ini bukan blog AirAsia
"graviti kuat buat kita rasa melekat dan tak rasa bumi ini berputar,
tapi graviti jugak tak kuat sebab burung burung masih boleh terbang tinggi.
Hebatnya ciptaan Tuhan."

antara masalah dan jalan keluar

buat duit dalam 17 hari(hari 5)

catatan kehidupan hari 1 Ogos 2009

Persoalan kenapa manusia diberikan masalah tak perlu timbul.
Masalah adalah sebahagian daripada hidup

Nikmat ALLAH
ALLAH Maha Berkuasa memberi segala nikmat.
Nikmat makanan
Nikmat kesihatan
Nikmat kegembiraan
Nikmat keimanan kepada ALLAH

Masalah

Masalah wujud sebagai pengimbang kepada nikmat.

Jika kehidupan dilalui hanya dengan nikmat dan tanpa masalah
maka kehidupan akan menjadi sunyi dan membosankan.

Tidakkan ada nikmat tanpa masalah.
Masalah tidak akan muncul tanpa nikmat.

Begitulah Maha Adilnya ALLAH

Tujuan wujudnya masalah adalah bagi menggerakkan akal,
untuk mencari PENYELESAIAN atau jalan keluar.

Masalah sebenarnya membuka suatu pintu kepada penyelesaian.

Tanpa wujudnya masalah, pintu penyelesaian tidak akan terbuka.

Manusia selalunya tertipu apabila merenung terlalu lama kepada masalah yang diberi.

Ia menyalahi konsep penggunaan akal untuk menyelesaikan masalah.

Potensi akal tidak digunakan sebaiknya untuk mencari cara menyelesaikan masalah.

Tumpuan terlalu diberikan secara berlebihan kepada masalah sahaja.

Contoh:

masalah:kekurangan atau tiada cukup duit untuk perbelanjaan.
Reaksi tipikal:
'Bila nak cukup duit?'
'Kenapa asyik tak cukup duit?'
'Apa sebab tak cukup duit?'

Tumpuan hanya pada masalah 'tak cukup duit'sedangkan jalan penyelesaian begitu banyak.

ALLAH Maha Memberi Rezeki, tetapi kita perlu ikhtiarkan.

Ikhtiar itu sendiri adalah jalan keluar.

Tidak perlu digusarkan tentang masalah itu kerana ia telah pun wujud.

Tumpuan perlu dilebihkan kepada ikhtiar.

Bagi masalah kekurangan atau tiada cukup duit untuk perbelanjaan,
salah satu ikhtiarnya ialah mencari duit tambahan atau duit sampingan(link).

Bukan persoalannya untuk buat duit pasif, atau cari kerja part time, atau cari kerja lain atau buat bisnes sendiri.

Yang penting ikhtiar ada di sekeliling kita, sama ada kita sedar ataupun tidak.

Jika duit yang menjadi masalahnya, sedarkah kita kitaran dut sentiasa bergerak di sekeliling kita?

Duit bertukar tangan dari seorang ke seorang yang lain.

Malangnya, kitaran duit tersebut tidak dikhtiarkan untuk sampai ke tangan kita.

Jadi duit bukanlah masalah yang sebenarnya kerana masalahnya ialah diri kita sendiri.

Cara buat duit

Dalam mencari cara buat duit yang sentiasa terhidang di depan kita,
kegagalan biasanya berpunca dari 'bertanya soalan yang kurang tepat'.

Bila satu peluang bisnes hadir kepada kita, soalan seperti,
'bagaimana caranya?' adalah satu soalan yang kurang tepat.

Mengenal Diri

Salah satu kunci kejayaan seseorang dalam bidang yang diceburi adalah
keupayaan mengenal diri.

Dengan mengenal diri, kita dapat mengenalpasti apa sebenarnya yang kita mahukan
daripada segala peluang yang mendatangi kita.

contoh peluang buat duit:
-kerja part time di 7 eleven
-kerja part time di rumah (isi sampul surat,pasang dan hantar)
-main unit trust atau saham amanah (cimb wealth advisor,public mutual)
-main saham (BSKL,Dow jones)
-main komoditi (kopi,soya,emas)
-main forex (currency)
-main property (hartanah)
-MLM
-jual insuran (MAA,Takaful,ING)
-bisnes perfume (onedrop,wep perfume,smartcollection)
-skim cepat kaya (pak man telo,
-skim internet (igetworld)(OTC campaign)
-jual top up/prepaid (mymode,hotlink,digi,celcom blue,u mobile)
-adsense
-bisnes tudung (pearlhaya,sricahaya,tudung online)
-ebay
-jual gelang magnetik(e-dymium)
-jual aromaterapi(lampe berger)
-jual buku(
-jual ebook
-bisnes cendawan tiram kelabu
-bisnes ternak lintah
-bisnes cili kulai
-bisnes ikan keli
-contract farming serai

Cara Mengenal Diri
Tanpa memahami diri sendiri, kita tidak akan dapat memenuhi keperluan diri kita sendri.

Kita perlu mempunyai penanda aras atau piawaian sendiri dalam mencari peluang bisnes dan
peluang buat duit yang mana bersesuian dengan kita.

Setiap peluang buit duit yang ditawarkan merupakan lubang-lubang kecil yang dibukakan kpada kita.

Bila kita tidak mengenal diri, kita mungkin terjebak dengan mencuba setiap peluang iaitu membesarkan setiap
lubang yang dibuka kepada kita.

Lantaran, atas sebab kurang fokus dan usaha yang tidak konsisten maka tidak ada satu pun daripada lubang yang kita
buka mendatangkan hasil,malah kita kerugian dari segi modal dan masa.

Jadi,pelajarilah ilmu agar anda membuka lubang peluang yang betul.

-ilmu terbang-

0 comments:

Post a Comment