ini bukan blog AirAsia
"graviti kuat buat kita rasa melekat dan tak rasa bumi ini berputar,
tapi graviti jugak tak kuat sebab burung burung masih boleh terbang tinggi.
Hebatnya ciptaan Tuhan."

Mari belajar seks di sekolah

Bila aku baca artikel yang pendidikan seks akan diajar di sekolah-sekolah Malaysia, nak tergelak pulak rasanya.

Kini,semua orang boleh belajar seks..di sekolah.

Daripada artikel Channel News Network (CNN) tu, sekarang pun mata pelajaran seks dah mula diajar di 5 buah sekolah sebagai percubaan.

Eh, maklum balas dari 5 sekolah tu nanti dah cukup ke untuk jadi justifikasi yang subjek seks tu boleh di ajar di semua sekolah di Malaysia yang rasanya berjumlah lebih daripada seribu tu?

Kat sekolah bestari mana la pembuat polisi ni belajar ilmu statistik agaknya ye?

Atau pembuat polisi memang dah pasti akan masukkan subjek tu nanti, dan sekolah percubaan tu sebagai wayang je?
Biasanya macam tu lah.

Untung la murid-murid sekolah-sekolah yang jadi sekolah percubaan tu. Dapat ilmu fresh.

Pasti kehadiran pelajar penuh untuk subjek tu. Murid yang memonteng subjek tu pasti "dikeji" rakan-rakan. Ayatnya mungkin berbunyi begini,
"rugi kau tak masuk kelas seks tadi, layan oo!. Kalau subjek ni ada dalam exam, gerenti aku score!".
Dan rakan yang ponteng tu mungkin pulak akan menjawab "ala, apa la sangat belajar teori tu, kalau ada amali, lain la!"

Jadi, apa agaknya punca yang menyebabkan timbul idea nak memperkenalkan subjek ni di sekolah?

Yang paling jelas nampaknya isu buang bayi yang semakin bermaharajalela
kebelakangan ni. Dari statistik PDRM yang dinyatakan dalam artikel tu, kira-kira 100 bayi dibuang setiap tahun dan purata setiap 10 hari, mesti ada laporan bayi dijumpai di Lembah Klang.

Yang jelas lagi, makhluk-makhluk yang membuang bayi tu, mesti tak cukup akal dan tak cukup akhlak, sebab bila diorang berakhlak, diorang tak menghampiri zina.

Bila zina dijauhi, takde la persetubuhan haram.

Bila takde persetubuhan haram atau persetubuhan luar nikah, maka takde la yang "ter"mengandung.

Kesudahannya, bila takde yang "ter"beranak sebab dah "ter"mengandung, takde la bayi-bayi comel yang tak bersalah tu terbuang kat tempat-tempat sampah untuk menjadi sarapan anjing.

Point aku?

Ini "isu keruntuhan akhlak" dan keperibadian muslimin dan muslimah.
Ini isu kurang pemahaman dan kesedaran mengenai hukum halal dan haram, dosa dan pahala.

Dan pada pandangan sipi,barulah ini isu moral.

Tapi ini bukan isu kurangnya pendidikan formal.

Dan yang aku cukup marah dengan kenyataan mana-mana pihak yang mengatakan ini berkaitan dengan memberi pendidikan seks yang selamat kepada murid sekolah.

Halloooo...hubungan seks hanya untuk mereka yang sudah bernikah.
Tanpa perkahwinan yang sah, tiada hubungan seks ok!. Takde maknanya hubungan seks selamat atau tak selamat kalau tak bernikah.Noktah.

Kenapa aku rujuk kepada muslimin dan muslimah secara terus?

Sebab bila ada tertangkap, takde pun muka dan nama bukan muslimin dan muslimah yang terpapar dalam berita tu.

Cadangan aku yang berseorangan ni?

Lebih baik subjek Pendidikan Islam diajar dengan lebih komprehensif. Jadikan ianya matapelajaran "wajib faham". Khususkan pengajaran topik menjauhi arak, zina dan judi secara lebih fokus. Terapkan sedalam-dalamnya di jiwa muslimin dan muslimat tentang keutamaan solat 5 waktu untuk menjadi benteng keimanan yang ampuh, demi menjauhkan diri dari perkara-perkara mungkar. Perjelas dan fahamkan konsep iman, Islam dan ihsan. Fahamkan dan yakinkan generasi Islam untuk memahami dan mengambil ikhtibar daripada keruntuhan tamadun sebelum kita adalah disebabkan balasan dan kekuasaan ALLAH yang maha berkuasa. Sematkan dalam jiwa mereka yang janji ALLAH itu pasti.

Untuk yang bukan Islam pula, tambahkan keberkesanan subjek Pendidikan Moral.

Ekstrimkah cadangan aku tu?

Sebelum aku dilabel ekstrimis, silalah berikan aku definisi dan contoh terbaik seseorang yang dikatakan ekstrim.

Ekstrimkah seseorang yang menentang berleluasanya ejen-ejen kejahatan seperti pengagihan dan penyebaran vcd lucah, pusat-pusat pelacuran, pusat-pusat perjudian, pusat-pusat minum arak dan segala macam pusat sumber syaitan yang banyak "menyumbang" kepada isu akhlak dan moral di negara ini?

Ekstrimkah seseorang yang dapat menilai bahawa berleluasanya ejen-ejen kejahatan tersebut adalah satu bentuk perperangan halus yang mana minda umat Islam dijajah dan dikotorkan supaya terpesong akidah dan runtuh akhlak seterusnya mudah dikuasai?

Ekstrimkah seseorang yang takut mereka yang tidak bersalah juga akan menerima tempias bala hasil dari kerja jahat si pelaku? Apa yang akan terjadi kepada kesucian nasab keturunan generasi akan datang?

Ekstrimkah seseorang yang meminta hak-hak mereka yang beragama Islam dihormati sepertimana hak-hak bukan Islam dihormati sejak negara ini merdeka?

Jika respon kepada semua soalan di atas adalah..ekstrim,
maka benarlah aku seorang yang ekstrimis.

Soalan aku untuk anda semua:
Perlukah sebegitu banyak pusat-pusat pelacuran, pusat-pusat perjudian, pusat-pusat minum arak di sebuah negara yang agama rasminya adalah Islam dan majoriti penduduknya beragama Islam?
nota:* aku langsung tidak mempertikaikan kewujudannya di sini (masih bertoleransi), tapi aku mempertikaikan kuantitinya yang mengalahkan jumlah kedai-kedai makan di satu-satu tempat.

Andaikan, jika semua pusat hiburan, pusat perjudian, pusat minum arak (dan kilangnya), pusat pelacuran dipusatkan di satu kawasan, cukupkah keluasan, waima negeri yang terkecil di Malaysia ini menampungnya?

Jadi, kepada pemikir, pembuat dan perlaksana polisi, berkenaan isu pembuangan bayi yang makin hebat dewasa ini, banteraslah dengan memerangi akar kejahatan, dengan keras-sekerasnya kerana generasi yang ada ketika ini semakin dihanyutkan, dialpakan dan dilalaikan. Ini bukan harga kemajuan yang kita kejar-kejarkan. Tak semestinya contoh dari Barat itu wajib kita ikuti. Belumkah terang lagi pandangan anda bahawa kita sedang ditarik kembali ke zaman jahiliyah?

Memperkenalkan subjek "dalam kelambu" di sekolah bukan cara bijak menanganinya. Melainkan ada pihak yang bakal mengaut laba besar (melalui pelbagai sumber) bila ia diperkenalkan nanti, apalah sangat suara seorang rakyat di sini. Rakyat ini hanya ada doa semoga pemikir, pembuat dan perlaksana polisi diadili "sebaiknya" di Padang Mahsyar nanti.

*Mungkinkah kedai alat bantuan seks akan dibenar beroperasi secara mega selepas ini hanya kerana generasi kita sudah "diajar" tentang pendidikan seks di sekolah?

Kepada masyarakat, marilah menggerakkan peranan mendidik dan memantapkan jiwa anak-anak kita dalam mengharungi laluan mencabar dalam kehidupan ini. Memang zaman berubah, cabaran mungkin berbeza tapi konsep asas menanganinya adalah sama iaitu keimanan kepada ALLAH, kerana di penghujung kehidupan, pastinya datang kematian. Dengan sentiasa mengingati mati, akan menjadikan kita berhati-hati dengan perlakuan kita semasa hayat kerana semestinya kita mempercayai, ALLAH maha melihat setiap apa yang kita kerjakan dan ALLAH maha mengetahui segala-galanya, luar dan dalam diri dan jiwa setiap makhlukNya. Fahamilah, tertegaknya syiar Islam adalah melalui konsep tauhid, "Tiada Tuhan selain ALLAH".

3 comments:

Salam,
1st time aku jengah laman sesawang ni..
pada aku, apa yang saudara perkatakan banyak kebenarannya...tak keterlaluan jika aku mengatakan kita masyarakat Islam (Malaysia) terlalu ringan dalam berfikir.. Mudah bicara, tidak menjadikan Islam sebagai cara hidup yang sebenar, sekaligus sebagai penawar bagi segala penyakit masyarakat... Bila pendekatan Islam tidak digunakan, maka apa yang kita lakukan hari ini seoleh-oleh menyuburkan maksiat...

 

Salam,
1st time aku jengah laman sesawang ni..
pada aku, apa yang saudara perkatakan banyak kebenarannya...tak keterlaluan jika aku mengatakan kita masyarakat Islam (Malaysia) terlalu ringan dalam berfikir.. Mudah bicara, tidak menjadikan Islam sebagai cara hidup yang sebenar, sekaligus sebagai penawar bagi segala penyakit masyarakat... Bila pendekatan Islam tidak digunakan, maka apa yang kita lakukan hari ini seoleh-oleh menyuburkan maksiat...

 

Salam,
1st time aku jengah laman sesawang ni..
pada aku, apa yang saudara perkatakan banyak kebenarannya...tak keterlaluan jika aku mengatakan kita masyarakat Islam (Malaysia) terlalu ringan dalam berfikir.. Mudah bicara, tidak menjadikan Islam sebagai cara hidup yang sebenar, sekaligus sebagai penawar bagi segala penyakit masyarakat... Bila pendekatan Islam tidak digunakan, maka apa yang kita lakukan hari ini seoleh-oleh menyuburkan maksiat...

 

Post a Comment