ini bukan blog AirAsia
"graviti kuat buat kita rasa melekat dan tak rasa bumi ini berputar,
tapi graviti jugak tak kuat sebab burung burung masih boleh terbang tinggi.
Hebatnya ciptaan Tuhan."

FOREX trading

catatan kehidupan hari 20 Ogos 2009

Baru balik dari attend seminar FOREX trading.
Menarik.

Meronta-ronta jiwa aku nak aktif balik dalam dunia trading ni.

Apa ilmu yang aku dapat?

-penggunaan kombinasi beberapa panduan teknikal untuk dapatkan bacaan trend pasaran.
-based on penerangan dan dari apa yang aku faham, software yang digunakan hasil dari kombinasi candlestick,fibonacci ratio,moving averages (MACD),RSI dan Elliot Wave
-berbanding cara konvensional yang gunakan panduan teknikal ni secara berasingan, software yang digunakan berdasarkan gabungan 4 (mungkin lebih) panduan teknikal ni.
-maksudnya, ambik contoh pengunaan MACD sebagai panduan, hukum asasnya, bila berlaku persilangan dua garis (merah dan hijau), perubahan trend akan berlaku. Tapi dengan software ni, persilangan yang menunjukkan perubahan trend akan berlaku perlu disahkan oleh kesemua petunjuk teknikal.
-maksudnya, walaupun MACD menunjukkan persilangan, petunjuk lain seperti RSI,candlestick,Elliot Wave pun kena bagi petunjuk yang sama untuk trader dapat pengesahan perubahan trend.
-agak rumit tapi software ni dah diprogramkan supaya ianya dipermudahkan.BLUE buy, RED sell.
-bila semua petunjuk selari dalam menunjukkan satu perubahan trend, baru trader masuk dan keluar pasaran
-aku juga dapat tips yang waktu terbaik untuk trade antara 8pm - 11pm
-petunjuk yang digunakan dengan asas pergerakan setiap jam

Aku nak join untuk kelas yang disediakan tapi kos agak tinggi (pada aku); dalam RM 5400.
Boleh bayar lump sum, ada jugak skim instalment RM450 x 12 bulan.

Itu kos untuk kelas, belum kira modal nak trading lagi.
Minimum untuk trade pun dalam USD 1000 (RM3800).
So,untuk start semua aku kena ada dalam RM10,000.

Dalam keadaan kewangan aku yang seadanya ni, apa pilihan yang aku ada?

AKu kena belajar sendiri.
Aku kena refresh balik ilmu teknikal yang aku ada masa aku buat commodity trading & forex trading dulu.
Aku kena belajar trade dengan guna demo trading account yang ada kat internet.

Aku bagi masa 2 tahun kat diri aku untuk capai impian kewangan aku dengan FOREX ni.

Selain tu, aku dapat baru dapat faham apa yang dimaksudkan dengan 'the market is people'.
Maksudnya, pergerakan harga pasaran adalah gambaran emosi manusia.
Penceramah tu juga bagi maklumat asas yang mudah aku fahami walaupun aku pernah dengar lama dulu.
Antaranya, 'follow the trend'; bila kita nampak pasaran menaik, beli pada masa yang bertepatan.
Istilah yang digunakan 'herd instinct' yang bermaksud,traders follow trend macam gerakan sekumpulan lembu.
Bila semua lembu lari satu arah, takkan ada lembu yang akan lari arah bertentangan.
Kalau ada jugak, memang jawabya mati kena pijak la.
So,retail trader yang kecik-kecik ni kena ikut prinsip 'follow the trend' tu.
Yer la, lembu-lembu besar yang lead market ni dah tentu ada kuasa mempengaruhi pergerakan pasaran,so takkan tradear yang kiut-kiut ni nak lawan arus, menmanag bakal kena main jer la.

Risiko?
Semua hal dalam dunia ni ada risiko.
Yang penting macam mana risiko tu dikawal.

Halangan modal takkan jadi alasan aku kali ini.
Aku tekad.

Ini jer bidang yang aku suka nak buat selama ni.
Market & forex trading.

Aku ada 'deep passion' dengan dunia kewangan ni.

Dulu aku penah nak jadi remisier pasaran saham.
Aku pernah tolak offer belajar kursus analisis pelaburan kat uitm segamat.
Masa tu aku dapat pulak offer ambik ijazah undang-undang kat uitm Shah Alam.

Hujung-hujung, lepas A-level, masuk first year,aku tak bleh cope dengan study, aku blah.
Itulah antara Kesilapan terbesar yang pernah aku buat.
Sampai sekarang sesal aku tak sudah.

Tapi tu la kan, apa jadahnya nak menyesal sekarang,
hal tu dah lepas.

Aku sedang moving forward...in fast pace.

Aku nak cope with life yang aku dah pernah tinggalkan.

Being my self.
Doing the things that i like to earn a living.

-i believe i can terbang-

0 comments:

Post a Comment