ini bukan blog AirAsia
"graviti kuat buat kita rasa melekat dan tak rasa bumi ini berputar,
tapi graviti jugak tak kuat sebab burung burung masih boleh terbang tinggi.
Hebatnya ciptaan Tuhan."

Rahsia Kuasa Pecutan Momentum

catatan kehidupan hari 22 September 2009

Korang pernah gagal dalam apa yang diusahakan?
Semua orang pernah.
Aku?Lagi la pernah.
Sampai tahap aku rasa aku ni always nak gagal jer ker?huhuhu.

Kenapa gagal?
Salah soalan tu sebenarnya.
Yang betulnya,
Macam mana nak berjaya?

Memang ultra la soalan ni.
Tu namanya soalan dengan kuasa pecutan momemtum dengan kuasa ultra tahap 12.
Sebabnya,kita takkan tertangkis soalan tu tanpa ilmu.
Setakat guna ilmu Alam dan Manusia yang aku belajar masa Darjah 4 dulu,
confirm tak cukup.

Apa point aku?

Nih aku baru baca post pasal Rahsia Tarikh Lahir,
umang ai,ada rahsia rupanya di sebalik tarikh lahir ek?
Punya la macam duduk bawah kaca je selama ni.

Aku terdedah (aku terdedah takper,awek-awek terdedah bahaya) dengan ilmu ghaib ni (ghaib pasal aku tak nampak selama ni) after midnight supper dengan abah.

Aku ajak abah gi beli lemang untuk top up supply untuk tetamu yang akan datang beraya esoknya.
On the way balik tu abah sound yang dia dah lama tak layan minum teh tarik kat kedai.
Aku on jer (aku pun memang gomar lepak kodai kupi ni).
Sesambil layan teh tarik dengan burger daging, kitorang cerita-cerita la pasal keje.
Aku macam biasa la, cucuk jarum nak bagitau abah aku mungkin nak beralih arah dalam hal kerjaya ni.
Aku story la yang aku dah ponek kojo makan gaji ni.
Lomah asyik diperintah dengan perintah-perintah am yang tak masuk dek akal.

Abah pun macam biasa,bagi moral support.
Kata abah, asalkan aku ada proper plan,
why not?

Abah pun story la pulak dia punya plan nak buat rumah kat kampung,
nak setup kedai runcit kat depan umah tu dan...
dia nak aku uruskan kodai tu.
Dia share kat aku rahsia perniagaan orang Cina yang dia buat research sepanjang dia bercampur dengan Cina kat Rantau dulu.
Semuanya bergantung kepada tahap disiplin dalam pengurusan modal.

Modal asas diumpamakan macam bank.
Daily income terus ke akaun.
Pendapatan kasar dikira secara bulanan.
Modal asas akan ditokok semula seperti awal bulan.
Duit upah (tokey pun dibagi upah) ditolak dari pendapatan kasar.
Untung akan dimasukkan ke dalam akaun khas yang lain.
day in, day out,rinse and repeat.

Kuncinya disiplin.
Pendapatan kasar takkan diusik pada bila-bila masa.
Over the years,akaun untung berkembang.
Akaun modal berputar dalam kitarannya.

Hard fact yang mengkagumkan,
member abah tu bisnes kedai kopi jer.
Kuih dengan nasi lemak orang hantar hari-hari.
Untung sebiji kuih seposen...atas angin.

Memang aplikasi penuh konsep 'sikit-sikit lama-lama jadi bukit'
Dengan asas bisnes kedai kopi tu,
member abah tu survive...tanpa hutang,
dan mungkin mengumpul aset (who knows?).

Hmm...sampai bila aku nak 'mendengar' jer kisah-kisah kejayaan tu?

Dalam pada borak-borak anak beranak tu, abah pun sound la,
masa dia balik kampung aritu, dia ada ambik satu artikel dari paper metro pasal sorang dokter yang buat seminar untuk bantu orang kenalpasti kekuatan dan kelemahan diri untuk mencapai cita-cita.

Beria-ia abah suruh aku attend seminar tu.
Mana tau boleh bantu aku ubah kehidupan aku,katanya.

Masa tu taklah aku tau apa bijik butir seminar yang dokter tu buat.

So, dah pueh minam-minam dan makan burger,kitorang pun balik umah.
Abah tanya kakchik (adik pompuan aku) dan tanya mak aku pasal artikel yg dia bawak balik aritu.

Bila dah jumpa, aku pun start la baca.
Kebetulan pulak hero aku si Ammar Muktafi tu dah lama tido siangnya so,malam tu dia super aktif tahap ultra main sensorang.

Sambil-sambil aku perati si Ammar tu mengelonjit sensorang dengan 2 roll benang neneknya,aku baca (scan) la artikel tu.

Seminar Rahsia Tarikh Lahir oleh Dr.Azizan Osman

Hmm...aku biasa terlintas pandang (baca tak baca) iklan ni kat paper.
Aku terfikir, apsal abah ia ia sangat suruh aku attend seminar ni?

So,malam tu aku baca sekali imbas jer iklan tu dan aku pun bertekad akan baca lagi demi menunaikan amanah yang abah dah bagi.

Balik ke rumah aku, aku tak ingat sangat pasal iklan tu tapi website yang ada kat iklan tu selalu pulak flash-flash gordon kat fikiran aku.

Masuk ofis (hari raya ketiga dah kene keje,huhuhu),aku tetiba teringat website tu dan aku curik2 baca kat opis.
(kurang berkat rasanya keje aku masa tu)

hmm...ni ada unsur2 tilik nasib ke?
Yer la, aku bukan tau pun segala maklah (bukan paklah)pasal sains metafizik (macam nama band rock kapak 80an jer istilah ni?).
Baca punya baca punya baca, aku rasa aku dah dapat general idea what this seminar is all about.

Masa bawak motor on the way balik dari keje dengan kelajuan maksimum 90km/jam,
(hampeh nyer RON95),aku terlintas memikir...
mesti ada sebab ALLAH tentukan seseorang hambaNya lahir pada tarikh dan masa tertentu kan?Setiap perkara yang ALLAH jadikan tu bukan sia-sa.

Apa agaknya relevannya aku lahir pada 14 Jun 1977?
Mesti ada kaitan dengan sifat dan sikap aku sendiri (yer la,tu kan tarikh lahir aku,mesti la kene ngena dengan aku,takkan ada kaitan dengan Johnny Depp lak).

Sampai umah, aku pun explore lagi site rahsia tarikh lahir tu.

Aku trace back the very first article posted, back in 2008,aku baca satu persatu.
Menarik, memang menarik.
Aku pun start la blaja kira kod tarikh lahir aku.
Dapat la 5-6-6.

Apa pekdahnya kat aku angka-angka tu?

Haa...tupasalnya la aku kena attend seminar tu.

Aku kena BELAJAR (bukan MENILIK) pasal kod tarikh lahir aku tu,
pasal diri aku sendiri.

Itu la kuncinya yang hilang.

Aku tak cukup kenal dan juga belum cukup kenal diri aku sendiri.

Ibaratkan la diri aku ni macam the most efficient product yang gerenti sukses kalau digunakan dengan betul berpandukan manual yang ada.

So if aku tak tau nak operate diri aku sendiri dengan betul, macam mana hasilnya nak optimum?

Kira kurang lebih begitu la.

Lantas,disebabkan aku maleh nak utarakan banyak-banyak soalan kepada diri aku sendiri,pasal soalan-soalan tu boleh menyemakkan kepala hotak aku,so,aku decide nak join seminar tu.

Aku nak BELAJAR.

Aku nak ILMU.

Aku nak ubah apa yang aku perlu ubah dan boleh diubah(Nasib).

Aku takkan biarkan life defeat aku macam tu jer tanpa aku balas dengan pukulan-pukulan bonus combo yang padu(yang kaki game arcade paham la istilah tu).

Enough is enough.

Aku rasa aku dah banyak beralah.

It's time to fight back.

Fight to survive.
Fight to glory.

Masa dah tiba untuk aku betul-betul-betul kenal diri aku dan menyerlahkan segala potensi yang ALLAH anugerahkan kat aku.

Aku mesti bersyukur dengan menggunakan segala anugerah ALLAH ni sebaiknya.

No matter what it takes, aku takkan sia-siakan diri aku lagi.
No more.

Bukan cerita Awan Dania-Siri Dua jer yang boleh terbang,
Aku pun nak terbang setinggi Dania terbang.

Dengan rahsia hikmat kuasa pecutan momentum ni,
tak mustahil untuk aku terbang.

Impossible is nothing.

-mari terbang-

3 comments:

good motivation..

 

bro keheng...

saya berminat nak invest dalam forex. boleh bgtau nak kontek sape? tq...

(jawablues@gmail.com)

 

brader (jawablues@gmail.com),

sebenarnya, nak invest dalam forex ni kena buat study sendiri. apa itu forex? macam mana forex ni diurusniagakan? asas kena kuat. Dan masalah yang paling besar kat sini, aku takde siapa siapa yang aku boleh rekomen. Sedara / sedari boleh google untuk dapatkan forum forum atau komuniti macam di carigold atau wangcyber. main forex ni bukan kecik kecik anak punya hal oo.
selamat berjaya.

 

Post a Comment