ini bukan blog AirAsia
"graviti kuat buat kita rasa melekat dan tak rasa bumi ini berputar,
tapi graviti jugak tak kuat sebab burung burung masih boleh terbang tinggi.
Hebatnya ciptaan Tuhan."

accepting hard facts

catatan kehidupan hari 27 Ogos 2009

eureka!eureka!eureka!

Aku rasa (aku yakin) aku dah jumpa apa yang aku cari.
Cinta.

Yep,aku dah jumpa cinta yang aku cari.

Cinta yang tak berdusta.
Cinta yang memandang kebendaan.
Cinta yang tulus.
Cinta yang mulus.

Kenapa aku rasa macam ni?

Sebab selama ni aku rasa aku disayangi only for a reason.
Whatever reason it is, but because of the reason.

Cinta bersyarat.

Aku dicinta sebagai balasan atas pertolongan yang aku beri.
So bila aku dah tak mampu menolong, cinta itu terbang.

Funny.

Cinta yang aku baru temui ni dah lama terbentang di depan mata.
Cuma aku yang alpa.

Bila aku mencintai Yang Maha Perkasa, aku tak perlu berasa gentar
ketika berjalan dan menghadapi dugaan serta ujian di muka bumiNya ini.

Bila aku mencintai Yang Maha Kaya, aku tak perlu gundah dan berasa miskin kerana bantuanNya pasti tiba bila aku memerlukan.

Bila aku mencintai Yang Maha Penolong, aku tak perlu resah dengan masalah yang tiba kerana jalan penyelesaian pasti ditunjukkanNya.

Dan terlalu banyak lagi kemudahan serta nikmat yang bakal diperolehi...
dengan mencintaiNya.

Tak mencukupi untuk dituliskan walau kesemua lautan di dunia ini dijadikan tinta.

Tiada syarat sukar untuk mencapai Cinta Agung itu.

Memadai dengan ikhlas dan taqwa.

Seberapa besar pun dosa hambaNya (melainkan syirik kepadaNya),besar lagi keampunanNya.

Kembaraku kini benar-benar bermula.

Doakan aku.

-terbang mengembara-

0 comments:

Post a Comment