ini bukan blog AirAsia
"graviti kuat buat kita rasa melekat dan tak rasa bumi ini berputar,
tapi graviti jugak tak kuat sebab burung burung masih boleh terbang tinggi.
Hebatnya ciptaan Tuhan."

suria fm itu aje-Bila mau abis daa?

Kalau ikut senarai lagu yang disalah teka, aku memang dah 'hilang laluan' dengan suria fm itu aje ni.
Untung ada kenalan kenalan blog yang suka membantu bagi senarai lagu untuk aku kemaskinikan.

terima kasih untuk kalian.

Tapi...
Bila mau abis daa ini peraduan?

Eh, tak seronok la nanti bila peraduan ni abis. Kan?
Nanti nak teka apa pulak lagi?
Apa ertinya pagi nan indah tanpa itu aje suria fm?
kan ?! kan? kan?!

Dolu dolu ada teka bola & teka sepak takraw dalam suratkaba utusan malaysia, layan gak aktiviti tu sambil bersarapan lempeng cecah sambal tumis di pagi hari.
Secangkir kopi pekat menjadi pelengkap menu sarapan tradisi.

Tapi sekarang dah takde dah peraduan camtu.

Sebab sekarang dah ada t-e-k-n-o-l-o-g-i.

Setakat kaburkan gambar bola dari gambar asal tu, 15 minit jer dah bleh tau kat mana kedudukan asal bola tu.
Konfem tetiap minggu ada pemenang yang berjaya meneka dengan tepat dan jitu.

Dolu dolu main agak agak jer kat mana duduknya bola tu. Zabidi Sharif pun belum tentu bleh bagi jawapan tepat walaupun gambar kat peraduan tu gambar dia tengah melibas bola takraw tu.

Sekarang lain, sekarang dah ada teknologi.

Bukan setakat benda yang ada boleh dihilangkan.
Benda yang tak ada pun boleh diadakan.

Jadii, tontuan, sedarasedarii yang saayer hormaati sekalian, dalam memaacu perjalaanan 'anda memenangi peraduan ituajesuria fm inii, makagunakanlah.. teknologi. Kerrana, pada zaman inii!, kemajuuan teknolorgi telah membuktikan bahaawa, perkara perkara yang dahulunya, kita rasakan mus-tahil, kini, sudah mampu kitalakukan.

(kenapa ayat ayat di atas tu bunyi umpama ucapan di perasmian majlis bersama rakyat?)

Sesiapa yang dah terima klip yang aku rakam tu, dalam email aku dah bagitau, klip tu aku 'serlahkan' guna teknologi, maka dengan kemahiran teknologi jugaklah rasanya kalian dapat cari 'dari lagu apakah klip setengah saat itu dipotong'

Apa bentuk teknologi yang kena diguna tu, tak dapatlah aku huraikan dengan begitu teliti kat sini.

Ada sorang brader bagitau aku, dengan 'digital synchronizing' mungkin boleh dapat padanan yang tepat.

Mula mula dulu aku pun memang terfikir teknik tu cuma masalah kat aku, aku takde pengkalan data lagu yang dah di digitalkan.

Kalau korang jenis yang suka giler tak hengat layan siri CSI, mungkin korang dapat idea yang aku maksudkan.

Dengan cebisan bukti yang ada, contohnya cap jari, pasokan CSI mana mana daerah pun boleh dapat padanan tuan pemilik cap jari tu.

Itulah idea asas yang pernah aku fikirkan.

Tapi teknik tu untuk mereka yang serius nak menang la.

Kepada yang kata teka teka sekadar suka suka, itu hak korang.

Zaman dah berubah, bila ada peraduan yang menawarkan ganjaran duit tunai, jarang ada yang meyertai sebab suka suka. Dah tentu penyertaan sebab nak menang, kan? Kalau kata saja suka suka, baik kumpul setem.

Jadi, yang ada ilmu teknologi tu tapi suka suka nak tolong orang lain, silakan lah kongsi caranya.

Sila ke depan. Jangan malu malu.

2 comments:

Sokong!!!!.. kalau2 la sape2 yang ade.. iskk..~~~ sila la kongsi2 ke...~~~ iskk.. iskkk~~~

 

shindah,

mereka malu malu gitu. har! har! har!

 

Post a Comment