar terbang tolak tepi dulu. Kejap lagi mama burung balik, gerenti ada makanan. Rajin tak rajin nak nganga mulut je.

Angah macam biasa, lepas bergayut di pokok jambu, stok jambu dah ada sebakul kecik. Boleh dicicah dengan serbuk asam boi yang abah beli bulan lepas. POrt kat atas tembok depan umah estet tu memang best untuk makan sorang sorang.

Dah duduk elok elok kasi selesa atas tembok, lastik letak kat depan bakul jambu. Nak buat standby tembak lembu ganas yang nak meragut bunga bunga kesayangan mak.

Dari jauh, nampak seorang ane (lelaki berbangsa India) tercangak cangak mencari arah. Jalan di Ulu Sawah division ni memang mengelirukan dan agak menggerunkan. Kalau tak betul gayanya memang boleh sesat.

Perlahan lahan ane tu memberhentikan motor depan rumah, berdepan dengan si angah yang syok melayan jambu bersalut serbuk asam di atas tembok sambil bertemankan lastik.

'adek, mau tanya, itu estet mana?'

Angah mengerutkan dahi, berfikir.

'tuu', dengan konfiden angah menjuih bibir menunjuk hala ke lastik.

Ane tu berpaling ke kawasan ladang di belakangnya, 'oh, sana estet la?ok, ok adek, trima kasey'

Si ane memusing motor menuju arah yang angah tunjuk guna bibir tu.

....

Dari jauh, nampak ane tu huru hara membawak motor tapi gaya konfiden hala ke jalan mati.

Suria Itu Aje memang bagi stress.

Hah! aku tanya lagi, dah ada yang menang?

Pasti belum sebab baru tadi aku cekidaut kat web suria fm, iklan itu aje tu masih terpapar.
Lama sungguh peraduan ni yer!
Memang bagi stres kepada semua 'die-hard fans' suria fm di luar sana.

Aku macam biasa, ada masa aku apdet senarai yang ada.
Biasanya takde masa.

Facebook page untuk lagu disalah teka itu aje yang aku mintak kawan aku buat tu pun macam takde sokongan jer. Memang la ada yang klik 'suka' tapi takde pulak yang nak nolong komen kat dinding page tu lagu lagu yang salah saban hari tu.
Segan kot?
Atau mereka pun turut sibuk berkarier macam aku.

Untuk entri ni, aku takde nak cerita banyak sangat pasal itu aje suria fm ni sebab rasanya, segala aspek berkenaan peraduan ni aku dah usik. Sama sama lah kita berusaha mencuba.
Itu untuk yang rajin.
Kepada yang tak rajin, sama sama lah jugak kita tunggu siapa pemenangnya.
Tapi...
ada satu sudut aku belum sentuh pasal peraduan itu aje ni.
Aku belum kongsi lagi lagu tekaan aku, kan?
Rilek...rilek..
Orang Jawa kata, Simpan yang terbaik untuk yang terakhir.

Dalam melayan stres mencari lagu betul itu aje suria fm ni, aku nak tunjuk korang satu barang.
Hahaha..macam perangkap je pulak.

Barang ni nama dia majalah. Kepada yang tak kenal majalah, ala yang macam majalah mangga tu.
Tapi ini jauh lebih grand daripada majalah mangga. Lapan puluh tiang jauh dia.
Majalah mangga online pun akan menyorok di sebalik iklan bila nampak majalah yang aku nak bagitau ni.

Majalah ni majalah indie, bahasa mudahnya, majalah bebas.
Takde unsur terlampau, takde unsur politik, takde unsur bidaah.
Majalah ni hasil mereka yang suka dan hebat dalam penulisan. Menulis bukan untuk cerita cerita berat tapi cerita cerita best yang konfem, boleh sedikit sebanyak, menenangkan dan mengurangkan stres.

Jadi, tak perlu bersusah payah mencari cara menenagkan jiwa, dan jauhi pula daripada cara cara release tension yang salah. Jangan hisap dadah. Jangan minum arak. Jangan main judi. lebih baik korang cekidaut majalah ni.

Jeng jeng jeng...inilah dia...yang ditunggu tunggu..yang dinanti nantikan kemunculannya..

Rokes (baca:rockers)

Cantik gambar dia.
Yer, aku tau .

Maka, inilah cara release tension terbaik, iaitu dengan membaca.
Daripada baca nasib kat ruang horoskop yang menyesatkan tu, lebih baik baca Rokes ni.

Sila jumpa abdul rokes untuk tempahan.
Mana la tau, sambil rilek rilek, santai santai baca Rokes ni, dapat pulak idea lagu betul itu aje suria fm tu, kan?

Cepat!, jangan sampai abdul rokes kata 'sori, no mo' nanti.

Majalah sensasi yang tiada gambar Lisa Surihani.

Hah! Aku promosi majalah Rokes ni bukan sekadar suka suka, tapi sebab semangat. Aku tengok, ramai sangat adik adik baru lepas spm yang berkepit dengan majalah mangga. Yang dah 18 tahun habis spm pun ada jugak yang membacanya. Kononnya majalah sensasi. Ada cerita terbaru artis katanya. Malu la bila tak boleh follow kawan kawan bercerita pasal gossip terbaru Lisa Surihani. Tak dapat jumpa pun, kurang kurangnya ada koleksi gambar sensasi Lisa Surihani pun cukup la.

Untuk adik adik sekalian, kurang kurangkan la menengok gambar gambar artis dalam majalah Mangga tu. Untuk yang tercari cari majalah yang lain daripada yang lain, cuba cuba cari majalah Rokes ni.




Cuba tengok, ada nama Lisa Surihani?
Takde.

Lisa Surihani baca ke majalah ni?
Mungkin, sapa tau.

Takde ikon rock Malaysia pun kat kaver tu?
Tunggu dan lihat. Amy Sej pun silap silap 'suka' majalah ni nanti.

Mana nak beli majalah Rokes ni?
Tempah kat abdul rokes di sini.

Eh, majalah ni belum keluar dah ada review?
Ini bukan review, ini beritahu. Jangan banyak cerita, beli, baca dan buat review sendiri. Ramai yang belum baca majalah ni pun dah rasa best bila tengok setting kaver tu. Feel, yang penting feel! (soalan ni memaksa aku banyak berperkataan Inggeris!)

Apa istimewanya majalah Rokes ni?
Majalah ni tak berorientasikan idealogi kapitalis. Kalau kapitalis, tu namanya majalah mangga. Majalah Rokes ni dibuat tanpa unsur rasuah, tanpa unsur kronisme, tanpa unsur hasad dengki. Majalah ini bebas. Bebas itu best!

Ada money-back-guarantee ke kalau beli majalah Rokes ni?
Bila korang dah beli dan baca majalah ni, korang akan lupa maksud money-back-guarantee sebab majalah ini best!

Ok, cukup dulu soalan soalan lazim untuk majalah ni. Andai ada lagi, boleh terus berhubung dengan abdul rokes untuk maklumat lanjut cara dapatkan majalah Rokes ni. Sila berbudi bahasa bila bertanya dengan abdul rokes sebab dia mengutamakan budi bahasa.

Kesimpulan, ini majalah sensasi yang memang pasti tiada gambar Lisa Surihani melainkan Lisa sendiri yang hantar gambar dia kat abdul rokes.
Mungkin tak lama lagi, siapa tau!

Jalan berturap yang berghairah lama

Ni entri pendek sebab aku agak sibuk menjenamakan semula page page fesbuk yang ada. Selain dari itu, aku tengah tipis kesabaran menunggu kelahiran majalah saluran orang kebanyakan yang bakal mengetopi carta majalah berbahasa Melayu terunggul, Rokes. Jangan main main, tanpa kronisme, tanpa rasuah, tanpa pengaruh Ketua Pengarah, majalah itu mampu juga menggegarkan arena majalah di Malaysia ni. Setakat majalah Mangga tu, bila bila masa je boleh kena tapau. Korang baik tempah cepat, jangan sampai malu sendiri sebab takde majalah Rokes tu nanti.

Entri ni sebenarnya aku cuma nak marah kepada pakar pakar pembinaan jalan di Malaysia.

Untuk makluman pihak tuan, jalan yang baru berturap itu amatlah aku hargai. Walaupun tiada pilihanraya yang bakal berlaku di kawasan ini, usaha pihak Tuan menurap dan meratakan komposisi jalan di sini amatlah aku hargai.

Namun, tanpa garisan putih suci di kiri kanan jalan serta di tengahnya, amatlah membahayakan para penunggang motor yang gemar pulang lewat malam dari mencari rezeki seperti aku.

Aku sedia maklum yang garisan garisan itu tidak dilukis sejurus siapnya proses penurapan bagi memberikan ruang untuk tar yang berkategori basah untuk kering. Fokus utamanya adalah ia sedang 'basah'. Aku faham itu.

Tapi kalau sampai enam bulan nak tunggu tar basah tu kering, takkan lama sangat 'ghairah'nya tar tu sampai tak kering kering daripada kebasahan?

Sapa nak jawab sekarang?

Provokasi Rokes

Aku memang suka mem-follow ayat ayat provokasi di pelbagai tempat.
Kalau ada di facebook, aku baca (walaupun aku takde profil facebook, aku masih boleh baca komen di dinding dinding mereka).
Kalau ada di blog blog, maka aku akan berlama lamaan di laman itu membaca satu persatu.

Terkebelakang ini, salah satu ayat provokasi yang buat aku rasa nak muntah darah membacanya berbunyi begini,

"Ui, banyaknya duit aku dalam akaun ni. Dah macam gaji doktor. Betul ke gaji aku macam doktor ni?"

Itu status update budak budak yang taknak sunat tapi kini bekerja sebagai macai di sebuah syarikat penerbangan merah.

Dan ini jawapan aku dari blog ini untuk makhluk ganjil tu.

"Oi bahalul, kalau pun gaji kau tu banyak, bukannya kau dapat tiap tiap bulan. Doktor doktor tu dah tentu dapat banyak macam tu tiap tiap bulan. Yang kau baru dapat sekali setahun nak komen kat dinding orang lain tu apahal? Nama kau tu tetap takde DR kat depan. Orang lain pandang kau tu tetap seorang macai, jadi tak payah la nak jadi sombong bodoh!"

Aku tak kisah kau nak dapat banyak mana, tapi tak payah nak berlagak.
Kalau tetiba kereta kau eksiden & kena habiskan duit tu buat repair amacam, cukup?
Kalau kau kena samun kat memana sampai habis semua duit tu amacam, cukup?

Jadi, cukup cakap syukur kepada Tuhan. Sudah!

Itu awalan cerita aku pasal provokasi ni.

Untuk cerita lain, kepada mat mat rock, sekarang aku nak provokasi sama korang.

Di satu sudut dunia, dengarnya dah ada satu majalah best.
Majalah ni dihasilkan oleh para rokes maka nama majalah ni Rokes.

Bukan main main punya majalah.

Majalah ni pasti meletup sebab:

-diorang buat majalah ni tak mintak bantuan / subsidi kerajaan.
-diorang tak rasuah mana mana pihak nak bagi majalah ni naik.
-bila korang baca ini majalah, dia ada feel 'hidup', tak macam bila korang baca majalah sekolah yang penuh cerita koperasi. Boleh mati jiwa dibuatnya.
-sikit hari lagi, bila majalah ni dah cukup top, Amy Sej, Awie Wink pun mesti beli ini majalah (aku tak tau camne, tapi mesti.)
-majalah ni tak payah tunggu ketua ketua pengarah atau menteri menteri bagi kata kata aluan tapi masih boleh laku giler.
-penulis penulis dan para editor majalah ni suma berkepakaran dalam bidang yang diorang tulis. (setakat review sejarah perkembangan rock Malaya tu celah gigi jer. Itu belum kira review rock kat arena antarabangsa.Jarvis Branson Cocker pun respek).

Dan kenapa pulak korang kena mesti beli majalah ni:

-budak budak rok tak main la pinjam pinjam baca ni,kena ada hakmilik sendiri, baru nampak true.Nanti senang nak ulur otograf untuk para otai Rokes tu sain.
-majalah ni memang mampu milik, tak kisahlah korang adalah rokes yang jadi posmen, pegawai bank, penggiat seni, CEO, artis, mahupun pelajar. Rok tetap rock!
-majalah ni ada 'nilai dalaman', macam perabot antik. Kalau korang tak minat perabot antik, aku tak peduli, yang penting majalah ni lagi bernilai daripada perabot antik.

Korang takkan dapat beli kat kedai sebab hanya abdul rokes (beserta rakan rakan) yang jual majalah ni, dan hanya abdul rokes (beserta rakan rakan) yang boleh jawab soalan korang.
Sila email dia kat: rokesmail@gmail.com.

Jadi, kalau korang rasa korang rockers yang true, rockers yang hebat, rockers yang sejati, maka rock korang hanya cukup sifat dengan majalah Rokes ni. Kalau tak, rok korang cacat dan tempang.

Kalau tak cukup provokasi rokes ni, nanti lain entri aku tambah.

Berniaga

Zaman ini zaman semua orang nak berniaga.
Segala bentuk benda, servis, maklumat nak diniagakan.
Yang jujur berniaga itu , ramai. Yang kurang jujur pula, lagi ramai.

Jual satu benda yang sama, harga lain-lain, kenapa?

Contoh adegan dalam cerita 'Seniman Bujang Lapok' cukup menggambarkan situasinya.
Ramlee, Ajis dan Sudin nak pergi cari kerja di Studio Jalan Ampas. Naik beca.
Ramlee dan Sudin dapat duduk di atas, Ajis cuma duduk di pelantar. Tapi Ajis tetap kena bayar kadar sama macam Ramlee dan Sudin. Alasan "pakcik penat kayuh" memang masuk dek akal. Kadar yang dikenakan mengikut jarak, bukan mengikut tempat duduk.

Tapi sekarang, syarikat burung besi berniaga ikut harga tempat duduk untuk ke destinasi yang sama, kemudahan yang sama.

Memang tiada yang sampai perlu duduk di pelantar.

Tapi alasan "pakcik penat kayuh" dah tak boleh dipakai.

--------
Yang tahu, faham lah.
Yang tak tahu, tanyalah kepada yang faham.

Selamat Pengantin Baru Don Karambit!

"Dengarnya, si Don tu nak nikah?"

"Bila?"

"Dah dekat tarikhnya katanya."

"Dengan orang mana?"

"Gadis Maghribi katanya."

"Jadi jugak?"

"Begitulah khabarnya."

"Lu tau dari mana?"

"Gua agak je, pasal kebelakangan ni, payah sangat nak ngajak pegi minum teh."

"Celaka!, gua ingat dia bagitau lu?"

"Hmmm..tak payah harap la dia nak bagitau kalau betul pun dia nak kawen."

"Kenapa pulak?"

"Yer la, ajak pegi minum pun sms gua dia tak balas. Inikan pulak dia nak inform kita bila dia nak kawen.Lupakan je la."

"Bila last lu sms dia?"

"Baru 3 minit lepas. Ni ha sms yang gua hantar."

"To:don karambit
Cc:(nama dirahsiakan),(nama dirahsiakan),siti nurhaliza,datuk nik aziz
Aku nak ajak kau minum pukul 10.40.Lokasi (salah satu bistro @ enstek).Kalau kau tak sampai, nanti aku bagitau kengkawan suruh delete kau. Kau fren la dengan eddie tan & bolingam.
"

"Macam haram jadah sms ni ada iklan google. Ada dia balas?"

"Haram takde."

"Mungkin betul si Don tu nak jadi pengantin baru"

"Takpe lah. Kita kirim doa jer la dari sini."

Selamat Pengantin Baru, Don Karambit.

Semoga berbahagia ke akhir hayat.


Kerja jahat di facebook

Ada yang marah dengan entri aku pasal facebook kat sini.

Dan walaupun ada yang kata Harian Metro tu tabloid dan cerita di dalamnya adalah cerita yang di 'hype' tak ingat punya,
tapi...

berita atau cerita ini ada asasnya...

myMetro | Isteri ikut kekasih

hah! mark zuckerberg, kau tak nak komen?!!

zuckerberg zuckerberg, hati kau keras.

Kondem

Dalam aku 'berjalan jalan merayau rayau' di perpustakaan encik Google (selepas ini dikenali sebagai encik G), aku terbaca entri berkenaan beberapa individu mempersoalkan kemahiran encik G memberikan senarai paling relevan untuk pencarian maklumat di internet. Mereka yang meng-kondem tu memiliki laman web yang nampaknya bagus dan mempunyai pengikut dalam bidang teknologi yang nampaknya ramai. Jadi bila tuan punya laman web itu memberikan tugasan kepada pelajar beliau untuk mencari maklumat berkenaan satu topik yang diberi, para pelajar beliau gagal mendapatkan rujukan terbaik daripada encik G. Maka beliau pun memberikan markah 'F' kepada para pelajar itu serta memarahi encik G. (ayat last tu aku tambah bagi dramatik bunyinya).

Tumpuan aku?

Pasal kondem lah, of kos!

Apa yang aku nampak, dalam dunia internet ni, ada 2 kategori utama pengguna. Yang mencari dan yang menyedia maklumat. Encik G sediakan platform. Internet bukan milik encik G seorang. Makhluk yang marah dalam kes di atas adalah seorang pencari maklumat(sebenarnya dia suruh pelajarnya mencari, siapa yang malas sekarang?). Beliau kondem encik G kerana tidak berbuat sesuatu kepada mereka yang menyalahgunakan khidmat sebagai penyedia maklumat yang mengambil kesempatan dengan menyediakan laman web yang tidak relevan atas niat mengambil keuntungan. Apa berbelit belit ayat aku ni?

Dalam ayat mudahnya, makhluk tu marah kepada mereka yang dipanggil 'web spammers' atau bahasa kejinya penyumbaleweng laman web. Maksudnya lagi, contoh bila seseorang mencari maklumat pasal 'cara buat kuih akok yang sedap', apa yang encik G senaraikan dalam carian termasuklah laman web yang cerita pasal 'sejarah kuih bingka pandan' (apa jadah!). Jika bernasib baik, encik G juga menyenaraikan laman web yang menjual menjual ebook 'senarai kuih kuih sedap yang akak buat' (ni lagi haram jadah!), yang mana kedua duanya tidak relevan langsung dengan carian asal.

Persoalan dan fokus kondem mereka, adakah encik G sudah kekurangan teknologi pintar untuk memberikan hasil carian yang paling relevan untuk si pencari maklumat? Di satu laman web lain yang mengutarakan isu sama, mereka mengesyaki encik G lebih memanjakan dan memuaskan nafsu serakah pencari 'klip ariel peterpan dan luna maya' kerana paparan maklumat untuk carian maklumat tersebut tidak pernah menghampakan.

Itulah isu isu panas yang kini sedang cuba ditangkis oleh encik G. Encik G sememangnya dalam dilema kerana dalam masa cuba memberikan perkhidmatan terbaik kepada pencari maklumat untuk kekal sebagai enjin carian nombor satu dunia, encik G juga perlu menjaga slip gaji pekerjanya dengan memastikan para pengiklan gergasi tidak berasa kecil hati.

Ini kerana para pengiklan di internet lebih menyukai penyedia maklumat yang mahu bersekongkol dengan mereka kerana para penyedia maklumat ini lebih bergerak aktif dalam menarik trafik ke laman mereka tanpa menggunakan ilmu hitam atau membuat perjanjian dengan syaitan seperti filem 'Khurafat'. Mana mana laman yang mengetuai menarik jumlah pengunjung yang ramai sememangnya berpotensi untuk menaikkan tahap jualan barangan yang dijual oleh pengiklan, waima laman web itu sebenarnya tidak menceritakan langsung tentang barangan yang dijual oleh pengiklan itu.

Sebagai contoh, andaikan di sebelah kanan blog terbang ini terdapat satu iklan rentang untuk produk kecantikan diri yang menjanjikan perubahan rupa daripada wajah seiras fasha sandha kepada wajah seiras nora danish dalam masa 2 minggu. Dan andaikan juga terdapat 2 juta (yer, 2 juta) jumlah pengunjung harian ke blog terbang ini, maka dengan menggunakan matematik asas, dengan hanya 3 peratus daripada 2 juta pengunjung (yang kebanyakannya awek awek) yang meng-order produk kecantikan hebat itu, maka objektif pengiklan itu menempel iklan di blog terbang sudah mencapai target jualan untuk 3 bulan. Perlu diingat, blog terbang ini hanya menempatkan ruang berukuran selebar ayam goreng drummet untuk iklan itu dan blog terbang tidak pula pernah walau dengan sepatah ayat pun mempromosikan produk kecantikan terhebat itu!

Dengan kata lain, berdasarkan dakwaan makhluk yang mengadu domba kepada encik G di atas tu, blog terbang adalah laman yang tidak berkualiti kerana awek awek yang mencari produk kecantikan hebat akan terpukau untuk menyinggah di blog terbang kerana blog terbang ini disenaraikan di kedudukan nombor satu untuk carian 'produk kecantikan wanita terkini'. Maka makhluk itu mahukan supaya encik G menyekat kemaraan blog terbang daripada menjadi penguasa untuk tajuk tajuk carian yang lain seperti:

'Kenapa AirAsia itu bukan monopoli walaupun cuma dia jer yang jadi syarikat penerbangan tambang murah di Malaysia ketika ini?'

atau

'blog yang lebih popular daripada web suria fm'

atau

'cara terbaik menguruskan badan tanpa menonton filem 2 alam'.

Alasannya kerana blog terbang tidak ada kena mengena dengan Airasia, blog terbang bukanlah lebih popular daripada web suria fm dan blog terbang bukan berkenaan cara menguruskan badan yang ada kaitan dengan filem 2 alam!.

Mungkin makhluk itu mahukan bila ada pencari maklumat membuat carian 'teknologi terkini telefon bimbit 2011', encik G memaparkan foto makhluk pemilik web teknologi itu memenuhi skrin sebagai satu satunya hasil carian yang ada.

Takde 'spirit of competition' langsung!

Cukup.