ini bukan blog AirAsia
"graviti kuat buat kita rasa melekat dan tak rasa bumi ini berputar,
tapi graviti jugak tak kuat sebab burung burung masih boleh terbang tinggi.
Hebatnya ciptaan Tuhan."

ITU AJE SURIA FM-Ini lagu tekaan aku

Okeh, ini entri penutup aku untuk ITU AJE SURIA FM ni.
(eh, ini juga dedikasi untuk adik perempuan aku yang baru melangsungkan perkahwinan: "hah! kakchik, silalah sms ke suria fm tu.hehehe)

Lepas ni aku nak fokus cerita lain.
Lama sangat dah rasanya ni.
Tak, bukan sebab SURIA FM dah sound aku.hahaha.

Lagu ni, aku tak kata aku pasti betul.
Cuma ini lagu yang aku nak teka andai ada peluang.
Sebab ada 2-3 email yang bertanya. (tak ramai pun)
Jadi aku taknak menghampakan sesapa walaupun aku takde keutamaan nak berkongsi.

Dan aku jamin tak ramai orang berani nak kongsi lagu apa yang ada dalam memori masing masing sebelum dapat peluang meneka.
Aku tak kisah pun andainya, dengan secara ajaibnya lagu ini adalah lagu yang betul untuk peraduan itu aje suria fm ni.(berangan jugak aku ni)

Bila aku masuk facebook page suria fm, tiba tiba pulak diorang kata page yang dah ada 150,000 lebih peminat tu dah tak aktif dan logo pun dah guna latar warna oren (berbanding hitam sebelum ni).

Aku pun tak pasti apa yang terjadi.
Aku pun konfius sikit (tak penting) pasal ni.
Mungkin suria fm tukar konsep penjenamaan.

Tapi kalaupun tukar konsep, umumkan aje la kat page yang sedia ada tu, apa masalah?
Kenapa mesti nak bukak page baru?
Atau page suria fm yang lama tu dah kena 'hack'? (siapa tahu)
Sebab perubahan yang nampak cuma dari segi logo.
Dan gambar tu anytime boleh tukar.
Suria FM nak jawab? Silakan.
Tapi kalau suria fm taknak jawab pun takpe.
Cuma kesian kat penge-like yang ratus-ratus ribu profile kat page suria fm yang lama tu.
Macam aku.
Leceh tau!



Eh, melalut dah ni. Cerita asal pasal lagu yang aku teka untuk itu aje suria fm.

Jap jap..
Sekarang dah ada pembayang harian untuk itu aje ni.
Setakat yang dapat dikumpulkan:
1-Lelaki
2-90

Memang dah cukup khusus dah tu.
Rasanya ramai yang dah ada jawapan betul itu aje ni.
Cuma belum dapat peluang menembusi talian dan menjadi pengirim sms ke 5 dan 10 (ke?)

Bukan senang beb!
Kena modal dulu.
Modal nak terus berjaga lepas solat subuh (kepada mereka yg masuk kerja lewat atau kerja shift)
Modal nak telefon.
Modal nak sms.
Modal nak tekan 'send' banyak kali kat henfon.

Tu suma modal.
Dah macam berniaga pulak jadinya kepada yang nak meneka tu.

Ok, aku tau, meleret lagi entri ni.
Ala, dah ini entri akhir aku untuk suria fm ni, biarkan jer. Baca jer la sampai habis.Nanti kata rindu pulak.hahaha.

Jap jap..
Bia aku tengok klu tu sama tak dengan lagu yang aku nak teka ni.
Klu satu:
LELAKI->betul
Klu dua:
90->sama
Klu tiga:
nama album sama dengan nama penyanyi->sama (kot?.hahaha)

Jadi, pasti betul la?
Jangan JOSH sangat pun.
Rilek rilek.

Aku hold lama entri ni sebab aku nak tengok berapa ramai berani nak kongsi sebelum meneka.
Hasil kajiannya?
TIADA yang akan berkongsi sebelum mereka sendiri dapat peluang membuktikan yang lagu mereka itu salah.
Jadi, aku nak kata aku hebat?
Tidak tidak. Bukan ke situ nawaitunya.(mintak dijauhkan)

Aku kongsi ni untuk bagi idea kepada mereka yang dah kebuntuan.
Dan aku tak berapa gigih nak mencuba dah.(sebab aku tak mampu nak modalkan kredit.hahaha)

Jadi (jadi lagi, berapa banyak jadi la), inilah dia lagu yang membenak benak kat memori aku dan terngiang ngiang kat telinga aku.
Jangan pasti sangat tau.
INI LAGU YANG AKU NAK TEKA ANDAI DAPAT PELUANG & LAGU INI TAK SEMESTINYA BETUL.
Dan maaf kalau lagu ini dah pernah diteka tapi salah.
Aku tak perasan.

Klu satu:
LELAKI
====================>RAHIM MAAROF

Klu dua:
90
====================>ALBUM RAHIM MAAROF:SENSITIF '90 (1990)



(gambar rembat)

lagunya:

USANG (dan semboyan pun berbunyi.hahaha)




p/s:
aku dapat idea ini lagunya sebelum aku mula tulis entri pertama pasal itu aje ni lagi.
korang bebas nak kata aku nak claim bagus ke hapa.
aku cuma berkongsi.
niat aku menolong kerana ALLAH.
korang nak percaya, aku ok.
korang taknak percaya, pun aku ok.
kepada sapa2 yang teka lagu dan masih salah juga, anggap jer itu bukan rezeki untuk korang.
selamat meneka.

18 comments:

brani la bro tuk share..tp tekaan aku plak len....aku dh byk kali try msuk itu aje..tp,x lepas..sok nk try lg...

 

ok yda jeff.selamat berjaya.amin.

 

tp bro, album rahim maarof ni bukan nama sensitif ke..? bukan nama dia.. nama dia tertulis kat situ sbagai nama artis.. pendapat aku je la...

 

oh, a'ah kan?
hahaha...
satu lagi lagu yang disalah teka la tu.
teruskan usaha korang yer.
selamat menang.

 

xde klu lg ke...?

 

aku rasa anuar zain..
semua album dia nama dia...
cuma lagu apa aku x tau...

 

lagipun rahim maarof penah ada kumpulan..ini clue dia kata x penah masuk kumpulan...

 

sedara/sedari yang bagi komen di atas,
terima kasih.
yes,lagu rahim maarof mungkin kurang tepat.
anda ada point yang baik.

bagus bagus..
dah mula ada feedback yang bagi idea..
ini macam baru tolong menolong namanya..
sekarang cuma bergantung atas izin ALLAH sapa yang dapat tembus talian atau dapat jadi penghantar sms terpilih..
ini macam baru seronok.

selamat berjaya kepada anda.

 

saya rasapn mcm anuar zain tp tak tahu lagu apa

 

anuar zain ade album tahun 1998 & 1999 (utk klu "90" tu sbb maybe dia anggap 90-an)

 

klue pagi ni bro. dari syarikat pony canyon. rahim ni bmg. dah salah dah. huhu anuar zain pon bukan sbb dia dari emi, universal music. takde pon kaitan dgn pony canyon.

peh susah gile nk teke ni.

 

@ Zaki

bagus point kau. tq

---
@ biztoone

hahaha..keluarkan rahim maarof tu. tu aku yang teka.kan dah salah.
takpe, kau try carik artis2 di bawah naungan pony canyon.insyALLAH jumpa nanti tu.
usaha jgn tak usaha.
susah tu cuma perkataan.cuba cakap senang,insyALLAH jadi senang.

---

hah! ini macam punya pendapat la yg aku carik carik.kerjasama.
sapa menang itu dia punya rezeki.

 

ADA SKET SALAH FAHAM KAT SINI..
RAHIM MAAROF NE ADA BANYAK ALBUM..BKAN 2 ALBUM JE..MELAMBAK..KALAU TAK SILAP LA..

AND LAGI SATU..RAHIM MAAROF JUGA BUKAN SEBAB DIA PENAH JOIN GROUP WHITESTEEL..SO DEFINITELY BUKAN RAHIM MAAROF

 

Encik/Cik/Tuan/Puan/Saudara/Saudari/Dato Sri/Datin Seri/Tan Sri,

Terima kasih atas pandangan anda..:-)

Rahim Maarof dah pastinya SALAH.

Itu tekaan saya di peringkat pembayang yang ada pada masa itu.

Penyanyinya ialah AZMEER.

Sila rujuk fan page di facebook,kawan-kawan sedang sibuk mencari lagunya.
Sekarang semuanya ada pada ketentuan ALLAH, untuk siapa rezeki RM 37,500 itu.

Jika anda salah seorang penekanya.....
Selamat berjaya!

 

azmeer dah betul.. tpi lagu x pasti

 

dah ade org menang itu aje ni.. lagu azmeer.. zuriat cinta.. huhu.. cik fiza tu memang bertuah sungguh lah... kenape la internet down hr ni br ok.. sadis sungguh...

 

dah ada entri penutup rupanya.. pemenang pun dah ada.. tp saya seronok dapat jumpa blog ni.. satu2nya blog yg ada entri pasal 'itu aje'.. terima kasih banyak2 en. keheng...
walaupun saya agak tak puas hati sebab selama ni mencari bunyi 'kecheng' di akhir lagu tapi jawapan yang diberikan tak dengar langsung bunyi tu.. tak tau la kita ditipu atau telinga kita mmg bukan super bionik.. saya dh dengar ulang2 kali lagu tu kuat2 guna earphone lagi sumbat kat telinga.. bunyi 'kecheng' hanya jelas pada AWAL lagu di saat 0.04-0.05.. dan bukan diAKHIR lagu (tu pendapat peribadi).. harap2 saya tidak akan serik mencuba lagi.. sambil2 seronok mendengar lagu2 lama 90an.. sambil2 masuk peraduan.. cuma tang nak modal tu.. kalau kita sungguh2 tau jawapannya baru sms.. jangan membazir kredit.. membazir amalan syaitan..

Ida Alinda aka Puan Seri Anon..

 

@ shindah

eh,rupanya internet puan telah down,patutla menyepi.hehehe..yer,bertuah cik Norhafizah tu. Itu lah namanya rezeki dia...

@ Puan Seri Anon a.k.a Ida Alinda di facebook (kekeke)

Ramai juga yang kurang berpuas hati kerana Suria FM kata penghujung lagu tapi itu bukan penghujung sebab lepas klip tu Azmeer ada nyanyi lagi.
Tapi takpe, mereka yang tak berpuas hati tu tak salahkan kemenangan Cik Norhafiza tu. Itu memang dah rezeki dia.
Dari cara dia respon pun bunyinyer dia tak sangka menang.Tapi dia menang!
Tak lama lagi ada ITU AJE 2, kita kongsi kongsi, bersaing saing la dalam yang tu pulak.

 

Post a Comment