ini bukan blog AirAsia
"graviti kuat buat kita rasa melekat dan tak rasa bumi ini berputar,
tapi graviti jugak tak kuat sebab burung burung masih boleh terbang tinggi.
Hebatnya ciptaan Tuhan."

Staf Check In Tiket Tambang Murah Yang Power!


Ketika itu suasana sangat kecoh.
Hiruk pikuk.
Konsert GNR hari tu pun tak boleh lawan dia punya riuh rendah.

Sana bingit, sini menengking, situ menempelak.
Ada yang jerit suruh cepat sikit... Ada yang maki kata bos bodoh...(betul lah kot?).
Ada yang kata kompeni lain servis lagi bagus...(betul juga).

Ada yang tepuk meja suruh mengucap...
Ada yang jerkah tanya masa pilihanraya undi parti mana...(ini memang celaka).
Yang jerit tanya dah kawin ke belum, anak berapa orang, isteri asal mana, isteri kedua umur berapa pun ada....

Tu belum kira yang laung kata harap muka aje hensem tapi kerja dengan bos tak guna. Hal muka hensem tu betul juga.

Dalam sibuk sibuk tu, tiba tiba seorang pakcik yang memakai kot yang aku perasan lurus jahitannya, datang merapati aku dan bertanya,'Anak dah lama kerja sini?'

'Tak berapa lama pakcik, baru 3 tahun.' Walaupun aku pelik dengan soalan tu masa masa macam ni, tapi tenang je aku jawab.

'Hari hari ke jadi macam ni?' steady je pakcik tu tanya lagi.

'Tengok keadaan juga. Kadang kadang, bila pilot malas nak buat kerja dia sebab terlebih clubbing waktu malam, last minit terpaksa la kami bagitau pelanggan kapal rosak. Walhal kapal tu sebenarnya elok je.' aku memecah lobang dengan rela hati.
'Tapi tak semua pilot macam tu pakcik. Yang baik pun ramai.' aku cuba cover line.

'Oh begitu. Yang lewat kali ni sebab apa pula?' pakcik tu cuba mengorek rahsia.

'Ketua cabin crew terpaksa patah balik ke rumah. Boifren dia terkunci dalam bilik air katanya.' aku bagi penjelasan stail telus.

'So, ni lama lagi lah nampaknya delay ni?' pakcik tu bertanya lagi macam sesi soal siasat. Nada bunyi nak marah pun ada.

'Saya tak berani nak kata pakcik. Kena tengok kapal lepas ni ada kosong ke tak. Mana yang boleh selit, saya selit dulu. Kalau kapal lepas ni dah penuh, saya akan mintak krew gantian untuk kapal ni.' konfiden aku jawab.

'Pakcik tengok, hebat kamu cara kamu berdepan dengan orang ramai yang marah marah tadi...' kata pakcik itu lagi. Bunyi macam membodek.

Aku sengih stail kiut.

'Biasa je pakcik. Benda kena lalu hari hari. Takde apa hebatnya pun. Pakcik nak saya selit nama pakcik untuk kapal lepas ni ke?' aku tembak terus soalan tu.

'Hebat kamu baca fikiran pakcik. Boleh juga kalau dapat berlepas cepat. Terima kasih.' respon pakcik tu dengan penuh budi bahasa.

Aku tekan dua tiga butang di kibod kompiter. Sambil buat buat berkerut dahi, aku pandang pakcik tu dan bagitau dengan suara perlahan, 'Setel pakcik. Bagi sini boarding pas tadi. Saya letak nama pakcik nombor satu untuk masuk flight lepas ni kalau ada kosong.'

Pakcik tu berlalu pergi arah ke kedai kopi mahal sambil senyum.

************
(notakaki stail majalah Mastika. Kah kah kah): Pakcik dalam cerita di atas adalah seorang kenamaan sebab aku biasa tengok muka dia bergambar dengan artis dalam suratkhabar.

Kerja, hati & highway

Aku termenung sekejap.

Kadang kadang membawak ke lama. Dari 5 minit ke 3 hari punya termenung.

Payah juga nak hendel masalah macam ni. Ditelan sakit tekak, diluah macam membazir.

'Masalah memang sentiasa ada, tapi masalah jangan dicari.' abah pernah nasihatkan aku satu hari dulu.

Masalahnya abah, kali ni bukan aku yang cari masalah. Masalah ni terjadi sebab keadaan. Keadaan bukan dalam kawalan aku. Ah, abah bukan baca pun, aku tak payah nak eksplen panjang panjang.

Ni semua hal kerja. Hal kerja yang dah bertindan dengan hal peribadi. Kalau buat gambaran ikut gambarajah Venn, memang nampak pertindihannya kerja dan peribadi ni.

Di atas kertas aku buat satu bulatan. Ha ini hal kerja. Kemudian aku buat lagi satu bulatan di sebelah bulatan tadi. hujung bulatan kedua ni masuk sikit dalam hujung bulatan yang pertama tadi. Ha bulatan kedua ni hal peribadi.

Ha nampak? macam tu la dia punya bertindan hal kerja dengan hal peribadi aku.

Walau bertindan sikit pun, ia dah jadi masalah pada aku.
...
...
...

No No No! aku bukan ada skandal di opis. Bak kata orang putih, 'I dont shit where I eat'.

Hal hal skandal opis ni tak boleh masuk dengan aku sebab...di bahagian aku kerja di opis aku semuanya lelaki! Mana datang nak berskandalnya!

Aku sebenarnya dah terlebih jiwa dengan kerja. Bukan la aku kerja sampai tak balik rumah. Kerja orang lain mungkin la sampai tak balik rumah berhari hari. Pergi kerja jauh jauh yang tak tau hujung pangkal kerjanya.

Kerja aku tak macam tu. Cuma dalam seminggu, mungkin ada sehari dua, atau tiga, mungkin empat hari, aku kena extend kerja dari pukul 9pagi ke 7malam.

Tapi ini hal bermusim. Musim ni musim penilaian, jadi aku kena bagi up aku punya markah penilaian. Aku kena jaga semua hal berkaitan kerja di musim musim macam ni. Bukanlah maksudnya di lain masa aku kerja stail malas malas, cuma bila musim musim macam ni, aku kerja lebih dari biasa.

Ada masa hati aku sakit juga bila orang layan aku macam penjenayah sedangkan aku tak buat salah. Mungkin aku tak dapat bagi belen lagi antara kerja dan peribadi ni tapi kenapa bila orang lain yang buat aku kena telan?
...
...
...

Bila hal buat kerja rajin rajin pun aku kena salah.
Bila aku kena pandang serong sebab usahakan yang terbaik, sampai hati aku sakit.
Masa di highway masa balik kerja, fikiran aku entah di mana, lorong kenderaan pun aku tak ikut betul betul. 
...
...
...

Nasib lah apa nak jadi pun.

Erti Tahun Baru

Biasanya, di hari 1 hingga 3 di bulan 1 tahun yang baru, memang kerja aku untuk buat satu aktiviti yang hanya dibuat setahun sekali. Memang senang punya kerja. Bendanya semua dah tersedia, cuma rajin angkat tangan atau tak jer. Tapi kadang-kadang kena tengok feel jugak, sebab kadang-kadang aku tak rajin nak buat.

Pada aku, itulah erti dan cara selebret tahun baru yang sebenar...

Mencabut dan memasang kalendar.

*Biasanya kalendar kuda, kadang-kadang kalendar kedai eletrik Ah Seng.
Ada sekali dulu kalendar Tabung Haji dan masa muda-muda dulu, pastinya kalendar dengan gambar-gambar awek cun dan seksi, macam yang tergantung di bengkel-bengkel motor dan kereta.

Selamat Tahun Baru 2012. Kalendar dah tukar?

Misteri Jalan Lama

Sebenarnya, kalau ikut sejarahnya, sebelum ada lebuhraya, jalan jalan lama ni asalnya jalan utama. Bila lebuhraya dah ada penggantinya nanti, lebuhraya tu pun akan jadi jalan lama.

Tapi itu cerita lain.

Jalan lama yang aku nak cerita ni tak kurang misterinya. Bezanya dengan cerita misteri jalan lama yang akan ditayangkan di pawagam berhampiran korang nanti (promo), jalan lama yang aku nak cerita ni aku lalu hari hari, siang, malam, awal pagi dan juga lewat malam, tapi jalan lama dalam cerita misteri jalan lama tu, aku pun tak tau di mana.

Mula:
Untuk ke pejabat, dari rumah aku kena lalu satu pekan koboi dalam zon bersih kaler hijau sebelum masuk laluan jalan lama tu. Lepas 3 lampu isyarat, cabaran jalan lama pun bermula.

Lalu hutan sikit, lalu kampung sikit, lalu kebun getah sikit, kona kiri, kona kanan. Siang siang memang layan bila naik motor. Bila malam naik motor rasa macam naik basikal.

Jalan lama yang aku lalu ni, walaupun tak skeri sangat tapi ada jugak beberapa kawasan yang sepupu aku si mamat kata 'keras'. Nak taknak aku kena lalu jugak sebab jalan lain pun keras juga.
Dan itu juga cerita lain.

Bila lalu jalan lama ni, memang banyak dugaannya.
Orang tua tua kata, kalau nak tau tempat itu ada celen atau tak, bila lalu kawasan tu, segala bulu akan berdiri macam kita berdiri masa nyanyi lagu negaraku masa perhimpunan sekolah.

Bezanya, kena berdiri masa perhimpunan pagi tu sebab memang takde kerusi dan kalau tak berdiri, cikgu disiplin akan hukum berdiri (sampai waktu rehat) jugak, tapi berdirinya bulu badan terutamanya di tengkuk pula bukan sebab ada cikgu disiplin.

Begini ceritanya:
Awal pagi tadi, kurang lebih jam 1.15 pagi waktu tempatan, aku pun memulakan perjalanan balik dari pejabat.
Oh, sebelum terlupa, petang semalamnya, aku dah tengok cerita al-hijab di pejabat.
Punya la marah aku tengok cerita tu sampai aku rasa nak turunkan dan slemdang tv kompeni tu.

Aku marah sebab...
Takpe, lain kali aku cerita.

Berbalik kepada permulaan perjalanan balik aku pukul 1 suku pagi tu, aku cuba hidupkan enjin motor tapi selepas beberapa cubaan, masih tak boleh.

'Ah, cilake, minyak ada, apa pulak masalahnya ni, taknak balik ke motor ni?'

Masuk kali keempat aku tendang, baru aku perasan, kunci tak pusing habis. Memang sampai esoknya la motor tu takkan mahu hidup.

Dengan Bismillah, bila enjin dah cukup panas, aku pun konfiden mulakan perjalanan. Masa ni memang la konfiden.

Lepas 3km ikut jalan besar, aku kena masuk susur kiri untuk masuk ke jalan lama.

Punya la gelap jalan tu. Kesian orang kampung tu.
Dan kesian jugak kat mat motor macam aku ni.

Waktu macam ni memang boleh kira dengan jari tangan kanan berapa bijik kenderaan yang lalu jalan tu.

Kemudian aku kena lalu satu kawasan yang cuma ada belukar kiri kanan jalan.
Eleh, belukar je kan? (ini bukan aku kata).

Masa tengah menurun bukit, pap! tiba tiba lampu motor aku padam.

'Ah! Bila pulak lampu ni pakai timer? Kenapa nak padam masa lalu kat sini?'

Dengan kelajuan sederhana, mata pandang ke jalan yang gelap sambil jaga belen badan supaya tak tergolek, aku godek godek suis lampu motor.
Jalan tetap jalan, berhenti mungkin lain kali.

Godek punya godek, lampu tu menyala.
Lega.

Bila tersuluh je jalan, hidung aku pulak sudah bagi satu warning.
Bau harum sejenis 'bunga' menusuk hidung. Serius punya kuat bau tu, macam kat belakang aku jer pokok tu. Isk!

'Ah! (lagi), bila lalu siang siang, aku tak pernah pun nampak pokok bunga tu di kawasan belukar ni, bila diorang tanam?'

Masa ni bulu roma aku memang ada 'up' sikit, tapi dengan stail selo selo dan stedi terpaksa, aku teruskan perjalanan.

Jauh lagi ni...

Lempeng

Hari yang indah selalunya dimulakan dengan sarapan yang baik tapi dapatkah sarapan yang baik menjadikan hari itu indah? Amboi, berbahasa indah pulak yer. Bercakap pasal sarapan atau makan pagi di sesetengah tempat; sebenarnya, sesiapa pun boleh makan lempeng! Dan pastinya sesiapa pun boleh memasak lempeng kerana Chef Gusto, dalam cerita ratatouille, pernah mengatakan 'sesiapa pun boleh memasak'. Nampak jugak tipunya cerita tu bila tiba tiba tikus lagi hebat memasak daripada manusia walaupun tikus tu tak pandai masak lempeng.

Lempeng cukup mudah untuk disediakan. Tak perlu kabinet dapur dan aksesori dapur yang hebat dan gah serta berjenama macam yang chef Jamie Oliver mahupun Chef Wan pakai. Oleh sebab mudahnya cara menyediakan lempeng yang solid, maka Chef Wan pun tak pernah ingin nak menunjukkan resipi lempeng walaupun dia dah bersiaran di tv semenjak rambut hitam sampai dah bertukar jadi putih. Resipi dan cara masak lempeng ni sebenarnya jauh lebih mudah berbanding cara nak ambik lesen tv di pejabat pos tahun 80an dulu.

Lempeng adalah kombinasi adunan tepung, air masak dan garam. Ya, itu saja!. Tak perlu brokoli. Tak perlu serbuk penaik. Tak perlu cokelet cip. Tak perlu kuali leper pun untuk memasaknya! Memang bullshit kalau ada sapa sapa kata tak reti nak masak lempeng sebab takde kuali leper. Gambaran mudahnya memasak lempeng ni, guna periuk nasi pun boleh masak lempeng!

Namun, sejak Sheila Rusly dah menambahkan mayonis dalam telur dadar untuk mendapatkan telur dadar yang gebu, maka mungkin akan ada makhluk tukang masak yang bertanya, 'Tambah mayonis dalam adunan lempeng boleh tak?'
Memang tak ada masalah cuma rasa originalnya akan lari. Dah tak ngam. Macam tampal lambang Mitsubishi pada proton Inspira. Jadi, setialah kepada resipi lempeng yang asli.

Terus cerita pasal nisbah tepung, air dan garam dalam adunan lempeng. Tak perlu nak jadi skema sangat. Nisbah nisbah ni cerita pembakaran dalam enjin kereta. Buat lempeng ni lebih kepada jati diri individu. Kalau korang konfiden dengan tiga cawan tepung gandum, silakan. Lepas tu belenkan la dengan air masak sampai tepung tu jadi cair. Nak uji kecairan ni bukannya perlu macam nak chi susu getah. Nak uji kecairan adunan lempeng ni lebih kepada 'trial and error'. Bak kata tips yang mak aku bagi kat aku dulu, "Kacau kacau kacau dengan sudu, angkat sudu tu. Kalau elok melelehnya tepung tu, kira jadi la tu."

Lempeng ni lambang ekspresi diri. Takde sempadan peraturan yang menghalang. Ikut suka. Cuma garam tu jangan lebih lebih sangat. Darah tinggi tu satu hal. Kalau dah jadi macam sup ayam yang si Sudin tumpahkan garam dalam cerita Bujang Lapok tu, sapa nak makan lempeng tu? Bagi ke rakun di zoo pun belum tentu dimakannya.

Eh lupa, tepung di sini merujuk kepada tepung gandum. Tepung ubi dan tepung sagu pun mungkin boleh cuba. Cuma kalau boleh, jangan sesekali guna tepung pelita. (maaf, tak kelakar)

Setakat yang aku perhati di kawasan urban yang aku tinggal ni, takde usahawan berani nak buka bisnes kedai makan untuk jual lempeng sahaja. Kedai jual nasi lemak sahaja dah banyak. Kedai jual kek sahaja pun banyak. Jangankan kedai, warung, stall, kat pasar malam pun takde yang berani jual lempeng ni. Takkan sebab terlampau mudah takde sapa ada idea nak komersilkan lempeng ni? Goreng ayam pun mudah je tapi masih berlambak lambak restoren jual ayam goreng kat dunia ni. Ramai orang pulak yang makan kat kedai ayam goreng tu! Kan?
Kenapa aku tak bukak kedai lempeng? Beb, aku ni kerja buat review je. Setidak tidaknya, aku buat keje aku dengan review pasal lempeng ni. Ada paham?

Lagi pasal lempeng. Ia boleh masuk pelbagai konsep. Kalau iklan kata Roti Gardenia tu enak dimakan begitu saja. Lempeng pun enak dimakan begitu saja. Lawan lempeng yang paling simple ialah gula pasir. Tak payah banyak banyak, sikit pun cukup. Janji terasa kemistri antara gula, tepung, garam dan minyak tu. Alah, minyak tu sikit je pun. Jangan la paranoid sangat.

Selain lempeng cicah gula, lempeng juga boleh dipadankan dengan kari. Tak kisah la kari ayam ke, kari lembu ke, kari kambing ke, kari semalam ke, kari mamak ke. Asal kari. Kalau ada stok rendang pun cara jugak. Jadi bila lempeng tu ditenyeh ke kari atau rendang dan dikunyah perlahan lahan, pasti terasa cetusan rasa yang boleh membawa ramai orang ke zaman kanak kanak (macam scene cerita ratatouille lagi). Maka sedar tak sedar, mungkin kita dah makan empat keping lempeng. Pasti kenyang membawa ke lewat tengahari yang mana kita tak perlu melalui saat mengantuk di pejabat kerana kekenyangan ketika makan tengahari. Jimat pun jimat.

Jadi, seeloknya, sebelum kedai kedai mamak menambahkan lempeng dalam menu mereka dan mengenakan harga RM1.80 untuk sekeping lempeng bersaiz kecil yang pastinya mengundang sumpah seranah kita di kemudian hari, maka eloklah resipi lempeng terbaik ini diabadikan dalam memori kita supaya kita tak perlu terliur dengan lempeng mamak itu nanti kerana kita juga tahu membuat lempeng yang enak dan lazat.

Semoga lempeng terus kekal dalam perbendaharaan budaya makanan kita. Amin.

Bila...

Bila datang bulan Ramadhan, berpuasa itu wajib.
Bila dah hukumnya wajib, wajib la buat.

Dulu masa sekolah, kutu kutu ingat puasa ni budaya setahun sekali.
Puasa pun sebab dibagitau yang bulan puasa kena puasa.
Puasa sebab pagi pagi mak tak buat sarapan.
Balik tengahari pun takde makan tengahari selain makanan untuk budak budak kecik sahaja.

Jadi puasa masa tu memang tahap ke laut la.
Tahan lapar je.
Sumpah seranah kawan kawan masih on.

Maka ramailah kutu kutu yang gagal penuh puasa sepanjang Ramadhan.
Tak tahan lapar katanya.

Aku pun tak ingat bila aku mula berpuasa.
Yang aku boleh ingat, zaman awal awal berpuasa, aktiviti seharian adalah...
Tidur sampai dekat nak waktu berbuka.

Memang takde kualiti punya puasa.
Tapi takpe, orang tua tua kata itu zaman belajar berpuasa. (alasan)

***

Bila sampai pulak satu masa nanti,
aku pulak kena latih anak anak aku berpuasa.
Nak latih tu satu hal, nak pastikan mereka maintain berpuasa tu satu hal lagi.

Buat masa ni, aku memang 'selalunya' kalah dengan rayuan anak ni.
Sayang, atau mungkin terlebih sayang.

Semoga sayang aku tak merosakkan mereka.

Jadi bila sampai masanya nanti,
aku buat aje la macam yang mak dengan abah ajar kami dulu...

Setakat kecik kecik puasa boleh kira diskaun lagi.
Tapi bila dah besar, kalau termalas sampai tak puasa, bila sampai waktu berbuka, sila main jauh jauh.
Jangan menyibuk!

***

Bila sampai masanya nanti,
harap aku berjaya didik anak aku berdisiplin masa berpuasa.

Dan tak jadi macam aku masa sekolah 'agak menengah' di asrama,
pasal air botol dengan meggi kari pun boleh gagal maintain puasa walaupun masa tu dah pukul 1 petang.
Sengal!

Anak anak tolong ingat yer, jangan sesekali tiru aksi itu.
Tuhan nampak.

Majlis Makan Malam Tahunan

Pertama kali dalam hidup aku sebagai pekerja, aku datang ke majlis makan malam tahunan syarikat. Ini majikan aku yang kelima.

Sebelum ni aku tak berapa nak ikut sangat majlis majlis macam tu sebab ada beberapa hal yang aku tak berapa berkenan, contohnya kurangnya kepekaan majikan dengan propaganda 'pekerja wanita sila berpakaian dengan kain yang paling singkat-hadiah untuk siapa paling seksi ditawarkan' dan 'siapa mabuk arak paling hardcore pasti dipandang hebat oleh bos yang juga kaki mabuk'.

Itulah jugak pertama kalinya aku menghadiri parti maskeret (kostum serta topeng) yang memerlukan aku menyewa pakaian beragam.

Mula mula aku nak la jugak merasa pakai baju Jack Sparrow the lanun, tapi berebut rebut pulak yang nak pakai stail tu. Fikir sikit sikit lepas tu, aku rasa nak cari baju The Mask (Jim Carrey), tapi macam tak menarik.

Sampai kat kedai sewa kostum tu, belek belek gambar, aku pilih baju stail kurun ke- 18.

Masa tengah cuba cuba tu la pembantu kedai tu bagitau kostum yang aku pilih tu cara Napoleon Bonaparte.
Belasah jer la. Janji ada.

---
Di majlis tu ada hadiah kostum paling best, cabutan bertuah dan persembahan terbaik.

Aku yakin menang dan daftar masuk ketiga tiga kategori.

Hujungnya, aku dapat la satu hadiah, daripada cabutan bertuah.
Itupun sebab semua orang dah digerenti dapat hadiah, yang membezakan cuma hadiahnya.

Antara hadiah paling best;iPad2, TV LCD 32 inci, blekberi.
Antara hadiah yang kawan kawan opis aku cakap tak berapa best;hamper, vaucer.

Aku dapat la sebiji beg laptop (walaupun aku takde laptop sendiri pun) yang diisi dengan sebijik speaker mini dan sebiji lagi beg kecik yang ada bekas air panas & sejuk. Speaker mini tu lah pengubat hati aku. Kah kah kah.

Masa aku jadi wakil untuk cabut hadiah bagi pihak kawan aku, aku sudah memenangkan dia sebijik kamera digital. Best kan?
Takde tuah?
Aku rasa tuah tu ingat aku ni jebat, tu yang taknak kat aku tu.
Kah kah kah.

Kategori kostum paling best dapat kat mamat yang pakai baju askar trojan yang ada balung merah tu. Masa buat penilaian, brader yang jadi panel penilai tu bagi harapan palsu kata aku boleh menang. Member aku bagitau, kat dia pun brader tu cakap ayat yang sama. Ayat manis.

Persembahan aku?

Barai.
Tak aku nafikan...memang barai...
kah kah kah.

Terlepas RM4000 hadiah utama.

---

Ada umur, tahun depan aku boleh cuba lagi. Tak kisah la apa hadiah utamanya pun.

Aku rasa aku mesti 'repeat' dan bagi yang super lagi best tahap kayangan punya.

---

*Nanti nati la aku tunjuk gambar gambar.
Keje banyak ni.
Kena hantar claim cepat sebab dah tak menang RM4000 tu. Kah kah kah.

Bau bini orang

Ada satu pagi, di pejabat, aku sibuk ke sana ke mari dengan kertas kerja.
Banyak sangat tugasan yang mesti aku siapkan.

Dalam kelam kabut itu, beberapa kali aku berselisih dengan bini-bini orang kat pejabat tu. Segala jenis cap minyak wangi tertusuk dek hidung.

Sebolehnya aku mengelak mencium bau bauan mereka itu.

Dalam hati aku menyumpah 'Celake!'.

Dalam kesibukan aku, telinga aku menangkap beberapa baris perbualan antara seorang mamat junior yang baru masuk kerja sebulan dengan salah seorang bini orang tu.
Perbualan yang memang menggelegakkan hati.

mamat:"You pakai perfume apa?"

bini orang:"Alah, jenama biasa biasa jer.Kenapa?"

mamat:"Oh, takde. I suka bau tu. Manis."

bini orang:"Hihihi. Yer ker? Mengadalah you ni. Hihihi"

(part gelak menggatal tu memang buat aku loya.)

bini orang:"Tapi husband i tak suka i pakai bau ni."

(dalam hati aku:"bangang pompuan ni, memang bangang.)

mamat:"eh, kenapa pulak? sedap apa bau ni!"

bini orang:"tu lah, i pun kata macam tu, tapi dia bukannya suka.ntah apa apa."

mamat:"heheh.takpe, lepas ni, bila u beli perfume lain, u tanya i. biar i jadi juri.hahaha."

bini orang:*malu malu*

Dalam hati aku menyumpah lagi, "celaka malaon 2 ekor ni. tak ingat dosa pahala ke?"

Dalam filem bayangan kat otak aku, aku terajang hidung mamat tu sampai deria bau dia rosak dan aku terajang mulut dia sampai dia tergigit lidah sampai putus. Bini orang tu pulak aku suruh berhenti kerja notis 24 jam.

Aku bukan menentang penggunaan minyak wangi tapi apa kejadah pompuan pompuan muslim ni nak pakai minyak wangi tumpah sebotol kat badan kalau kerja cuma duduk dalam bilik ada air cond? Bangsat apa? Pakai kat rumah untuk suami dah la.

Macam cerita aku kat atas, satu ayat pancing daripada mamat tu dah cukup untuk bini orang tu bukak hal dalaman dia dengan suami dia. Bangsat kan?
Kesian kat suami dia, bagi kepercayaan kat bini untuk pergi kerja, sampai pejabat, kalah dengan ayat jek mamat celake tu.

Kesudahannya, aku rasa nak bakar mesin fotostat opis tu.

Kurus

Setiap kali rakan rakan lama atau sesedara (yang lama tak berjumpa) bersua muka dengan aku, ada satu soalan wajib yang aku akan ditanyakan (dalam loghat Negeri Sembilan):

"Apo dek kughuih bona kau ni?"
(Kenapa kurus sangat ni?)

Itu hakikatnya. Aku memang kurus.

Kawan kawan yang bermulut lancang pula akan menyuarakan soalan seperti berikut:

"Kau ni ngisap dadah ke?"-celake.

Kebiasaannya, aku cuma senyum. Biarkanlah, mereka tidak mengetahui.

...

Baru baru ini, istilah obesiti jadi kegilaan negara.
Ramai yang membincangkan pasal obesiti ni.
Obesiti sana, obesiti sini.
Obesiti sebab ni, obesiti sebab tu.
Bla bla bla..obesiti..bla bla bla..jajan jajan..
Bla bla bla..nasi lemak kantin
Bla bla bla..kfc mcdonald takde pulak disebut.

dan bagi menjawab soalan mereka yang bertanya aku dulu pasal kekurusan aku ni..


"Bila last korang semak tahap obesiti korang?"

Senyum.

Sekian.

Kantoi

Satu malam masa kat asrama di Gentam, aku terasa nak cari geng nak hisap rokok dalam bilik asrama. Hisap dalam bilik ni feel dia laian berbanding hisap di tandas. Perasaan lebih maharaja. Lebih pailang. Lebih taiko dan lebih rasa 'brader'.

Dari kejauhan, dalam kegelapan malam tu, aku ternampak satu mamat di blok seberang. Aku yakin mamat tu memang geng hisap rokok. Keyakinan masa tu macam tahap yakin menang hadiah RM500,000 dalam Who Wants to Be a Millionnaire (masa tu Jangan Lupa Lirik belum ada).

Aku gamit mamat tu 3 kali dan aku siap siap pasang rokok dulu sementara tunggu mamat tu sampai.

...

...

...

...

Bila mamat tu sampai kat bilik aku, separuh mati aku padamkan rokok yang dah separuh tu.

...

...

...

Rupanya mamat tu seorang senior yang dihormati, seorang yang tiada dalam senarai perokok di sekolah, dan dia juga seorang...pengawas.

Celake.

ITU AJE SURIA FM-Ini lagu tekaan aku

Okeh, ini entri penutup aku untuk ITU AJE SURIA FM ni.
(eh, ini juga dedikasi untuk adik perempuan aku yang baru melangsungkan perkahwinan: "hah! kakchik, silalah sms ke suria fm tu.hehehe)

Lepas ni aku nak fokus cerita lain.
Lama sangat dah rasanya ni.
Tak, bukan sebab SURIA FM dah sound aku.hahaha.

Lagu ni, aku tak kata aku pasti betul.
Cuma ini lagu yang aku nak teka andai ada peluang.
Sebab ada 2-3 email yang bertanya. (tak ramai pun)
Jadi aku taknak menghampakan sesapa walaupun aku takde keutamaan nak berkongsi.

Dan aku jamin tak ramai orang berani nak kongsi lagu apa yang ada dalam memori masing masing sebelum dapat peluang meneka.
Aku tak kisah pun andainya, dengan secara ajaibnya lagu ini adalah lagu yang betul untuk peraduan itu aje suria fm ni.(berangan jugak aku ni)

Bila aku masuk facebook page suria fm, tiba tiba pulak diorang kata page yang dah ada 150,000 lebih peminat tu dah tak aktif dan logo pun dah guna latar warna oren (berbanding hitam sebelum ni).

Aku pun tak pasti apa yang terjadi.
Aku pun konfius sikit (tak penting) pasal ni.
Mungkin suria fm tukar konsep penjenamaan.

Tapi kalaupun tukar konsep, umumkan aje la kat page yang sedia ada tu, apa masalah?
Kenapa mesti nak bukak page baru?
Atau page suria fm yang lama tu dah kena 'hack'? (siapa tahu)
Sebab perubahan yang nampak cuma dari segi logo.
Dan gambar tu anytime boleh tukar.
Suria FM nak jawab? Silakan.
Tapi kalau suria fm taknak jawab pun takpe.
Cuma kesian kat penge-like yang ratus-ratus ribu profile kat page suria fm yang lama tu.
Macam aku.
Leceh tau!



Eh, melalut dah ni. Cerita asal pasal lagu yang aku teka untuk itu aje suria fm.

Jap jap..
Sekarang dah ada pembayang harian untuk itu aje ni.
Setakat yang dapat dikumpulkan:
1-Lelaki
2-90

Memang dah cukup khusus dah tu.
Rasanya ramai yang dah ada jawapan betul itu aje ni.
Cuma belum dapat peluang menembusi talian dan menjadi pengirim sms ke 5 dan 10 (ke?)

Bukan senang beb!
Kena modal dulu.
Modal nak terus berjaga lepas solat subuh (kepada mereka yg masuk kerja lewat atau kerja shift)
Modal nak telefon.
Modal nak sms.
Modal nak tekan 'send' banyak kali kat henfon.

Tu suma modal.
Dah macam berniaga pulak jadinya kepada yang nak meneka tu.

Ok, aku tau, meleret lagi entri ni.
Ala, dah ini entri akhir aku untuk suria fm ni, biarkan jer. Baca jer la sampai habis.Nanti kata rindu pulak.hahaha.

Jap jap..
Bia aku tengok klu tu sama tak dengan lagu yang aku nak teka ni.
Klu satu:
LELAKI->betul
Klu dua:
90->sama
Klu tiga:
nama album sama dengan nama penyanyi->sama (kot?.hahaha)

Jadi, pasti betul la?
Jangan JOSH sangat pun.
Rilek rilek.

Aku hold lama entri ni sebab aku nak tengok berapa ramai berani nak kongsi sebelum meneka.
Hasil kajiannya?
TIADA yang akan berkongsi sebelum mereka sendiri dapat peluang membuktikan yang lagu mereka itu salah.
Jadi, aku nak kata aku hebat?
Tidak tidak. Bukan ke situ nawaitunya.(mintak dijauhkan)

Aku kongsi ni untuk bagi idea kepada mereka yang dah kebuntuan.
Dan aku tak berapa gigih nak mencuba dah.(sebab aku tak mampu nak modalkan kredit.hahaha)

Jadi (jadi lagi, berapa banyak jadi la), inilah dia lagu yang membenak benak kat memori aku dan terngiang ngiang kat telinga aku.
Jangan pasti sangat tau.
INI LAGU YANG AKU NAK TEKA ANDAI DAPAT PELUANG & LAGU INI TAK SEMESTINYA BETUL.
Dan maaf kalau lagu ini dah pernah diteka tapi salah.
Aku tak perasan.

Klu satu:
LELAKI
====================>RAHIM MAAROF

Klu dua:
90
====================>ALBUM RAHIM MAAROF:SENSITIF '90 (1990)



(gambar rembat)

lagunya:

USANG (dan semboyan pun berbunyi.hahaha)




p/s:
aku dapat idea ini lagunya sebelum aku mula tulis entri pertama pasal itu aje ni lagi.
korang bebas nak kata aku nak claim bagus ke hapa.
aku cuma berkongsi.
niat aku menolong kerana ALLAH.
korang nak percaya, aku ok.
korang taknak percaya, pun aku ok.
kepada sapa2 yang teka lagu dan masih salah juga, anggap jer itu bukan rezeki untuk korang.
selamat meneka.

Cara cara menenangkan jiwa-Bahagian 2

Hidup ni ada kalanya macam dalam periuk tekanan.
Dan kita adalah beras berasnya.

Semua beras terendam dalam air.
Tiada yang terkecuali.
Lemas tak lemas itu cerita lain.

Ada yang cukup sukatan airnya.
Ada yang terlebih airnya,
Ada juga yang kurang airnya.

Habis tu, dah sukat air pakai ruas jari, mana nak tau molek tak molek sukatannya?
Hanya penukul mengenal pahat.

Sudah la terendam, api pulak hangat membakar dari bawah.
Terlompat lompat beras dalam periuk, siapa yang tahu?
Periuk bertutup rapat pulak.
Mana nak lari?
Jawa kata "no way out, man!"
Tahan, tahan dan tahan.

Beras beras yang di atas, kuranglah sikit hangatnya.
Yang di bawah? Tak ke bakal menjadi kerak?

Yang cukup airnya, cantik apinya, sampai masa jadilah nasi panas yang menyelerakan.

Yang terlebih airnya, walaupun cantik apinya, maka jadilah bubur nasi, yang masih juga sedap dinikmati dengan ikan bilis goreng dan telur asin.

Yang terkurang airnya waima dengan api yang solid sekalipun,
maka jelantahlah nasinya.
Terlebih dimakan maka meradanglah sistem pencernaan menendang keluar.

Itulah kita.
Umpama beras dalam periuk tekanan.

Untung untung jadi nasi yang best.
Tak berapa untung, jadi bubur.
Langsung tak untung, jadi nasi tak cukup masak.

Apa yang menekan kita kita ni?

Ada yang tertekan pasal bola.
Terlebih tertekan pulak bila pasukan kesayangan kena hanjing tak hengat punya.

Ada yang pasal politik pejabat.
Bila ada pulak makhluk yang berpendirian "i not in the team, others can go to hell".
Memang macam celaka.

Ada yang pasal rumahtangga.
Korang yang belum lalui akan tahulah nanti. Rilek, mudah saja mengatasi tekanan bahagian ini. Secara otomatik korang tau nanti. kah! kah! kah!

Jadi, apa cara cara menenangkan jiwa bila berdepan tekanan?

Lain padang lain belalangnya.
Lain orang lain caranya.

Ada yang terjerit jerit macam orang gila.
Ada yang menyumpah seranah orang lain macam dia sorang tau sebut 'fak!'.
Ada yang menghayun penumbuk ke pintu LRT.
Ada yang terus pergi beli loteri.
Ada yang layan minum air kencing sampai mabuk.
Ada yang bawak motor atau kereta laju laju sampai panjat tiang atau terjun gaung.

Itu cara nak melepaskan tekanan katanya.
Sungguh kepala hotak!

Ada lagi baik pegi semayang.
Mintak tenang tenang dengan Tuhan.

Dah semayang, baru boleh santai santai membaca.
Komik Raja Rimba ke, Motor Trader ke, Anjung seri ke.

Nak baca majalah Rokes pun cara jugak!

Bila hati dah tenang tenang, sambil baca baca, manalah tau datang ilham, dapatlah teka lagu yang betul untuk itu aje suria fm tu.
Tapi jangan lupa cari dulu klip lagu itu aje online.

Kasih.

Dah nak 34 tahun.
Bukan umur aku. Tapi susut nilai jangka hayat.

Andai peruntukan 70, 34 tu dah menghampiri separuh.
Itu kalau 70, kalau peruntukan sebenar lagi kurang?
Mungkin 34 tu dah sampai tahap 40peratus? atau 50peratus? atau 75peratus?

Lagi bagus aku tak tahu berapa peruntukan sebenar.
Yang aku patut tau, susut nilai tu proses automatik.
Suka ke tak, hari hari nilai tu susut.

Angka tu bertambah, tapi nilainya menyusut.

Dan ini bukan persoalan atau penceritaan ehwal Ekonomi.

...

Aku selalu terlupa yang aku lahir era 70an.
Pastinya bukan era Hitler.

Aku selalu terlupa yang aku berkehidupan kanak kanak era 80an.
Zaman ultraman hayata.

Aku juga terkadang lupa aku di era budak sekolah dan ambik SPM di era 90an.
Zaman Kurt Kobain.

Cuma aku selalu teringat yang aku melangkah ke alam persuamian di era milleneum.
Zaman apa aku tak ingat. Tak penting.

...

Amanah jadi suami ni bukan ringan. Bukan main main.
Tapi ketidakringanan amanah tu diseimbangkan oleh keindahan berumahtangga.

Alhamdulillah.
Ada isteri solehah. Patuh perintah dan indah budi bahasa.
Sejuk mata suami memandang.

Syukur kepada Allah.
Ada anak anak yang kecil kecilnya comel.
Makin membesar makin bijak.

Sampai tak terasa beratnya amanah tu.

Salah satu kuncinya?

Kasih.

Siapa kata perkahwinan itu menyusahkan?

Tidak.

Perkahwinan itu indah kerana kasih.
Dan makna kasih itu luas.

Angah, lastik, estet.

Petang itu ceria.
Burung burung yang baru nak naik sedang sibuk berlatih shuffle di sarang. Kelas asas belajar terbang tolak tepi dulu. Kejap lagi mama burung balik, gerenti ada makanan. Rajin tak rajin nak nganga mulut je.

Angah macam biasa, lepas bergayut di pokok jambu, stok jambu dah ada sebakul kecik. Boleh dicicah dengan serbuk asam boi yang abah beli bulan lepas. POrt kat atas tembok depan umah estet tu memang best untuk makan sorang sorang.

Dah duduk elok elok kasi selesa atas tembok, lastik letak kat depan bakul jambu. Nak buat standby tembak lembu ganas yang nak meragut bunga bunga kesayangan mak.

Dari jauh, nampak seorang ane (lelaki berbangsa India) tercangak cangak mencari arah. Jalan di Ulu Sawah division ni memang mengelirukan dan agak menggerunkan. Kalau tak betul gayanya memang boleh sesat.

Perlahan lahan ane tu memberhentikan motor depan rumah, berdepan dengan si angah yang syok melayan jambu bersalut serbuk asam di atas tembok sambil bertemankan lastik.

'adek, mau tanya, itu estet mana?'

Angah mengerutkan dahi, berfikir.

'tuu', dengan konfiden angah menjuih bibir menunjuk hala ke lastik.

Ane tu berpaling ke kawasan ladang di belakangnya, 'oh, sana estet la?ok, ok adek, trima kasey'

Si ane memusing motor menuju arah yang angah tunjuk guna bibir tu.

....

Dari jauh, nampak ane tu huru hara membawak motor tapi gaya konfiden hala ke jalan mati.

Suria Itu Aje memang bagi stress.

Hah! aku tanya lagi, dah ada yang menang?

Pasti belum sebab baru tadi aku cekidaut kat web suria fm, iklan itu aje tu masih terpapar.
Lama sungguh peraduan ni yer!
Memang bagi stres kepada semua 'die-hard fans' suria fm di luar sana.

Aku macam biasa, ada masa aku apdet senarai yang ada.
Biasanya takde masa.

Facebook page untuk lagu disalah teka itu aje yang aku mintak kawan aku buat tu pun macam takde sokongan jer. Memang la ada yang klik 'suka' tapi takde pulak yang nak nolong komen kat dinding page tu lagu lagu yang salah saban hari tu.
Segan kot?
Atau mereka pun turut sibuk berkarier macam aku.

Untuk entri ni, aku takde nak cerita banyak sangat pasal itu aje suria fm ni sebab rasanya, segala aspek berkenaan peraduan ni aku dah usik. Sama sama lah kita berusaha mencuba.
Itu untuk yang rajin.
Kepada yang tak rajin, sama sama lah jugak kita tunggu siapa pemenangnya.
Tapi...
ada satu sudut aku belum sentuh pasal peraduan itu aje ni.
Aku belum kongsi lagi lagu tekaan aku, kan?
Rilek...rilek..
Orang Jawa kata, Simpan yang terbaik untuk yang terakhir.

Dalam melayan stres mencari lagu betul itu aje suria fm ni, aku nak tunjuk korang satu barang.
Hahaha..macam perangkap je pulak.

Barang ni nama dia majalah. Kepada yang tak kenal majalah, ala yang macam majalah mangga tu.
Tapi ini jauh lebih grand daripada majalah mangga. Lapan puluh tiang jauh dia.
Majalah mangga online pun akan menyorok di sebalik iklan bila nampak majalah yang aku nak bagitau ni.

Majalah ni majalah indie, bahasa mudahnya, majalah bebas.
Takde unsur terlampau, takde unsur politik, takde unsur bidaah.
Majalah ni hasil mereka yang suka dan hebat dalam penulisan. Menulis bukan untuk cerita cerita berat tapi cerita cerita best yang konfem, boleh sedikit sebanyak, menenangkan dan mengurangkan stres.

Jadi, tak perlu bersusah payah mencari cara menenagkan jiwa, dan jauhi pula daripada cara cara release tension yang salah. Jangan hisap dadah. Jangan minum arak. Jangan main judi. lebih baik korang cekidaut majalah ni.

Jeng jeng jeng...inilah dia...yang ditunggu tunggu..yang dinanti nantikan kemunculannya..

Rokes (baca:rockers)

Cantik gambar dia.
Yer, aku tau .

Maka, inilah cara release tension terbaik, iaitu dengan membaca.
Daripada baca nasib kat ruang horoskop yang menyesatkan tu, lebih baik baca Rokes ni.

Sila jumpa abdul rokes untuk tempahan.
Mana la tau, sambil rilek rilek, santai santai baca Rokes ni, dapat pulak idea lagu betul itu aje suria fm tu, kan?

Cepat!, jangan sampai abdul rokes kata 'sori, no mo' nanti.

Majalah sensasi yang tiada gambar Lisa Surihani.

Hah! Aku promosi majalah Rokes ni bukan sekadar suka suka, tapi sebab semangat. Aku tengok, ramai sangat adik adik baru lepas spm yang berkepit dengan majalah mangga. Yang dah 18 tahun habis spm pun ada jugak yang membacanya. Kononnya majalah sensasi. Ada cerita terbaru artis katanya. Malu la bila tak boleh follow kawan kawan bercerita pasal gossip terbaru Lisa Surihani. Tak dapat jumpa pun, kurang kurangnya ada koleksi gambar sensasi Lisa Surihani pun cukup la.

Untuk adik adik sekalian, kurang kurangkan la menengok gambar gambar artis dalam majalah Mangga tu. Untuk yang tercari cari majalah yang lain daripada yang lain, cuba cuba cari majalah Rokes ni.




Cuba tengok, ada nama Lisa Surihani?
Takde.

Lisa Surihani baca ke majalah ni?
Mungkin, sapa tau.

Takde ikon rock Malaysia pun kat kaver tu?
Tunggu dan lihat. Amy Sej pun silap silap 'suka' majalah ni nanti.

Mana nak beli majalah Rokes ni?
Tempah kat abdul rokes di sini.

Eh, majalah ni belum keluar dah ada review?
Ini bukan review, ini beritahu. Jangan banyak cerita, beli, baca dan buat review sendiri. Ramai yang belum baca majalah ni pun dah rasa best bila tengok setting kaver tu. Feel, yang penting feel! (soalan ni memaksa aku banyak berperkataan Inggeris!)

Apa istimewanya majalah Rokes ni?
Majalah ni tak berorientasikan idealogi kapitalis. Kalau kapitalis, tu namanya majalah mangga. Majalah Rokes ni dibuat tanpa unsur rasuah, tanpa unsur kronisme, tanpa unsur hasad dengki. Majalah ini bebas. Bebas itu best!

Ada money-back-guarantee ke kalau beli majalah Rokes ni?
Bila korang dah beli dan baca majalah ni, korang akan lupa maksud money-back-guarantee sebab majalah ini best!

Ok, cukup dulu soalan soalan lazim untuk majalah ni. Andai ada lagi, boleh terus berhubung dengan abdul rokes untuk maklumat lanjut cara dapatkan majalah Rokes ni. Sila berbudi bahasa bila bertanya dengan abdul rokes sebab dia mengutamakan budi bahasa.

Kesimpulan, ini majalah sensasi yang memang pasti tiada gambar Lisa Surihani melainkan Lisa sendiri yang hantar gambar dia kat abdul rokes.
Mungkin tak lama lagi, siapa tau!

Jalan berturap yang berghairah lama

Ni entri pendek sebab aku agak sibuk menjenamakan semula page page fesbuk yang ada. Selain dari itu, aku tengah tipis kesabaran menunggu kelahiran majalah saluran orang kebanyakan yang bakal mengetopi carta majalah berbahasa Melayu terunggul, Rokes. Jangan main main, tanpa kronisme, tanpa rasuah, tanpa pengaruh Ketua Pengarah, majalah itu mampu juga menggegarkan arena majalah di Malaysia ni. Setakat majalah Mangga tu, bila bila masa je boleh kena tapau. Korang baik tempah cepat, jangan sampai malu sendiri sebab takde majalah Rokes tu nanti.

Entri ni sebenarnya aku cuma nak marah kepada pakar pakar pembinaan jalan di Malaysia.

Untuk makluman pihak tuan, jalan yang baru berturap itu amatlah aku hargai. Walaupun tiada pilihanraya yang bakal berlaku di kawasan ini, usaha pihak Tuan menurap dan meratakan komposisi jalan di sini amatlah aku hargai.

Namun, tanpa garisan putih suci di kiri kanan jalan serta di tengahnya, amatlah membahayakan para penunggang motor yang gemar pulang lewat malam dari mencari rezeki seperti aku.

Aku sedia maklum yang garisan garisan itu tidak dilukis sejurus siapnya proses penurapan bagi memberikan ruang untuk tar yang berkategori basah untuk kering. Fokus utamanya adalah ia sedang 'basah'. Aku faham itu.

Tapi kalau sampai enam bulan nak tunggu tar basah tu kering, takkan lama sangat 'ghairah'nya tar tu sampai tak kering kering daripada kebasahan?

Sapa nak jawab sekarang?

Provokasi Rokes

Aku memang suka mem-follow ayat ayat provokasi di pelbagai tempat.
Kalau ada di facebook, aku baca (walaupun aku takde profil facebook, aku masih boleh baca komen di dinding dinding mereka).
Kalau ada di blog blog, maka aku akan berlama lamaan di laman itu membaca satu persatu.

Terkebelakang ini, salah satu ayat provokasi yang buat aku rasa nak muntah darah membacanya berbunyi begini,

"Ui, banyaknya duit aku dalam akaun ni. Dah macam gaji doktor. Betul ke gaji aku macam doktor ni?"

Itu status update budak budak yang taknak sunat tapi kini bekerja sebagai macai di sebuah syarikat penerbangan merah.

Dan ini jawapan aku dari blog ini untuk makhluk ganjil tu.

"Oi bahalul, kalau pun gaji kau tu banyak, bukannya kau dapat tiap tiap bulan. Doktor doktor tu dah tentu dapat banyak macam tu tiap tiap bulan. Yang kau baru dapat sekali setahun nak komen kat dinding orang lain tu apahal? Nama kau tu tetap takde DR kat depan. Orang lain pandang kau tu tetap seorang macai, jadi tak payah la nak jadi sombong bodoh!"

Aku tak kisah kau nak dapat banyak mana, tapi tak payah nak berlagak.
Kalau tetiba kereta kau eksiden & kena habiskan duit tu buat repair amacam, cukup?
Kalau kau kena samun kat memana sampai habis semua duit tu amacam, cukup?

Jadi, cukup cakap syukur kepada Tuhan. Sudah!

Itu awalan cerita aku pasal provokasi ni.

Untuk cerita lain, kepada mat mat rock, sekarang aku nak provokasi sama korang.

Di satu sudut dunia, dengarnya dah ada satu majalah best.
Majalah ni dihasilkan oleh para rokes maka nama majalah ni Rokes.

Bukan main main punya majalah.

Majalah ni pasti meletup sebab:

-diorang buat majalah ni tak mintak bantuan / subsidi kerajaan.
-diorang tak rasuah mana mana pihak nak bagi majalah ni naik.
-bila korang baca ini majalah, dia ada feel 'hidup', tak macam bila korang baca majalah sekolah yang penuh cerita koperasi. Boleh mati jiwa dibuatnya.
-sikit hari lagi, bila majalah ni dah cukup top, Amy Sej, Awie Wink pun mesti beli ini majalah (aku tak tau camne, tapi mesti.)
-majalah ni tak payah tunggu ketua ketua pengarah atau menteri menteri bagi kata kata aluan tapi masih boleh laku giler.
-penulis penulis dan para editor majalah ni suma berkepakaran dalam bidang yang diorang tulis. (setakat review sejarah perkembangan rock Malaya tu celah gigi jer. Itu belum kira review rock kat arena antarabangsa.Jarvis Branson Cocker pun respek).

Dan kenapa pulak korang kena mesti beli majalah ni:

-budak budak rok tak main la pinjam pinjam baca ni,kena ada hakmilik sendiri, baru nampak true.Nanti senang nak ulur otograf untuk para otai Rokes tu sain.
-majalah ni memang mampu milik, tak kisahlah korang adalah rokes yang jadi posmen, pegawai bank, penggiat seni, CEO, artis, mahupun pelajar. Rok tetap rock!
-majalah ni ada 'nilai dalaman', macam perabot antik. Kalau korang tak minat perabot antik, aku tak peduli, yang penting majalah ni lagi bernilai daripada perabot antik.

Korang takkan dapat beli kat kedai sebab hanya abdul rokes (beserta rakan rakan) yang jual majalah ni, dan hanya abdul rokes (beserta rakan rakan) yang boleh jawab soalan korang.
Sila email dia kat: rokesmail@gmail.com.

Jadi, kalau korang rasa korang rockers yang true, rockers yang hebat, rockers yang sejati, maka rock korang hanya cukup sifat dengan majalah Rokes ni. Kalau tak, rok korang cacat dan tempang.

Kalau tak cukup provokasi rokes ni, nanti lain entri aku tambah.

Berniaga

Zaman ini zaman semua orang nak berniaga.
Segala bentuk benda, servis, maklumat nak diniagakan.
Yang jujur berniaga itu , ramai. Yang kurang jujur pula, lagi ramai.

Jual satu benda yang sama, harga lain-lain, kenapa?

Contoh adegan dalam cerita 'Seniman Bujang Lapok' cukup menggambarkan situasinya.
Ramlee, Ajis dan Sudin nak pergi cari kerja di Studio Jalan Ampas. Naik beca.
Ramlee dan Sudin dapat duduk di atas, Ajis cuma duduk di pelantar. Tapi Ajis tetap kena bayar kadar sama macam Ramlee dan Sudin. Alasan "pakcik penat kayuh" memang masuk dek akal. Kadar yang dikenakan mengikut jarak, bukan mengikut tempat duduk.

Tapi sekarang, syarikat burung besi berniaga ikut harga tempat duduk untuk ke destinasi yang sama, kemudahan yang sama.

Memang tiada yang sampai perlu duduk di pelantar.

Tapi alasan "pakcik penat kayuh" dah tak boleh dipakai.

--------
Yang tahu, faham lah.
Yang tak tahu, tanyalah kepada yang faham.

Selamat Pengantin Baru Don Karambit!

"Dengarnya, si Don tu nak nikah?"

"Bila?"

"Dah dekat tarikhnya katanya."

"Dengan orang mana?"

"Gadis Maghribi katanya."

"Jadi jugak?"

"Begitulah khabarnya."

"Lu tau dari mana?"

"Gua agak je, pasal kebelakangan ni, payah sangat nak ngajak pegi minum teh."

"Celaka!, gua ingat dia bagitau lu?"

"Hmmm..tak payah harap la dia nak bagitau kalau betul pun dia nak kawen."

"Kenapa pulak?"

"Yer la, ajak pegi minum pun sms gua dia tak balas. Inikan pulak dia nak inform kita bila dia nak kawen.Lupakan je la."

"Bila last lu sms dia?"

"Baru 3 minit lepas. Ni ha sms yang gua hantar."

"To:don karambit
Cc:(nama dirahsiakan),(nama dirahsiakan),siti nurhaliza,datuk nik aziz
Aku nak ajak kau minum pukul 10.40.Lokasi (salah satu bistro @ enstek).Kalau kau tak sampai, nanti aku bagitau kengkawan suruh delete kau. Kau fren la dengan eddie tan & bolingam.
"

"Macam haram jadah sms ni ada iklan google. Ada dia balas?"

"Haram takde."

"Mungkin betul si Don tu nak jadi pengantin baru"

"Takpe lah. Kita kirim doa jer la dari sini."

Selamat Pengantin Baru, Don Karambit.

Semoga berbahagia ke akhir hayat.