ini bukan blog AirAsia
"graviti kuat buat kita rasa melekat dan tak rasa bumi ini berputar,
tapi graviti jugak tak kuat sebab burung burung masih boleh terbang tinggi.
Hebatnya ciptaan Tuhan."

Kampung Pancake Strawberi

'Di sebuah kampung di celah-celah sebuah Kota Metropolitan yang femes di dunia, terdapat sebuah kampung yang diberi nama Kampung Pancake Strawberi. Bagaimana kampung tersebut diberi nama demikian bukanlah cerita yang utama. Biarkanlah yang empunya cerita menyimpan rahsianya.Di kampung yang indah permai itu, dimana kehidupan berlalu dengan tenang, tanpa sedetik pun unsur kejar mengejar, hanya terdapat beberapa keluarga sahaja yang masih bertahan. Dimulakan dengan Penghulunya yang dipanggil datuk kuih seri muka.Mempunyai seorang isteri yang cantik jelita iaitu datin kuih lapis merah,kuning,hijau. Mereka dikurniakan tiga putera bijak laksana. Yang tua dipanggil juara apam balik,yang tengah bernama satria neo kuih raya,yang bongsu lelaki bergelar kochi kaduk naik junjung dan seorang puteri rupawan bernama putri mandi tepi sungai....'

Menarik tak intro citer tu?

Hehehe...aku bukan nak reka lagi satu epik macam Harry Potter.

Imaginasi aku blum setinggi JK Rowling tapi aku mula terfikir macam mana agaknya if ada nama kampung pancake strawberi tu?

Dengar namanya pun aku dah rasa manis semanis jem strawberi merah yang ditumpahkan atas penkek panas tu.uish..terliur lak.

Rupa-rupanya, bukan senang nak buat plot cerita based on imaginasi seratus peratus, terutamanya part watak-watak tu. Lepas aku reka nama-nama anak penghulu tu idea aku dah jem. Memang sangkut, dah tak boleh blah. Hahaha..

Itu yang keluar nama datuk kuih seri muka tu. Maaf la jika ada orang carik resepi kuih seri muka tersampai ke sini. Aku blum nak perturunkan resipi kuih muih tradisional melayu kat blog ni lagi (mungkin nanti atau bila ramadhan menjelang), so, if korang bleh layan imaginasi tahap dewa ni,layan la. Jangan lupa mengkomen.

Pada aku, ada masanya, kita kena biarkan imaginasi kita merayau untuk explore kemungkinan yang semacam atau segila(?)tu. Bukan apa, untuk bagi minda kita aktif. Sebab bila umur makin meningkat, minda kita macam dah terlebih fokus pada rutin. Tak kira la kerja makan gaji atau kerja sendiri, bangun pagi fikir kerja,kerja,kerja.

Fikir nak cari duit.
Duit, duit, duit.

Memang la duit tu keperluan tapi tahap fokus pada 'nak cari duit' tu menjadikan mereka yang telah dewasa (kekeke..skema nyer ayat aku) merasakan, mencari duit anyaak-anyaaak (banyak-banyak) tu adalah segalanya dalam kehidupan ini.

Nak salahkan keadaan tak boleh pasal dari kecik, kita dah dapat input 'belajar betul-betul','cari duit','simpan duit banyak-banyak'.

Nak salahkan ibu bapa lagi la tak boleh dan tak patut sebab diorang sentiasa nak anak-anak dapat yang lebih baik dari apa yang mereka ada (korang yang bujang mungkin blum rasa feel jadi parents ni...tungguuuu sebab masanya akan tiba, insyaALLAH).

So,kesimpulannya, kita memang dah didedahkan dengan dunia dan sistem kapitalis ni seawal kita mengenal sistem kehidupan ni.

Itulah sebab musababnya kehidupan ni jadi terlebih pantas.
Sebab ramai antara kita yang mengejar.
Mengejar kekayaan, mengejar kemewahan, mengejar pengaruh, mengejar pangkat, mengejar kuasa.

Tapi, bukan ke kita lagi patut mengejar ilmu yang boleh mendekatkan kita dengan Yang Maha Esa? huhuhu..hal tu dah jadi macam sampingan pulak sekarang.(kiamat,kiamat..dah makin banyak tanda-tanda kau nak datang yer).

Soalan aku, bila kita terlampau mengejar sesuatu perkara tu (tak kira la apa perkara yang kita kejarkan),bilakah ketikanya kita merasakan kita dah dapat apa yang dikejar?

Sebab bila dah dapat(?) kaya, kita nak kejar mewah.
(kaya kategori lain, mewah kategori lain. Kaya kat sini refer tu kaya duit, banyak duit. Mewah pulak refer tu citarasa, high taste, you know?)

Bila dah dapat(?) mewah, kita nak kejar pengaruh.

Bila dah dapat(?) pengaruh, kita nak kejar pangkat.

Eh berapa lama mau kejar daa?

Eh sampai ajal kejar kita pun kita tak sedar daa?

Ironi kan?

Tapi itulah realiti pada pandangan aku ni yang takkan diambil kira oleh mereka yang profesional.

Payah sangat ke kita nak jalani dan lalui kehidupan ni dengan tenang dan damai tanpa cuba memfastforwardkan masa? Macam kat kampung pancake strawberi tu.

Pembangunan dan kemajuan tak salah dan aku bukan anti pembangunan mahupun anti kemajuan tapi biasanya, siapa yang nak kena bayar harga sebuah pembangunan dan kemajuan yang terlampau dipantaskan tu?

Jelasnya mereka yang tak mengejar dan tak terkejar segala kategori yang aku tulis kat atas tu la yang kena bayar harganya.

Betul kan?

So, agak-agak, sekarang nampak tak camne fokus kita pada tujuan asal kita dihidupkan di dunia ni dah dialihkan sebaiknya oleh para 'pemikir'(?) jahat zaman silam?

Think-think la yer.

Well, akhir kata untuk post kampung pancake strawberi ni,setiap individu diberi keistimewaan untuk menyuarakan pandangan dan pendapat asalkan tidak menyinggung perkara-perkara yang sensitif (keagamaan,perkauman,maruah diri orang lain dan sebagainya), maka gunakanlah keistimewaan tersebut sebaiknya pada saluran yang betul.

If ada yang setuju atau pun kurang setuju dengan pandangan aku dalam mana-mana post di terbangz ni, kongsi-kongsi la sebaiknya pandangan dan komen anda.

Tapi ingat!,hormatilah sebagaimana anda ingin dihormati.

Sehingga di lain masa dan ketika, jumpa lagi di......terbangz

0 comments:

Post a Comment