ini bukan blog AirAsia
"graviti kuat buat kita rasa melekat dan tak rasa bumi ini berputar,
tapi graviti jugak tak kuat sebab burung burung masih boleh terbang tinggi.
Hebatnya ciptaan Tuhan."

Bila...

Bila datang bulan Ramadhan, berpuasa itu wajib.
Bila dah hukumnya wajib, wajib la buat.

Dulu masa sekolah, kutu kutu ingat puasa ni budaya setahun sekali.
Puasa pun sebab dibagitau yang bulan puasa kena puasa.
Puasa sebab pagi pagi mak tak buat sarapan.
Balik tengahari pun takde makan tengahari selain makanan untuk budak budak kecik sahaja.

Jadi puasa masa tu memang tahap ke laut la.
Tahan lapar je.
Sumpah seranah kawan kawan masih on.

Maka ramailah kutu kutu yang gagal penuh puasa sepanjang Ramadhan.
Tak tahan lapar katanya.

Aku pun tak ingat bila aku mula berpuasa.
Yang aku boleh ingat, zaman awal awal berpuasa, aktiviti seharian adalah...
Tidur sampai dekat nak waktu berbuka.

Memang takde kualiti punya puasa.
Tapi takpe, orang tua tua kata itu zaman belajar berpuasa. (alasan)

***

Bila sampai pulak satu masa nanti,
aku pulak kena latih anak anak aku berpuasa.
Nak latih tu satu hal, nak pastikan mereka maintain berpuasa tu satu hal lagi.

Buat masa ni, aku memang 'selalunya' kalah dengan rayuan anak ni.
Sayang, atau mungkin terlebih sayang.

Semoga sayang aku tak merosakkan mereka.

Jadi bila sampai masanya nanti,
aku buat aje la macam yang mak dengan abah ajar kami dulu...

Setakat kecik kecik puasa boleh kira diskaun lagi.
Tapi bila dah besar, kalau termalas sampai tak puasa, bila sampai waktu berbuka, sila main jauh jauh.
Jangan menyibuk!

***

Bila sampai masanya nanti,
harap aku berjaya didik anak aku berdisiplin masa berpuasa.

Dan tak jadi macam aku masa sekolah 'agak menengah' di asrama,
pasal air botol dengan meggi kari pun boleh gagal maintain puasa walaupun masa tu dah pukul 1 petang.
Sengal!

Anak anak tolong ingat yer, jangan sesekali tiru aksi itu.
Tuhan nampak.