ini bukan blog AirAsia
"graviti kuat buat kita rasa melekat dan tak rasa bumi ini berputar,
tapi graviti jugak tak kuat sebab burung burung masih boleh terbang tinggi.
Hebatnya ciptaan Tuhan."

Ujian atau balasan,realiti dan fantasi

catatan kehidupan hari 26 Ogos 2009

Depressed.
Murung.

Itukah yang aku rasakan sekarang?

Lepas satu, satu ujian untuk aku.
Bertimpa-timpa.

Tahap kesabaran aku betul-betul tercabar.
Sabarkanlah Ya ALLAH.

Aku mungkin boleh hilang pertimbangan.
Sabarkanlah Ya ALLAH.

Kalau main game arked, bar nyawa aku dah makin sikit ni.

Asyik kena belasah dengan pukulan-pukulan 'combo' dan pukulan 'bonus'.
((POW!!,DUSH!!,HIAH!!,KLONG!!...adei))

Mana kesudahannya semua ni?

Persoalan tu makin menyerang aku bertalu-talu.

Dalam memikirkan apa kemungkinan seterusnya, satu lagi serangan datang.
Adei.

Tak sempat nak mengelak, aku tadah jer dengan badan, dengan emosi aku.

Inikah namanya ujian kehidupan?
Mungkin.

Makin hari aku makin parah menahan dugaan-dugaan ni.

Aku rasa, aku hilang arah...lagi.

Tak sempat pun nak carik arah.
Dah lost lagi.

Arghhhhhhhhhhhh!!!!!!!!!

Hanya jeritan dalam hati yang aku dapat teriakkan.

Tapi sampai bila?
Mana hujungnya?
Mana pulak pangkalnya?

Ini ujiankah?
Atau ini balasankah?

Aku tak pertikaikan keadilan dalam hidup ni sebab aku sedar siapa aku.
Sejarahnya, aku terlampau banyak buat kesilapan besar.

Adakah aku akan terus-terusan buat kesilapan?

Banyaknya soalan.
Mana jawapan?
Macam mana aku nak jawab?
Apa mula jawapan aku?
Terjawabkah aku?

Kat dunia aku dah kena belasah macam ni, akhirat macam mana?
Tertanggungkah aku nanti?

Hati aku merintih, merayu.
Hanya ALLAH yang Maha Mendengar.

Mana realiti, mana pulak fantasi?

Ini bukan kegilaan, ini persoalan hidup.

Ada tahap aku dah mula rasa bosan nak berbicara.

Tapi aku terpaksa bersuara.

Bila aku berbicara, tiada yang sebenarnya mahu benar-benar "mendengar".

Lantas, aku lebih suka diam.
Menahan.
Menerima.

Sebab aku benci bila aku bercakap, dibalas tengkingan dan tempikan biadap.

Aku mencari erti budi bahasa.
Erti adab sopan.

Nilai tu makin pudar dalam manusia-manusia yang aku jumpa.

Itukah harga yang perlu dibayar dengan nilai kehidupan sekarang?

Manusia makin biadap dalam pertuturan.

Kelembutan berbicara makin hilang.

Budi bahasa dah jauh tercampak ke laut mana.

Itukah realiti?
Akukah berfantasi mengimpikan kelembutan dan keindahan budi bahasa?

Bangsat.
Aku sendiri makin hilang keluhuran hati dengan kehidupan ini.

Aku sendiri pernah tak jujur.
Aku sendiri pernah khianat.

Wajarkah aku merungut?

Aku pasrah.

Realiti menyakitkan.
Fantasi menghanyutkan.

Aku menanti serangan kehidupan seterusnya.

What's next to come?
Meh la, aku tunggu.

Come and get me.
I'm here waiting.

-terbang lepas bebas-

0 comments:

Post a Comment