ini bukan blog AirAsia
"graviti kuat buat kita rasa melekat dan tak rasa bumi ini berputar,
tapi graviti jugak tak kuat sebab burung burung masih boleh terbang tinggi.
Hebatnya ciptaan Tuhan."

lagi pasal awan dania siri 2

catatan kehidupan hari 23 september 2009

Iklan awan dania siri 2 dah mula kat astro.
Siri 2 start hari isnin 28 september 2009 pukul 9 malam(kot?).
By now dah tentu ramai yang start searching youtube-awan dania siri 2.

If based on the gazzette kat iklan tu, si dania tu macam nak beralih arah je..
Ye ker?
Mana aku tau,korang tengok la nanti.
Aku agak jer.

Best ke jadi cabin crew airasia tu?

Satu aspek yang aku suka tengok siri awan dania sebab cara watak dania tu dibawak.
Ada masa gila-gila,ada masa sengal,ada masa moody..hahaha
Kira Scha tu dah berjaya la bawak watak tu dengan baik.
Sekali nilai,aku (rasa la) itulah watak scha off set.
Kalau itu bukan watak dia dalam real life,
kira dia berjaya la bawak karekter dania tu dengan superbly bagus.
(tu bukan bodek maa,tu kagum dan impressed namanya).

So,in real life, ada ke such cabin crew AirAsia?
Well,I'm not really sure on that.
Setakat dua tiga kerat cabin crew airasia yang aku kenal,
ada la sorang dua yang ada sikit karekter gila si dania tu.
Cabin crew yang lelakinya memang ada yang gila-gila dan sempoi.

Sebenarnya, aku suka nengok gaya diorang tu bekerja.
Bukan la maksud aku nak jadi macam dorang.
Takde pekdah kat aku pun.

Aku pernah berurusan dengan diorang sikit masa dulu.
Aku rasa aku dah bleh define type diorang ni.
Kira aku bleh buat profiling untuk diorang la.

In general la, cabin crew ni (tak semestinya airasia),
ada jugak yang jenis (sengal)sombong tak bertempat.
Serius gua tak tipu beb!
Even keje bawah satu bumbung pun, umang ai,menongkat langit sombong eh.
Eh,jangan salah faham,aku tak tujukan kat sesapa,
tapi if ada memana cabin crew airasia yang terasa(korang tau korang sapa),
aku mintak maaf dan korang sendiri la fikir.

Dulu aku ada gak kecik ati dengan sorang duorang tiga orang,
dan ada gak sorang duorang tiga orang kena sembur dengan aku dulu.
Tapi alah,itu cerita lama daa.
Yang lepas bia la lepas.
(tapi best fren gua yang dah jadi cabin crew,sampai sekarang tak tegur gua..huhuhu)

Tapi tu la,tak semua cabin crew tak baik.
Ada yang baik.
Ada yang still jadi kawan aku sampai sekarang.
Yang jenis baik ni biasanya,
memang diorang in person memang baik.
Atau diorang faham konsep 'kita sama-sama cari makan dengan company sama'.
So,diorang akan always avoid conflict dengan kengkawan.

Siri awan dania ni memang ada nostalgia kat aku sikit-sikit la...hahaha
Aku still ingat sorang dua member yang mula dari bawah,macam aku,
then career diorang progress baik punya,
now dah jadi cabin crew.
So korang tau sapa korang,
aku wish all the best.

Semoga korang tak lupa kengkawan yang kat bawah tu.
Korang pun penah kat situ gak dulu.

InsyaALLAH,
Ada masa (aku kan busy..hahaha),
Ada rezeki,
Ada umur,
Bila-bila aku teragak nak travel with airasia nanti,
aku pandang-pandang la if korang on board.

Kita jumpa di langit biru.

Aku nak gak tengok siapa bakal jadi dania in real life.

(sigh)There are still hundreds of people out there looking for
career opportunity as airasia cabin crew...?

You ever wonder why?

"Cempedak yang cantik dan wangi di luar,
tak semestinya berisi cantik di dalam"

-terbang di awan dania-

0 comments:

Post a Comment