ini bukan blog AirAsia
"graviti kuat buat kita rasa melekat dan tak rasa bumi ini berputar,
tapi graviti jugak tak kuat sebab burung burung masih boleh terbang tinggi.
Hebatnya ciptaan Tuhan."

cari peluang,dapat peluang

Semua orang cari peluang tapi,
bukan semua orang dapat peluang,
atau,
bukan semua peluang untuk semua orang.

Aku kadang-kadang musykil
dengan sifat manusia
yang katanya mencari peluang ni.

Bila ditanya kenapa mencari peluang,
katanya nak mengubah nasib,
katanya nak memperbaiki kehidupan,
kepada yang lebih baik.

Tapi bila dihulurkan peluang,
katanya tak sesuai,
katanya tak yakin,
atau mungkin yang lebih tepat,
tak berani?

Itu kepelikan yang aku rasakan.
Bukan merungut,
bukan komplen.

Namun bila aku fikirkan semula,
itu memang sifat manusia.
Terutamanya sifat manusia yang
tahunya merungut,
tahunya komplen.
Tapi bila dicabar...
senyap.
Bila dicabar lagi...
hanyut.
Bila dicabar berterusan...
tenggelam.

Betul, ada seribu satu peluang di luar sana,
dan seribu satu peluang di dalam sini.
Betul,tak semua peluang untuk semua orang.

Jadi, macam mana nak pilih peluang yang terbaik?

Senang jer.

Jaga solat 5 waktu.
Doa mintak petunjuk dari ALLAH.
Tambah dengan solat sunat istikharah.
Tawakal kepada ALLAH dengan ke arah mana lorongan yg dikuatkan.

Bila usaha secara rohaniah dah dilaksanakan,
kekuatan akal jangan dipinggirkan.
Itu 'the best free gift' yang ALLAH anugerahkan.
Gunakan sebaiknya 'semua free gift' tu ke jalan ALLAH.
InsyaALLAH,berkat.

Kumpulkan maklumat tentang peluang itu untuk dinilai,
Carilah ilmu yang berkaitan untuk memilih yang terbaik.
Bila dah yakin,
'jangan pandang belakang' lagi (bukan tajuk cerita seram tu),
teruskan langkah dengan yakin.

Langkah yang tak yakin boleh merebahkan diri
bila ujian mendatang.

Ujian pasti ada.
Kehidupan memang direncana sebegitu.
Untuk senang,lalui susahnya.
Untuk ke atas,lalui bawahnya.
Langit takkan selalunya cerah.
Tidaklah pasti panas akan terus sampai ke petang.

ALLAH jua yang Maha Mengatur, Maha Menguasai.

Tatkala ujian dilalui,
kuatkan tekad,
teguhkan tawakal kepada ALLAH,
agar urusan dipermudahkan.

Ambillah ikhtibar dari kisah para Nabi dan para anbia.
Insafkanlah diri dengan kisah Muhammad s.a.w
Kekuatan rohani baginda menyebarkan syiar Islam adalah contoh terbaik
dalam melalui kehidupan.
Walau bulan dan bintang yang ditawarkan,
iman di jiwa tidak Baginda cagarkan.
Subhanallah.

Jadi,bila mahukan peluang,
maka carilah.
Bila diberi peluang,
timbangkanlah,
gunakanlah,
usahakanlah,
tawakkal kepada ALLAH.

Cubalah berhenti merungut tentang kehidupan dunia yang sementara ini.
Kehidupan dunia sebenarnya adalah bergerak pada satu garisan lurus.
Dimulakan melalui kelahiran,
diakhirkan dengan kematian.
Tempoh antara keduanya adalah sangat singkat.

Selepas kematian,kita pasti dibangkitkan semula
untuk disambungkan dengan kehidupan akhirat.

Tapi manusialah yang menyebabkan kehidupan singkat di dunia ini
menjadi rumit dan berliku-liku.

Yang mudah kenapa disusahkan.
Yang mencabar kenapa dipayahkan.

Semoga ALLAH memberi petunjuk dan hidayah
kepada diriku dan umat Islam sekaliannya.
Amin.